BAB 2
“Saya nak sambung belajar tanter.. eh, auntie” kata Putih
sambil duduk memicit kaki Loma.
“tak payah.. anak aku pun tak belajar tinggi” jawab Loma.
Kerepek kentang disuap ke dalam mulutnya.
“macam mana nak belajar tinggi kalau banyak subjek yang
kantoi” kata Putih selamba
“Kau nak kata anak aku bodoh?” soal Loma. Dia menggetap bibir.
Putih bangun dan terus berjalan dan kemudian dia berhenti melangkah. Dia menoleh
Loma yang masih memandangnya.
“Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi” sengih Putih. Loma
bangun dan terus mengejar Putih dengan perasaan marah.
“Mari sini aku nak cili mulut kau tu!!!” Loma masih mengejar
Putih yang sudah pun berlari ke luar. Loma cepat – cepat menutup pintu pagar.
Putih menepuk dahi. Kau ni pun satu, dahlah lapar sekarang tak boleh masuk...
Putih menyalahkan diri sendiri. Dia duduk termenung di tembok. Khir yang baru
pulang, keluar dari kereta mendapatkan Putih.
“Ni kena halau ni kenapa?. Kau campur minyak bijan dalam lulur
mak tiri kau lagi ke?” Khir ketawa sambil mendekati Putih.
“Cantik rambut” puji Khir. Putih kelam kabut menutup kepalanya
dengan tangan. Inilah kali pertama dia keluar tanpa memakai tudung.
“kau jangan pandang aku” marah Putih.
Khir ketawa. Dia masuk ke dalam rumah sebentar dan membawa
sehelai tudung buat Putih.
“Kau bawa perempuan masuk rumah ke?” soal Putih sambil
menyarung tudung ke kepalanya.
“Bonda aku punya” jawab Khir.
“Eleh.. panggil bonda konon!” cebik Putih.
“Belanja aku makan. Lapar sangat ni kau tak dengar ke lagu
Anuar Zain tengah berkumandang kat perut aku ni?”
“Jom!!” ajak Khir dan Putih yang berkaki ayam itu terus
mengikutnya dari belakang.
“Bawang!!!” panggil Loma. Pintu pagar terbuka. Putih yang baru
sahaja membuka pintu kereta memandang Loma dengan mata yang kuyu.
“Kenapa tanter?”
“Balik masak. Aku lapar. Nanti anak aku bangun”. Khir
memandang Putih yang menggaru – garu kepalanya.
“nak pergi makan dulu” jawab Putih.
“Balik masak”
“Nak pergi makan dulu..lapar ni auntie”
“Balik!”
“Tak nak!!!”
“Balik masak”
“Hari ni tak nak masak. Tanter yang halau saya. Saya merajuk!”
“Lantaklah kau merajuk ke apa!. Aku nak kau balik sekarang”
“Tak nak lah. Putih kata tak nak. Tanter sungguh kejam ohhhhh”
cepat – cepat Putih menyuruh Khir masuk ke dalam keretanya.
“Tak guna punya budak! Balik nanti siap kau” jerit Loma.
Rambut kerinting ala awan nanonya itu berseregul sedikit.
“kau tak pakai kasut?” soal Khir.
“Mana sempat nak pakai. Dia kejar aku mengalahkan kejar itik tau.
Semput aku tadi” sengih Putih.
Mereka sampai ke sebuah restoran. Putih memesan nasi goreng
ikan masin dan air sirap bandung. Tanpa mempelawa Khir, dia terus makan dengan
senyuman di bibir. Beberapa orang di situ memandang kaki Putih yang tidak
berkasut. Putih memandang mereka.
“pakwe saya ni tak mampu nak belikan saya kasut bang. Dia bagi
makan saja” kata Putih. Mereka tersenyum. Khir menutup mukanya dengan menu di
meja.
“Ini kali terakhir aku bawa kau makan” ugut Khir. Putih
ketawa. Dia tahu Khir tidak akan sampai hati buat begitu.
Maya menarik tangan Putih naik ke atas sebaik sahaja Putih
pulang. Putih sempat memandang Loma yang sedang tidur di sofa.
“Mama mengamuk” bisik Maya.
“Ala.. dah biasa dah” jawab Putih selamba. Maya mengeluh.
Kadangkala dia takut dengan keberanian
Putih membantah kata – kata mamanya.
“mama kata nak tampar akak” adu Maya lagi.
Belum pun sempat Putih menjawab, Loma sudah pun berdiri dengan
muka bengis di belakangnya. Terkejut besar Putih dibuatnya.
“Kau memang berani lawan aku ya” marah Loma.
“Tanter yang kejar saya tadi. Lepas tu nak marah saya pula.
Tanter suka salahkan orang lain” kata Putih dengan nada yang lembut. Loma
mengangkat tangan mahu menampar mulut Putih tetapi tangan Putih lebih tangkas
menahannya.
“Tangan, badan, kaki dan anggota lain boleh pukul tapi muka,
bawah dari pusat sikit tu.. jangan sentuh. Muka saya yang cantik ni bukan untuk
ditampar. Kalau tanter tampar muka saya sekarang, esok jangan terkejut kalau
muka Miza tu penuh dengan kesan seterika” kata Putih. Loma melepaskan
tangannya. Takut juga dia dengan sikap Putih yang kadangkala suka memberontak
itu. Loma terus turun ke bawah.
“kak... janganlah seterika Kak Miza. Kasihan dia. Perut dia
dah lah berparut nanti ada pula parut lain” ujar Maya. Putih mengeluh... budak
ini kan..!!!
***************
“Kau tak nak cari putera raja macam cerita bawang putih tu
ke?” soal Khir sambil berdiri di sebelah tembok diantara rumah mereka.
“Tak mainlah putera raja. aku nak cari raja je... lagi kaya dari
putera raja hahhaa” gelak Putih.
“Alah.. lagipun tak ada putera raja nak pada kau tu” usik Khir
lagi.
“Bawang!!!!”
Putih menggenggam tangannya. Dia menggetap bibir sampai
tergigil – gigil menahan geram.
“Dah lah panggil bawang lepas tu pantang tengok aku senang.
Kalaulah aku boleh sumpah dia, memang aku sumpah jadi selipar” kata Putih. Khir
ketawa.
“Bawang!!!!” jerit Loma lagi.
“Bawang tak ada!!!”balas Putih. Loma keluar. Dia tersenyum
manis memandang Khir. Loma malu – malu. Hujung baju kebayanya dipintal –
pintal. Putih mencebik. Macam nak muntah pun ada.
“Khir dah lama tak makan di rumah Loma” kata Loma dengan
manja.
“Erk.. Loma?” Putih menggeleman. Buruk betul perangai mak tiri
aku ni.. malu!!!.
“kenapa?. Loma rindukan Khir ke?. Khir pun rindu sangat pada
Loma” suka betul Khir melayan. Macam nak pengsan Putih mendengarnya.
“Hmm.. Loma masuk dulu ya?. Nanti bila senang telefonlah Loma”
Loma mengenyit mata. Putih memegang dadanya. Alamak aih..... apa kenalah dengan
orang tua ni, Putih memicit kepalanya. Sebaik sahaja Loma pergi, Putih terus
memarahi Khir.
“Wei.. kau ni nak jadi anak katak ke?. Orang lain anak ikan
tapi kau anak katak. Bukan main gatal kau yek?. Selera kau ni menakutkan aku
tau” berkerut dahi Putih. Khir ketawa.
“Kau cemburu ye?” usik Khir.
“huh.. setakat Loma labanda hollahoop tu, tak mainlah” jeling
Putih.
“Apa?. Loma labanda hollahoop?” makin kuat Khir katawa.
“Dah.. kau pergi balik” marah Putih.
“nak buat apa balik. Aku kan dekat laman rumah aku saja” jawab
Khir. Putih menarik ke belakang tudungnya dengan kasar. Putih terus masuk.
Menyampah!.
*********************
Putih terjengah – jengah memandang pintu rumah Khir yang
tertutup. Nampak gayanya Khir sudah pun pergi ke Brunei. Putih tak tanya pula
kenapa dia pergi ke Brunei. Lantaklah, tapi mesti aku boring tahap gaban bila dia
tiada di sini. Putih masuk semula ke dalam rumah.
“Bawang, duduk sini kejap” arah Loma. Putih mengeluh. Sudah
beberapa kali dia memberitahu Loma agar tidak memanggilnya dengan nama itu.
Putih menjeling dan terus ke dapur.
“Aku kata duduk sini dulu bawang!!!” jerit Loma. Kali ini
lebih kuat lagi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia halau ibu tirinya yang
sememangnya malas ya amat. Kalau bukan wasiat ayahnya agar menjaga isteri barunya
itu dengan baik, sudah lama Putih halau mereka sehelai sepinggang. Putih
menghampiri Loma yang sudah pun tersenyum sinis.
“Kau duduk sini, bawang” arah Loma. Putih tidak duduk
sebaliknya mengeluarkan selabu bawang putih dan diletakkannya ke paha Loma.
“bawang putih, dengar cakap tanter tu ya, Putih nak masuk
dapur. Nak masak bagi makan ayam kluk kluk yang asyik membuta kat atas tu”
Putih merujuk kepada Miza yang asyik tidur sepanjang hari. Loma sudah geram.
Dia menarik tangan Putih.
“Jangan nak banyak cerita dengan aku.. dengar sini, hari tu
kau kata nak belajar bukan?” soal Loma. Maya hanya mendengar. Putih mengangguk
– angguk.
“Belajar tak boleh tapi kerja boleh. Kau kerja tapi dengan
syarat 70% gaji kau beri pada aku dan sebelum pergi kau perlu kemas dan memasak
untuk aku” jelas Loma. Putih ketawa.
“Saya kerja tapi tanter ..”
“Jangan panggil tanter!!!!” jerit Loma lagi. Putih dan Maya
menekup telinga mereka dengan tangan. Bingit!
“Mana aci!! Habis saya nak makan apa?” soal Putih.
“Kau bawa bekal. Pergi naik bas” jeling Loma. Putih sengih.
Macam aku nak bagi sebanyak itu gaji aku tu. Pandai – pandailah aku kelentong
kau, Loma labanda hollahoop!.. masih tersenyum sambil matanya mengekori lenggok
Loma berjalan.
“kenapa mama tak suruh Kak Miza juga kerja?” soal Maya.
“Sebab Miza tu memang tak pandai buat kerja. Dia pandai buat
tahi mata berkati – kati sahaja” jawab Putih dan Maya tersengih – sengih.
********************************
Putih menjawab panggilan telefon daripada Khir. Gembira
rasanya dapat mendengar suara kawan baiknya itu.
“Kau nak kerja apa?” soal Khir.
“Apa – apa sahaja. Kau tahu ke mana – mana kerja kosong?” soal
Putih.
“Kau nak kerja gaji mahal – mahal ke?’ soal Khir lagi.
“Mestilah tapi kalau tak mahal pun tak apa. Janji dapat elak
dari tengok muka diorang tu” luah Putih. Khir ketawa dan memberikan alamat
sebuah syarikat untuk Putih menghadiri temuduga keesokan harinya.
Pagi – pagi lagi Putih sudah bangun. Selepas bersolat subuh
dia terus ke dapur. Selepas bersiap – siap Putih mengetuk pintu bilik Loma yang
sudah pun bangun tidur.
“Tan...eh..auntie, saya nk pergi cari kerja ni. Rumah dah
kemas. Baju auntie dan maya dah basuh. Masak pun dah” terang Putih sambil
tangannya sibuk melilit tudung biru yang masih belum kemas.
“ha.. jangan balik lambat. Nanti makan malam kau kena masak
tau. Nanti.. kenapa baju Miza kau tak basuh?” soal Loma. Putih tersengih.
“Suruh je ayam kluk kluk tu basuh sendiri. Saya malas. Tak ada
mood!” .
Loma cekak pinggang. Cepat – cepat Putih keluar dari rumah itu
dan menahan teksi di hujung jalan. Loma membuka tudung saji. Tangannya digenggam
dengan rasa marah.
“Dia goreng telur dua biji saja?. Nasi putih dengan telur dua
biji ni dia nak suruh aku makan?. Pemalas punya budak. Kau balik nanti memang
teruk kau aku kerjakan. Lumat!!!” marah Loma. Jeritan Loma itu membuatkan Maya
terjaga dari tidur. Dia memandang meja soleknya. Sedulang makanan terletak di
atas meja itu. Ada nota kecil di atasnya. Maya membaca ayat yang terkandung di
dalam kertas itu.
SELAMAT PAGI ADIK MAYA... NASI GORENG DENGAN SOSEJ NI MAKAN
DIAM – DIAM. JANGAN BAGI AYAM KLUK – KLU ATAUPUN HOLLAHOOP.. SAYANG, KAK PUTIH
BERSERI HEHEHEHE..
Maya ketawa. Cepat – cepat dia menghabiskan makanan itu
sebelum keluar dari bilik tidurnya.
Putih terus masuk ke dalam lif Wisma Maju yang sangat besar
bangunannya Resume dan semua dokumen di pegang dengan kemas. Seorang lelaki masuk ke dalam lif itu
dengan senyuman di wajahnya.
“uishh.... kacak bergaya sungguh tapi tak kena pula. Ada ke
pakai selipar dengan suit begini?. Kecelaruan mental agaknya’ kata Putih
perlahan.
“Kasut saya basah tadi. Jadi saya pakai apa saja yang patut”
jawab lelaki itu.
“Eh.. boleh dengar ke?.” Putih mengangkat keningnya.
“Boleh Cik Bawang putih” senyum lelaki itu lagi. Semua yang
berada di dalam lif itu tersenyum – senyum.
“Kalau ya pun, bawang tu tak payah lah sebut encik. Ni nak
tanya.. macam mana tahu nama saya Putih berseri?” soal Putih.
“Putih berseri ke ba..”
belum pun sempat lelaki itu meneruskan kata – katanya, Putih dengan cepat
menutup mulut lelaki itu dengan fail di tangan.
“Ok...malas nak tahu. Dah, saya nak keluar ni. Dah tingkat
empat” kata Putih. Lelaki itu menarik tangan Putih. Dengan rasa geram Putih
mengilas tangan lelaki itu.
“Ni yang saya tak suka ni. Tak nikah lagi dah pegang – pegang.
Kalau saya ni dah jadi isteri encik bolehlah pegang. Kalau tak, minta maaf ya”
Putih menjegilkan matanya.
“Saya Cuma nak beritahu, syarikat awak tu tingkat empat belas
bukannya tingkat empat” kata lelaki itu lagi.
“mana awak tahu?. Saya nak cari..”
“saya Tengku Khairudin , naib presiden TKIS property Sdn Bhd. Khir
ada beritahu pasal awak”
Putih melepaskan tangan lelaki itu.
“Maaf bos. Saya tak tahu. Saya takut kalau diapa – apakan”
“Belum bos lagi. Kalau macam inilah awak layan saya, nampaknya
tiada peluang untuk awak kerja di sini” kata lelaki itu. Putih sedikit bengang
dengan cara Tengku Khairudin berbicara dengannya. Dia yang sudah pun keluar
dari lif itu tidak meneruskan langkahnya.
Tengku Kharudin menoleh semula.
“kenapa tak masuk?” soal tengku Khiairudin.
“Tak naklah kerja dekat sini. Saya balik dululah” Putih
melambai tangan dan terus memicit butang lif.
“Suka – suka awak saja kan?” marah tengku Khairudin.
“Eh.. nak marah pula?. Orang dah tak nak kerja dengan dia
sudah lah!. Paksa – paksa pula” jeling Putih.
“masuk” arah tengku Khairudin.
“Tak naklah!”
“Kena masuk nanti apa saya nak jawab dengan Khir tu?” soal
Tengku Khairudin.
“Apasal awak takut dengan dia tu?. Macam dia pula bos awak. Ada
saya kisah atau peduli dia marahkan awak?. Awak ingat saya takut dengan awak.
Hei.. Loma Labanda Hollahoop tu pun saya tak takut tau” cebik Putih.
“Labanda Hollahoop?. Eh.. ini apa cerita ni?. Pening aku dengan
minah ni. Apalah Si Khir ni.. boleh kawan dengan Minah sewel begini” suara
Tengku Khairudin makin tinggi. Beberapa orang pekerjanya sudah pun keluar.
“Awak...” Putih memukul badan tengku Khairudin dengan beg
tangannya. Mujurlah Khir sempat sampai. Dia menarik tudung Putih ke belakang.
“Ha.. bila kau balik Brunei?. Ada ke patut kau bagi aku kerja
dengan budak selipar ni?”
“Budak selipar?’ serentak Khir dan tengku Khairudin menyoal
Putih.
“Kau tengok. Pakai suit tapi paki selipar jepun. Lain kali
kalau tak tahu berfesyen, suruh aku jadi fesyen designer dia, Tak payah suruh
aku kerja satu pejabat dengan dia” marah Putih.
“Aku sabar sebab kau Khir, kalau tidak memang aku campak
perempuan ni dari tingkat empat belas. Bagi dia glamour masuk suratkhabar” Tengku Khairudin terus masuk ke dalam
pejabat. Khir menarik lengan baju kurung Putih.
“ikut aku” arah Khir.
Nafas Putih turun naik. Masih meradang. Khir menggeleng kepala
dan tersenyum melihat wajah Putih yang muram begitu.
“Kan kau nak putera raja. Jadi aku suruhlah kau kerja dengan
Tengku tu. Mana tahu hidup kau bahagia macam Cinderella.” Usik Khir.
“Ingat novel?. Ingat kisah dongeng?. Lelaki baik dan hebat je
mesti dari kalangan tengku raja segala?. Daripada aku pilih dia baik aku kahwin
dengan kau” kata Putih dengan selamba.
“Aku pun..eh.. tak!.. Hmm ya la.. orang kebanyakan juga banyak
yang hebat” sengih Khir.
“Yang kau ni.. orang kebanyakkan..orang kebanyakkan.. macam
keturunan raja pula cakap macam tu. Kau jangan ikut poyo si selipar tu lah”
Putih terus menghirup milo ais.
“Kau pandai gelar nama
orang ya?. Ayam kluk – kluk, Loma labanda Hollahoop dan sekarang sampai
sepu.. hmm.. Tengku tu pun kau panggil begitu”
“Yang kau asyik tersasul ni kenapa?. Aku tengah marah ni”
jegil Putih.
Khir ketawa lagi. Dia tahu hati Putih sakit tetapi meihat
Putih yang tengah angin puting beliung itu membuatkan dia geli hati. Seronok!.

waahhh best mantopppp..ayam keluk..keluk...
ReplyDeletekalam..
Deleteayam tu memang sesuai dengan miza sbb suka lelaki tua. ayam kluk kluk kat lehernya ganyut heheh
terima kasih kalam
sayanggggggg awak!
Ayam kluk..klukk...labanda hollahop...budak selipar hahahaha x bole bebelah senyum x sudh....
ReplyDeletenk gelak tekak sakit (so sad) xpe2 lya snggup tggu sakit tkak nih baik mmg lya bantai gelak puas2 huhuhuhuhuhuhu
Teruskn usha anda sis go go chayokkk...
Semua cite sis best la syggg sis :D
terima kadih lya :)
Deletepertama : akak lagi sayang kat lya :)
kedua: semoga sembuh dari sakit tekak ya. cian adik akak ni..
apapun.. thanks lya selalu bagi sokongan <3
NI BAWANG PUTIH VERSI BARU KE KELAKAR SANGAT.
ReplyDeleteterima kasih ya adik baby mio..
Deletelebih kurang lah...
ini versi bawang putih x de meratap pilu...
dia tak susah malah menyusahkan mak tiri dia heheh
thanks yan Baby mio..
sayangggggg baby mio
waaa....kelakar3x....cepat sambung ya kak!!!
ReplyDeletewokey Ina.. nanti akak sambung yek..
Deleteterima kasih tau Ina sebab sudi baca novel yang baru ni
cayanglahhh
Salam, baru baca dua bab gelak tak kering gusi, senak perut. Kuat juga makcik Loma tu lari kejar Putih ya...hehehe
ReplyDeletehehhehe.. terima kasih ya Seri ayu...
Deleteloma tu tenaga luar biasa. sebab tu berani mengurat lagi ;)
huahuahua bab ni lg klaka kak!
ReplyDeletesakit perut gelak la pasal putih
terima kasih Shuada..
Deletetakper, ubat sakit perut nanti claim kat akak ye hihiih
:)