BAB AKHIR... (khas buat mereka yang sangat2
menyokong dan yang sudi membaca DWET).. ingatkan nak buat tergantung, nak try
hantar utk diterbitkan.. kalau lepas hihihii..tapi saya rasa saya perlu beri
sesuatu sebagai tanda terima kasih... kalau endingnya tak bagus, maafkan saya
ya!.. sayang semua!!!!
*ending buat masa ini*
Jasmin pulang ke kampungnya bersama Yaya dan Iqram. Dari
jauh lagi Makcik Khadija sudah mengalirkan air mata melihat anak tirinya yang
semakin cantik dan cukup anggun untuk memijak rumah barunya yang sangat kecil. Terletak
di hujung kampung. Rumahnya telah dijual oleh Zana. Dia sekarang juga merana
kerana kehilangan kerja dan arah hidupnya sendiri. Bergaul dan bercinta dengan
lelaki yang salah membuatkan dirinya terjerat. Zana dibelasah teruk oleh
suaminya. Dia kini telah diceraikan setelah semua hartanya dikikis habis.
Makcik Khadija menangis teresak – esak di hujung kaki jasmin. Dia rasa amat
berdosa sekali. Mengabaikan Jasmin adalah kesilapan terbesarnya. Membuatkan anak
suaminya menderita dan terseksa dengan keangkuhannya itu sudah memakan dirinya
semula. Pemberi nafkahnya yang dahulu cuma seorang pekebun cili tidak sanggup
lagi melihat ibu tirinya itu merayu dan memohon kemaafan sehingga merendahkan
diri sebegini. Jasmin duduk dan memeluk tubuh Makcik Khadija yang semakin
kurus. Matanya terpandangkan Zana yang seakan lesu di hujung rumah. Memandangnya
sayu. Kelipan matanya seolah – olah meminta keampunan dari Jasmin. Iqram hanya
membisu. Yaya sudah pun menangis teresak – esak.
“Maafkan ibu, Jasmin!!” rayu Makcik Khadija. Maklong
Jihan yang baru tiba hanya membisu. Timbul rasa simpati di dalam sanubarinya
tetapi kesalahan makcik Khadija terlalu besar.
“Ibu mohon ampun... mohon ampun kerana berdosa
dengan Min dan ayah. Ibu curang dengan ayah Min dan .....”Makcik Khadija
meraung. Jasmin pasti ada sesuatu yang berlaku di sebalik ayat yang tergantung
itu.
“Ibu dah terima balasan sekarang. Ibu rampas semua
harta yang sepatutnya menjadi milik Min”
Jasmin tersenyum.
“Min dah maafkan ibu” Jasmin terus memeluk Makcik
Khadija. Dia menghampiri Zana.
“Maaf kak” itu sahaja yang keluar dari bibir Zana. Dia
terus memeluk Jasmin. Sayu benar hati maklong Jihan melihat Jasmin yang begitu
mudah memaafkan seseorang.
“Ibu dan Zana ikut Min pergi ke Kuala Lumpur. Mulakan
hidup yang baru. Min dan Iq akan bernikah dan rumah yang Min beli itu akan Min
serahkan pada Yaya. Ibu dan Zana tinggallah bersama Yaya dan hanya satu pinta
Min, sayangi Yaya seperti mana ayah menyayangi dia”pesan Jasmin. Zana bangun
dan terus memeluk Yaya.
“Maafkan akak”
Yaya mencium pipi Zana. Dia pasti Zana sudah insaf. Dia
juga berharap semuanya menjadi lebih baik.
Maklong Jihan memimpin tangan Makcik Khadija untuk
pulang ke rumahnya. semua pakaian sudah di bawa. Jasmin mahu semua ahli
keluarganya ada sewaktu dia diijabkabulkan. Iqram menyusun beg di dalam bonet
kereta. Maklong Jihan mahu Makcik Khadija dan Zana naik keretanya sahaja. Yaya
juga begitu. Mahu berikan ruang untuk Jasmin dan Iqram merancang dan berbual
berdua.
Jasmin tersenyum melihat MPV Paklong Jai meluncur
laju ke hadapan.
“Macam nak race saja sayang” senyum Jasmin.
“Iq tak mahu. Iq tak nak kita nikah di hospital”
kata Iqram.
“Tak apa, sayang. Lepas nikah kat hospital boleh
terus kerja macam selalu” usik Jasmin. Ketawa besar Iqram mendengarnya. Mungkin
terlalu banyak menangis, Jasmin tertidur dengan wajah yang lesu. Iqram
memberhentikan kereta di tepi lebuhraya. Di selimutinya tubuh Jasmin . rambut
Jasmin diusap.
“Tidurlah sayang... hilangkan rasa duka itu kerana
hari bahagia kita akan tiba” bisik Iqram. Dia kemudiannya terus memandu. Doanya
agar majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Saat itulah, cinta dia dan
Jasmin akan menjadi satu. Tiada dugaan dan halangan lagi. Tiada air mata dan
kesengsaraan... hanya senyuman!
**********************************
Rombongan pihak lelaki sudah tiba. Mata Yaya
terbeliak apabila melihat tubuh Cikgu Zue yang bagai dipam – pam. Gayanya juga
sudah berubah. Semakin seksi. Mungkin sedar dia bersaing dengan Farisha yang
sememangnya cantik. Yaya sengaja bersalaman dengan Cikgu Zue.
“Hmm.. semangat sekarang?” hanya jelingan yang
diterima. Nampaknya Cikgu Zue tidaklah sebahagia mana kerana apa yang Yaya
tahu, Dato Hashim bernikah seorang lagi dengan pembantu rumahnya yang pernah
bekerja dengan Cikgu Zue dahulu. Kata Puan Sri Zaleha, hampir runtuh rumah
Datin Intan apabila kesemua madunya bergaduh sewaktu majlis hari raya tiga bulan
lepas. Dato Hashim sekarang sudah tidak takutkan Datin Intan. Semua cakap Datin
Intan sudah pandai di bantah. Anaknya Iris pula berkahwin dengan pemandunya
sendiri. Zamri ketawa besar sewaktu menepung tawar Iris di hotel milik Dato
Hashim. Bertambah merah wajah Iris kerana menahan marah. Izreen pula sudah menyambung pelajarannya di
luar negara. Mahu menjadi doktor pakar seperti Iqram.
Iqram duduk di bantal khas untuknya. Jasmin turun
dari tingkat atas bersama Tina. Senyuman manis dihadiahkan buat Iqram yang
beberapa minit lagi akan menjadi suaminya. Persalinan berwarna putih mutiara
itu membuatkan Jasmin kelihatan sangat cantik. Iqram merenungnya. Renungan Iqram
itu dapat dilihat oleh semua tetamu. Jasmin menjadi malu. Dia tunduk. Iqram
ketawa kecil. Suka pula bila melihat Jasmin malu – malu kucing begitu.
“Sabarlah Bang.. sekjap lagi kalau kau nak kunyah Si
Jay ni pun tak apa” bisik Zamri. Iqram tersenyum. Tok Kadi menghulurkan
tangannya. Dengan sekali lafaz, Jasmin kini menjadi isteri yang sah buat Iqram.
Selepas membaca doa, Iqram menghampiri Jasmin untuk membatalkan air sembahyang.
Iqram merenung wajah Jasmin. Pipi Jasmin di sentuh... dan seperti biasa Jasmin
akan sedikit terlentok. Iqram ketawa kecil. Tangan Jasmin digenggam.
“Terima kasih wahai wanita edisi terhadku...
melengkapi hidup dan jiwaku dengan sentuhan rasa cintamu. Kau cinta.. kau
rindu... kau nyawa dan kau wanitaku.Sedetik bersamamu membuatkan aku berasa
bahagia seolah – olah berkurun lamanya. Setiap inci ukiran senyumanmu itu kurindui
saat kau hilang dari pandangan mataku. Aku Iqram bin Zainal.. lelakimu,
suamimu, cintamu, khalifahmu... sentiasa meletakkan kau di tempat paling tinggi
di hatiku. Saat ini aku berjanji tidak akan pernah sesekali menumpahkan air
matamu kerana kesedihan tetapi akan menumpahkan air matamu untuk semua bahagia
yang bakal kita lalui bersama... Jasmin, seharum nama dan peribadimu. Ini ikrarku
sebagai suamimu... sayang” tutur Iqram. Jasmin tunduk. Air matanya mengalir.
“Untuk hari ni, aku cuma mahu lihat kau tersenyum
sayang... senyumlah kerana kita sudah mengakhiri segalanya dengan cinta yang
masih teguh dan utuh” Iqram terus mengucup dahi Jasmin. Semua tetamu terpegun. Tak
kurang juga yang mengalirkan air mata. Jasmin tidak dapat menahan dirinya lagi.
Dia terus memeluk Iqram. Tangisannya belum reda... tapi itu bukanlah tangisan
duka seperti dulu tetapi tangisan yang menyambut kebahagiaan yang bakal dia
tempuhi bersama Iqram.
“Dah ya sayang, nanti keluarga abang tak dapat makan
sebab asyik tengok sayang menangis” bisik Iqram. Jasmin melepaskan pelukannya,
dia termalu. Mereka yang lain djemput Yaya untuk menjamu selera di luar. Cikgu
Zue terus pulang. Tidak sanggup dia melihat adegan cinta di antara iqram dan
Jasmin. Zana dan Makcik Khadija tersenyum manis dan terus memeluk Jasmin. Kak
Kasma menghampiri.
“jangan makan banyak – banyak sangat tau. Malam nanti
nak bersenam” usik Kak Kasma. Zamri yang mendengarnya mencebik.
“Amboi KK.. gatal!!!. Meh ZMY bagi nikah nak?” usik
Zamri. Kak Kasma menampar belakang badan Zamri.
“Kak... janganlah asyik tampar bucuk saya ni” rungut
Rania.
“Nak termuntah aku!!!” kata Kak Kasma. Angkat kaki untuk makan di luar. Yaya memeluk Jasmin.
“Nak termuntah aku!!!” kata Kak Kasma. Angkat kaki untuk makan di luar. Yaya memeluk Jasmin.
“Ucapan pernikahan terindah yang pernah Yaya dengar”
dia memandang Iqram. Jasmin memeluk lengan Iqram.
“Mama..” panggil Iqram. Puan Sri Zaleha dan Tan Sri
Zainal memeluk Iqram dan Jasmin.
“Ayah akui... berbaloi Iqram mencari wanita edisi
terhad tu.. dia memang limited edition seperti mama kamu.Cuma....” Tan Sri
Zainal menjeling Puan Sri Zaleha.
“Bebelan mama kamu tu tak ada limit langsung” usik
Tan Sri Zainal, mereka semua ketawa. Tiba – tiba Yaya bersuara.
“yaya nak cari lelaki edisi terhad pula”
Mereka semua memandang Yaya. Zamri ketawa besar.
Yaya mengerutkan dahinya.
“Tak boleh dah” kata Zamri.
“Kenapa pula?” geram Yaya.
“Sebab lelaki edisi terhad.. Rania dah dapat” Zamri
mencubit pipi Rania.
“Bucukkk... ohh..... comelnya bucuk ni” Rania
memeluk lengan Zamri. Terharu. Tan Sri Zainal menggeleman lagi. Menarik tangan
Puan Sri Zaeha keluar dari rumah. Mahu pergi makan kerana lebih bagus daripada
mendengar rengekan Rania yang tak habis – habis.
Tinggal mereka berdua di situ. Iqram menggenggam
jari – jemari Jasmin.
“Mari..” kata Iqram.
“Ala.. malamlah, ramai orang ni” Jasmin membenamkan
wajahnya ke dada Iqram.
“Kenapa kena malam?” senyum Iqram.
“Abang.. ni!”
“Hmmmm.. sedap betul bila dengar sayang panggil
abang..” usik Iqram.
“Marilah...” pujuk Iqram.
“Abang... sabarlah!. Nanti Min berilah. Malulah!”
senyum Jasmin.
“Min cakap apa ni?” soal Iqram. Mengerutkan dahinya.
Jasmin terdiam. Iqram kata apa?.. atau dia yang salah faham?.
“Err... bukan abang nak...” Jasmin menggigit
bibirnya. Iqram ketawa dengan kuat sambil memegang perutnya.
“Gatalnya isteri abang ni. Ish... macam tak percaya”
bisik Iqram.
“Abang ni... habis abang nak apa?” rajuk Jasmin.
“Nak makanlah. Abang laparlah. Zam tak kasi makan di
rumah sebab dia kata makan lepas nikah lagi sedap!” senyum Iqram. Muka Jasmin
berubah menjadi merah padam. Dia terus mengatur langkah untuk keluar. Cepat –
cepat Iqram menarik tangannya. Dia mendekati Jasmin. Merapatkan bibirnya ke
telinga Jasmin.
“:Itu pun nak juga... tapi malam nanti ya... abang datang
bulan tengahari ni” gelak Iqram dan kemudian terus berlari keluar setelah
dikejar oleh Jasmin. Mereka yang berada di dalam khemah ketawa sakan apabila
melihat pasangan pengantin itu main kejar – kejar.
Puan Sri Zaleha ketawa. Tan Sri Zainal juga begitu. Bahagia
melihat Iqram dan jasmin gembira dan bahagia setelah apa yang mereka lalui. Tan
Sri Zainal mengangguk. Dia memang berhak dipanggil...WANITA EDISI TERHAD!

Tak terasa yg DWET dah habis dah. Suka dgn pengakhirannya.. :D Happy ending. Alhamdulillah. Terima kasih kak ;) sayangnya! hehe. Semoga DWET akan berjaya dterbitkan ya kak? Amin.
ReplyDeleteterima kasih Izzatul..
Deletesayang adik sangat2... sbb ikuti dwet sampai habis.
insyaAllah kalau dpat sebab tak hantar lagi lah. tak cukup muka surat hihihi
terima kasih cayang!
Sukeee ending DWET nieee...
ReplyDeleteterima kasih Amy...
Deleteakak pun sukee bila amy suka.
nama Amy akan akak letak dalam Seri cinta dari sarawak juga ya....
bestfriend hero... :)
hee..ase cam nk kawen gak la kak..tbe2 je jdi gatal bce ending DWET ni..hee...(zalina)
ReplyDeletekihkihihkihi...
Deleteadik Zalina, hmm... kalau dah rasa gatal tu kena kahwin cepat ler jawabnya. :)
terima kasih ya Zalina..
banyak2 kasih :)
erk xsdia ag nk kawen...muda ag kak,bru 23...hee
Deletehahahahha... bagus zalina :)
Deletemuda sangat. time ni tengah kumpul duit lagi kan kan... enjoy dulu pepuas masa bujang ni..
tp kalau kawin jgn lupa jemput tau! :)
Sweet ending!..terharu ngan ucapan iqram.. mata dah bergenang..dwet masih byk bleh dikembangkan bagi cukup mukasuratnye..semoga dpt diterbitkan kelak ye izah
ReplyDeleteterima kasih hartini :)
Deletedwet akan saya hantar untuk diterbitkan.. cuba nasib hihi. memang ada banyak lagi isi yang ada tapi untuk biarkan tergantung macam tu saja macam x sampai hati. tu yang letak gak ending... ya la, awak semua dah baca semua bab tiba2 saya behenti. mesti x syok kan. kalau diterbitkan pun endingnya masth sama cuma mungkin lebih dri segi pengisiannya uyk mencapai m/surat sepatutnya... terima kasih buat hartini yang bukan saja membaca malah menyokong saya.. amat hargai hartini dan yang lain :)
yeeeyyy happy ending..thanks iza....bila dan ending ni ramai plak yg komen hehehe...maknanya story awak best le tu.and MMG BEST PUN....
ReplyDeleteyea... kalam suka! alhamdulillah.. :)
Deleteterima kasih kalam sbb mengikuti DWET dari awal lagi.
banyak2 kasih...
Akhirnya yeahhhh berkhir juga DWET haee smpai skrg still lagi tersenyum bila teringt balik cite ni dari awal hehehehe TAHNIAH sis Lya doakn smoge dpt dibukukn cite die best kot ngeee...tapi sedih sbb lps ni xde lagy ZMY..KK..JAY..IQ..YAYA yg serba serbi ceria tuh sob..sob..sob hope nnt ade la cerpen special edition pasal mereka ye sis hehehe...pape pon ALL THE BEST SIS..now tggu n3 lain pulak :D
ReplyDeletehahahha... tq lya,
Deletekalau lya nak tahu, sebab komen lya ni ler akak sambung balik. akak pun cam rindu ngan mereka2 ni...
cayang lya :)
suka sangat-2 happy ending .
ReplyDeletehai baby mio..
Deleteseronok akak bila baby mio suka dengan ending
dwet.. terima kasih & sayang baby mio!!!! :) :)