BAB 2.
Seri pulang ke rumah. Terkejut melihat kehadiran
seorang wanita yang cantik di dalam rumahnya. dengan beg pakaian di tangan,
Seri tahu dia penyewa bilik yang baru. Seri bersalaman dengannya.
“Lyana Sha” dia memperkenalkan namanya. Seri
tersenyum dan menyambut salam perkenalan dengan gembira. Nampaknya biliknya dan
Lya bersebelahan. Dia memang senang dengan sikap Lya yang peramah dan nampah
periang. Kena dengannya. Seri membantu Lya mengemas pakaian.
“Dari mana?’ soal Seri.
“Johor. Awak pula?” soal Lya kembali.
“Sibu, Sarawak. Mari saya tolong sangkutkan baju tu”
Seri menawarkan diri. Dia menghabiskan masa agak lama membantu Lya. Setelah selesai
semuanya, Lya mengajak Seri keluar makan. Meena sudah hilang entah ke mana. Ada
saja program dia bersama Jeeva.
“Kita makan fast food sajalah” cadang Seri. Lya
membelok kereta ke sebuah restoran makanan segera. Seri keluar dan terus
berjalan.
“Awek Sarawak!” tegur seseorang. Seri menoleh. Encik
Fuad????.. Seri mengukir senyum.
“Encik Fuad buat apa di sini ya?” soal Seri. Fuad
memerhati sekeliling. Seperti mencari sesuatu. Dia mengintai pula di cermin
tingkap restoran.
“Encik Fuad cari apa?” soal Seri. Lya yang baru tiba
selepas meletak keretanya menggaru – garu kepala. Hairan dengan sikap lelaki
kacak tetapi nampak macam tak tentu hala itu.
“Cari nama awaklah!” jawab Fuad.
“Kenapa nak cari nama saya, Encik Fuad?”
“Ya.. lah awak tanya buat apa kat sini?. Selalunya kalau
orang datang ke rumah sahaja disoal begitu. Saya ingatkan tadi restoran ni
rumah awak” sengih Fuad.
“Erk....” Lya dan Seri berpandangan sesama sendiri.
Tak faham!.
“Ehemm.... tak apalah, saya pergi dulu” Fuad
termalu. Lawaknya tidak menjadi. Selepas dia pergi, Seri dan Lya gelak besar.sebenarnya
mereka faham maksud Fuad tapi sengaja mengenakannya. Seri yakin Lya memang
sehaluan dengannya. Memahami antara satu sama lain.
“Itu siapa?. Kacak tapi macam tak betul saja. Macam nak
ayat awak saja Seri” teka Lya. Seri ketawa. Dia mengunyah ayam goreng yang baru
saja masuk ke dalam mulutnya.
“Dia majikan saya, Lya. Tapi kacak kan” senyum Seri.
“Hmm.. gatal juga.... apa dia panggil tadi?” soal
Lya.
“Awek Sarawak!: jawab Seri.
“Dia tak kena awek Johor, mahu pengsan terbuntang
mata dia. Nak ngurat tapi tak pandai ayat” ketawa Lya. Seri tergamam. Fuad di
hadapannya itu tersenyum – senyum memandang Lya dari belakang. Berani dia kutuk
aku ya?.. terbuntang ya?... mari kita tengok siapa yang terbuntang?... sengih
Fuad. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Seri. Dengan cepat Seri mengenjak
sedikit.
“Nama awak siapa ya, wanita yang manis senyumannya?”
soal Fuad.
“Lyana Sha” jawab Lya. Dia tahu Fuad mahu
mengenakannya. Tapi Lya tetap bertenang. Dia mamandang tepat ke mata Fuad.
“Saya nak panggil apa ni? Lya ke?.. Na ke?.. atau
Sha?’ soal Fuad.
“Panggil saja Lya” jawab Lya.
“Saya panggil Sha sajalah” kata Fuad.
“Ok juga” jawab Lya. Seri membisu. Hanya memandang
Lya dan Fuad yang saling mengecilkan mata. Memandang antara satu sama lain.
“Saya panggil Na sahaja” senyum Fuad. Senyuman nakal.
Huh!... aku nak bagi minah ni marah.. terbuntang biji mata ya..
“Tak payah susah – susah panggil Na, panggil Lya”
“Taknaklah.. panggil Na .. na na na na na” Fuad
menyanyi. Lya menarik nafas geram.
“Ok, saya panggil awak Fu...”
“Tak kisah” jawab Fuad. Lya senyum nakal. Dia menarik
nafas dalam – dalam.
“Ok. Kami balik dulu..
Fuh..fuh..fuh..fuh..arghh..nak bersalin ni..fuh! fuh!” Lya memuncungkan
bibirnya. Nafasnya turun naik seperti wanita mahu bersalin. Seri tercengang.
Fuad pula tergamam. Lya bangun dan terus mengajak Seri pulang. Fuad masih
terkejut. Tak sangka namanya begitu sinonim dengan situasi wanita bersalin!.
Seri dan Lya ketawa berdekah – dekah dalam kereta.
Seri menutup mulutnya. Tidak sangka Lya seberani itu.. tetapi dia suka! Keceriaan
Lya membuatkan dia tidak rasa keseorangan di perantauan.
Mereka bertiga pulang saja ke rumah. Mahu berehat
kerana esok Seri sudah mula bekerja. Dia tahu ada masalah yang bakal menantinya
esok.
*******************8
Lya duduk di meja yang telah disediakan untuknya.
Zarra Zuyyin yang merupakan eksekutif akaun di syarikatnya itu mengajar segala
apa yang Seri perlu tahu. Ibu muda itu sentiasa murah dengan senyuman. Keramahan
dia membuatkan Seri sudah ada semangat untuk bekerja. Izzatul yang bekerja
sebagai setiausaha Fuad juga sentiasa
membantu Seri. Yatie pula bertugas sebagai eksekutif admin . wanita yang
sentiasa tersenyum dengan pakaian yang sentiasa menarik itu pula awal – awal lagi
sudah menghulurkan sedikit bekalannya buat Seri. Jadi, tidak benarlah, semua
wanita yang bekerja di pejabat saling dengki mendengki antara satu sama lain.
“Seri, jangan leka buat kerja ya, nanti Mr handsome
marah” sengih Zarra.
“Mr Handsome?” soal Seri. Tersenyum lucu.
“Eleh.. tak mengaku konon. Dulu masa aku masuk kerja
pun, aku terpukau gak dengan Encik Fuad tu tapi pakwe aku lagi best dari dia,
tu yang kuat iman tu” senyum Izzatul. Seri ketawa.
Yatie menghampiri Seri dengan kertas di tangan.
“Ni, kau letak semua butiran di sini. Nanti bagi
akak balik ya?. Mr handsome nak tengok. Pelik juga akak, ada soalan pasal
kekasih segala bagai dalam form ni” Yatie menggaru – garu kepalanya.
“Memang form syarikat ni begini ke?” soal Seri. Dia juga
hairan. Melihat tuliisan tangan di bawah form itu.
‘ADAKAH ANDA SUDAH MEMPUNYAI KEKASIH ATAUPUN TIDAK?”
Mereka yang lain menghampiri. Zarra menggeleng
kepala dan Izzatul sudah ketawa seperti melihat lawak jenaka.
“Kau rasa apa motif?” soal Zarra kepada Yatie.
“Ulat bulu naik daunlah!!!” serentak Yatie dan
Izzatul menjawabnya.
“Ni tak boleh naik daun, tak sampai.. kena naik
flight baru sampai Sarawak ni” Yatie mengenyit mata. Fuad masuk. Yatie sudah
tersenyum – senyum.
“Ha.. Yatie, pakai ubat gigi baru ke?. Buat iklan
ubat gigi pula hari ni?” soal Fuad. Cepat – cepat Yatie beredar ke dalam
biliknya. Fuad terus masuk ke dalam biliknya.
Sombong pula... semalam ramah sangat!... bisik Seri.
Zarra mendekati Seri.
“Dalam office dia macam serius ala – ala poyo la
tapi kalau kat luar dia okey. Jangan takutlah” Zarra menepuk tangan Seri.
Sepanjang dia bekerja pada hari itu tiada gangguan
yang diterima. Fuad langsung tidak memandangnya.
“Kamek sik faham gan laki ya” Seri bercakap perlahan.
“Aku dulu pun tak faham gak!!!” Yatie mencelah.
Alahai anak Pak Hashim ni cam tahu – tahu saja apa yang aku fikir.. hihiiih..
sengih Seri. Fuad keluar dari biliknya. Dia merapati meja Seri.
“Ada apa – apa problem?. Kalau budak – budak yang
nak mengurat saya ni kacau awak, beritahu saya. Nanti saya suruh diorang cuci
tandas” senyum Fuad. Yatie, Izzatul dan Zarra buat bising. Sengaja mahu
menghalau Fuad keluar dari situ. Seri ketawa. Hujung bulan ini, ayahnya pasti
dapat merasa duit hasil titik peluh anaknya sendiri... Seri masih mahu
tersenyum. Balik nanti dia akan membantu Meena membersihkan sebuah lagi bilik
untuk dua penyewa baru...Nurul Diela dan Jannah.
Uhukkkkkkk sis siyes terkezutt tahap x hengat bace cite nie best sesagt hehehehehe watak lyana sha dlm novel nie gile sejibik mcm pergai lya yg sbnr
ReplyDelete(erk bkn nk ckp lya bagus ke hape tapi siyes mmg sejibik cam pergai lya yg Real...klaw yg xknl lya lebih rapt dieorg egat lya sombog lya lebih bnyk diam diri klw dpt kwn baru tapi skly da bckp huh x bnty la fulak ) hrhehehe
just part yg hentam fuad tuh mmg lya x bole belah sebab lya klw nk kutuk-mngutuk,megnjig org mmg lya mgnjig org yg rapt gn lya je hehe gn org lain lya bole la tapi berani2 takut wkwkwkwkwkwk...
Alamakk bnyk pulak nk membebel kali nih adoyaii soo000ry sis pape pon teruskn menulis lya sentiase sokong sis yeahhhhh
hahahahhaha.... nasib baik lya tak marah..
Deletetakut gak kena saman.
terima kasih baca yek. tak rasa kelakar ke baca watak sendiri hikhikhik :)
Lya Nak saman sis hurghh memg x lah sebab ape yg sis tulis pasal pergai lya tu mmg sejibik lya yg real adehhh x sgke ade jugk yg nk wat cite pkai name ya siyes terharu thanks a lot ssis ngeeeee kelakar uh ade la jugak terkekek-kekek ketawe sorg2 dlm opis nih x dpt lya baygkn klw lya btol2 brni nk cabar lelaki kat lua tuh haishh mmg mkn pnmpar la jwbnye law lya wat cam tuh kihkihkih pape pon ketawe stil x abes nie hehehehe
Deletebest la kelakar sangat.....
ReplyDeleteTERIMA KASIH YA BABY MIO :)
Deleteakak suka kalau babymio gembira muahhh!
Zarra zuyyin? Mcm penah kenal je nama tuh... Kelakar
ReplyDeletehahaha.. siapa lagi kalau bukan si zarra nailofar berbunga tu :)
Delete