Wednesday, 26 December 2012

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab2


  BAB 2.

Seri pulang ke rumah. Terkejut melihat kehadiran seorang wanita yang cantik di dalam rumahnya. dengan beg pakaian di tangan, Seri tahu dia penyewa bilik yang baru. Seri bersalaman dengannya.

“Lyana Sha” dia memperkenalkan namanya. Seri tersenyum dan menyambut salam perkenalan dengan gembira. Nampaknya biliknya dan Lya bersebelahan. Dia memang senang dengan sikap Lya yang peramah dan nampah periang. Kena dengannya. Seri membantu Lya mengemas pakaian.

“Dari mana?’ soal Seri.

“Johor. Awak pula?” soal Lya kembali.

“Sibu, Sarawak. Mari saya tolong sangkutkan baju tu” Seri menawarkan diri. Dia menghabiskan masa agak lama membantu Lya. Setelah selesai semuanya, Lya mengajak Seri keluar makan. Meena sudah hilang entah ke mana. Ada saja program dia bersama Jeeva.

“Kita makan fast food sajalah” cadang Seri. Lya membelok kereta ke sebuah restoran makanan segera. Seri keluar dan terus berjalan.

“Awek Sarawak!” tegur seseorang. Seri menoleh. Encik Fuad????.. Seri mengukir senyum.

“Encik Fuad buat apa di sini ya?” soal Seri. Fuad memerhati sekeliling. Seperti mencari sesuatu. Dia mengintai pula di cermin tingkap restoran.

“Encik Fuad cari apa?” soal Seri. Lya yang baru tiba selepas meletak keretanya menggaru – garu kepala. Hairan dengan sikap lelaki kacak tetapi nampak macam tak tentu hala itu.

“Cari nama awaklah!” jawab Fuad.

“Kenapa nak cari nama saya, Encik Fuad?”

“Ya.. lah awak tanya buat apa kat sini?. Selalunya kalau orang datang ke rumah sahaja disoal begitu. Saya ingatkan tadi restoran ni rumah awak” sengih Fuad.

“Erk....” Lya dan Seri berpandangan sesama sendiri. Tak faham!.

“Ehemm.... tak apalah, saya pergi dulu” Fuad termalu. Lawaknya tidak menjadi. Selepas dia pergi, Seri dan Lya gelak besar.sebenarnya mereka faham maksud Fuad tapi sengaja mengenakannya. Seri yakin Lya memang sehaluan dengannya. Memahami antara satu sama lain.

“Itu siapa?. Kacak tapi macam tak betul saja. Macam nak ayat awak saja Seri” teka Lya. Seri ketawa. Dia mengunyah ayam goreng yang baru saja masuk ke dalam mulutnya.

“Dia majikan saya, Lya. Tapi kacak kan” senyum Seri.

“Hmm.. gatal juga.... apa dia panggil tadi?” soal Lya.

“Awek Sarawak!: jawab Seri.

“Dia tak kena awek Johor, mahu pengsan terbuntang mata dia. Nak ngurat tapi tak pandai ayat” ketawa Lya. Seri tergamam. Fuad di hadapannya itu tersenyum – senyum memandang Lya dari belakang. Berani dia kutuk aku ya?.. terbuntang ya?... mari kita tengok siapa yang terbuntang?... sengih Fuad. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Seri. Dengan cepat Seri mengenjak sedikit.

“Nama awak siapa ya, wanita yang manis senyumannya?” soal Fuad.

“Lyana Sha” jawab Lya. Dia tahu Fuad mahu mengenakannya. Tapi Lya tetap bertenang. Dia mamandang tepat ke mata Fuad.

“Saya nak panggil apa ni? Lya ke?.. Na ke?.. atau Sha?’ soal Fuad.

“Panggil saja Lya” jawab Lya.

“Saya panggil Sha sajalah” kata Fuad.

“Ok juga” jawab Lya. Seri membisu. Hanya memandang Lya dan Fuad yang saling mengecilkan mata. Memandang antara satu sama lain.

“Saya panggil Na sahaja” senyum Fuad. Senyuman nakal. Huh!... aku nak bagi minah ni marah.. terbuntang biji mata ya..

“Tak payah susah – susah panggil Na, panggil Lya”

“Taknaklah.. panggil Na .. na na na na na” Fuad menyanyi. Lya menarik nafas geram.

“Ok, saya panggil awak Fu...”

“Tak kisah” jawab Fuad. Lya senyum nakal. Dia menarik nafas dalam – dalam.

“Ok. Kami balik dulu.. Fuh..fuh..fuh..fuh..arghh..nak bersalin ni..fuh! fuh!” Lya memuncungkan bibirnya. Nafasnya turun naik seperti wanita mahu bersalin. Seri tercengang. Fuad pula tergamam. Lya bangun dan terus mengajak Seri pulang. Fuad masih terkejut. Tak sangka namanya begitu sinonim dengan situasi wanita bersalin!.

Seri dan Lya ketawa berdekah – dekah dalam kereta. Seri menutup mulutnya. Tidak sangka Lya seberani itu.. tetapi dia suka! Keceriaan Lya membuatkan dia tidak rasa keseorangan di perantauan.

Mereka bertiga pulang saja ke rumah. Mahu berehat kerana esok Seri sudah mula bekerja. Dia tahu ada masalah yang bakal menantinya esok.


                             *******************8

Lya duduk di meja yang telah disediakan untuknya. Zarra Zuyyin yang merupakan eksekutif akaun di syarikatnya itu mengajar segala apa yang Seri perlu tahu. Ibu muda itu sentiasa murah dengan senyuman. Keramahan dia membuatkan Seri sudah ada semangat untuk bekerja. Izzatul yang bekerja sebagai setiausaha Fuad  juga sentiasa membantu Seri. Yatie pula bertugas sebagai eksekutif admin . wanita yang sentiasa tersenyum dengan pakaian yang sentiasa menarik itu pula awal – awal lagi sudah menghulurkan sedikit bekalannya buat Seri. Jadi, tidak benarlah, semua wanita yang bekerja di pejabat saling dengki mendengki antara satu sama lain.

“Seri, jangan leka buat kerja ya, nanti Mr handsome marah” sengih Zarra.

“Mr Handsome?” soal Seri. Tersenyum lucu.

“Eleh.. tak mengaku konon. Dulu masa aku masuk kerja pun, aku terpukau gak dengan Encik Fuad tu tapi pakwe aku lagi best dari dia, tu yang kuat iman tu” senyum Izzatul. Seri ketawa.
Yatie menghampiri Seri dengan kertas di tangan.

“Ni, kau letak semua butiran di sini. Nanti bagi akak balik ya?. Mr handsome nak tengok. Pelik juga akak, ada soalan pasal kekasih segala bagai dalam form ni” Yatie menggaru – garu kepalanya.

“Memang form syarikat ni begini ke?” soal Seri. Dia juga hairan. Melihat tuliisan tangan di bawah form itu.

‘ADAKAH ANDA SUDAH MEMPUNYAI KEKASIH ATAUPUN TIDAK?”

Mereka yang lain menghampiri. Zarra menggeleng kepala dan Izzatul sudah ketawa seperti melihat lawak jenaka.

“Kau rasa apa motif?” soal Zarra kepada Yatie.

“Ulat bulu naik daunlah!!!” serentak Yatie dan Izzatul menjawabnya.

“Ni tak boleh naik daun, tak sampai.. kena naik flight baru sampai Sarawak ni” Yatie mengenyit mata. Fuad masuk. Yatie sudah tersenyum – senyum.

“Ha.. Yatie, pakai ubat gigi baru ke?. Buat iklan ubat gigi pula hari ni?” soal Fuad. Cepat – cepat Yatie beredar ke dalam biliknya. Fuad terus masuk ke dalam biliknya.

Sombong pula... semalam ramah sangat!... bisik Seri. Zarra mendekati Seri.

“Dalam office dia macam serius ala – ala poyo la tapi kalau kat luar dia okey. Jangan takutlah” Zarra menepuk tangan Seri.

Sepanjang dia bekerja pada hari itu tiada gangguan yang diterima. Fuad langsung tidak memandangnya.

“Kamek sik faham gan laki ya”  Seri bercakap perlahan.

“Aku dulu pun tak faham gak!!!” Yatie mencelah. Alahai anak Pak Hashim ni cam tahu – tahu saja apa yang aku fikir.. hihiiih.. sengih Seri. Fuad keluar dari biliknya. Dia merapati meja Seri.

“Ada apa – apa problem?. Kalau budak – budak yang nak mengurat saya ni kacau awak, beritahu saya. Nanti saya suruh diorang cuci tandas” senyum Fuad. Yatie, Izzatul dan Zarra buat bising. Sengaja mahu menghalau Fuad keluar dari situ. Seri ketawa. Hujung bulan ini, ayahnya pasti dapat merasa duit hasil titik peluh anaknya sendiri... Seri masih mahu tersenyum. Balik nanti dia akan membantu Meena membersihkan sebuah lagi bilik untuk dua penyewa baru...Nurul Diela dan Jannah.

7 comments:

  1. Uhukkkkkkk sis siyes terkezutt tahap x hengat bace cite nie best sesagt hehehehehe watak lyana sha dlm novel nie gile sejibik mcm pergai lya yg sbnr
    (erk bkn nk ckp lya bagus ke hape tapi siyes mmg sejibik cam pergai lya yg Real...klaw yg xknl lya lebih rapt dieorg egat lya sombog lya lebih bnyk diam diri klw dpt kwn baru tapi skly da bckp huh x bnty la fulak ) hrhehehe
    just part yg hentam fuad tuh mmg lya x bole belah sebab lya klw nk kutuk-mngutuk,megnjig org mmg lya mgnjig org yg rapt gn lya je hehe gn org lain lya bole la tapi berani2 takut wkwkwkwkwkwk...

    Alamakk bnyk pulak nk membebel kali nih adoyaii soo000ry sis pape pon teruskn menulis lya sentiase sokong sis yeahhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha.... nasib baik lya tak marah..
      takut gak kena saman.
      terima kasih baca yek. tak rasa kelakar ke baca watak sendiri hikhikhik :)

      Delete
    2. Lya Nak saman sis hurghh memg x lah sebab ape yg sis tulis pasal pergai lya tu mmg sejibik lya yg real adehhh x sgke ade jugk yg nk wat cite pkai name ya siyes terharu thanks a lot ssis ngeeeee kelakar uh ade la jugak terkekek-kekek ketawe sorg2 dlm opis nih x dpt lya baygkn klw lya btol2 brni nk cabar lelaki kat lua tuh haishh mmg mkn pnmpar la jwbnye law lya wat cam tuh kihkihkih pape pon ketawe stil x abes nie hehehehe

      Delete
  2. Replies
    1. TERIMA KASIH YA BABY MIO :)
      akak suka kalau babymio gembira muahhh!

      Delete
  3. Zarra zuyyin? Mcm penah kenal je nama tuh... Kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. siapa lagi kalau bukan si zarra nailofar berbunga tu :)

      Delete