BAB 3
Putih balik ke dalam rumahnya. Dia terduduk di sofa keletihan.
Loma yang baru sahaja keluar dari tandas menyirap sahaja memandang anak tirinya
itu duduk seperti tiada salah apa – apa.
“Kau goreng telur dua biji sahaja?” soal Loma. Dia duduk di
hadapan Putih.
“Habis tu?. Tanter mana boleh makan telur banyak – banyak,
nanti muka berjeragat” tipu Putih.
“Kau jangan nak mainkan aku bawang!. Ingat aku bodoh macam mak
kau?” soal Loma. Darah Putih mendidih. Dia berdiri.
“siapa lagi bodoh?. Kahwin dengan lelaki yang ingat lelaki tu
berharta. Ingat nak rampas hartalah konon tapi Puteri Chinta yang dikatakan
bodoh tu dah tulis awal – awal wasiat. Pandai kan mak saya?. Kurang pandai
isteri ayah saya tu. Siapalah agaknya perempuan malang yang Cuma dapat duit
dalam akaun bank ayah yang Cuma ada lima ribu sahaja. Kwang wang kwang. Jangan
berasap telinga” perli Putih dan cepat – cepat mengelak dari dibaling dengan majalah.
“Kenapalah aku ada anak tiri macam ni!” jerit Loma.
“bersyukurlah tanter” jerit Putih dari tingkat atas. Loma
terus menonton telenovela kegemarannya dengan hati yang membengkak.
Maya masuk ke dalam bilik Putih, dia terus memeluk bahu Putih
yang sedang duduk dengan keluhan yang panjang.
“best dapat kerja?”
“Tak best!”
“kenapa kak?”
“Bos tu gila” jawab Putih. Dia baring sambil menarik Maya
baring bersamanya.
“Bos gila tu namanya siapa?” mereka merenung siling.
“tengku Khairudin”
“Wah.. tengku!. Macam cerita bawang putih pula” sengih Maya
“Tolonglah... tak ada feel langsung dengan mamat selipar tu”
“Habis tak pergi kerjalah esok?” soal Maya.
“Kerja juga. Khir paksa” jawab Putih dan terus melelapkan
matanya. Maya bangun dan terus keluar selepas menarik kaki Putih yang terjuntai
itu ke atas katil.
*******************
“Selamat pagi bos!” sengih Putih. Tengku Khairudin yang sedang
mencari dokumen itu terkejut besar.
“Ha.. kau! Kata tak nak kerja dengan selipar?” perli Tengku
Khairudin. Putih mencebik.
“jangan nak mula bos” kata Putih.
“Ada saya kisah?” soal tengku Khairudin.
“Wah.. macam adik adik saja kata begitu” jeling Putih.
“Dah lah juling” ujar Tengku Khairudin pula.
“Ini jeling bukannya juling. Juling tu macam mata bos. Ha!!..
nampak tu.. nampak tu” Putih mengajukan pen ke mata Tengku Khairudin.
“Aku peliklah macam mana kau boleh jadi kawan Khir tu. Macam
langit dengan bumi” Tengku Khairudin
ketawa sinis.
“Tak apa. Bos dengan saya pula macam kutu dengan syampoo. Bos
tu kutu saya syampoo. Asyik menyakitkan hati sahaja. Macam kutu!” balas Putih.
“Hei minah.. kau tahu tak selama aku jadi bos ni, tak ada
seorang perempuan pun yang teruk sikapnya macam kau. Pelik!” suara tengku
Khairudin makin tinggi.
“Selama saya hidup pun tak pernah jumpa lelaki yang.. yang...
yang..”
“Yang apa?” soal tengku Khairudin pula.
“yang... hmmm.. saya malas nak cakap. Ini dia dokumen yang bos
suruh taip tadi. Semua dah buat dengan betul. Jangan nak sabotaj saya dengan
kata spelling salahlah, font tak betullah!” Putih meletak dokumen mengenai
proposal syarikat ke tangan Tengku khairudin.
“jangan keluar dulu. Saya nak semak”
“Nampak! Saja cari pasal”
“Awak ni kan... perempuan pelik!.”
“Cepat semak. Tak sabar nak dapat pujian melambung ni” sengih
Putih. Tengku Khairudin menyemak setiap patah perkataan. Mata Khairudin
terbeliak. Setelah beberapa ketika dia menggeleng kepala sambil memicitnya.
Dokumen itu ditutup. Dia merenung Putih yang hanya memandangnya dengan
pandangan kosong.
“Ini bukan kerja sekolah tadika tau” kata Tengku Khairudin.
“memanglah”
“Jangan nak menjawab” marah tengku Khairudin.
“Buat semula. Padam semua smileys yang awak masukkan tadi. Tak
payah nak letak smileys ni setiap muka surat. Icon epal ini pun buang. Ingat ni
kebun epal?.Ini syarikat Hartanah tau. Memang macam nak pecat saja kau ni”
“Ya lah.. Cuba bos fikir. Kita kena ada perubahan. Bila kita
letak smileys ni nanti mereka pun senyum. bila nampak epal mereka lapar. Lagi
satu, bos ni kejap panggil awak, kejap panggil kau macam kecelaruan minda saja”
“Kenapalah aku jumpa staff gila macam kau ni??. Kau kejam
betul Khir!!!” Tengku Khairudin menggosok – gosok wajahnya dengan tangan. Macam
nak lepuk sahaja Si Putih ini.
“Sebab itu mak kau bagi nama bawang. Pedih!”
“Uishhh... bab mak – mak jangan story mori kat sini ye. Kalau
bos tak nak bayar gaji tak mengapalah tapi tak payahlah bawang –bawangkan saya
ni” Putih berdiri.
“keluar” halau tengku Khairudin. Putih terus keluar. Dia terus
menelefon Khir.
“Aku nak berhenti kerja”
“Tak payahlah.” Pujuk Khir. Putih meletak ganggang telefon.
Telefon bimbit Tengku Khairudin bordering. Nama Khir tertera
di situ.
“Ok.. tak payah cakap. Aku tahu minah tu telefon kau”
“Kau jangan mengurat dia pula. Yalah.. kau tu tengku aku ni
orang – orang kebanyakan saja. Manalah layak nak bersaing” kata Khir.
“Muhammad Khir Iskandar, bila kau bersama aku... keturunan
tidak wujud antara kita. Persahabatan dari kecil itu lebih penting pada aku.
Arghhh... tapi perempuan tu buat aku biul!”
Khir ketawa. Dia tahu siapa Putih. Sangat memeningkan kepala.
Tidak takutkan orang lain dan bermulut lepas. Apa dia nak kata, dia akan kata
tidak kiralah dengan majikannya sendiri.
***************************
Miza masuk ke dalam bilik Putih. Dia yang sedang sibuk membaca
buku merenung Miza dari katilnya tanpa sebarang reaksi di wajah.
“Ni.. ambil baju aku ni, tolong gosok. Esok aku nak keluar
cari kerja” kata Miza sambil membaling bajunya ke katil Putih. Betul – betul
dibawah kaki Putih.
“Kau suruh aku buat apa?” soal Putih. Dia berdiri.
“Mama aku di bawah. Kau jangan banyak bunyi. Gosok saja” arah
Miza dan kemudiannya keluar. Putih membelek – belek baju Miza.
“Gosok sendiri. Kau ada tangan kan?” kata Putih. Terbeliak
biji mata Miza mendengarnya.
“kau sekarang makin melampau kan?” marah Miza. Putih
tersenyum.
“Aku kata gosok sekarang. Aku nak tengok” tengking Miza. Putih
mengecilkan matanya. Mulutnya membebel tetapi satu pun tidak difahami oleh
Miza. Putih meletakkan baju kemeja Miza di atas papan menggosok baju.
“tengok ni” sengih Putih. Sengaja diputarkan kepanasan
seterika itu ke tahap 4. Seterika sedikit berasap. Miza sudah tidak sedap hati.
Putih terus menekan seterika itu ke baju Miza hingga berlubang. Miza menjerit.
Dia menolak tubuh Putih ke katil. Tiada apa yang boleh dia lakukan selain
daripada menangis. Dia membawa baju kemeja itu ke bawah. Mamanya perlu tahu
mengenai sikap Putih yang diarasakan agak keterlalulan itu.
Seperti yang Putih jangkakan, ibu tirinya itu mesti akan naik
ke atas, sebelum teruk dia dikerjakan Putih awal – awal lagi menyelinap keluar
sebelum sempat Miza mengadu mengenainya. Putih memanjat pintu pagar. Khir yang
sedang berbual dengan Pakcik Omar di hadapan rumahnya terkejut besar
“Apasal?” soal Khir. Putih ketawa terkekeh – kekeh. Pakcik
Omar menggeleng kepala.
“Lari dari Loma?” soal Pakcik Omar.
“Ya, pakcik. Pakcik tahu sajalah kalau Loma tu mengamuk” kata
Putih.
“Bawang!!!!!!!!!” jeritan Loma itu membuatkan Pakcik Omar
terkejut.
“Baik kau lari. Kalau tak mahu kau kena dera” kata Pakcik
Omar.
Loma membuka pintu pagar.
“Kat sini rupanya kau..eh, Khir!” Loma membetulkan rambutnya.
Putih mencuit Pakcik Omar.
“Loma tak sangka nampak Khir dekat sini” Loma tersenyum –
senyum. Pakcik Omar berbisik ke telinga Putih.
“kenapa dengan mak tiri kamu tu?”
“Ulat beluncas memang macam tu pakcik” bisik Putih kembali.
“Khir tu kalau dengan kamu padanlah. Sama cantik sama padan
tapi Si Loma tu padan dengan aku saja. Dah tua” kata Pakcik Omar lagi. Putih
tersengih – sengih.
“Teringin ke Pakcik?. Saya tak minta hantaran mahal – mahal.
Seribu cukuplah”
“Seribu?. Mahalnya. Kurang sikit tak boleh?” Pakcik Omar masih
berbisik.
“Ambil free sajalah. Buy one free two. Tapi yang Maya tu biar
dengan saya sajalah. Miza Pakcik jaga. Bukan susah jaga ayam kluk kluk. Bagi
makan dedak pun takpe”
Berkerut dahi Pakcik Omar mendengarnya.
“Aku cakap pasal Loma bukan ayam kluk – kluk”
“Eh...ya lah!” sengih Putih.
Jari telunjuk Loma merayap – di lengan Khir yang berlapik itu.
Geli geleman Khir dibuatnya. Putih menjeling. Dia terus masuk ke dalam rumah
dan mengunci bilik tidurnya. Loma yang menjerit – jerit diluar biliknya itu
dianngap seperti nyanyian sumbang seorang wanita separuh abad.
***************
Shey Im merapati Putih di pejabat. Dia membantu putih mengemas
mejanya yang sedikit bersepah. Shey Im senang berkawan dengan Putih berbanding
pekerja lain yang selalunya menghabiskan masa dengan bergossip sana sini.
“kau tak takut ke layan bos begitu?’ soal Shey Im.
“Siapa suruh dia cari pasal?” soal Putih kembali.
“Tap i nak you tahu yang tunang dia cemburu kuat tau” beritahu
Shey Imm.
“La... ada juga perepmpuan nak dengan selipar tu?” sengih
Putih. Dia memandang Shey Im yang terus bangun memandang seseorang. Putih
menoleh.
“Khir.. ala ala.. kau rindu kat aku kan?. Sampai cari aku kat
sini. Kau jangan datang sini selalu, nanti mata kau sakit tengok selipar tu.
Bos kat sini semua kurang mental yang sempurna” bisik Putih.
Ima dan Honey yang sememangnya tidak berkenan dengan Putih
berpandangan sesama sendiri.
“Semua ke bos begitu?” soal Khir.
“Ya . Aku rasa bos besar tu lagi teruk” beriya – iya Putih
bercerita. Khir mengangguk faham. Tengku Khairudin keluar.
“Bos kau dah sampai ke Din?” soal Khai.
“Dah.. nanti kita jumpa dia” kata tengku Khairudin sambil
berjalan beriringan dengan Khir. Putih berlari anak menarik lengan baju Khir.
Mereka semua di situ memerhatikan tingkah laku Putih.
“Kau baik – baik tau” pesan Putih.
“Ya.. nanti aku baik – baik ya” senyum Khir. Tengku khairudin
menjeling. Matanya berbulu melihat Putih yang sentiasa menyakitkan hatinya itu.
Semua pekerja diminta masuk ke dalam bilik mesyuarat. Putih
masuk ke dalam bersama Shey Im yang hanya membisu dari tadi. Tengku Khairudin
masuk bersama Khir. Cepat – cepat Putih menarik tangan Khir duduk di
sebelahnya. Khir hanya menurut.
“Kita tengok siapa bos sewel macam selipar tu. Aku nak juga
tengok bos tu. Diorang kata kacak. Kalau setakat macam Khairudin tu, alahai..
tak mempersonakan langsung” Putih banyak bercakap hari itu. Khir berdehem
beberapa kali.
Executive akaun mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat setelah
pulang dari tandas.
Dia mellintasi Khir yang sedang duduk di sebelah Putih.
“Kau handsomelah pula hari ni. Pakai macam orang kaya saja.
Selalu pakai jeans.Kau pun nak minta kerja kan?” Putih memandang Khir yang dari
tadi terseyum manis.
“Encik Khir, tak tahu pula saya bos besar kena duduk sebelah
kerani am” kata Encik Zaim. Putih memerhati mereka yang memandangnya. Dia
kemudiannya memandang Khir yang tidak habis – habis lagi menguntum senyum.
“Tak mengapa kita mulakan saja” Khir.
“Apa?. Kau bos aku ke Khir?” Putih terus berdiri. Dia benar –
benar terperanjat. Dia teringat kembali akan kata – katanya tadi.
“Ya..lah.. kami tahu bos kami baik tapi tak pernah pun ada
seorang daripada kami yang berani melayan bos kami begini. Macam geng – geng
kau sahaja” kata Jasnita pula. Mata Putih terbeliak.
“Kau bos aku?” soal Putih lagi. Khir masih mengangguk.
“Kalau bos besar maknanya kau juga bos Si Selipar ni?”
Khir mengangguk.
“Wei.. apa selipar selipar ni.. ini sudah lebih” marah Tengku
khairudin.
“Kau bos aku tapi kenapa kau pakai kereta biasa tapi dia pakai
BMW?” soalan yang tiada kena mengena langsung. Belum sempat Tengku Khairudin
menjawab, Putih menyambung semula kata – katanya.
“ooo... dia memang berlagak. Nak unjuk lagak dengan perempuan.
Tapi kau ni betul ke bos aku?” soal Putih lagi. Khir masih tersenyum.
“Ya sayang”
Seluruh bilik mesyuarat senyap sunyi. Perkataan ‘sayang’ yang
keluar dari mulut Khir itu telah menghancurkan hati Jasnita dan Lily,
setiausaha syarikat mereka. Putih lebih terperanjat. Dia senyum malu. Khir
masih memandangnya.
“Kau cakap apa tadi?” soal Putih lagi. Dia perasan perubahan
pada wajah Jasnita.
“Sayang..”
“Minta diri dulu ya” kata Putih dan terus keluar. Dia berlari
ke tandas. Gembira benar mendengar perkataan itu keluar dari bibir Khir. Dia
sudah tidak peduli. Putih melompat – lompat sambil memejam matanya. Tiba – tiba
dia terdengar bunyi jeritan Eddy, pekerja yang lembut perwatakannya.
“Eeee.. ada perempuan..ada perempuan!!!!!!”
Putih membuka matanya. Hamid, Eddy dan Ruslan memandangnya
terkebil – kebil. Putih sudah malu besar. Dia keluar dari tandas lelaki itu dan
masuk ke tandas yang betul. Mukanya merah padam. Dia tidak mahu keluar dari
tandas itu. Dia rasa seolah – olah dah hilang kewarasan pada hari itu.. lebih
tepat lagi, ting tong!!.
“Kenapalah kau seksa aku begini Khir” geram Tengku Khairudin.
Khir ketawa.
“Kita teruskan tanpa Putih” kata Khir dan meneruskan
mesyuarat. Shey Im tersengih – sengih. Dia mahu mencari Putih yang hilang entah
ke mana. Dari reaksi Putih tadi dia dapat mengagak siapa khir di hati Putih.

bestlah cerita ni kak.. mmg urban habis. hehe.
ReplyDeletealhamdulillah... Izzatul suka.
Deletememang kena urban sikit. tak syok tengok bawang putih meratap pilu hhhehe...
muahaha...lawak...i like...
ReplyDeletemuahahahahah... akak like coz u like it!
Deleteterima kasih ya adik
sudi baca BPU ni :)
menarik sgt! terkekek2 gelak..
ReplyDeleteyeaaa... Hartini gelak!
Deletesaya suka saya suka
terima kasih ya Hartini masih ada masa baca BPU ni
wahhh dah ramai yang komen....maknanya mmg dah boleh buka kelab kipas lah ni hahahaha.mantop meletop....
ReplyDeletehahhahaha..
Deleteterima kasih kalam.
bukak kelab merapu boleh la..
hihikhik..
KELAKAR GILER KAK X TAHAN SAYA SEMUA CAKAP SAYA X BETUL KETAWA DEPAN PC.
ReplyDeletehahahhaa...
Deletekesian baby mio..
tak pasal2 difitnah.
terima kasih banyak2 ya Baby mio :)
nak lg ya tq .
ReplyDeleteboleh adik..
Deletenanti akka masukkan n3 baru ya :)
ma kaseh baby mio :)