Thursday 27 December 2012

SERI CINTA DARI SARAWAK - BAB 3


BAB 3

Seri menunggu di dalam rumah bersama Lya. Bunyi enjin kereta meena membuatkan keduanya bangun dan berdiri di hadapan pintu. Meena bersama empat orang perempuan dibelakangnya.

“Kata dua?” bisik Seri.

“ini kes nak bayar rumah sikitlah Si meena ni” telah Lya.

“Ini .. Jannah” merujuk pada seorang wanita yang sopan dan manis orangnya. Bertudung gaya moden tetapi tetap menjaga aurat, sesuai dengan namanya.

“Yang ini Nurul Diela” merujuk kepada seorrang remaja yang sangat pandai bergaya. Cara pemakaiannya punya pengaruh dari korea tetapi masih sopan. Lagipun wajahnya yang comel itu memang sesuai dengan gayanya.

“Yang ini Seri Ayu.. dah macam nama kau seri jadi aku panggil dia Ayu. Boleh Ayu?” soal Meena merujuk pada seorang wanita yang berkerjaya. Kelihatan matang dan murah dengan senyuman. Yang membuatkan Seri suka memandang Ayu ialah pada kulitnya yang sangat cantik.

“Fuhhh... penat aku!” Meena mengeluh. Dia menyambung perkenalan semula.

“Yang ini pula Rynieta.. adik pada kawan aku” merujuk pada seorang wanita yang pandai menjaga bentuk tubuh. Ramping dan langsing. Dia tersenyum  sambil melambai tangannya ke arah Seri dan Lya.

“Fulamak Sis... dah macam asrama dah! Ramai betul nak ingat ni.. tak apa, meh masuk!. Aku dah masak nasi goreng. Kita makan dulu” Lya menjemput mereka semua masuk. Dengan sekelip mata rumah teres dua tingkat itu menjadi riuh. Seri hanya tersenyum manis memandang mereka semua. Masih malu – malu. Meena bersuara.

“Aku akan pindah dari sini jadi bilik aku tu pun aku dah sewakan. Pada seorang pengelola ruangan di majalah, kenal kalam cinta yang tulis ruangan cinta milik semua tu?. Yang jawab – jawab soalan cinta tu?” soal Meena. Mereka semua mengangguk. Siapa yang tidak kenal pada kalam cinta?. Semua yang mempunyai masalah cinta akan merujuk padanya.

“Nama dia sebenarnya Irna.. jadi jangan panggil kalam. Kamu semua panggillah Irna ya?. Yang seorang lagi.. last ni!.. namanya, Adahlah” terang Meena.

Seri dan Lya menggaru – garu kepala. Macam dah ting tong kepala otak aku ni nak mengingat semua nama.. gila Si Meena ni!.. fikir Seri.

“Kau ingat ke Seri?” soal Lya. Seri menggeleng.

“Tak pun kita guna sistem nombor sajalah” cadang Diela. Semua memandang Diela.

“Apa?. Betullah. Saya nak nombor tiga. Akak Rynieta nak nombor berapa?” sengih Diela.

“Tak nak akak. Dah macam banduan bunyinya” Rynieta menggeleng kepala.

“Ok.. kita guna warna pula” cadang Rynieta pula.

“Habis Meena nak warna apa?” usik Lya.

“Hitamlah” jawab Seri dengan serius tanpa memikir kata – katanya itu menyentap sedikit hati meena. Semua memandang seri yang leka menuang teh di cawan. Menyedari semua memandangnya, Seri meletak semula teko. Seri Ayu awal – awal lagi sudah tersenyum simpul apabila melihat Meena yang menggetap bibir tanda geram.

“Apa dia?. Dia kan suka warna hitam. Tengok baju dan kereta!. semuanya hitam. Kenapa semua pandang saya?” soal Seri kehairanan.

“Bukan kau perli aku sebab kulit aku ke?” sola Meena. Mereka yang lain tunduk. Lya yang sememangnya kuat ketawa terus berlari ke tandas. Tidak mahu tawanya didengari Meena yang sememangnya sensitif itu.

“Erk... eh, taklah! Sungguh saya tak niat begitu. Maaf ya Meena” Seri bersungguh – sungguh minta maaf. Jannah menepuk berkali – kali bahu Meena. Berlakon seolah – olah bersimpati.

“Arghh.. pening aku dengan kau semua ni. Nasib baik aku pindah esok!” jerit Meena.

“Esok?” soal Lya yang baru sahaja tiba di meja makan.

“Kenapa.?” Soal Meena. Dia rasa mereka semua akan bersedih mendengar berita itu.

“Alhamdulillah!” ucap mereka serentak. Kali ini Meena betul – betul naik angin. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Seri Ayu menutup mulutnya apabila melihat Lya terhencot – hencot menggayakan cara Meena berjalan. Jannah sampai terbatuk – batuk.

“Dah.. esok nak kerja. Masuklah bilik mana yang korang nak. Aku pun dah tak tahu. Sekarang aku dah rasa macam zaman aku sekolah dulu pula. Hmm jangan curi ubat gigi aku sudah!” kata Lya. Seri ketawa. Rynieta terus naik ke atas bersama Jannah dan Diela. Seri Ayu pula mengambil beberapa barangannya yang lain dari keretanya.

Seri membasuh pinggan dan tersenyum lucu. Memang benar kata Lya, suasana rumah sudah seperti asrama sekolah.

                           *************************************

Seri masuk ke dalam pejabat, seorang pekerja yang tidak dikenalinya menghadiahkan sekuntum senyuman. Zarra menghampiri.

“Ini Baby Mio... designer kita yang menguruskan soal design iklan” senyum Zarra. Baby Mio menghulurkan salam.

Cermin mata yang terletak di pangkal hidungnya yang mancung itu membuatkan wajahnya kelihatan comel. Secomel namanya.

“Memang nama Baby Mio?” soal Seri.

“Taklah” jawab Baby Mio.

“Habis tu nama apa?” soal Seri.

“Hmmm.. hanya Allah yang tahu” Baby Mio mengenyit mata. Seri ketawa. Dia terus ke mejanya. Ada dua biji gula – gula di atas mejanya. Seri menoleh ke kiri dan kanan.

“Hmm.. Encik Handsome yang letak. Takut kau kurang gula kot” sengih Izzatul.

“Ha!!!” Seri terperanjat.

“Kau pun terperanjat. Yatie lagi terperanjat. Dia bagi barang 20 sen aje nak ngurat kau” sengih Zarra. Seri tersenyum. Dia memandang tulisan di bungkusan gula – gula itu. Terus dia mencampaknya ke meja.

“Kenapa?” soal Baby Mio. Menanggalkan kacamatanya.

“Tak baiklah Encik Fuad ni” kata Seri. Terus duduk di meja. Yatie membelek – belek gula – gula itu dan terus ketawa terkekeh – kekeh bersama Izzatul. Baby Mio mengangkat kening. Ingin tahu.

“KISS ME” jawab Izzatul dan Yatie serentak. Berderai tawa Baby Mio.

“Pergh... gelojoh betul bos kita ni” kata Baby Mio. Kertas di tangannya tercampak ke lantai. Muka Seri merah padam. Fuad keluar.

“Apa yang bising – bising ni?” soalnya. Seri tunduk. Berasa malu sekali.

“Encik  Fuad ni gatallah. Kan Seri dah malu” kata Baby Mio yang memang agak rapat dengan Fuad kerana mereka banyak meluangkan masa bersama. Setiap rekaan akan diserahkan dan ditunjukkan kepada Fuad, jadi Baby Mio tahu agak banyak mengenai Fuad.

“Apa?. Saya gatal?” soal Fuad. Dia memandang Seri yang masih belum mahu mendongak.

“Hai.. awek Sarawak dah datang” senyum Fuad.

“Saya tak nak tau” kata Seri.

“Apa yang tak nak?” soal Fuad.

“Cium Encik Fuad!” kara Seri. Mulutnya dimuncungkan.

“Ha!!!!!.. cium?. Bila masa saya suruh awak cium?” soal Fuad. Benar – benar terkejut. Baby Mio dan Izzatul tersengih – sengih.

“Dah bagi gula – gula KISS ME... minta ciumlah tu”perli Zarra.

“Minanglah dulu kot ye pun” tambah Yatie. Fuad merampas gula – gula dari tangan Baby Mio.

“Saya tak bagi gula – gula ni tau. Saya bagi gula – gula yang mahal. Siap bentuk Pooh lagi!” sangkal Fuad. Pada masa itu, Haniff, penghantar dokumen syarikat itu pun masuk sambil tersenyum – senyum.

“Nasib baik dia suka gula – gula tu. Terima kasih Seri. Aku pinjam dulu gula – gula atas meja kau tu. Aku bagi kat awek office sebelah. Dia senyum kat aku!!!!” sengih Haniff. Seri termalu. Dia memandang Fuad yang menggeleng – geleng kepala memandang Haniff. Beberapa helai kertas A4 digulung dan terus dipukulnya badan Haniff dengan kuat.

“Sebab kau aku kena fitnah!” marah Fuad.

“Awak buat saya kecil hati” kata Fuad sambil memandang Seri yang sudah pun mula rasa bersalah terhadap Fuad

“Awak..awak...awak dan awak juga!” Fuad menuding jari ke arah Izzatul, Baby Mio , Zarra dan Yatie. Semua terdiam. Fuad terus masuk ke dalam biliknya semula.

“Mampus kita!” kata Baby Mio.

“Kau mampus dulu lepas 30 tahun aku ikut ya” kata Izzatul selamba.

“Aku pula lepas 40 tahun” kata Yatie.

“Dah cukup amalan ke nak mampus ni?” Haniff.

“Diamlah!. Ini semua kau punya pasal!” Zarra mengambil fail dan dipukulnya Haniff sekuat hati.

Seri bimbang jika dia disalah ertikan. Bukan maksudnya Fuad itu lelaki jahat, Cuma dia takut bila menerima benda – benda begitu. Lelaki banyak muslihat!. Kasihan pula dia apabla melihat Fuad yang muncung sepanjang hari. Seri membuatkan koko panas dan diletaknya di atas meja Fuad. Mata Fuad mengerling.

“Huh...” jeling Fuad. Seri senyum.

“Saya tak tahu pula Encik Fuad ni punya mata secantik ini” kata Seri. Fuad buat tidak dengar.

“Encik Fuad masih marahkan saya?”

“Tak dengar!” jawab Fuad. Matanya terletak pada skrin komputer.

“saya minta maaf” senyum Seri.

“Tak dengar” kata Fuad lagi. Seri mula berfikir. Fuad ni memang nakal jadi dia juga perlu menjadi nakal untuk membeli senyuman Fuad.

“I love u” usik Seri.

“Itu saya dengar!” Fuad kenyit mata. Meremang bulu roma Seri ketika itu.

“Saya tipu saja. Saja nak test pendengaran Encik Fuad. Bukan apa – apa”

“Apa – apa pada saya” senyuman fuad makin meleret.

“Awak cinta saya...”

“Eh.. apalah Encik Fuad ni!” Seri mengerut kening. Dia terus keluar tetapi senyumannya tidak boleh dihilangkan. Tetap tersenyum walaupun sudah lama keluar dari bilik Fuad.

“Ulat bulu tak payah naik flight, Zarra... ulat bulu Sarawak dah serah diri nampaknya” usik Yatie. Zarra mengiyakan. Apatah lagi Baby Mio.

“Lepas ni boss kena balik kampung kat Sarawaklah nampaknya” usik Baby Mio pula.

“Eh... apa ni?.. tak ada apa – apalah”

“I love you” Yatie berbisik ke telinga Seri.

“Masa kau pujuk bos tadi, sengaja dia bagi kitorang dengar. Tak perasan telefon dalam bilik dia menyala?” sengih baby Mio. Mata Seri terbeliak. Dia terus masuk ke dalam bilik Fuad.
Terkejut Fuad di buatnya.

“Tak baiklah Encik Fuad ni” marah Seri.

“Apanya?”

“Encik Fuad sengaja bagi mereka dengar melalui telefon tu” Seri memandang telefon disebelah kanan Fuad.

“Awak yang mengaku. Saya tak tahu pun. Masa awak masuk, saya tengah bercakap dengan Yatie, bincang pasal gaji awak tu. Awak masuk mengurat saya. Mana saya tahu” jeling Fuad.

“Huh!” jeling Seri. Fuad berdiri. Memgang halkumnya dan berdehem beberapa kali.

“Maafkan saya Seri, terlalu awal untuk saya mengucapkan kata cinta itu!” Fuad berlalu dan berselisih dengan Seri. Selepas melintasi Seri Fuad mengerutkan mukanya sambil tersenyum. Seri terpaku dan pastinya mulut yang berkata – kata tadi sudah terkunci. Kunci itu pula dalam genggaman Fuad. Wajah ayahnya mula muncul.

“ayah.. masa tak sesuai!” kata Seri dan terus keluar.


7 comments:

  1. KELAKAR LA KAK KENAPA ADA WATAK BABY MIO KAT DLM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak kata akak nak masukkan nama baby mio :) tapi kalau baby mio nak masukkan nama betull, akak akan masukkan :)
      baby mio marah ke?

      Delete
  2. Waahahaha Iza macam tau2 jer kalam cinta ni dr love...adussss pandai ekk....teruja kalam....tanjat girl-girls tau...editor majalah ekkkk adusss galmour x hengat aku..waahahaha...anyway thanks ya suka watak tu....nanti takkan dlm rumah pun nak panggil kak kalam waahahaha lucu betul bunyinya....anyway thanks dear...terharu sangat dgn penghargaan dari awak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.....
      kat rumah panggil Irna ler.. cuma Diela jer yang akan panggil Kak kalam hihihi.
      sama- sama... saya lebih terharu awak baca karya saya ni.. still baca walaupun merapu hikhikhik :)

      Delete
  3. suka suka... memang bestlah kak. ;) saya akan setia menanti entry yg seterusnya. hehe.. ♡ ♡ ♡

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Izzatul :)
      Uishhh... next n3 izzatul wajib baca sebab FAIRUS dah start berlakon hihhihi :)
      *cantik lesung pipit Izatul*
      buat point naper Fairus suka :)

      Delete
  4. 1XBet
    Betting in India. It can 1xbet app be great to https://access777.com/ find the ventureberg.com/ most popular brands, especially ones that offer betting on sports such as poormansguidetocasinogambling.com football, tennis,  Rating: https://octcasino.com/ 1/10 · ‎Review by Riku VihreasaariWhere can I find 1xbet?Where can I find 1xbet betting?

    ReplyDelete