Tuesday, 29 January 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 3


BAB 3


Putih balik ke dalam rumahnya. Dia terduduk di sofa keletihan. Loma yang baru sahaja keluar dari tandas menyirap sahaja memandang anak tirinya itu duduk seperti tiada salah apa – apa.

“Kau goreng telur dua biji sahaja?” soal Loma. Dia duduk di hadapan Putih.

“Habis tu?. Tanter mana boleh makan telur banyak – banyak, nanti muka berjeragat” tipu  Putih.

“Kau jangan nak mainkan aku bawang!. Ingat aku bodoh macam mak kau?” soal Loma. Darah Putih mendidih. Dia berdiri.

“siapa lagi bodoh?. Kahwin dengan lelaki yang ingat lelaki tu berharta. Ingat nak rampas hartalah konon tapi Puteri Chinta yang dikatakan bodoh tu dah tulis awal – awal wasiat. Pandai kan mak saya?. Kurang pandai isteri ayah saya tu. Siapalah agaknya perempuan malang yang Cuma dapat duit dalam akaun bank ayah yang Cuma ada lima ribu sahaja. Kwang wang kwang. Jangan berasap telinga” perli Putih dan cepat – cepat mengelak dari dibaling dengan majalah.

“Kenapalah aku ada anak tiri macam ni!” jerit Loma.

“bersyukurlah tanter” jerit Putih dari tingkat atas. Loma terus menonton telenovela kegemarannya dengan hati yang membengkak.

Maya masuk ke dalam bilik Putih, dia terus memeluk bahu Putih yang sedang duduk dengan keluhan yang panjang.

“best dapat kerja?”

“Tak best!”

“kenapa kak?”

“Bos tu gila” jawab Putih. Dia baring sambil menarik Maya baring  bersamanya.

“Bos gila tu namanya siapa?” mereka merenung siling.

“tengku Khairudin”

“Wah.. tengku!. Macam cerita bawang putih pula” sengih Maya

“Tolonglah... tak ada feel langsung dengan mamat selipar tu”

“Habis tak pergi kerjalah esok?” soal Maya.

“Kerja juga. Khir paksa” jawab Putih dan terus melelapkan matanya. Maya bangun dan terus keluar selepas menarik kaki Putih yang terjuntai itu ke atas katil.


                        *******************

“Selamat pagi bos!” sengih Putih. Tengku Khairudin yang sedang mencari dokumen itu terkejut besar.

“Ha.. kau! Kata tak nak kerja dengan selipar?” perli Tengku Khairudin. Putih mencebik.

“jangan nak mula bos” kata Putih.

“Ada saya kisah?” soal tengku Khairudin.

“Wah.. macam adik adik saja kata begitu” jeling Putih.

“Dah lah juling” ujar Tengku Khairudin pula.

“Ini jeling bukannya juling. Juling tu macam mata bos. Ha!!.. nampak tu.. nampak tu” Putih mengajukan pen ke mata Tengku Khairudin.

“Aku peliklah macam mana kau boleh jadi kawan Khir tu. Macam langit  dengan bumi” Tengku Khairudin ketawa sinis.

“Tak apa. Bos dengan saya pula macam kutu dengan syampoo. Bos tu kutu saya syampoo. Asyik menyakitkan hati sahaja. Macam kutu!” balas Putih.

“Hei minah.. kau tahu tak selama aku jadi bos ni, tak ada seorang perempuan pun yang teruk sikapnya macam kau. Pelik!” suara tengku Khairudin makin tinggi.

“Selama saya hidup pun tak pernah jumpa lelaki yang.. yang... yang..”

“Yang apa?” soal tengku Khairudin pula.

“yang... hmmm.. saya malas nak cakap. Ini dia dokumen yang bos suruh taip tadi. Semua dah buat dengan betul. Jangan nak sabotaj saya dengan kata spelling salahlah, font tak betullah!” Putih meletak dokumen mengenai proposal syarikat ke tangan Tengku khairudin.

“jangan keluar dulu. Saya nak semak”

“Nampak! Saja cari pasal”

“Awak ni kan... perempuan pelik!.”

“Cepat semak. Tak sabar nak dapat pujian melambung ni” sengih Putih. Tengku Khairudin menyemak setiap patah perkataan. Mata Khairudin terbeliak. Setelah beberapa ketika dia menggeleng kepala sambil memicitnya. Dokumen itu ditutup. Dia merenung Putih yang hanya memandangnya dengan pandangan kosong.

“Ini bukan kerja sekolah tadika tau” kata Tengku Khairudin.

“memanglah”

“Jangan nak menjawab” marah tengku Khairudin.

“Buat semula. Padam semua smileys yang awak masukkan tadi. Tak payah nak letak smileys ni setiap muka surat. Icon epal ini pun buang. Ingat ni kebun epal?.Ini syarikat Hartanah tau. Memang macam nak pecat saja kau ni”

“Ya lah.. Cuba bos fikir. Kita kena ada perubahan. Bila kita letak smileys ni nanti mereka pun senyum. bila nampak epal mereka lapar. Lagi satu, bos ni kejap panggil awak, kejap panggil kau macam kecelaruan minda saja”

“Kenapalah aku jumpa staff gila macam kau ni??. Kau kejam betul Khir!!!” Tengku Khairudin menggosok – gosok wajahnya dengan tangan. Macam nak lepuk sahaja Si Putih ini.

“Sebab itu mak kau bagi nama bawang. Pedih!”

“Uishhh... bab mak – mak jangan story mori kat sini ye. Kalau bos tak nak bayar gaji tak mengapalah tapi tak payahlah bawang –bawangkan saya ni” Putih berdiri.

“keluar” halau tengku Khairudin. Putih terus keluar. Dia terus menelefon Khir.

“Aku nak berhenti kerja”

“Tak payahlah.” Pujuk Khir. Putih meletak ganggang telefon.

Telefon bimbit Tengku Khairudin bordering. Nama Khir tertera di situ.

“Ok.. tak payah cakap. Aku tahu minah tu telefon kau”

“Kau jangan mengurat dia pula. Yalah.. kau tu tengku aku ni orang – orang kebanyakan saja. Manalah layak nak bersaing” kata Khir.

“Muhammad Khir Iskandar, bila kau bersama aku... keturunan tidak wujud antara kita. Persahabatan dari kecil itu lebih penting pada aku. Arghhh... tapi perempuan tu buat aku biul!”

Khir ketawa. Dia tahu siapa Putih. Sangat memeningkan kepala. Tidak takutkan orang lain dan bermulut lepas. Apa dia nak kata, dia akan kata tidak kiralah dengan majikannya sendiri.

                       ***************************

Miza masuk ke dalam bilik Putih. Dia yang sedang sibuk membaca buku merenung Miza dari katilnya tanpa sebarang reaksi di wajah.

“Ni.. ambil baju aku ni, tolong gosok. Esok aku nak keluar cari kerja” kata Miza sambil membaling bajunya ke katil Putih. Betul – betul dibawah kaki Putih.

“Kau suruh aku buat apa?” soal Putih. Dia berdiri.

“Mama aku di bawah. Kau jangan banyak bunyi. Gosok saja” arah Miza dan kemudiannya keluar. Putih membelek – belek baju Miza.

“Gosok sendiri. Kau ada tangan kan?” kata Putih. Terbeliak biji mata Miza mendengarnya.

“kau sekarang makin melampau kan?” marah Miza. Putih tersenyum.

“Aku kata gosok sekarang. Aku nak tengok” tengking Miza. Putih mengecilkan matanya. Mulutnya membebel tetapi satu pun tidak difahami oleh Miza. Putih meletakkan baju kemeja Miza di atas papan menggosok baju.

“tengok ni” sengih Putih. Sengaja diputarkan kepanasan seterika itu ke tahap 4. Seterika sedikit berasap. Miza sudah tidak sedap hati. Putih terus menekan seterika itu ke baju Miza hingga berlubang. Miza menjerit. Dia menolak tubuh Putih ke katil. Tiada apa yang boleh dia lakukan selain daripada menangis. Dia membawa baju kemeja itu ke bawah. Mamanya perlu tahu mengenai sikap Putih yang diarasakan agak keterlalulan itu.

Seperti yang Putih jangkakan, ibu tirinya itu mesti akan naik ke atas, sebelum teruk dia dikerjakan Putih awal – awal lagi menyelinap keluar sebelum sempat Miza mengadu mengenainya. Putih memanjat pintu pagar. Khir yang sedang berbual dengan Pakcik Omar di hadapan rumahnya terkejut besar

“Apasal?” soal Khir. Putih ketawa terkekeh – kekeh. Pakcik Omar menggeleng kepala.

“Lari dari Loma?” soal Pakcik Omar.

“Ya, pakcik. Pakcik tahu sajalah kalau Loma tu mengamuk” kata Putih.

“Bawang!!!!!!!!!” jeritan Loma itu membuatkan Pakcik Omar terkejut.

“Baik kau lari. Kalau tak mahu kau kena dera” kata Pakcik Omar.

Loma membuka pintu pagar.

“Kat sini rupanya kau..eh, Khir!” Loma membetulkan rambutnya. Putih mencuit Pakcik Omar.

“Loma tak sangka nampak Khir dekat sini” Loma tersenyum – senyum. Pakcik Omar berbisik ke telinga Putih.

“kenapa dengan mak tiri kamu tu?”

“Ulat beluncas memang macam tu pakcik” bisik Putih kembali.

“Khir tu kalau dengan kamu padanlah. Sama cantik sama padan tapi Si Loma tu padan dengan aku saja. Dah tua” kata Pakcik Omar lagi. Putih tersengih – sengih.

“Teringin ke Pakcik?. Saya tak minta hantaran mahal – mahal. Seribu cukuplah”

“Seribu?. Mahalnya. Kurang sikit tak boleh?” Pakcik Omar masih berbisik.

“Ambil free sajalah. Buy one free two. Tapi yang Maya tu biar dengan saya sajalah. Miza Pakcik jaga. Bukan susah jaga ayam kluk kluk. Bagi makan dedak pun takpe”

Berkerut dahi Pakcik Omar mendengarnya.

“Aku cakap pasal Loma bukan ayam kluk – kluk”

“Eh...ya lah!” sengih Putih.

Jari telunjuk Loma merayap – di lengan Khir yang berlapik itu. Geli geleman Khir dibuatnya. Putih menjeling. Dia terus masuk ke dalam rumah dan mengunci bilik tidurnya. Loma yang menjerit – jerit diluar biliknya itu dianngap seperti nyanyian sumbang seorang wanita separuh abad.

                                ***************

Shey Im merapati Putih di pejabat. Dia membantu putih mengemas mejanya yang sedikit bersepah. Shey Im senang berkawan dengan Putih berbanding pekerja lain yang selalunya menghabiskan masa dengan bergossip sana sini.

“kau tak takut ke layan bos begitu?’ soal Shey Im.

“Siapa suruh dia cari pasal?” soal Putih kembali.

“Tap i nak you tahu yang tunang dia cemburu kuat tau” beritahu Shey Imm.

“La... ada juga perepmpuan nak dengan selipar tu?” sengih Putih. Dia memandang Shey Im yang terus bangun memandang seseorang. Putih menoleh.

“Khir.. ala ala.. kau rindu kat aku kan?. Sampai cari aku kat sini. Kau jangan datang sini selalu, nanti mata kau sakit tengok selipar tu. Bos kat sini semua kurang mental yang sempurna” bisik Putih.

Ima dan Honey yang sememangnya tidak berkenan dengan Putih berpandangan sesama sendiri.

“Semua ke bos begitu?” soal Khir.

“Ya . Aku rasa bos besar tu lagi teruk” beriya – iya Putih bercerita. Khir mengangguk faham. Tengku Khairudin keluar.

“Bos kau dah sampai ke Din?” soal Khai.

“Dah.. nanti kita jumpa dia” kata tengku Khairudin sambil berjalan beriringan dengan Khir. Putih berlari anak menarik lengan baju Khir. Mereka semua di situ memerhatikan tingkah laku Putih.

“Kau baik – baik tau” pesan Putih.

“Ya.. nanti aku baik – baik ya” senyum Khir. Tengku khairudin menjeling. Matanya berbulu melihat Putih yang sentiasa menyakitkan hatinya itu.

Semua pekerja diminta masuk ke dalam bilik mesyuarat. Putih masuk ke dalam bersama Shey Im yang hanya membisu dari tadi. Tengku Khairudin masuk bersama Khir. Cepat – cepat Putih menarik tangan Khir duduk di sebelahnya. Khir hanya menurut.

“Kita tengok siapa bos sewel macam selipar tu. Aku nak juga tengok bos tu. Diorang kata kacak. Kalau setakat macam Khairudin tu, alahai.. tak mempersonakan langsung” Putih banyak bercakap hari itu. Khir berdehem beberapa kali.

Executive akaun mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat setelah pulang dari tandas.

Dia mellintasi Khir yang sedang duduk di sebelah Putih.

“Kau handsomelah pula hari ni. Pakai macam orang kaya saja. Selalu pakai jeans.Kau pun nak minta kerja kan?” Putih memandang Khir yang dari tadi terseyum manis.

“Encik Khir, tak tahu pula saya bos besar kena duduk sebelah kerani am” kata Encik Zaim. Putih memerhati mereka yang memandangnya. Dia kemudiannya memandang Khir yang tidak habis – habis lagi menguntum senyum.

“Tak mengapa kita mulakan saja” Khir.

“Apa?. Kau bos aku ke Khir?” Putih terus berdiri. Dia benar – benar terperanjat. Dia teringat kembali akan kata – katanya tadi.

“Ya..lah.. kami tahu bos kami baik tapi tak pernah pun ada seorang daripada kami yang berani melayan bos kami begini. Macam geng – geng kau sahaja” kata Jasnita pula. Mata Putih terbeliak.

“Kau bos aku?” soal Putih lagi. Khir masih mengangguk.

“Kalau bos besar maknanya kau juga bos Si Selipar ni?”

Khir mengangguk.

“Wei.. apa selipar selipar ni.. ini sudah lebih” marah Tengku khairudin.

“Kau bos aku tapi kenapa kau pakai kereta biasa tapi dia pakai BMW?” soalan yang tiada kena mengena langsung. Belum sempat Tengku Khairudin menjawab, Putih menyambung semula kata – katanya.

“ooo... dia memang berlagak. Nak unjuk lagak dengan perempuan. Tapi kau ni betul ke bos aku?” soal Putih lagi. Khir masih tersenyum.

“Ya sayang”

Seluruh bilik mesyuarat senyap sunyi. Perkataan ‘sayang’ yang keluar dari mulut Khir itu telah menghancurkan hati Jasnita dan Lily, setiausaha syarikat mereka. Putih lebih terperanjat. Dia senyum malu. Khir masih memandangnya.

“Kau cakap apa tadi?” soal Putih lagi. Dia perasan perubahan pada wajah Jasnita.

“Sayang..”

“Minta diri dulu ya” kata Putih dan terus keluar. Dia berlari ke tandas. Gembira benar mendengar perkataan itu keluar dari bibir Khir. Dia sudah tidak peduli. Putih melompat – lompat sambil memejam matanya. Tiba – tiba dia terdengar bunyi jeritan Eddy, pekerja yang lembut perwatakannya.

“Eeee.. ada perempuan..ada perempuan!!!!!!”

Putih membuka matanya. Hamid, Eddy dan Ruslan memandangnya terkebil – kebil. Putih sudah malu besar. Dia keluar dari tandas lelaki itu dan masuk ke tandas yang betul. Mukanya merah padam. Dia tidak mahu keluar dari tandas itu. Dia rasa seolah – olah dah hilang kewarasan pada hari itu.. lebih tepat lagi, ting tong!!.


“Kenapalah kau seksa aku begini Khir” geram Tengku Khairudin. Khir ketawa.

“Kita teruskan tanpa Putih” kata Khir dan meneruskan mesyuarat. Shey Im tersengih – sengih. Dia mahu mencari Putih yang hilang entah ke mana. Dari reaksi Putih tadi dia dapat mengagak siapa khir di hati Putih.

12 comments:

  1. bestlah cerita ni kak.. mmg urban habis. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... Izzatul suka.
      memang kena urban sikit. tak syok tengok bawang putih meratap pilu hhhehe...

      Delete
  2. muahaha...lawak...i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahahahah... akak like coz u like it!
      terima kasih ya adik
      sudi baca BPU ni :)

      Delete
  3. menarik sgt! terkekek2 gelak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaaa... Hartini gelak!
      saya suka saya suka
      terima kasih ya Hartini masih ada masa baca BPU ni

      Delete
  4. wahhh dah ramai yang komen....maknanya mmg dah boleh buka kelab kipas lah ni hahahaha.mantop meletop....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha..
      terima kasih kalam.
      bukak kelab merapu boleh la..
      hihikhik..

      Delete
  5. KELAKAR GILER KAK X TAHAN SAYA SEMUA CAKAP SAYA X BETUL KETAWA DEPAN PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...
      kesian baby mio..
      tak pasal2 difitnah.
      terima kasih banyak2 ya Baby mio :)

      Delete
  6. Replies
    1. boleh adik..
      nanti akka masukkan n3 baru ya :)
      ma kaseh baby mio :)

      Delete