Wednesday, 12 December 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD - bab 10


 BAB 10

Zamri dan jasmin pulang ke rumah. Muka Zamri masam mencuka apabila melihat kereta Dato Hashim sudah ada diperkarangan rumah.

“Hai.. si Jelly tu tak pergi kenduri ke?” soal Zamri. Jasmin mengangkat bahu. Dia masuk dan terus bersalam dengan semua orang walaupun hanya dipandang sebelah mata oleh keluarga Dato Hashim melainkan Izreen yang sentiasa memberikan senyuman ikhlas buat Jasmin. Cikgu Zuee tidak mahu memandang Jasmin. Zamri mendapatkan Iqram dan Kak Kasma di dapur. Begitu juga dengan Jasmin.

“Pagi – pagi lagi dah datang” rungut Kak Kasma. Iqram hanya memandang Jasmin yang duduk di sebelahnya. Dia hanya menunggu waktu makan tengahari.

“Kasma, hidangkanlah!!” jerit Maksu Zila dari ruang tamu.

“Kau tengok tu, mama kau tak apa – apa, dia yang lebih” cebik Kak Kasma.

“Jelly masak ye KK?” soal Zamri selepas Iqram beredar ke meja makan. Kak Kasma mengangguk.

“Suruh dialah yang hiding” hasut Zamri.

“Boleh ke?” soal Kak Kasma lagi. Zamri cepat – cepat mengangguk.

“Kaulah... nanti Tan Sri marah pula pada kakak”  kata Kak Kasma. Zamri lekas – lekas ke ruang tamu.

“Cikgu Zue sakit kaki ya?. Jay dan KK tu penat nak hidang makanan. Si Iris ni jangan ikut!. Keluarga Paklong saya ni, anak dia yang sulung ni ada penyakit gout sebab tu tak boleh bangun” perli Zamri sambil memandang Ireen yang melintasinya sambil tersenyum lucu.

“Sedap betul mulut kau, Zam” marah Iris.

“Rasalah... semalam rasa strawberry, hari ni mesti rasa kacang hangus macam sambal kacang yang maklong masak hari raya tahun lepas.... sambal kacang hangus” sengih Zamri. Dia cepat – cepat pergi ke dapur. Iqram menahan senyum. suka juga dia apabila Zamri yang tak makan saman itu mengenakan keluarga Paklongnya.

“Aku dah penat masak pun nak kena hidang?” jeling Cikgu Zue.

“Ada akak kisah?” jawab Kak Kasma. Kali ini Izreen ketawa berdekah – dekah. Dia memang suka dengan Kak Kasma yang sentiasa menganggap dirinya tuan rumah.

Selepas menghidang semuanya, mereka semua duduk di meja makan. Muka Iqram berubah. Dia mula bersuara.

“Min....bukan Min yang masak ya?” Iqram memandang Jasmin yang duduk agak jauh darinya. Jasmin tunduk.

“Min kalau masak ayamnya mesti diperap dengan kicap tapi ayam ni macam direbus sahaja. Putih tak hitam” kata Iqram. Dia kemudiannya merasa sambal nasi ayam.

“Kenapa Min bubuh cuka?. Kan Min tahu iq tak makan cuka?. Supnya pun kurang sedap. Cair dan tak sedap seperti selalu Min buat” soal Iqram. Semua di situ hanya membisu. Muka Cikgu Zue sudah berubah sama sekali.

“Memanglah tak rasa nasi ayam Jay kalau Cikgu Zue yang masak. Tak apalah bang long, makan aje la, nak bagi ayam nanti meraung pula ayam – ayam tu kena makan daging saudara sendiri” Zamri menyampuk. Mereka semua menyuap nasi ayam hasil air tangan Zue terkulat – kulat. Iqram terus bangun. Meninggalkan meja makan dan terus naik ke atas. Masuk ke dalam biliknya. Jasmin tidak makan. Mula rasa bersalah. Dato Hashim dan isterinya juga tidak mampu menghabiskan sepinggan nasi. Cikgu Zue juga masuk ke dalam bilik dan menangis kerana merasakan Iqram merendah – rendahkannya dihadapan orang lain. Puas maksu Zila memujuk Cikgu Zue tetapi tangisannya makin kuat.

Jasmin membantu  kak Kasma  mencuci pinggan. Wajahnya muram. Kak Kasma yang mengerti semuanya terus membisikkan sesuatu ke telinga Jasmin.

“Pandai kan Iq berlakon. Dia tahu semuanya. Puan Sri ceritakan pada Iq apa yang terjadi di dapur. Yang jadi tuan pengarahnya akak la..... lepas ni David teo mesti ambil akak jadi tuan director!!” Kak Kasma menepuk dadanya dengan bangga.

“Iq pun tengah angin. Cikgu Zue tipu dia. Mana ada kawan dia yang kahwin hari ni. Dia buat – buat tertinggal kad, tak tahu nombor lah. Zila meroyan tu pun tadi tergagap – gagap bila Iq tanya pada dia” sambung Kak Kasma.

“Lepas ni pergi mandi siap cantik – cantik. Iq nak bawa kita ke Aquaria. Tengok jerung” sengih kak Kasma. Jasmin menelan air liur. Dia sentiasa terikir yang Aquaria itu akan pecah dan menenggelamkan dirinya jika masuk ke situ. Mahu atau tidak, dia terpaksa ikut sahaja.

                                        ***************************

Cikgu Zue dan Maksu Zila sudah pun duduk di dalam kereta menunggu Iqram yang masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil dompetnya yang tertinggal di atas meja. Kak Kasma memakai kaca mata hitam milik Puan Sri Zaleha dan terus duduk di sebelah Cikgu Zue. Jasmin pula seperti biasa duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan Iqram. Sepanjang perjalanan mereka banyak membisu dari berbual. Iqram sering memandang wajah Jasmin yang cantik dirias oleh ibunya. Malah pakaian yang dihadiahkan ibunya untuk Jasmin itu memang padan dengan tubuh Jasmin yang ramping dan tidak terlalu kurus itu.

Kak Kasma masuk dengan gembira. Ditariknya tangan Jasmin yang seram sejuk. Jasmin mengeraskan kakinya apabila masuk ke dalam Aquaria itu. Air dan ikan disekelilingnya itu membuatkan dia berfikir bukan – bukan. Muka Jasmin sedikit pucat. Iqram menghampirinya.

“Jom.. kenapa?” soal Iqram.

“Awak masuk sajalah. Saya tunggu di luar” Jasmin berpatah balik. Iqram mengejarnya dan tangan Jasmin digenggam kemas. Jasmin memandang tangannya.

“Saya jaga awak” Iqram merapatkan dirinya dengan Jasmin dan tangannya masih erat memimpin tangan Jasmin. Cikgu Zue geram. Dengan segera dia menghampiri Iqram.

“Saya juga takut. Boleh pegang saya juga” pinta Cikgu Zue. Iqram senyum.

“Tak payah.. akak boleh pegang tangan kau. Mari sini!” Kak Kasma terus menarik tangan Cikgu Zue ke hadapan. Malahan jauh daripada Jasmin dan Iqram. Cikgu Zue menjadi makin geram. Direntap tangannya sendiri dari disentuh Kak Kasma. Dia menoleh. Memandang Iqram yang menjaga Jasmin seperti anak kecil. Hatinya bertambah sakit apabila Jasmin memaut lengan Iqram dengan sebelah lagi tangannya.

“Macam muka awak” kata Iqram apabila terpandangkan ikan jerung di hadapannya. Jasmin menjeling. Dicubitnya lengan Iqram. Ketawa Iqram apabila melihat wajah Jasmin begitu. Maksu Zila menjeling tak henti – henti. Kalau bukan kerana ugutan Maklong Jihan, sudah lama dia kenakan Jasmin cukup – cukup. Cikgu Zue berpatah balik mendapatkan Iqram.

“Aku nak bercakap dengan dia sebentar” cikgu Zue terus menarik tangan Iqram pergi ke suatu sudut. Jasmin cepat – cepat mendapatkan Kak Kasma dan dipegangnya tangan Kak Kasma dengan senyuman di bibir.

“Kenapa?’ soal Iqram.

“Awak tak adil” gerutu Cikgu Zue. Iqram mengerut kening.

“Awak lebihkan Jasmin  dalam segala hal” rungut cikgu dengan wajah yang muram.

“Adil?. Dengan awak?. Saya rasa macam kahwin dua saja sekarang ni” senyum Iqram. Sengaja mengundang rasa marah di hati Cikgu Zue.

“Awak kotakan apa yang awak cakap. Bahagikan peluang yang sama antara saya dan Jasmin.” Tambah Cikgu Zue. Iqram masih ingat bagaimana dia mahu memberikan masa yang sama rata antara Cikgu Zue dan Jasmin tetapi dia tidak mampu menafikan bahawa bersama dengan Jasmin membuatkan dia lebih bahagia dan tidak tertekan.

“Maafkan saya. Kita hanya berkawan tapi jangan desak seperti kita ada hubungan cinta, Zue. Seperti mana Jasmin begitu juga awak tapi saya tak boleh berbohong yang Jasmin lebih mengerti saya berbanding awak.seperti apa yang saya kata pada Jasmin, itu juga yang saya mahu beritahu pada awak. Rasa cinta masih tiada tapi rasa sayang itu mungkin ada. Sayang sebagai seorang sahabat” terang Iqram.

“Rasa yang sama seperti Jasmin?” soal Cikgu Zue lagi. Semakin mendesak. Iqram menarik nafas dalam – dalam.

“Jasmin akar dan awak ibarat bunga. Awak cantik tapi tak kuat. Jasmin tersembunyi didalam tapi kuat dan kekal. Malah lebih hebat dari bunga secantik awak” kata Iqram sebelum meninggalkan Cikgu Zue begitu sahaja. Hatinya sakit apabila mamanya menceritakan segalanya pagi tadi bagaimana teruknya Jasmin menerima cacian dari Cikgu Zue. Belum pun sempat Iqram mendapatkan Jasmin di hadapannya, tangan Iqram ditarik dengan kuat. Cikgu Zue sudah hilang pertimbangan. Dia terus menampar pipi Iqram dengan kuat. Semua yang ada berhampiran tergamam. Iqram terdiam. Walaupun tamparan itu tidak sekuat mana, tapi maruahnya seolah – olah dipijak oleh Cikgu Zue dihadapan orang yang berada di sekeliling. Maksu Zila berlari mendapatkan mereka berdua. Cikgu Zue dibawa keluar oleh Maksu Zila. Apalagi?.... Cikgu Zue terpaksa mendengar bebelan panjang dari maksu Zila yang tidak habis – habis mengatakan dirinya itu ‘bodoh’.

Jasmin memegang pipi Iqram. Walaupun Iqram yang di tampar, tetapi air mata Jasmin yang mengalir. Iqram masih belum mahu bersuara. Mamanya sendiri tidak pernah menyentuh pipinya sebegitu. Kali ini dia pasti.. wanita bernama Zuraidah itu adalah wanita yang tidak layak masuk senarai untuk menjadi suri hidupnya.

“Sakit?” soal Jasmin. Iqram mengangkat tangan Jasmin yang masih memegang pipinya.

“Kita pulang. Nanti Maksu Zila dan Zue, saya suruh Izreen tolong ambilkan” Iqram terus memimpin tangan Jasmin dan jalan beriringan dengan Kak Kasma. Meninggalkan Maksu Zila dan Cikgu Zue disitu. Kak Kasma menelefon Maksu Zila dari dalam kereta agar mereka berdua menunggu Izreen . marah benar Maksu Zlia dengan tindakan Cikgu Zue.

“Salah kamu. Aku dah tolong tapi kamu yang tak tahu nak sabar” bebel Maksu Zila dan Cikgu Zue masih menangis. Dia akhirnya pulang bersama Izreen ke rumah Iqram dengan perasaan penuh hampa.


6 comments:

  1. Waahh cepatnya ada bab 10 tapi...
    Apasal ada suraya pulak ni..mana satu jasmin ker suraya???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha....
      sorry termasuk watak cinta sos dan kicap lak.
      xper, edit jap lagi. ma kaceh kalam.
      kalau kalam x tegur iza pun x perasan kikhkihkih...

      Delete
  2. dwet memang best.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pada anda sbb sudi baca DWET..
      saya sangat menghargainya..
      jemputlah baca yang lain juga ya...
      yang lain kalau x best saya minta maaf
      :) :)

      Delete
  3. Rasa macam baca citer cinderella dengan kakak tiri dan mak tiri hehehe...nampak aje cikgukan sepatutnya akhlak mulia, berhati lembut dan penyabar kontra dengan Cikgu Zue yang wataknya tak ubah macam perempuan penggoda macam bagus plak...best cik penulis...masalah typing error tu boleh diperbetulkan.

    ReplyDelete
  4. seri ayu..
    tu cikgu yang betul2 nak jadi cikgu.
    dia kena paksa jadi cikgu... x lama lagi ayu akan tahu kenaapa maksu zila dan si Cikgu Zue tu perangai gitu ngan Jasmin. banyak typing error kan kan... heee.. saya akan semak dulu sebelum publish lepas ni.... terima kasih Ayu n:)

    ReplyDelete