Thursday, 3 January 2013

DIA WANITA EDISI TERHAD akhir


BAB AKHIR... (khas buat mereka yang sangat2 menyokong dan yang sudi membaca DWET).. ingatkan nak buat tergantung, nak try hantar utk diterbitkan.. kalau lepas hihihii..tapi saya rasa saya perlu beri sesuatu sebagai tanda terima kasih... kalau endingnya tak bagus, maafkan saya ya!.. sayang semua!!!!
*ending buat masa ini*


Jasmin pulang ke kampungnya bersama Yaya dan Iqram. Dari jauh lagi Makcik Khadija sudah mengalirkan air mata melihat anak tirinya yang semakin cantik dan cukup anggun untuk memijak rumah barunya yang sangat kecil. Terletak di hujung kampung. Rumahnya telah dijual oleh Zana. Dia sekarang juga merana kerana kehilangan kerja dan arah hidupnya sendiri. Bergaul dan bercinta dengan lelaki yang salah membuatkan dirinya terjerat. Zana dibelasah teruk oleh suaminya. Dia kini telah diceraikan setelah semua hartanya dikikis habis. Makcik Khadija menangis teresak – esak di hujung kaki jasmin. Dia rasa amat berdosa sekali. Mengabaikan Jasmin adalah kesilapan terbesarnya. Membuatkan anak suaminya menderita dan terseksa dengan keangkuhannya itu sudah memakan dirinya semula. Pemberi nafkahnya yang dahulu cuma seorang pekebun cili tidak sanggup lagi melihat ibu tirinya itu merayu dan memohon kemaafan sehingga merendahkan diri sebegini. Jasmin duduk dan memeluk tubuh Makcik Khadija yang semakin kurus. Matanya terpandangkan Zana yang seakan lesu di hujung rumah. Memandangnya sayu. Kelipan matanya seolah – olah meminta keampunan dari Jasmin. Iqram hanya membisu. Yaya sudah pun menangis teresak – esak.

“Maafkan ibu, Jasmin!!” rayu Makcik Khadija. Maklong Jihan yang baru tiba hanya membisu. Timbul rasa simpati di dalam sanubarinya tetapi kesalahan makcik Khadija terlalu besar.

“Ibu mohon ampun... mohon ampun kerana berdosa dengan Min dan ayah. Ibu curang dengan ayah Min dan .....”Makcik Khadija meraung. Jasmin pasti ada sesuatu yang berlaku di sebalik ayat yang tergantung itu.

“Ibu dah terima balasan sekarang. Ibu rampas semua harta yang sepatutnya menjadi milik Min”  Jasmin tersenyum.

“Min dah maafkan ibu” Jasmin terus memeluk Makcik Khadija. Dia menghampiri Zana.

“Maaf kak” itu sahaja yang keluar dari bibir Zana. Dia terus memeluk Jasmin. Sayu benar hati maklong Jihan melihat Jasmin yang begitu mudah memaafkan seseorang.

“Ibu dan Zana ikut Min pergi ke Kuala Lumpur. Mulakan hidup yang baru. Min dan Iq akan bernikah dan rumah yang Min beli itu akan Min serahkan pada Yaya. Ibu dan Zana tinggallah bersama Yaya dan hanya satu pinta Min, sayangi Yaya seperti mana ayah menyayangi dia”pesan Jasmin. Zana bangun dan terus memeluk Yaya.

“Maafkan akak”

Yaya mencium pipi Zana. Dia pasti Zana sudah insaf. Dia juga berharap semuanya menjadi lebih baik.

Maklong Jihan memimpin tangan Makcik Khadija untuk pulang ke rumahnya. semua pakaian sudah di bawa. Jasmin mahu semua ahli keluarganya ada sewaktu dia diijabkabulkan. Iqram menyusun beg di dalam bonet kereta. Maklong Jihan mahu Makcik Khadija dan Zana naik keretanya sahaja. Yaya juga begitu. Mahu berikan ruang untuk Jasmin dan Iqram merancang dan berbual berdua.

Jasmin tersenyum melihat MPV Paklong Jai meluncur laju ke hadapan.

“Macam nak race saja sayang” senyum Jasmin.

“Iq tak mahu. Iq tak nak kita nikah di hospital” kata Iqram.

“Tak apa, sayang. Lepas nikah kat hospital boleh terus kerja macam selalu” usik Jasmin. Ketawa besar Iqram mendengarnya. Mungkin terlalu banyak menangis, Jasmin tertidur dengan wajah yang lesu. Iqram memberhentikan kereta di tepi lebuhraya. Di selimutinya tubuh Jasmin . rambut Jasmin diusap.

“Tidurlah sayang... hilangkan rasa duka itu kerana hari bahagia kita akan tiba” bisik Iqram. Dia kemudiannya terus memandu. Doanya agar majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Saat itulah, cinta dia dan Jasmin akan menjadi satu. Tiada dugaan dan halangan lagi. Tiada air mata dan kesengsaraan... hanya senyuman!



                      **********************************


Rombongan pihak lelaki sudah tiba. Mata Yaya terbeliak apabila melihat tubuh Cikgu Zue yang bagai dipam – pam. Gayanya juga sudah berubah. Semakin seksi. Mungkin sedar dia bersaing dengan Farisha yang sememangnya cantik. Yaya sengaja bersalaman dengan Cikgu Zue.

“Hmm.. semangat sekarang?” hanya jelingan yang diterima. Nampaknya Cikgu Zue tidaklah sebahagia mana kerana apa yang Yaya tahu, Dato Hashim bernikah seorang lagi dengan pembantu rumahnya yang pernah bekerja dengan Cikgu Zue dahulu. Kata Puan Sri Zaleha, hampir runtuh rumah Datin Intan apabila kesemua madunya bergaduh sewaktu majlis hari raya tiga bulan lepas. Dato Hashim sekarang sudah tidak takutkan Datin Intan. Semua cakap Datin Intan sudah pandai di bantah. Anaknya Iris pula berkahwin dengan pemandunya sendiri. Zamri ketawa besar sewaktu menepung tawar Iris di hotel milik Dato Hashim. Bertambah merah wajah Iris kerana menahan marah.  Izreen pula sudah menyambung pelajarannya di luar negara. Mahu menjadi doktor pakar seperti Iqram.

Iqram duduk di bantal khas untuknya. Jasmin turun dari tingkat atas bersama Tina. Senyuman manis dihadiahkan buat Iqram yang beberapa minit lagi akan menjadi suaminya. Persalinan berwarna putih mutiara itu membuatkan Jasmin kelihatan sangat cantik. Iqram merenungnya. Renungan Iqram itu dapat dilihat oleh semua tetamu. Jasmin menjadi malu. Dia tunduk. Iqram ketawa kecil. Suka pula bila melihat Jasmin malu – malu kucing begitu.

“Sabarlah Bang.. sekjap lagi kalau kau nak kunyah Si Jay ni pun tak apa” bisik Zamri. Iqram tersenyum. Tok Kadi menghulurkan tangannya. Dengan sekali lafaz, Jasmin kini menjadi isteri yang sah buat Iqram. Selepas membaca doa, Iqram menghampiri Jasmin untuk membatalkan air sembahyang. Iqram merenung wajah Jasmin. Pipi Jasmin di sentuh... dan seperti biasa Jasmin akan sedikit terlentok. Iqram ketawa kecil. Tangan Jasmin digenggam.

“Terima kasih wahai wanita edisi terhadku... melengkapi hidup dan jiwaku dengan sentuhan rasa cintamu. Kau cinta.. kau rindu... kau nyawa dan kau wanitaku.Sedetik bersamamu membuatkan aku berasa bahagia seolah – olah berkurun lamanya. Setiap inci ukiran senyumanmu itu kurindui saat kau hilang dari pandangan mataku. Aku Iqram bin Zainal.. lelakimu, suamimu, cintamu, khalifahmu... sentiasa meletakkan kau di tempat paling tinggi di hatiku. Saat ini aku berjanji tidak akan pernah sesekali menumpahkan air matamu kerana kesedihan tetapi akan menumpahkan air matamu untuk semua bahagia yang bakal kita lalui bersama... Jasmin, seharum nama dan peribadimu. Ini ikrarku sebagai suamimu... sayang” tutur Iqram. Jasmin tunduk. Air matanya mengalir.

“Untuk hari ni, aku cuma mahu lihat kau tersenyum sayang... senyumlah kerana kita sudah mengakhiri segalanya dengan cinta yang masih teguh dan utuh” Iqram terus mengucup dahi Jasmin. Semua tetamu terpegun. Tak kurang juga yang mengalirkan air mata. Jasmin tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia terus memeluk Iqram. Tangisannya belum reda... tapi itu bukanlah tangisan duka seperti dulu tetapi tangisan yang menyambut kebahagiaan yang bakal dia tempuhi bersama Iqram.

“Dah ya sayang, nanti keluarga abang tak dapat makan sebab asyik tengok sayang menangis” bisik Iqram. Jasmin melepaskan pelukannya, dia termalu. Mereka yang lain djemput Yaya untuk menjamu selera di luar. Cikgu Zue terus pulang. Tidak sanggup dia melihat adegan cinta di antara iqram dan Jasmin. Zana dan Makcik Khadija tersenyum manis dan terus memeluk Jasmin. Kak Kasma menghampiri.

“jangan makan banyak – banyak sangat tau. Malam nanti nak bersenam” usik Kak Kasma. Zamri yang mendengarnya mencebik.

“Amboi KK.. gatal!!!. Meh ZMY bagi nikah nak?” usik Zamri. Kak Kasma menampar belakang badan Zamri.

“Kak... janganlah asyik tampar bucuk saya ni” rungut Rania.

“Nak termuntah aku!!!” kata Kak Kasma. Angkat kaki untuk makan di luar. Yaya memeluk Jasmin.

“Ucapan pernikahan terindah yang pernah Yaya dengar” dia memandang Iqram. Jasmin memeluk lengan Iqram.

“Mama..” panggil Iqram. Puan Sri Zaleha dan Tan Sri Zainal memeluk Iqram dan Jasmin.

“Ayah akui... berbaloi Iqram mencari wanita edisi terhad tu.. dia memang limited edition seperti mama kamu.Cuma....” Tan Sri Zainal menjeling Puan Sri Zaleha.

“Bebelan mama kamu tu tak ada limit langsung” usik Tan Sri Zainal, mereka semua ketawa. Tiba – tiba Yaya bersuara.

“yaya nak cari lelaki edisi terhad pula”

Mereka semua memandang Yaya. Zamri ketawa besar. Yaya mengerutkan dahinya.

“Tak boleh dah” kata Zamri.

“Kenapa pula?” geram Yaya.

“Sebab lelaki edisi terhad.. Rania dah dapat” Zamri mencubit pipi Rania.

“Bucukkk... ohh..... comelnya bucuk ni” Rania memeluk lengan Zamri. Terharu. Tan Sri Zainal menggeleman lagi. Menarik tangan Puan Sri Zaeha keluar dari rumah. Mahu pergi makan kerana lebih bagus daripada mendengar rengekan Rania yang tak habis – habis.

Tinggal mereka berdua di situ. Iqram menggenggam jari – jemari Jasmin.

“Mari..” kata Iqram.

“Ala.. malamlah, ramai orang ni” Jasmin membenamkan wajahnya ke dada Iqram.

“Kenapa kena malam?” senyum Iqram.

“Abang.. ni!”

“Hmmmm.. sedap betul bila dengar sayang panggil abang..” usik Iqram.

“Marilah...” pujuk Iqram.

“Abang... sabarlah!. Nanti Min berilah. Malulah!” senyum Jasmin.

“Min cakap apa ni?” soal Iqram. Mengerutkan dahinya. Jasmin terdiam. Iqram kata apa?.. atau dia yang salah faham?.

“Err... bukan abang nak...” Jasmin menggigit bibirnya. Iqram ketawa dengan kuat sambil memegang perutnya.

“Gatalnya isteri abang ni. Ish... macam tak percaya” bisik Iqram.

“Abang ni... habis abang nak apa?” rajuk Jasmin.

“Nak makanlah. Abang laparlah. Zam tak kasi makan di rumah sebab dia kata makan lepas nikah lagi sedap!” senyum Iqram. Muka Jasmin berubah menjadi merah padam. Dia terus mengatur langkah untuk keluar. Cepat – cepat Iqram menarik tangannya. Dia mendekati Jasmin. Merapatkan bibirnya ke telinga Jasmin.

“:Itu pun nak juga... tapi malam nanti ya... abang datang bulan tengahari ni” gelak Iqram dan kemudian terus berlari keluar setelah dikejar oleh Jasmin. Mereka yang berada di dalam khemah ketawa sakan apabila melihat pasangan pengantin itu main kejar – kejar.

Puan Sri Zaleha ketawa. Tan Sri Zainal juga begitu. Bahagia melihat Iqram dan jasmin gembira dan bahagia setelah apa yang mereka lalui. Tan Sri Zainal mengangguk. Dia memang berhak dipanggil...WANITA EDISI TERHAD!

16 comments:

  1. Tak terasa yg DWET dah habis dah. Suka dgn pengakhirannya.. :D Happy ending. Alhamdulillah. Terima kasih kak ;) sayangnya! hehe. Semoga DWET akan berjaya dterbitkan ya kak? Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Izzatul..
      sayang adik sangat2... sbb ikuti dwet sampai habis.
      insyaAllah kalau dpat sebab tak hantar lagi lah. tak cukup muka surat hihihi
      terima kasih cayang!

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih Amy...
      akak pun sukee bila amy suka.
      nama Amy akan akak letak dalam Seri cinta dari sarawak juga ya....
      bestfriend hero... :)

      Delete
  3. hee..ase cam nk kawen gak la kak..tbe2 je jdi gatal bce ending DWET ni..hee...(zalina)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihihkihi...
      adik Zalina, hmm... kalau dah rasa gatal tu kena kahwin cepat ler jawabnya. :)
      terima kasih ya Zalina..
      banyak2 kasih :)

      Delete
    2. erk xsdia ag nk kawen...muda ag kak,bru 23...hee

      Delete
    3. hahahahha... bagus zalina :)
      muda sangat. time ni tengah kumpul duit lagi kan kan... enjoy dulu pepuas masa bujang ni..
      tp kalau kawin jgn lupa jemput tau! :)

      Delete
  4. Sweet ending!..terharu ngan ucapan iqram.. mata dah bergenang..dwet masih byk bleh dikembangkan bagi cukup mukasuratnye..semoga dpt diterbitkan kelak ye izah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hartini :)
      dwet akan saya hantar untuk diterbitkan.. cuba nasib hihi. memang ada banyak lagi isi yang ada tapi untuk biarkan tergantung macam tu saja macam x sampai hati. tu yang letak gak ending... ya la, awak semua dah baca semua bab tiba2 saya behenti. mesti x syok kan. kalau diterbitkan pun endingnya masth sama cuma mungkin lebih dri segi pengisiannya uyk mencapai m/surat sepatutnya... terima kasih buat hartini yang bukan saja membaca malah menyokong saya.. amat hargai hartini dan yang lain :)

      Delete
  5. yeeeyyy happy ending..thanks iza....bila dan ending ni ramai plak yg komen hehehe...maknanya story awak best le tu.and MMG BEST PUN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea... kalam suka! alhamdulillah.. :)
      terima kasih kalam sbb mengikuti DWET dari awal lagi.
      banyak2 kasih...

      Delete
  6. Akhirnya yeahhhh berkhir juga DWET haee smpai skrg still lagi tersenyum bila teringt balik cite ni dari awal hehehehe TAHNIAH sis Lya doakn smoge dpt dibukukn cite die best kot ngeee...tapi sedih sbb lps ni xde lagy ZMY..KK..JAY..IQ..YAYA yg serba serbi ceria tuh sob..sob..sob hope nnt ade la cerpen special edition pasal mereka ye sis hehehe...pape pon ALL THE BEST SIS..now tggu n3 lain pulak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... tq lya,
      kalau lya nak tahu, sebab komen lya ni ler akak sambung balik. akak pun cam rindu ngan mereka2 ni...
      cayang lya :)

      Delete
  7. suka sangat-2 happy ending .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai baby mio..
      seronok akak bila baby mio suka dengan ending
      dwet.. terima kasih & sayang baby mio!!!! :) :)

      Delete