BAB 13
Jasmin datang ke rumah maklong Jihan untuk memberikan
bekalan kuih karipap dan sandwich buat Zamri. Tersengih – sengih Zamri apabila
menyambut bekalan itu daripada Jasmin. Yaya terlopong memandang Zamri di
hadapan matanya.
“Kenapa?. Abang handsome ye dik?” soal Zamri. Iqram
menggeleng. Tak habis – habis puji diri sendiri.
“Kulit abang cantik betullah!. Macam orang korea tu”
kata Yaya.
“Erk... ni yang malas ni. Kau jangan cakap abang gay
tau. Kalau kahwin dengan kau ni mahu anak sepuluh” gurau Zamri.
“Ish... adik saya ni baru tingkatan lima. Jangan
cakap begitulah” tegur jasmin. Zamri ketawa. Selepas bersalaman degan semua
Zamri terus masuk ke dalam keretanya. Tidak sampai beberapa saat, dia keluar
semula.
“Jay, kau cakap dengan budak Alan tu, nanti bila aku
free aku akan tuntut bela. Saat tu baru dia tahu langit tinggi rendah” kata
Zamri.
“Tinggi..Zam” jawab Iqram. Zamri ketawa dan terus
berlalu. Maklong Jihan senyum. dah lama dia tidak makan bersama dengan Zamri.
Sejak Zamri jadi selebriti. Jarang sekali Zamri pulang ke kampung.
“Petang tadi ramai perempuan dok kerumun dia,
maklong” adu Jasmin.
“Hahahhaa... aku yang kecohkan pada Si Yanie murai
tu. Apa lagi, menggilalah orang cari dia. Saja je aku buat begitu. Biar padan
muka dia” sengih Maklong Jihan. Iqram dan Yaya ketawa. Jasmin hanya tersenyum
memandang Iqram.
“Saya balik dulu ya” Jasmin meminta diri. Iqram
mengangguk. Sebaik sahaja Jasmin ingin berlalu, Iqram memanggilnya.
“Sayang...”
Jasmin memandang Yaya. Dia malu. Dengan senyuman
Yaya itu dia pasti Yaya mengetahui semuanya. Jasmin berlari mendapatkan Iqram.
“Jangan panggil begitu depan orang tau. Saya malu.
Lagi – lagi Yaya” bisik Jasmin. Iqram ketawa lagi.
“Tadi kan saya panggil belakang awak” usik Iqram.
Jasmin terdiam.
“Saya dah uruskan percutian kita semua. Nanti saya
akan ajak keluarga awak bersama. Kita akan pergi bersama keluarga Maklong Jihan
sekali” ujar Iqram. Jasmin mengangguk.
“Ok sayang” bisik Jasmin pula. Kemudian malu
sendiri. Dia terus pergi bersama Yaya. Iqram masuk semula. Membantu Maklong
Jihan mencuci pinggan mangkuk.
Jasmin menghampiri Pakcik Yasin. Baju Pakcik Yasin
dikemaskan sebelum tidur. Ibunya sudah pun tidur lebih awal. Mungkin mahu menyambut
Zana pulang esok. Hati Jasmin sedikit bimbang jika Zana menceritakan peristiwa
dia bersama Zamri beberapa hari yang lalu.
“Ayah... Iqram nak ajak kita sekeluarga bercuti
sekali. Kita pergi ya?. Dia dah sewakan dua buah rumah untuk kita dan Maklong
Jihan. Dia ingin kenal ayah dengan lebih rapat” kata Jasmin. Pakcik Yasin
senyum. dia mengangguk.
“Apa saja untuk anak ayah” ujar Pakcik Yasin. Yaya
berbisik sesuatu ke telinga Pakcik Yasin dan terdengar mereka berdua gelak
kecil.
“Oh... bahagianya bila dipanggil sayang ya Yaya”
perli Pakcik Yasin sambil mengerling Jasmin yang mengerutlkan dahinya. Yaya
memang selalu begitu!.
“Dah.. ayah tidur ya” Jasmin menyelimuti ayahnya dan
terus masuk ke dalam bilik bersama Yaya.
“Hujung minggu ni pergi.. ini bermakna Kak Zana ikut
sekali sebab dia cuti sampai selasa depan” Kata Yaya. Dia memandang siling.
Jasmin mengeluh.
“Kak Min kena hati – hati sebab Yaya dengar ibu
sibuk cerita pasal Abang Iq pada Kak Zana dalam telefon. Macam ada pakatan
rahsia saja” sambung Yaya lagi. Dia kemudiannya senyap. Mungkin sudah tidur.
Jasmin resah. Dia tahu itu akan terjadi. Ibunya mampu lakukan apa saja untuk
Zana, anak kesayangannya.
***************************
Mereka semua sudah sampai ke rumah penginapan mereka
yang terletak betul – betul di hadapan air terjun. Lokasi itu memang sesuai
buat mereka yng berkeluarga. Segala – galanya lengkap. Terdapat gazebo yang
besar di mana mereka boleh makan di bawahnya. Di sebelahnya pula terletak satu
kawasan berbumbung dimana kerusi meja diletakkan. Jasmin berdiri di sebelah Iqram.
“Cantik” senyumnya.
“Secantik awak” balas Iqram.
“Apa yang secantik saya?” soal Jasmin.
“Tu.. katak yang dekat batu tu” tunjuk Iqram. Jasmin
mencubit pinggang Iqram. Apabila mendengar namanya dipanggil, Jasmin terus
menoleh. Dia berjalan tetapi kakinya tergelincir sedikit. Mujur Iqram cepat
mendapatkannya.
“Sayang.. sini dalam tau. Kalau awak nak mandi,
mandi di sana. Jangan datang sini. Awak tak tahu berenang” Iqram memberi
peringatan.
“Sayang juga awak kat saya ya tuan doktor”
“Mestilah sayang.. kalau awak tak ada, pupus semua
cili kat dunia ni” gurau Iqram lagi. Jasmin ketawa.
Jasmin mendapatkan ibunya yang masih memanggil –
manggil namanya. Pakcik Yasin duduk di atas kerusi rodanya sambil makan buah
tembikai yang diberi oleh Iqram sebentar tadi.
“Ambil baju Zana ni. Berat!” arah Makcik Khadija.
Yaya terus memegang tali beg Zana.
“Buat apa kamu yang ambil. Ibu suruh Kak Min”
“Sudah lah ibu... kita ke sini pun sebab kekasih Kak
Min, kalau harap Kak Zana sampai bila pun tak bercuti” jawab Yaya.
“Siapa kata dia kekasih Kak Min, kamu?” jeling
makcik Khadija. Yaya terus mengambilnya dan meletakkannya di dalam bilik yang
paling kecil. Biar Kak Zana rasakan!!!!!
Maklong Jihan menghidangkan makanan di dalam Gazebo.
Lebih enak makan sambil bersila. Iqram tidak henti – henti mengusik Maklong
Jihan yang marahkan Paklong Jai kerana sudah pun terjun ke dalam sungai bersama
Zahid.
Zana menghampiri Jasmin. Dia duduk di sebelah Jasmin
yang sedang sibuk mengemas makanan dari bakul yang dibawanya.
“Kak... aku tak beritahu ibu pasal kau dengan ZMY.
Kalau kau ganggu aku cuba dekatkan diri dengan doktor tu siap kau” kata Zana.
Epal digigit sedikit – sedikit. Jasmin membisu. Sedikit terkilan.
“Dah.. pergi tolong ibu kamu tu buka durian. Nak
makan pun tak tahu. Sibuk kacau kakak kamu di sini buat apa?. Dah la tahu makan
sahaja” jeling maklong Jihan. Zana yang memang gerunkan Maklong Jihan terus
pergi.
“Min... cuba tegas. Ini bukan zaman dulu – dulu.
Kakak kena berkorban segalanya untuk adik. Lebih – lebih lagi untuk adik tak
guna seperti Zana tu. Berkorban untuk Iqram yang cintakan kamu. Sekarang kamu
perlu tegas....dapatkan Iqram, ajar Si Zana. Biar dia tahu siapa seorang kakak
yang patut dihormati. Kamu yang sara dia selama ini” Maklong Jihan memberi kata – kata semangat.
Jasmin memandang Iqram yang sedang mandi bersama Zahid. Gelak tawa Iqram
membuatkan air matanya mengalir. Maklong Jihan menarik nafas panjang.
“Jangan fikir semuanya sukar untuk kamu, sayang.
Selagi Maklong hidup, maklong akan jaga kamu tapi kamu juga perlu sayangi diri
kamu sendiri” pujuk Maklong Jihan.
“Min, marilah.. ajak Yaya sekali” jerit Iqram.
Jasmin memandang Maklong Jihan.
“Pergi... habiskan waktu di sini untuk kamu gembira
bersama Iqram. Jangan buang waktu begitu sahaja” bahu Jasmin ditepuk. Tangan
Jasmin ditarik Yaya. Jasmin terus mengikut Yaya masuk ke dalam sungai.
“Sayang.. sini saja ya” Iqram memberi peringatan.
Jasmin senyum. menjerit – jerit apabila Yaya dan Zahid menarik kakinya supaya jatuh. Iqram cuba
menjadi wira dengan menyelamatkan puterinya.
“Nyah kamu wahai toyol – toyol semua” kata Iqram.
Yaya dan Zahid bangun dan terus bercekak pinggang.
“Apa abang Iq ni kata kami toyol” marah Yaya. Iqram mengenyit mata memandang Jasmin. Dengan
tangkas mereka berdua menarik kaki Yaya dan Zahid. Menggelupur mereka berdua di
dalam air. Yaya bangun. Memukul tangan Iqram yang ketawa besar bersama Jasmin.
Tiba – tiba yaya berhenti ketawa.
“Ingat kat Phuket ke pakai pario dengan baju renang”
ujar Yaya. Iqram tercengang. Jasmin ketawa kecil sambil berselindung di
belakang Iqram.
“Iq.. please.. Zana takutlah” Zana menghulurkan
tangannya. Yaya cepat – cepat menyambutnya. Zana menepis tangan yaya.
“Kau jangan nak bela sangat kakak kesayangan kau tu”
bisik Zana. Yaya ketawa. Dia memandang Iqram dan terus menjerit dari situ.
“Abang Iq tunggu situ. Kita main galah panjang dalam
air pula” yaya terus berlari dan menarik Iqram dan Jasmin jauh dari situ. Yaya
mengenyit mata apabila melihat Zana memukul air dengan tangan kanannya.. Mereka
berempat sudah jauh ke atas. Yaya dan Zahid sudah penat dan duduk bersandar di
bawah pokok. Iqram pula sibuk mengajar Jasmin yang tak pandai – pandai
berenang.
“Sejuk sayang?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.
“Kita balik ya?” ajak Iqram. Tangan Jasmin di
pimpin. Mereka berempat menyalin pakaian dan duduk di bawah Gazebo. Iqram
menyediakan kayu arang dan di masukkan ke dalam tempat pemanggang. Ayam yang sudah di perap di buka dan
diletakkan berhampiran dengannya. Jasmin pula membasuh pinggan yang telah
mereka gunakan di singki luar. Yaya juga membantu. Zana turut sama membantu
walaupun dengan muka yang ketat. Selipar yang dipakai Zana tertanggal dan
terjatuh berhampiran kawasan air sungai yang mengalir deras.
“Kak ambilkan selipar aku” arah Zana.
“Zana ambil sendiri” arah Jasmin. Cuba bertegas.
Zana naik berang. Dia menarik tangan Jasmin ke tempat dia berdiri.
“Ambillah kak” arahnya lagi. Jasmin menggeleng. Kali
ini Zana sudah hilang sabar. Dia terus menolak sedikit bahu Jasmin ke hadapan.
Dengan tanah yang licin Jasmin terus terjatuh ke dalam sungai yang dalam.
mereka semua terkejut apabila terdengar jeritan Yaya. Iqram terus berlari dan
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Jasmin yang sudah pun hampir lemas. Zana
tergamam. Bukanlah niatnya untuk menolak kakaknya ke dalam sungai. Iqram cuba
sedaya upaya hinggalah dia dapat mencapai tangan Jasmin. Tubuh Jasmin sudah
longlai. Iqram mendukungnya dan membaringkan tubuh Jasmin yang tidak bermaya
itu di atas tanah.
Iqram melakukan langkah pertolongan cemas satu
persatu. Jasmin diberi pernafasan mulut ke mulut. Dadanya di tekan beberapa
kali. Iqram mengulangi langkah yang sama.
Sayang.... tolong saya sayang... bangun demi saya...
Ya Allah.. selamatkanlah dia, jiwaku bersamanya jika kau ambil dia, ini bermakna
aku harus hidup tanpa jiwa... bantu aku Ya Allah.. doa Iqram di dalam hati.
Maklong Jihan dan Yaya sudah menangis dari tadi. Zana benar – benar menyesal.
Makcik Khadija juga panik. Pakcik Yasin sentiasa berdoa agar anak sulungnya itu
selamat. Jasmin memberi tindak balas positif. Air di dalam mulutnya terkeluar
dan dia mula terserdak – serdak. Sebaik sahaja matanya dibuka, Iqram terus
memeluknya. Kemudian Iqram terus membaluti tubuh Jasmin dengan tuala yang di bawa
Maklong Jihan. Nampaknya Jasmin tidak perlu dibawa ke hospital. Iqram membelai
wajah dan rambut Jasmin. Air mata jasmin mengalir. Maklong Jihan suruh mereka
yang lain keluar. Beri ruang pada Jasmin untuk berehat.
“Saya cinta awak” ucap Jasmin dengan suara yang
perlahan.
“Awak tak apa – apa... Allah dah selamatkan awak.
Allah dengar doa saya sayang...” Iqram memejamkan matanya. Menahan sebak.
Jasmin
memeluk lengan Iqram sehingga dia tertidur kerana kepenatan. Pakcik Yasin
mengucapkan terima kasih berkali – kali kepada Iqram. Kerana terlalu penat,
tugas menyediakan ayam bbq di ambil alih oleh Paklong Jai.
Hari
sudah malam. Paklong jai membakar ayam dan ikan dengan bantuan Iqram. Jasmin
keluar dan duduk di sebelah Yaya yang terus memeluknya. Nasi untuk makan malam
sudah terhidang di meja panjang. Cukup – cukup untuk mereka semua. Sambal sardin,
telur goreng dan ayam bakar di letak ditengah – tengah. Tiada perkataan maaf
pun yang keluar daru mulut Zana. Jasmin akui dia sedikit kecewa. Zana cepat –
cepat duduk di sebelah Iqram. Terkejut dengan tindakan Zana, Iqram memandang
Maklong Jihan yang sudah pun menggetap bibir tanda geram. Jasmin duduk dihujung
bersama Maklong Jihan. Maklong Jihan bangun dan terus menuju ke tempat Iqram.
“Iq..
duduk tempat Maklong. Sana banyak nyamuk. Kamu muda lagi. Kuat. Pergi!” arah
Maklong Jihan dengan tegas. Iqram tersengih – sengih duduk di sebelah Jasmin.
Maklong Jihan menjeling tajam memandang Zana yang mencebik geram.
“Awak
dah ok sayang?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.
“lain
kali jangan buat kuak lentang kat dalam sungai tu tau” gurau Iqram. Jasmin
ketawa. Iqram mengambil paha ayam dan terus diletakkannya ke dalam pinggan
Jasmin.
“Makan
banyak – banyak ya. Bagi kuat sikit. Esok baru boleh kalahkan dua orang budak
tu” Iqram memandang Yaya yang ketawa berdekah – dekah sehingga ditegur oleh
makcik Khadija. Pakcik Yasin kelihatan berselera sekali. Hampir tiga ketul ayam
dihabiskannya.
“Macam
filem cinta tau tadi, Kak Min. Pak long penuh gaya selamatkan Kak Min” Zahid
mula bercerita.
“Banyaklah
kau punya gaya... Paklong rasa macam hampir mati tadi tau tak” balas Iqram.
Zana mencebik. Menyampah dengan cerita yang mereka utarakan.
“Buat
CPR lagi” sengih Yaya.
Jasmin
memandang Iqram. Dia kemudiannya memegang bibirnya. Iqram ketawa.
“Eh..
saya tak ambil kesempatan tau” kata Iqram.
“Mana
aku tahu kamu tak ambl kesempatan. Buat CPR macam.....” Maklong Jihan ketawa
kecil. Sengaja mahu mengusik Iqram dan membakar hati Zana.
“Awak
gatal ya” bisik Jasmin.
“Sikit..’
senyum Iqram. Mereka yang lain ketawa kecuali Makcik Khadija dan Zana.
Selesai
makan, mereka hanya duduk berbual. Makcik Khadija tidak dapat berbuat apa –
apa. Kehadiran Maklong Jihan mematahkan semua rancangannya untuk merapatkan
Zana dan Iqram. Zahid dan Paklong Jai sudah
pun berdengkur kerana keletihan. Pakcik Yasin juga sudah masuk tidur. Yang tinggal
di dalam gazebo itu hanya Jasmin, Yaya dan Iqram. Jasmin duduk di sebelah
Iqram. Yaya pula membaca majalah hiburan di bawah lampu yang tidak terang.
“Saya
seperti hampir mati sahaja tadi. Kalau awak pergi tadi, saya tak akan maafkan
awak” kata Iqram. Jasmin termenung.
“Kalau
saya pergi tadi, saya akan bawa cinta kita bersama” Jasmin memandang Iqram di sisinya. Iqram tunduk.
“Terima
kasih sayang... awak masih ada untuk saya” ujar Iqram. Jasmin memandang jauh. Pengalaman
tadi memang terlalu menakutkan. Yang dia tahu waktu itu Iqram akan
menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Saya
bersyukur Allah hantarkan saya seorang panglima yang sedia menyelamatkan saya
dalam apa jua keadaan” Jasmin pula tunduk. Air matanya menitis. Iqram
mengangkat perlahan dagu Jasmin.
“Tiada
panglima jika tiada puteri secantik bunga Jasmin”
“Saya
sayang awak sangat – sangat” luah Jasmin. Iqram senyum. Yaya duduk bersila
memerhatikan mereka berdua dari belakang. Majalahnya dibiar ke tepi.
“Kalau
awak sudah sah menjadi hak saya ketika ini akan saya peluk awak untuk menjadi
selimut malam awak” luah Iqram pula.
“Eeeeeeee...
tolonglah!. Ni ada budak bawah umur tau. Jangan buat drama radio boleh tak?” ,kata
Yaya sambil menekup kedua belah telinganya. Iqram dan Jasmin ketawa. Jasmin
mengenyit mata memberi isyarat kepada Iqram. Mereka berdua menarik tangan Yaya
yang masih lagi menekup telinganya.
“Sayang..oh
sayangku.. kau cinta hatiku buat selamanya” kata Iqram ditelinga sebelah kanan
yaya.Jasmin pula menyambungnya.
“Oh....
aku sangat merinduimu sayang. Peluklah aku ke dakapanmu. Hangatkan tidur
malamku dengan cintamu” kata Jasmin pula. Yaya ketawa. Tiba – tiba Iqram
terdiam. Tangan Yaya dilepaskan. Jasmin hairan. Dia memandang Iqram yang
tersenyum malu.
“Kenapa?”
soal Jasmin. Mengangkat kening.
“Betul
ke?” soal Iqram.
“Apa?”
Jasmin tidak mengerti.
“Nak
saya peluk awak, hangatkan tidur awak”
“Eeee....
gatal!!!!” Jasmin dan Yaya memukul belakang badan Iqram. Terkekeh – kekeh Iqram
ketawa.
“Tadi
awak yang cakap” kata Iqram.
“Saya
bergurau dengan Yaya sahaja” jawab Jasmin. Mukanya merah.
“Ala..
malu – malu pula.. meh la sayang..” rengek Iqram.
“Tak
naklah!!!” Jasmin memukul Iqram dengan majalah milik Yaya. Geli geleman Yaya
mendengar rengekan Iqram itu.
“Abang..
gatalnya!” kata Yaya.
“Kakak
Yaya yang nak tadi. Abang rela sahaja. Abang kasihankan Kak Min. Sejuk!!!”
jawab Iqram. Jasmin ketawa. Iqram merenungnya.
“Tak
apa, harinya akan tiba. Masa tu awak takkan pukul atau marah saya tapi awak
akan kata... cepatlah..cepatlah...jomlah..tak sabar ni” sengih Iqram. Jasmin
menekan perut menahan ketawa. Yaya menggeleng kepala. Tak sangka Doktor Iqram
ni boleh tahan juga orangnya. Jasmin menampar lembut pipi Iqram.
“Tak
lah sayang. Saya akan jaga maruah awak sebaik – baiknya sebelum dan selepas
kita berkahwin. Awak amanah buat saya. Amanah terindah yang tidak ternilai. Tanda
cinta saya yang tak pernah awak tahu ” Iqram menyentuh pipi Jasmin. Mata mereka
bertentangan. Guruh sudah berbunyi. Diiringi dengan petir. Terkejut Jasmin
dibuatnya.
“Nampak...
petir tu pun dah menyampah dengar tau tak. Jom masuk”Yaya menarik tangan Jasmin
masuk ke dalam rumah. Iqram memeluk kedua belah lututnya. Senyuman masih belum
lekang dari bibirnya. Dia cintakan wanita itu ..

omaigoddd! cepat sambonggg tauuu.. i love this story!!!! thank you for sharing!!!
ReplyDeletehi cheqmonq :)
Deleteterima kasih banyak2 ya sudi baca..
ok... nanti saya sambung cepat2 yek
cayang awak!!!
wah! sweet giler la jasmin ngn iq.. nmpk nye musuh jasmin da bbertambah lg sorg
ReplyDeletesalam.. hai!
Deletelama Nurul Diela tak komen... rindu tau!
a'ah.. yang ini musuh dalam tupperware hihihi
jangan lupa baca next n3 yek
cayang awak!!!
Lepas satu, satu pesaing si Jasmin ni dtg untuk menganggu. Zana ni anak lain bapa dengan Jasmin ke sampai emaknya benci sangat kat Jasmin.
ReplyDeletehi seri ayu :)
Deletezana dan yaya adalah anak makcik khadija dan pakcik yasin
manakala Jasmin pula anak sulung pakcik yassin dengan arwah isteri pertamanya. kiranya jasmin ni lain mak dengan yaya dan zana :)
masa pakcik yasin kahwin dengan makcik khadija, dia dah ada Jasmin..
terima kasih baca ye Seri ayu
cayang awak! :)