BAB 7
Tan Sri Zainal dan Puan Sri Zaleha
menaiki kereta iswara milik mereka ke kampung. Kereta itu dibeli untuk ke pasar
atau pulang ke kampung. Puan Sri Zaleha memang tidak mahu membawa kereta mewah
mereka ke kampung. Sikap merendah diri itu ternyata menjadi ikutan Iqram. Belum sempat sampai ke rumah Maklong Jihan,
tiba – tiba kereta mereka terberhenti.Tan Sri Zainal cuba memeriksa enjin
tetapi apalah yang dia tahu. Puan Sri Zaleha keluar dari kereta. matanya
tertumpu ke arah kebun cili dan sayur milik Jasmin.
“Kita tanya orang sanalah. Mana
tahu ada orang boleh baiki kereta ni” cadang Puan Sri Zaleh. Tan Sri Zanal
mengikut sahaja. Jasmin yang baru lepas membersihkan kebunnya agak terperanjat
melihat ibubapa Iqram datang ke arahnya. Jasmin menghampiri.
“Assalamualaikum pakcik, makcik!”
senyum Jasmin. Puan Sri Zaleha menyambut salam Jasmin.
“Kereta kami rosak. Tak tahu nak
cari bengkel di mana” cerita Tan Sri Zainal. Sudah agak lama mereka tidak pulang.
Keadaan memang banyak berubah.
“Ooo... tak mengapa. Nanti saya
telefon abang Samad. Dia mekanik di sini. Sementara tu pakcik dan makcik duduk
dulu di pondok ni ya. Maaflah, kotor sedikit. Nanti saya lapik dengan
suratkhabar” kata Jasmin.
“Eh, tak payah. Bukan kotor pun”
mereka berdua terus duduk bersebelahan. Jasmin menelefon Samad. Lebih kurang 15
minit Samad tiba dengan peralatannya.Tan Sri Zainal seolah – olah seronok
melihat kebun cili Jasmin yang subur. Sayur – sayuran lain pun tumbuh subur.
“Saya ada buat ubi rebus dengan
sambal tumis ikan bilis. Makcik dan pakcik makan tak?” soal Jasmin.
“Eh... makanlah! Dah lama tak
makan” jawab Puan Sri Zaleha.dan Tan Sri Zainal turut gembira mendengarnya.
Jasmin membuka bekalnya.
“Makanlah pakcik, makcik. Jangan
risau, saya belum sentuh pun. Tapi minum dengan air masak sajalah” Jasmin melayan mereka dengan ramah. Tan Sri
Zainal duduk bersila. Nampak berselera mereka menjamah masakan Jasmin. Pelik
juga Jasmin. Macam sedap sangat saja masakan dia .
“Pandai anak masak” puji Tan Sri
Zainal. Jasmin senyum
“Kalau kau hidup zaman pakcik, dah
lama pakcik pinang..” seloroh Tan Sri Zainal.
“Amboi.. gatal!” jeling Puan Sri
Zaleha. Jasmin mula perasan satu perkara. Jelingan Puan Sri Zaleha sama dengan
jelingan Iqram.
“Kebetulan...” kata Jasmin sendiri.
Dia yang masih belum mengetahui siapa mereka berdua tetap melayannya dengan
penuh rasa hormat.
“Ni siapa punya kebun?. Anak punya
atau tauke punya?” soal Tan Sri Zainal.
Sambal tumis ikan bilis itu di cicah dengan jarinya saja sebelum dimasukkan ke
dalam mulut.
“Ala... saya punya pakcik. Kebun
kecil saja” jawab Jasmin.
“Tak apa.. pakcik juga suka
berkebun tapi selalunya tanam bunga saja yang menjadi. Tanam sayur semuanya
kurang menjadi” terang Tan Sri Zainal. Samad yang sudah pun menghabiskan kerja
– kerjanya menghampiri mereka semua. Selepas bersalaman dan mengucap terima
kasih yang tidak terhingga mereka meneruskan perjalanan. Puan Sri Zaleha
tersenyum sendiri.
“Kenapa pula?. Tak sabar nak
carikan isteri baru untuk saya ke?. Janda banyak kat kampung ni” usik Tan Sri
Zainal. Puan Sri Zaleha menjeing tajam.
“Kalaulah wanita edisi terhad Iqram
sebaik budak tadi... baguskan?” soal Puan Sri Zaleha.
“Nak ke Iqram perempuan begitu?.
Dulu, kekasih dia Si Melissa tu pun sikit punya bergaya!” ujar Tan Sri Zainal
pula.
“Sebab itulah tak kekal!” cebik
Puan Sri Zaleha. Tan Sri Zainal ketawa berdekah – dekah. Teringatkan peristiwa
Iqram yang putus cinta sebelum terbang ke luar negara. Kekasihnya itu cemburu
mengalahkan isterinya sendiri. Cemburunya hingga ke tahap mengintip sampai ke
rumah!.
Menjerit gembira Maklong Jihan bila
mendengar enjin kereta Tan Sri Zainal tiba di rumahnya. dikejarnya dan
dipeluknya badan adiknya yang sentiasa ramping walaupun sudah berusia.
“Mari masuk!. Aku masak nasi dah
ni” pelawa Maklong Jihan.
“Nanti dululah Kak Long. Tadi dah
kenyang makan ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Sedap budak tu masak.
Lupa pula Angah nak tanya namanya. Ala.. tuan punya kebun cili” terang Puan Sri
Zaleha.
“Oooo... tu Jasmin. Dia kawan
dengan Iqram juga. Memang sedap budak tu masak” puji Maklong Jihan.
“Edisi terhad?” sengih Tan Sri
Zainal.
“Entahlah.. terhad ke tidak tapi
dia rapat dengan dua orang perempuan sekarang” terang Maklong Jihan. Air kelapa
muda ais dihidangkan. Tan Sri Zainal meneguknya laju.
“Sampai dua?” sengih Puan Sri
Zaleha. Mereka bertiga ketawa. Iqram tidak tahu kedua ibubapanya datang
melawatnya hari ini. Tan Sri Zainal baring di pangkin luar. Seronok benar dia
ketika berada di kampung.
Hari sudah petang. Iqram singgah di
kedai Abang Abu sebelum pulang ke rumah. Maklong Jihan menelefonnya agar
membeli 10 kilo beras dan beberapa kilo ikan keli. Abang Abu menegurnya ramah.
“Maklong kau nak buat kenduri ke?.
Semalam baru ambil 10 kilo beras” soal Abang Abu.
“Tak tahulah bang. Saya beli saja.”
Jawab Iqram. Kebetulan Cikgu Zue datang ke kedai Abang Abu.
“Ha.. jumpa pun Iq di sini. Ini ada
dokumen nak dihantar ke rumah Paklong Jai” senyum Cikgu Zue. Abang Abu
mengeluh. Dia bukannya suka sangat dengan Cikgu Zue yang pernah menolak
pinangan adiknya dengan kasar sekali. Tidak perlu diungkit tentang kerja
adiknya yang hanya bekerja kampung sahaja. Waktu itu Cikgu Zue baru saja mula
mengajar di sekolah yang berdekatan dengan kampung mereka.
“Tak apalah, ikut saya saja. Nanti
saya hantar awak balik. Lagipun mesti ada yang awak nak terangkan” pelawa
Iqram. Cikgu Zue tersenyum dan terus mengikut Iqram masuk ke dalam kereta.
“Kalau setakat datang kedai aku nak
mengurat si Iqram, baik tak payah datang, Menyampah!!” meluat betul Abang Abu
melihat cara Cikgu Zue menarik perhatian Iqram.
Cikgu Zue dan Iqram keluar dari
kereta. Iqram sudah tersenyum lebar apabila melihat kereta ayahnya di hadapan
rumah. Iqram mengajak Cikgu Zue naik.
“Ada orang ke?” soal Cikgu Zue.
“Mama dan ayah saya” senyum Iqram.
Cepat – cepat Cikgu Zue memperbetulkan rambut dan baju kurungnya. Dia mesti
kelihatan cantik di hadapan ibubapa Iqram. Selepas memberi salam Cikgu Zue dan
Iqram mendapatkan Tan sri Zainal dan Puan Sri Zaleha yang sedang menyicah pelam
muda dengan kicap yang dicamur gula dan cili. Berkerut – kerut muka Tan Sri
Zainal menahan masam di lidahnya.
“Apa khabar makcik” sapa Cikgu Zue tanpa
mengetahui status kedua orang tua Iqram yang sebenarnya. Puan Sri Zaleha
senyum. dia tidak pasti sama ada wanita muda di hadapannya itu adalah calon
menantunya atau pun tidak. Tan Sri Zainal mengangkat kening berkali – kali
apabila Iqram memandangnya.
“Hmm... siapalah ayah ni.. itu pun
tak nak mengaku” usik Tan Sri Zainal. Cikgu Zue yang dapat menangkap maksud
usikan ayah Iqram itu tersenyum malu. Iqram malas mahu memberi sebarang
jawapan. Nanti meleret – leret pula.
“Iqram cuti hujung minggu depan.
Ikutlah dia balik ke rumah kami. Boleh kami bawa Zue jalan – jalan di KL. Maksu
Zila banyak cerita tentang Zue dan Iqram. Katanya kamu berdua sangat rapat”
ujar Puan Sri Zaleha. Maklong Jihan mencebik. Pandai – pandai sahaja Maksu Zila
mereka cerita. Memang Iqram agak rapat tetapi tidaklah serapat Jasmin.
Menyampah pula melihat Cikgu Zue yang sedari tadi asyik tersenyum malu. Malulah
sangat!!!!!...geram maklong Jihan. Cikgu Zue seperti biasa... tunjuk ayu!.
***********************
Sudah dua hari Jasmin tidak melihat
kelibat Iqram. Hatinya menjadi rindu. Mahu ke klinik...malulah pula!. Jasmin
duduk sambil menghirup air sirap yang di bawa oleh Kak Lijah. Selepas mengemas
semua keperluan ke dalam pondoknya, Jasmin terus berjalan kaki untuk pulang ke
rumah. Dia menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi hon kereta. Iqram
memberhentikan keretanya. Jasmin mengintai. Kereta Iqram penuh.
“Nak ke mana?” soal Jasmin. Mukanya
berubah apabila terlihat Cikgu Zue yang tersenyum bangga memandangnya. Puan Sri
Zaleha turut sama mengintai.
“Eh.. itu budak yang beri kita
makan di kebun dialah, abang” Puan Sri Zaleha menepuk bahu Tan Sri zainal.
Dengan segera Puan Sri Zaleha keluar bersalaman dengan Jasmin. Terkejut Jasmin
apabila mengetahui bahawa Puan Sri Zaleha dan Tan Sri Zainal adalah ibubapa
Iqram.
“Makcik ibu Iqram rupanya” senyum
Jasmin.
“Kami nak pergi makan. Zue nak
belanja kami. Marilah ikut sekali” pelawa Puan Sri Zaleha. Jasmin mengelak.
“Tak mengapalah makcik. Makcik
pergi sahaja dengan mereka. Kalau ada waktu kita jumpa lagi ya” dalih Jasmin.
Puan Sri Zaleha bersalaman sekali lagi sebelum masuk ke dalam kereta. sejurus
sahaja kereta Iqram jauh dari pandangan matanya, Jasmin menjerit semahu –
mahunya. Bukannya ada orang lain di situ. Jasmin tiba – tiba terdiam. Termenung
buat seketika.
“Kenapa aku marah?.... cemburu?...
ahhh... bukan kacak sangat pun Si Iqram tu” cebik Jasmin.
“Tapi memang kacak pun. Boleh pula
dia buat macam tak bersalah keluar dengan Cikgu Zue tu!... tapi memang tak
bersalah. Ishh aku ni, dah macam Siti Tanjung Perak pula... jahat semacam!”
Jasmin menampar pipinya berkali – kali. Apapun, dia tidak dapat menafikan yang
dia memang sudah jantu cinta!!!!!.
Maklong Jihan datang ke rumah
Jasmin. Ibu Jasmin keluar mendapatkan Maklong Jihan.
“Aku nak jumpa Min sekejap” kata
maklong Jihan.
“Dia tengah masak Kak Jihan. Nanti
saya suruh dia pergi rumah akak sajalah” Makcik Khadija mula berdalih. Geram
pula Maklong Jihan dibuatnya.
“Haii... dahlah semua kerja dia
buat. Takkanlah masak pun kau suruh dia. Padanlah dia lebih pandai masak
daripada kamu” perli maklong Jihan. Makcik Kahdija menjeling tajam. Dia memang
tidak sukakan maklong Jihan yang sememangnya agak lepas percakapannya. Beberapa
minit kemudian Jasmin keluar.
“Kenapa Maklong?” soal Jasmin.
Mereka berdua duduk di kerusi lama di bawah pokok cermai. Jasmin tahu Maklong
Jihan tentu ada hajat besar.
“Kamu tak nak ikut Iqram balik ke
KL hari Jumaat ni?. Iqram ada cakap dengan aku dia nak ajak kamu tapi tiba –
tiba Si Zue tu sibuk nak ikut. Katanya kawan ketika belajar dulu nak kahwin
juga. Dia suruh Iqram temankan. Iqram cuba telefon kamu malam tadi tapi tak
berangkat” terang Maklong Jihan.
“Rasanya ibu tak bagi kot. Siapa
nak jaga ayah?.. Ibu bukan mahu jaga ayah. Suap ayah pun tak mahu” Jasmin duduk
termenung.
“Kamu kena pergi. Adik aku tu sibuk
nak jodohkan mereka berdua. Min, Maklong tahu kamu sukakan Iq. Maklong suka
jika kamulah bakal isteri Iq. Bukan Maklong kata Cikgu Zue tu tak bagus tapi
kamu lebih mampu membahagiakan anak buah kesayangan aku tu. Pasal lain kamu
jangan risau, aku buat pakatan dengan Yaya . Kamu ada apa – apa urusan tak di
KL tu. Tak kiralah dengan Zana atau siapa – siapa?” soal Maklong Jihan panjang
lebar. Jasmin termenung.
“Memanglah Zana ada buat baju
dengan Min. Baju penuh dengan manik dan labuci. Katanya nak pakai masa dinner
tempat kerja dia tu. Maklong tahukan dia baru dapat kerja?”
Maklong Jihan mengangguk.
“Zana memang sukakan baju tu... nak
Min bagi alasan itu ke?” soal Jasmin. Maklong Jihan mengangguk berkali – kali.
Jasmin termenung lagi. Maklong Jihan pulang dengan harapan supaya Jasmin dapat
mencari alasan yang sesuai supaya dapat mengikut Iqram ke Kuala Lumpur.
Setelah berbincang dengan Yaya
akhirnya Jasmin berani mengutarakan hasratnya di hadapan Makcik Khadija.
“Nak buat apa ke KL tu? Ikut doktor
tu nak buat apa?.” Marah Makcik Khadija. Gelang tangan yang baru dibelinya itu
di susun kemas di dalam peti simpanan.
“Ala ibu.. ingat tak Kak Zana kata
baju dia mahal sangat. Dia kan sibuk. Lagipun bagus jika Kak Min hantar
sendiri. Nanti terjaminlah baju Kak Zana tu. Nanti ibu masaklah masakan
kegemaran Kak Zana, serunding daging tu. Kak Min boleh hantarkan. Bukankah Kak
Zana selalu minta mak buatkan serunding tu. Kasihan Kak Zana. Lagipun Kak Min
nak cari gelang yang cantik di KL tu untuk ibu” Yaya cuba membantu. Mata Jasmin
terbeliak. Bila masa pula aku nak belikan ibu gelang???....
Setelah lama berfikir akhirnya Makcik
Khadija bersetuju. Yayalah orang yang paling gembira. Pakcik Yasin juga begitu.
Dia tahu mengenai Iqram melalui Yaya. Jika Jasmin ke kebun, Yaya banyak berbual
dengan ayahnya. Hinggakan Jasmin sering
menyebut nama Iqram ketika tidur pun diberitahunya.
“Pergilah Min... sudah tiba masanya
untuk Min mencari bahagia Min sendiri. Jangan bimbang tentang ayah sebab anak
ayah yang satu lagi ni serupa macam Min.. sangat sayangkan ayah” Pakcik Yasin
menggosok kepala Yaya. Jasmin memeluk Pakcik Yasin. Begitu juga dengan Yaya.
************************************
Semua berkumpul di rumah Maklong
Jihan. Maksu Zila juga pergi sama. Walaupun di tegah suaminya, Maksu Zila tetap
berdegil. Cikgu Zue yang sedang memasukkan begnya ke dalam bonet kereta sedikit
terkejut apabila melihat Yaya menghantar Jasmin. Iqram senyum lebar. Dibantunya
Jasmin membawa beg pakaian masuk ke dalam kereta.
“Jaga Kak Min baik – baik ya abang
Iq” pesan Yaya. Iqram mengangguk sambil tersenyum.
“Awak jangan jual saya tau” gurau
Jasmin.
“Laku ke?” usik Iqram pula. Jasmin
menampar lembut pipi Iqram. Maksu Zila berdehem. Dijelingnya Jasmin yang
dianggap sebagai pengacau dalam usahanya menyatukan Iqram dengan Cikgu Zue.
“Jalan baik – baik. Kamu tu Zila,
jangan nak buat aniaya orang pula. Jangan pula kamu nak buat apa – apa dengan
Jasmin. Aku tahu kamu buat sesuatu, aku ambil balik tanah aku tu” ugut Maklong
Jihan. Iqram tergamam. Sampai begitu sekali sayangnya Maklong Jihan terhadap
Jasmin. Maksu Zila merempan. Terus masuk ke dalam kereta.
“Min.. duduk depan dengan saya”
pinta Iqram. Yaya dan Maklong Jihan mencuit pinggang antara satu sama lain.
“Apa pula.. biarlah Zue yang duduk
depan” bantah Maksu Zila.
“Kamu diam aku kata!... nanti
kereta yang aku belikan tu pula aku ambil balik. Dah lah belum bayar habis
lagi” ugut Maklong Jihan lagi. Iqram ketawa. Jasmin mahu turun dari kereta
tetapi tangannya ditarik oleh Iqram.
“Kalau awak ada di depan saya
takkan mengantuk” Iqram mengenyit mata.
“Macamlah jauh sangat!” cebik Jasmin.
Wajah Cikgu Zue masam mencuka. Maksu Zila mengurut belakang badan Cikgu Zue.
Dia tahu Cikgu Zue sakit hati apabila melihat Iqram dan Jasmin ketawa mesra
berdua sedangkan dia di belakang terpaksa mendengar tawa mesra yang menyakitkan
telinga.
Selepas beberapa jam perjalanan
akhirnya mereka sampai ke rumah Tan Sri Zainal yang tersergam indah. Jasmin dan
Cikgu Zue masing – masing terpegun sebentar. Dia tidak menyangka yang Iqram
sekaya ini. Jasmin turun agak lambat. Maksu Zila bersuara.
“Cepatlah... kamu ingat kamu tu
siapa nak kami tunggu?” agak tinggi suaraa Maksu Zila. Iqram memandang Maksu
Zila. Dia tidak suka dengan cara Maksu Zila melayan Jasmin. Puan Sri Zaleha dan
Tan Sri Zainal menjengah di muka pintu.
“Alamak bang, sampai dua dibawanya.
Mana satu yang jadi bakal menantu kita ni” bisik Puan Sri Zaleha.
“Apa susah.. yang tak dipilih
Iqram, abang ambil jadi.... adoiiii” Tan Sri Zainal mengerang kesakitan akibat
dicubit isterinya. Maksu Zila memeluk Puan Sri Zaleha. Jasmin dan Cikgu Zue
bersalaman dengan kedua orang tua Iqram. Mereka semua duduk di ruang tamu untuk
menghilangkan lelah. Kak Kasma, pembantu rumah Puan Sri Zaleha datang membawa
minuman dan kuih muih. Jasmin bangun dan bersalaman dengan Kas Kasma.
“Itu orang gaji” sindir Maksu Zila.
“Saya tahu. Tak salah salam kakak
ni kan?” kata Jasmin selamba. Kak Kasma senyum memandang Puan Sri Zaleha yang
turut sama memandangnya.
“Tak mengapa. Masuklah mana – mana bilik
di atas. Ada banyak bilik. Pilih seorang satu” kata – kata Puan Sri Zaleha itu
membuatkan Jasmin sedikit cuak. Dia tahu dia tidak boleh tidur bersama Cikgu
Zue ataupun Maksu Zila. Dia akan hangus digoreng dengan leteran Maksu Zila.
Cikgu Zue dan Jasmin menghantar cawan di dapur walaupun ditegah oleh Kak Kasma
dan Puan Sri Zaleha. Apabila Cikgu Zue naik ke atas, Jasmin terus mendapatkan
Kak Kasma.
“Kak.. saya takut tidur seorang. Boleh
tak saya tumpang bilik akak. Pagi – pagi saya akan kemas bilik akak. Saya janji
tak menyusahkan akak”kata Jasmin bersungguh – sungguh.
“Kau takut tidur seorang diri ya...”
Kak Kasma mengusik. Jasmin mengangguk. Memang dia takut tidur seorang diri.
“Ok.. bawa beg masuk. Akak pun ada
kawan gak” senyum Kak Kasma. Jasmin senyum dan menggosok tangan Kak Kasma
beberapa kali tanda terima kasih. Dia terus mengikut Kak Kasma masuk ke dalam
biliknya. Iqram yang baru sahaja turun tangga, agak pelik melihat Jasmin yang
sedang masuk ke dalam bilik Kak Kasma. Iqram menegur mereka berdua.
“Min.. itu bilik Kak Kasmalah. Naik
ke atas. Mama dah kemaskan bilik awak”
“Tak naklah”
“Kenapa?” soal Iqram. Jasmin
terdiam.
“Dia takut tidur seorang diri”
jawab Kak Kasma. Iqram ketawa.
“Brutal – brutal pun takut tidur
seorang diri. Macam mana kalau saya kena bertugas malam nanti?” Iqram merenung
Jasmin.
“Nanti saya ikutlah awak ke klinik
ke hospital ke” cebik Jasmin.
“Saya tak boleh keluar malamlah
kalau begitu. Kena temankan awak nanti” sambung Iqram.
“Ala.. tidur saja” jawab Jasmin.
Kak Kasma menggaru kepala. Apa masalah budak berdua ni.. macamlah suami isteri
cakap begitu... fikir Kak Kasma dan akhirnya tersenyum.
“Tak apa, nanti saya carikan orang
gaji temankan awak bila saya tiada di rumah malam – malam ya” kata Iqram.
Jasmin mengangguk.
“Hei...ni apa cerita ni!!! Orang gaji,
tidur malam, takut tidur, teman pergi klinik!!!!.. kau berdua ni dah kahwin
ke??” jerit Kak Kasma. Iqram dan Jasmin terdiam. Masing – masing berfikir
kembali. Perbualan spontan itu buat mereka keliru sebentar. Tiba – tiba wajah
Jasmin merah padam. Iqram menoleh ke arah lain. Kak Kasma mengangkat – angkat keningnya
yang agak tebal itu.
“Ha... kan dah malu!!!” kata Kak
Kasma. Iqram terus naik ke biliknya semula. Jasmin pula terus masuk semula ke
dalam bilik dan mula mengemas pakaiannya ke dalan almari. Kak Kasma ketawa
berdekah – dekah. Dia sukakan perempuan itu!.
Iza plot semakin best waarghhh...camne yg nak garap..yg mcm awak buat...sambung pleasee.....
ReplyDeletehehhehee.. terima kasih kalam. suka betul bila awak komen. ala, saya pun bukannya pandai tapi kalau saya, masukkan sedikit kegatalan kehkehekh. cerita awak dah best dah.. bila awak menulislagi, mesti akan keluar banyak. kalau saya, dengar lagu romantik sikit kalau ada bab yang romantik. muzik pun byk membantu. :)
Delete