Wednesday, 19 December 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD -bab 13


    BAB 13

Jasmin datang ke rumah maklong Jihan untuk memberikan bekalan kuih karipap dan sandwich buat Zamri. Tersengih – sengih Zamri apabila menyambut bekalan itu daripada Jasmin. Yaya terlopong memandang Zamri di hadapan matanya.

“Kenapa?. Abang handsome ye dik?” soal Zamri. Iqram menggeleng. Tak habis – habis puji diri sendiri.

“Kulit abang cantik betullah!. Macam orang korea tu” kata Yaya.

“Erk... ni yang malas ni. Kau jangan cakap abang gay tau. Kalau kahwin dengan kau ni mahu anak sepuluh” gurau Zamri.

“Ish... adik saya ni baru tingkatan lima. Jangan cakap begitulah” tegur jasmin. Zamri ketawa. Selepas bersalaman degan semua Zamri terus masuk ke dalam keretanya. Tidak sampai beberapa saat, dia keluar semula.

“Jay, kau cakap dengan budak Alan tu, nanti bila aku free aku akan tuntut bela. Saat tu baru dia tahu langit tinggi rendah” kata Zamri.

“Tinggi..Zam” jawab Iqram. Zamri ketawa dan terus berlalu. Maklong Jihan senyum. dah lama dia tidak makan bersama dengan Zamri. Sejak Zamri jadi selebriti. Jarang sekali Zamri pulang ke kampung.

“Petang tadi ramai perempuan dok kerumun dia, maklong” adu Jasmin.

“Hahahhaa... aku yang kecohkan pada Si Yanie murai tu. Apa lagi, menggilalah orang cari dia. Saja je aku buat begitu. Biar padan muka dia” sengih Maklong Jihan. Iqram dan Yaya ketawa. Jasmin hanya tersenyum memandang Iqram.

“Saya balik dulu ya” Jasmin meminta diri. Iqram mengangguk. Sebaik sahaja Jasmin ingin berlalu, Iqram memanggilnya.

“Sayang...”

Jasmin memandang Yaya. Dia malu. Dengan senyuman Yaya itu dia pasti Yaya mengetahui semuanya. Jasmin berlari mendapatkan Iqram.

“Jangan panggil begitu depan orang tau. Saya malu. Lagi – lagi Yaya” bisik Jasmin. Iqram ketawa lagi.

“Tadi kan saya panggil belakang awak” usik Iqram. Jasmin terdiam.

“Saya dah uruskan percutian kita semua. Nanti saya akan ajak keluarga awak bersama. Kita akan pergi bersama keluarga Maklong Jihan sekali” ujar Iqram. Jasmin mengangguk.

“Ok sayang” bisik Jasmin pula. Kemudian malu sendiri. Dia terus pergi bersama Yaya. Iqram masuk semula. Membantu Maklong Jihan mencuci pinggan mangkuk.

Jasmin menghampiri Pakcik Yasin. Baju Pakcik Yasin dikemaskan sebelum tidur. Ibunya sudah pun tidur lebih awal. Mungkin mahu menyambut Zana pulang esok. Hati Jasmin sedikit bimbang jika Zana menceritakan peristiwa dia bersama Zamri beberapa hari yang lalu.

“Ayah... Iqram nak ajak kita sekeluarga bercuti sekali. Kita pergi ya?. Dia dah sewakan dua buah rumah untuk kita dan Maklong Jihan. Dia ingin kenal ayah dengan lebih rapat” kata Jasmin. Pakcik Yasin senyum. dia mengangguk.

“Apa saja untuk anak ayah” ujar Pakcik Yasin. Yaya berbisik sesuatu ke telinga Pakcik Yasin dan terdengar mereka berdua gelak kecil.

“Oh... bahagianya bila dipanggil sayang ya Yaya” perli Pakcik Yasin sambil mengerling Jasmin yang mengerutlkan dahinya. Yaya memang selalu begitu!.

“Dah.. ayah tidur ya” Jasmin menyelimuti ayahnya dan terus masuk ke dalam bilik bersama Yaya.

“Hujung minggu ni pergi.. ini bermakna Kak Zana ikut sekali sebab dia cuti sampai selasa depan” Kata Yaya. Dia memandang siling. Jasmin mengeluh.

“Kak Min kena hati – hati sebab Yaya dengar ibu sibuk cerita pasal Abang Iq pada Kak Zana dalam telefon. Macam ada pakatan rahsia saja” sambung Yaya lagi. Dia kemudiannya senyap. Mungkin sudah tidur. Jasmin resah. Dia tahu itu akan terjadi. Ibunya mampu lakukan apa saja untuk Zana, anak kesayangannya.


                             ***************************

Mereka semua sudah sampai ke rumah penginapan mereka yang terletak betul – betul di hadapan air terjun. Lokasi itu memang sesuai buat mereka yng berkeluarga. Segala – galanya lengkap. Terdapat gazebo yang besar di mana mereka boleh makan di bawahnya. Di sebelahnya pula terletak satu kawasan berbumbung dimana kerusi meja diletakkan.  Jasmin berdiri di sebelah Iqram.

“Cantik” senyumnya.

“Secantik awak” balas Iqram.

“Apa yang secantik saya?” soal Jasmin.

“Tu.. katak yang dekat batu tu” tunjuk Iqram. Jasmin mencubit pinggang Iqram. Apabila mendengar namanya dipanggil, Jasmin terus menoleh. Dia berjalan tetapi kakinya tergelincir sedikit. Mujur Iqram cepat mendapatkannya.

“Sayang.. sini dalam tau. Kalau awak nak mandi, mandi di sana. Jangan datang sini. Awak tak tahu berenang” Iqram memberi peringatan.

“Sayang juga awak kat saya ya tuan doktor”

“Mestilah sayang.. kalau awak tak ada, pupus semua cili kat dunia ni” gurau Iqram lagi. Jasmin ketawa.

Jasmin mendapatkan ibunya yang masih memanggil – manggil namanya. Pakcik Yasin duduk di atas kerusi rodanya sambil makan buah tembikai yang diberi oleh Iqram sebentar tadi.

“Ambil baju Zana ni. Berat!” arah Makcik Khadija. Yaya terus memegang tali beg Zana.

“Buat apa kamu yang ambil. Ibu suruh Kak Min”

“Sudah lah ibu... kita ke sini pun sebab kekasih Kak Min, kalau harap Kak Zana sampai bila pun tak bercuti” jawab Yaya.

“Siapa kata dia kekasih Kak Min, kamu?” jeling makcik Khadija. Yaya terus mengambilnya dan meletakkannya di dalam bilik yang paling kecil. Biar Kak Zana rasakan!!!!!

Maklong Jihan menghidangkan makanan di dalam Gazebo. Lebih enak makan sambil bersila. Iqram tidak henti – henti mengusik Maklong Jihan yang marahkan Paklong Jai kerana sudah pun terjun ke dalam sungai bersama Zahid.

Zana menghampiri Jasmin. Dia duduk di sebelah Jasmin yang sedang sibuk mengemas makanan dari bakul yang dibawanya.

“Kak... aku tak beritahu ibu pasal kau dengan ZMY. Kalau kau ganggu aku cuba dekatkan diri dengan doktor tu siap kau” kata Zana. Epal digigit sedikit – sedikit. Jasmin membisu. Sedikit terkilan.

“Dah.. pergi tolong ibu kamu tu buka durian. Nak makan pun tak tahu. Sibuk kacau kakak kamu di sini buat apa?. Dah la tahu makan sahaja” jeling maklong Jihan. Zana yang memang gerunkan Maklong Jihan terus pergi.

“Min... cuba tegas. Ini bukan zaman dulu – dulu. Kakak kena berkorban segalanya untuk adik. Lebih – lebih lagi untuk adik tak guna seperti Zana tu. Berkorban untuk Iqram yang cintakan kamu. Sekarang kamu perlu tegas....dapatkan Iqram, ajar Si Zana. Biar dia tahu siapa seorang kakak yang patut dihormati. Kamu yang sara dia selama ini”  Maklong Jihan memberi kata – kata semangat. Jasmin memandang Iqram yang sedang mandi bersama Zahid. Gelak tawa Iqram membuatkan air matanya mengalir. Maklong Jihan menarik nafas panjang.

“Jangan fikir semuanya sukar untuk kamu, sayang. Selagi Maklong hidup, maklong akan jaga kamu tapi kamu juga perlu sayangi diri kamu sendiri” pujuk Maklong Jihan.

“Min, marilah.. ajak Yaya sekali” jerit Iqram. Jasmin memandang Maklong Jihan.

“Pergi... habiskan waktu di sini untuk kamu gembira bersama Iqram. Jangan buang waktu begitu sahaja” bahu Jasmin ditepuk. Tangan Jasmin ditarik Yaya. Jasmin terus mengikut Yaya masuk ke dalam sungai.

“Sayang.. sini saja ya” Iqram memberi peringatan. Jasmin senyum. menjerit – jerit apabila Yaya dan Zahid  menarik kakinya supaya jatuh. Iqram cuba menjadi wira dengan menyelamatkan puterinya.

“Nyah kamu wahai toyol – toyol semua” kata Iqram. Yaya dan Zahid bangun dan terus bercekak pinggang.

“Apa abang Iq ni kata kami toyol” marah Yaya.  Iqram mengenyit mata memandang Jasmin. Dengan tangkas mereka berdua menarik kaki Yaya dan Zahid. Menggelupur mereka berdua di dalam air. Yaya bangun. Memukul tangan Iqram yang ketawa besar bersama Jasmin. Tiba – tiba yaya berhenti ketawa.

“Ingat kat Phuket ke pakai pario dengan baju renang” ujar Yaya. Iqram tercengang. Jasmin ketawa kecil sambil berselindung di belakang Iqram.

“Iq.. please.. Zana takutlah” Zana menghulurkan tangannya. Yaya cepat – cepat menyambutnya. Zana menepis tangan yaya.

“Kau jangan nak bela sangat kakak kesayangan kau tu” bisik Zana. Yaya ketawa. Dia memandang Iqram dan terus menjerit dari situ.

“Abang Iq tunggu situ. Kita main galah panjang dalam air pula” yaya terus berlari dan menarik Iqram dan Jasmin jauh dari situ. Yaya mengenyit mata apabila melihat Zana memukul air dengan tangan kanannya.. Mereka berempat sudah jauh ke atas. Yaya dan Zahid sudah penat dan duduk bersandar di bawah pokok. Iqram pula sibuk mengajar Jasmin yang tak pandai – pandai berenang.

“Sejuk sayang?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“Kita balik ya?” ajak Iqram. Tangan Jasmin di pimpin. Mereka berempat menyalin pakaian dan duduk di bawah Gazebo. Iqram menyediakan kayu arang dan di masukkan ke dalam tempat pemanggang.  Ayam yang sudah di perap di buka dan diletakkan berhampiran dengannya. Jasmin pula membasuh pinggan yang telah mereka gunakan di singki luar. Yaya juga membantu. Zana turut sama membantu walaupun dengan muka yang ketat. Selipar yang dipakai Zana tertanggal dan terjatuh berhampiran kawasan air sungai yang mengalir deras.

“Kak ambilkan selipar aku” arah Zana.

“Zana ambil sendiri” arah Jasmin. Cuba bertegas. Zana naik berang. Dia menarik tangan Jasmin ke tempat dia berdiri.

“Ambillah kak” arahnya lagi. Jasmin menggeleng. Kali ini Zana sudah hilang sabar. Dia terus menolak sedikit bahu Jasmin ke hadapan. Dengan tanah yang licin Jasmin terus terjatuh ke dalam sungai yang dalam. mereka semua terkejut apabila terdengar jeritan Yaya. Iqram terus berlari dan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Jasmin yang sudah pun hampir lemas. Zana tergamam. Bukanlah niatnya untuk menolak kakaknya ke dalam sungai. Iqram cuba sedaya upaya hinggalah dia dapat mencapai tangan Jasmin. Tubuh Jasmin sudah longlai. Iqram mendukungnya dan membaringkan tubuh Jasmin yang tidak bermaya itu di atas tanah.
Iqram melakukan langkah pertolongan cemas satu persatu. Jasmin diberi pernafasan mulut ke mulut. Dadanya di tekan beberapa kali. Iqram mengulangi langkah yang sama.
Sayang.... tolong saya sayang... bangun demi saya... Ya Allah.. selamatkanlah dia, jiwaku bersamanya jika kau ambil dia, ini bermakna aku harus hidup tanpa jiwa... bantu aku Ya Allah.. doa Iqram di dalam hati. Maklong Jihan dan Yaya sudah menangis dari tadi. Zana benar – benar menyesal. Makcik Khadija juga panik. Pakcik Yasin sentiasa berdoa agar anak sulungnya itu selamat. Jasmin memberi tindak balas positif. Air di dalam mulutnya terkeluar dan dia mula terserdak – serdak. Sebaik sahaja matanya dibuka, Iqram terus memeluknya. Kemudian Iqram terus membaluti tubuh Jasmin dengan tuala yang di bawa Maklong Jihan. Nampaknya Jasmin tidak perlu dibawa ke hospital. Iqram membelai wajah dan rambut Jasmin. Air mata jasmin mengalir. Maklong Jihan suruh mereka yang lain keluar. Beri ruang pada Jasmin untuk berehat.

“Saya cinta awak” ucap Jasmin dengan suara yang perlahan.

“Awak tak apa – apa... Allah dah selamatkan awak. Allah dengar doa saya sayang...” Iqram memejamkan matanya. Menahan sebak.

Jasmin memeluk lengan Iqram sehingga dia tertidur kerana kepenatan. Pakcik Yasin mengucapkan terima kasih berkali – kali kepada Iqram. Kerana terlalu penat, tugas menyediakan ayam bbq di ambil alih oleh Paklong Jai.

Hari sudah malam. Paklong jai membakar ayam dan ikan dengan bantuan Iqram. Jasmin keluar dan duduk di sebelah Yaya yang terus memeluknya. Nasi untuk makan malam sudah terhidang di meja panjang. Cukup – cukup untuk mereka semua. Sambal sardin, telur goreng dan ayam bakar di letak ditengah – tengah. Tiada perkataan maaf pun yang keluar daru mulut Zana. Jasmin akui dia sedikit kecewa. Zana cepat – cepat duduk di sebelah Iqram. Terkejut dengan tindakan Zana, Iqram memandang Maklong Jihan yang sudah pun menggetap bibir tanda geram. Jasmin duduk dihujung bersama Maklong Jihan. Maklong Jihan bangun dan terus menuju ke tempat Iqram.

“Iq.. duduk tempat Maklong. Sana banyak nyamuk. Kamu muda lagi. Kuat. Pergi!” arah Maklong Jihan dengan tegas. Iqram tersengih – sengih duduk di sebelah Jasmin. Maklong Jihan menjeling tajam memandang Zana yang mencebik geram.

“Awak dah ok sayang?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“lain kali jangan buat kuak lentang kat dalam sungai tu tau” gurau Iqram. Jasmin ketawa. Iqram mengambil paha ayam dan terus diletakkannya ke dalam pinggan Jasmin.

“Makan banyak – banyak ya. Bagi kuat sikit. Esok baru boleh kalahkan dua orang budak tu” Iqram memandang Yaya yang ketawa berdekah – dekah sehingga ditegur oleh makcik Khadija. Pakcik Yasin kelihatan berselera sekali. Hampir tiga ketul ayam dihabiskannya.

“Macam filem cinta tau tadi, Kak Min. Pak long penuh gaya selamatkan Kak Min” Zahid mula bercerita.

“Banyaklah kau punya gaya... Paklong rasa macam hampir mati tadi tau tak” balas Iqram. Zana mencebik. Menyampah dengan cerita yang mereka utarakan.

“Buat CPR lagi” sengih Yaya.

Jasmin memandang Iqram. Dia kemudiannya memegang bibirnya. Iqram ketawa.

“Eh.. saya tak ambil kesempatan tau” kata Iqram.

“Mana aku tahu kamu tak ambl kesempatan. Buat CPR macam.....” Maklong Jihan ketawa kecil. Sengaja mahu mengusik Iqram dan membakar hati Zana.

“Awak gatal ya” bisik Jasmin.

“Sikit..’ senyum Iqram. Mereka yang lain ketawa kecuali Makcik Khadija dan Zana.

Selesai makan, mereka hanya duduk berbual. Makcik Khadija tidak dapat berbuat apa – apa. Kehadiran Maklong Jihan mematahkan semua rancangannya untuk merapatkan Zana dan Iqram.  Zahid dan Paklong Jai sudah pun berdengkur kerana keletihan. Pakcik Yasin juga sudah masuk tidur. Yang tinggal di dalam gazebo itu hanya Jasmin, Yaya dan Iqram. Jasmin duduk di sebelah Iqram. Yaya pula membaca majalah hiburan di bawah lampu yang tidak terang.

“Saya seperti hampir mati sahaja tadi. Kalau awak pergi tadi, saya tak akan maafkan awak” kata Iqram. Jasmin termenung.

“Kalau saya pergi tadi, saya akan bawa cinta kita bersama” Jasmin  memandang Iqram di sisinya. Iqram tunduk.

“Terima kasih sayang... awak masih ada untuk saya” ujar Iqram. Jasmin memandang jauh. Pengalaman tadi memang terlalu menakutkan. Yang dia tahu waktu itu Iqram akan menyelamatkannya dengan izin Allah.

“Saya bersyukur Allah hantarkan saya seorang panglima yang sedia menyelamatkan saya dalam apa jua keadaan” Jasmin pula tunduk. Air matanya menitis. Iqram mengangkat perlahan dagu Jasmin.

“Tiada panglima jika tiada puteri secantik bunga Jasmin”

“Saya sayang awak sangat – sangat” luah Jasmin. Iqram senyum. Yaya duduk bersila memerhatikan mereka berdua dari belakang. Majalahnya dibiar ke tepi.

“Kalau awak sudah sah menjadi hak saya ketika ini akan saya peluk awak untuk menjadi selimut malam awak” luah Iqram pula.

“Eeeeeeee... tolonglah!. Ni ada budak bawah umur tau. Jangan buat drama radio boleh tak?” ,kata Yaya sambil menekup kedua belah telinganya. Iqram dan Jasmin ketawa. Jasmin mengenyit mata memberi isyarat kepada Iqram. Mereka berdua menarik tangan Yaya yang masih lagi menekup telinganya.

“Sayang..oh sayangku.. kau cinta hatiku buat selamanya” kata Iqram ditelinga sebelah kanan yaya.Jasmin pula menyambungnya.

“Oh.... aku sangat merinduimu sayang. Peluklah aku ke dakapanmu. Hangatkan tidur malamku dengan cintamu” kata Jasmin pula. Yaya ketawa. Tiba – tiba Iqram terdiam. Tangan Yaya dilepaskan. Jasmin hairan. Dia memandang Iqram yang tersenyum malu.

“Kenapa?” soal Jasmin. Mengangkat kening.

“Betul ke?” soal Iqram.

“Apa?” Jasmin tidak mengerti.

“Nak saya peluk awak, hangatkan tidur awak”

“Eeee.... gatal!!!!” Jasmin dan Yaya memukul belakang badan Iqram. Terkekeh – kekeh Iqram ketawa.

“Tadi awak yang cakap” kata Iqram.

“Saya bergurau dengan Yaya sahaja” jawab Jasmin. Mukanya merah.

“Ala.. malu – malu pula.. meh la sayang..” rengek Iqram.

“Tak naklah!!!” Jasmin memukul Iqram dengan majalah milik Yaya. Geli geleman Yaya mendengar rengekan Iqram itu.

“Abang.. gatalnya!” kata Yaya.

“Kakak Yaya yang nak tadi. Abang rela sahaja. Abang kasihankan Kak Min. Sejuk!!!” jawab Iqram. Jasmin ketawa. Iqram merenungnya.

“Tak apa, harinya akan tiba. Masa tu awak takkan pukul atau marah saya tapi awak akan kata... cepatlah..cepatlah...jomlah..tak sabar ni” sengih Iqram. Jasmin menekan perut menahan ketawa. Yaya menggeleng kepala. Tak sangka Doktor Iqram ni boleh tahan juga orangnya. Jasmin menampar lembut pipi Iqram.

“Tak lah sayang. Saya akan jaga maruah awak sebaik – baiknya sebelum dan selepas kita berkahwin. Awak amanah buat saya. Amanah terindah yang tidak ternilai. Tanda cinta saya yang tak pernah awak tahu ” Iqram menyentuh pipi Jasmin. Mata mereka bertentangan. Guruh sudah berbunyi. Diiringi dengan petir. Terkejut Jasmin dibuatnya.

“Nampak... petir tu pun dah menyampah dengar tau tak. Jom masuk”Yaya menarik tangan Jasmin masuk ke dalam rumah. Iqram memeluk kedua belah lututnya. Senyuman masih belum lekang dari bibirnya. Dia cintakan wanita itu ..



6 comments:

  1. omaigoddd! cepat sambonggg tauuu.. i love this story!!!! thank you for sharing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi cheqmonq :)
      terima kasih banyak2 ya sudi baca..
      ok... nanti saya sambung cepat2 yek
      cayang awak!!!

      Delete
  2. wah! sweet giler la jasmin ngn iq.. nmpk nye musuh jasmin da bbertambah lg sorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. hai!
      lama Nurul Diela tak komen... rindu tau!
      a'ah.. yang ini musuh dalam tupperware hihihi
      jangan lupa baca next n3 yek
      cayang awak!!!

      Delete
  3. Lepas satu, satu pesaing si Jasmin ni dtg untuk menganggu. Zana ni anak lain bapa dengan Jasmin ke sampai emaknya benci sangat kat Jasmin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi seri ayu :)
      zana dan yaya adalah anak makcik khadija dan pakcik yasin
      manakala Jasmin pula anak sulung pakcik yassin dengan arwah isteri pertamanya. kiranya jasmin ni lain mak dengan yaya dan zana :)
      masa pakcik yasin kahwin dengan makcik khadija, dia dah ada Jasmin..
      terima kasih baca ye Seri ayu
      cayang awak! :)

      Delete