Sunday, 16 December 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD - bab 11






BAB 11

Masih tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut Iqram. Mereka semua sedang berkemas untuk pulang ke kampung. Zamri balik semula selepas habis sesi fotografi. Dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Jasmin. Puan Sri Zaleha memeluk tubuh Jasmin dengan penuh rasa kasih. Cikgu Zue hanya bersalam tanpa berkata apa – apa. Puan Sri Zaleha yang tahu semua yang berlaku tidak mengendahkannya. Biarlah Cikgu Zue melayan perasaannya sendiri.

Kak Kasma memeluk erat Jasmin.

“Semoga suatu hari nanti Min datang semula ke rumah ini sebagi suri buat Iqram” senyum Kak Kasma. Iqram yang mendengarnya hanya tersenyum. Jasmin bersalam pula dengan Tan Sri Zainal dan seterusnya Zamri.

“ZMY, Jay balik dulu” sengih Jasmin.

“Datang lagi Kak Longku” usik Zamri. Mereka yang lain ketawa.

Dalam perjalanan pulang, hanya bunyi radio yang tidak sekuat mana kedengaran. Iqram tidak mahu bersuara. Tindakan Cikgu Zue itu membuatkan hati lelakinya terguris. Maksu Zila serba salah. Dia tidak mampu membuka hati Iqram untuk menerima Cikgu Zue. Jasmin tertidur sambil memeluk tubuh. Mungkin penat berjalan petang tadi. Iqram berhenti di tepi jalan. Dibukanya jaket denim yang dipakai. Tubuh Jasmin diselimutkan Iqram dengan penuh berhati – hati. Tidak mahu Jasmin terjaga dari lenanya. Cikgu Zue tidak boleh menerimnya. Dia memejam mata rapat – rapat. Iqram meneruskan perjalanan.

Maksu Zila yang masih terjaga mula mendekati Iqram di hadapannya.

“Maafkan dia, Iq” pinta maksu Zila. Iqram hanya tersenyum tawar.

“Iq pun melampau. Asyik lebihkan Jasmin ni. Mestilah dia terguris” sambung Maksu Zila. Iqram belum mahu menjawab.

“Kalau Maksu jadi dia pun, maksu marah. Iq kan hak dia” tambah Maksu Zia. Cuba memujuk.

“Saya bukan hak dia. Maksu tak perlu minta maaf bagi pihak dia. Iq bukan hak dia dan dia juga tiada hak untuk menyentuh Iq. Kalau ikutkan hati Iq, nahu saja Iq tampar balik muka dia” Iqram berterus terang. Cikgu Zue yang sudah bangun terdengar bicara Iqram.

“Awak benci saya sangat. Turunkan saja saya di sini” Cikgu Zue bersuara. Iqram memberhentikan keretanya. Jasmin juga terjaga. Dia memandang jaket denim yang membaluti tubuhnya. Dia pasti Iqram yang menyelimutinya. Jasmin terpana melihat Cikgu Zue yang sudah berlari keluar. Iqram terpaksa mengejarnya. Jasmin dan Maksu Zila turut keluar sama. Seperti drama di tepi lebuhraya apabila melihat Iqram yang terpaksa menenangkan Cikgu Zue.

“Awak tahu saya cintakan awak tak bolehkah awak balas saja. Saya bukannya perempuan buruk dan bodoh. Penting sangatkah Jasmin untuk awak?. Siapa dia?” jerit Cikgu Zue. Beberapa kereta yang melalui jalan itu memperlahankan kereta apabila melihat Cikgu Zue yang seperti diserang histeria. Iqram menarik tangan Cikgu Zue ke tepi. Bimbang dia hilang pertimbangan dan terus meluru ke tengah jalan.

“Okay... saya minta maaf. Kita masuk kereta dulu ya” pujuk Iqram. Jasmin menghampiri bersama Maksu Zila.

“Kau pergi!.. aku tak mahu tengok muka kau” jerit Cikgu Zue lagi. Jasmin memandang Iqram. Dia tahu Iqram tersepit.

“Kenapa nak buat Jasmin begitu?” soal Iqram. Cikgu Zue meronta – romta. Akhirnya Iqram terpaksa memeluknya. Untuk mententeramkan jiwa Cikgu Zue yang berserabut. Cikgu Zue terdiam di dalam pelukan Iqram yang kemas.

“Suruh dia naik kereta lain” pinta Cikgu Zue. Jasmin memandang Iqram lagi. Dengan pandangan sayu Iqram ke arahnya, Jasmin terus ke kereta. mengeluarkan beg pakaiannya.

“Saya kena bawa Jasmin juga. Dia amanah saya. Tolonglah Zue” pujuk Iqram. Cikgu Zue mula meronta. Jasmin menjingjing beg pakaiannya dan terus menghampiri Iqram.

“Saya tak tahu nak balik naik apa. Boleh minta tolong teksi atau apa – apa kenderaan hantar saya?” pinta Jasmin. Iqram memejam matanya. Seperti tidak sanggup melakukan perkara itu kepada Jasmin.

“Pergi!!!!” jerit Cikgu Zue. Maksu Zila mula menyampah dengan sikap Cikgu Zue yang agak melampau. Timbul pula rasa kasihan apabila melihat Jasmin berlalu dari situ. Iqram melepaskan pelukannya dan berlari mendapatkan Jasmin.

Tangan Jasmin di tarik lembut. Dalam samar kegelapan yang hanya bercahayakan lampu jalan, Iqram dapat melihat air mata Jasmin mengalir ke pipinya. Iqram menyentuh pipi Jasmin. Jari jemari Jasmin digenggam erat. Iqram mengucup tangan Jasmin. Dia sedikit terkejut dengan tindakan Iqram .

“Demi tuhan yang esa.... saya mula sedar dan tahu hati saya ini tiada rasa cinta buat wanita yang lain selain daripada wanita istimewa yang berada di hadapan mata saya sekarang ni. Demi tuhan juga...... sejujur dan seikhlasnya.. saya cintakan awak” ujar Iqram dengan nada yang perlahan. Jasmin menangis.

“Saya terpaksa menghantar Cikgu Zue pulang tetapi jangan awak menyisihkan diri awak, Min. Saya aka telefon Zamri supaya bawa awak pulang dan saya akan pastikan jarak antara kita sepanjang perjalanan ini tidak jauh sehinggakan bayang awak lenyap dari pandangan saya. Saya akan memandang kereta Zamri di hadapan. Itu bermakna saya sedang memandang awak, sayang” pujuk Iqram.

Iqram mengesat air mata Jasmin. Senyuman yang terukir di bibir Jasmin melegakan hatinya. Iqram memimpin tangan Jasmin. Iqram menelefon Zamri untuk membantunya. Mujurlah malam itu Zamri tiada sebarang kerja yang perlu dia lakukan, Cuma temujanji dia dengan artis baru yang cantik itu terpaksa dibatalkan.  Selepas menunggu hampir satu jam, Zamri tiba dengan muka bengis. Dia keluar kereta dan menghampiri Cikgu Zue  yang masih merajuk.

“Jelly... kau tahu tak?. Kau lah manusia paling mementingkan diri pernah aku jumpa. Nasib baik kau buat begitu pada Abang long aku.. kalau aku, memang aku heret kau. Ikat tengah jalan ni lepas tu biar treler lanyak kau. Aku tak suruh lanyak badan tapi lanyak kepala otak yang tak berotak tu!” geram Zamri.

“Sebab kau, awek yang aku nak tackle tu kata aku mungkir janji. Kalau lepas ni dia tak nak jumpa aku, aku sumpah kau jadi sport rim!” bebelnya lagi. Cikgu Zue terus masuk ke dalam kereta Iqram.

“Kau nak naik kereta Abang Iq sangat?. Tak mahu satu kereta dengan Jay?” soal Zamri. Mengintai Cikgu Zue dari luar.

“Ya lah... tak faham bahasa?” balas Cikgu Zue.

“Ok.. nak naik kereta saja kan?.. Abang, kau bawa kereta aku dengan Jay dan aku akan bawa kereta kau ni sebab dia kata nak naik kereta kau bukannya kau yang bawa” arah Zamri. Iqram ketawa dan terus masuk ke dalam kereta Zamri.

Dengan muka macam nak telan orang, Zamri terus mengunci bahagian pintu Cikgu Zue dari luar. Cikgu Zue menjerit geram.

“Kau menjerit lagi, aku tampar sampai pengsan!” jerkah Zamri. Cikgu Zue takut. Dia menutup mulut. Dia tahu Zamri bukannya seperti Iqram yang lebih lembut sikapnya. Akhirnya Cikgu Zue hanya mampu mengeluh. Dia pasti Zamri benar – banr akan meninggalkannya kali ini.

8 comments:

  1. Replies
    1. ok cayang..
      untuk baby mio, selewat2nya petang esok
      saya masukkan bab 12
      tq :)

      Delete
  2. okay x bape puas hati sebab pendek sgt la kak hehehe hope next n3 pnjag la sikit ye hehhehe naseb baik ZMY ade bole la si jelly tu jadik bisu klw x maw 3 hari 3 malm meroyan hehehehe best la kak cite nie macam2 perasaan ade sedih..geram huhu go go chayok kak teruskn menulis ye :)

    -Lya-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lya...
      x per, nanti masuk bab baru panjang berjela ya :)
      ok... akan akak terus menulis.
      cayang lya
      muahhhhhh

      Delete
  3. best-bestnya...cayalah Zamri kaulah hero penyelamat

    ReplyDelete
  4. tq seri ayu...
    suka bila tahu ayu baca setiap bab DWET.
    memang ZMY penyelamat jasmin..
    hingga ke akhirnya :)

    ReplyDelete
  5. Kakakaka.. lawak aa zamri..adik yg bijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq baca Hartini :)
      kalaulah ZMY tak ada.. kesian jasmin kan!.
      lagipun dia ni memang selamba badak sikit hihih

      Delete