BAB 11
Putih dan Tengku Khairudin kelam kabut apabila Bonda
memberitahu mereka yang dia akan datang bermalam di rumah mereka selama dua
hari. Putih terpaksa memindahkan semua baju dan alat soleknya ke bilik tengku
Khairudin. Hatinya bengkak apabila melihat Tengku Khairudin hanya tersengih –
sengih melihat dia turun naik tangga macam kucing hilang anak.
“Wei.. tolonglah aku!” jerit Putih.
“Aik! ‘aku’ semula?. Mana perginya ‘putih’ malam tadi?. Sedap
saja dengar kau panggil aku begitu” perli Tengku Khairudin dan hanya sibuk
mengunyah karipap dengan senyuman yang tidak putus – putus. Putih yang sedang
membawa bantalnya turun itu terus membalingnya ke arah tengku Khairudin.
“Woi.... ingat tak berdosa ke buat suami begini?’ soal Tengku
Khairudin. Dia mengutip karipapnya yang telah jatuh ke lantai.
“Tolonglah.. banyak lagi baju aku kat atas tu” rayu Putih.
“Apa aku dapat?” kening Tengku Khairudin terjungkit – jungkit.
Putih mengeluh. Dia menghampiri Tengku Khairudin.
“Kau nak apa?” soal Putih. Wajahnya sedikit kelat.
“Cium kat sini” Tengku Khairudin menepuk – nepuk pipinya.
Putih memuncungkan bibirnya. Sebaik sahaja bibirnya hampir mengenai pipi Tengku
Khairudin, dengan sengaja suaminya itu mengelak.
“Apahal pula?” jerkah Putih. Dia sudah naik angin.
“Tak ada gaya romantik langsung. Kau tahu tak, muncung kau tu
pun dah macam eksos motor.. panjang bukan main. Cuba romantik sikit” pinta
Tengku Khairudin. Putih menggenggam penumbuknya. Dia mencubanya lagi dan Tengku
Khairudin mengelak lagi.
“Ni kenapa pula?” muka Putih merah padam. Macam mahu ditenyeh
– tenyeh sahaja pipi Tengku Khairudin itu.
“Tak nak lah... banyak bakteria” kata tengku Khairudin dan
terus berlalu. Putih terduduk.
“Kenapalah.. aku ni senang – senang sahaja setuju nak kahwin
dengan kau selipar!!!!!” jerit Putih sekuat hati.
“Sebab kau minat kat aku lah!!!!” jerit Tengku Khairudin
sambil membawa kesemua pakaian Putih yang tinggal sedikit sahaja lagi di bilik
atas.
Putih masuk ke dalam bilik Tengku Khairudin. Dia mengeluarkan
sebahagian baju tengku khairudin dari dalam almari baju.
“Hei..hei.. suka- suka kau saja keluarkan baju aku” larang
Tengku Khairudin.
“Habis kau nak aku letak kat mana baju – baju aku ni?” makin
mendidih darah Putih.
“Bawah katil pun ok apa?. Kalau nak kongsi almari kena satu
syarat” bibir Tengku Khairudin tersenyum lagi.
“Aku tak nak cium kau!. Aku tak nak!” bentak Putih.
“Hek eleh..... perasan pula dia” ketawa Tengku Khairudin.
“Habis kau nak apa.... selipar?” Putih mendekati Tengku
Khairudin yang sedang duduk bersenang lenang di atas kati.
“Panggil aku abang dengan suara yang sangat manja hihihih”
“Abang!” kata Putih dengan nada yang sangat kasar. Tengku
Khairudin mencebik.
“Tak sedap pun”
“Kau ni mengada – ngada lebih”
“Lagi sekali.. kalau gagal, aku campak baju kau kat luar” ugut
tengku Khairudin pula. Putih menarik nafas dalam – dalam. sabar Putih..sabar...
lepas Bonda balik, tahulah aku ajar dia, Putih tersenyum nakal. Dengan perlahan
dia mendekati Tengku Khairudin. Tangannya memegang kedua – dua belah pipi
Tengku Khairudin. Mata Tengku Khairudin di renungnya. Putih senyum..
“Abanggggg....ohhhhh...abangggg....bangggggg...abanggggggggggggg”
mendayu – dayu betul alunan suaranya. Sengaja direngekkannya. Tengku Khairudin
terdiam. Matanya seolah – olah bercahaya. Tiada satu perkataan pun yang keluar
dari mulut Tengku Khairudin. Hmmm.. nampaknya Si selipar ni macam dah kena
pukau lah pula.. fikir Putih. Pintu rumah diketuk. Tengku Khairudin masih
merenung wajah Putih.
“I love..”
“Dah... jangan nak love bagai kat sini. Tak terima pun. Tu,
bonda dah sampai!” jeling Putih dan terus keluar. Tengku Khairudin menumbuk
tapak tangannya.
“Bonda ni.... tak kena waktu!” bebel tengku Khairudin.
Bonda seperti biasa akan memeluk tubuh Putih. Pipi Putih di
sentuhnya.
Tengku Khairudin yang baru keluar dari bilik tersenyum –
senyum memandang Bondanya.
“Bonda tak kacau?” soal Bonda.
“Sekarang tak dah..” cebik Tengku Khairudin. Putih mahu
tersenyum. Gatal!
“La.. kenapa duduk jauh – jauh?. Bergaduh ya?. Cuba jadi macam
arwah ayah Khai... sentiasa romantik” gurau Bonda. Tengku Khairudin sepantas
kilat menyendeng Putih dengan senyuman yang melebar. Dia menarik bahu Putih
dekat dengannya.
“Siapa tak sayang isteri. Bonda. Kalau tak, tak adalah Putih
sebahagia ini.. kan sayangku Putih” Tengku Khairudin mencubit pipi Putih
berkali – kali. Putih berpura – pura batuk. Kepalanya ditundukkan ke belakang
badan Tengku Khairudin.
“Aku tumbuk kau!” ugut Putih. Tengku Khairudin ketawa.
“Bilalah bonda nak dapat cucu ni” sengih Bonda dan kali ini
Putih benar – benar terbatuk.
“Insya Allah... kan Putih?. Kalau boleh Putih mahu 11 anak
bonda” sengaja mencari marah Putih. Terbeliak mata Bonda mendengarnya.
“Assalamualaikum!” mata mereka terus beralih ke muka pintu. Sepupu
Tengku Khairudin, Tengku Azad tersenyum manis. Matanya terpaku ke wajah ayu di
sebelah tengku Khairudin. Seolah – olah tidak mahu melepaskan pandangannya dari
wajah Putih.
“Alamak!” Tengku Khairudin menepuk dahi.
Tengku Azad ketawa. Cepat – cepat Tengku Khairudin menarik
tubuh Putih rapat ke sisinya. Berkerut dahi Putih. Pening kepalanya dengan
sikap tengku Khairudin yang agak pelik itu.
“Ini isteri aku haaa.... kau jangan rampas macam dulu” terus
terang Tengku Khairudin memberi amaran.
“Ala.. aku akan ngurat kalau kau lepaskan dia saja” selamba
saja Tengku Azad berkata begitu tanpa memikirkan perasaan tengku Khairudin.
“Hei.. aku takkan lepaskan dia tau!” tengku Khairudin berdiri.
“Maklang tengok anak Maklang ni, bukannya dia nak ajak Azad
makan tapi nak ajak Azad bergaduh” adu tengku Azad.
“Hei.. kau jangan nak manja – manja dengan bonda aku. Kau pergi
manja – manja dengan bonda kau” angin sahaja Tengku Khairudin melihat senyuman
sinis Tengku Azad.
“Dah... peninglah bonda. Tengku Azad nak balik dah pun. Saja nak
jumpa Khai” senyum Bonda. Tengku Azad ketawa apabila melihat adik sepupunya itu
masih menyimpan marah kerana sudah merampas lebih dari tiga teman wanita Tengku
Khairudin. Salah siapa?. Tengku Khairudin yang tidak mahu memanjakan mereka.
Tengku Azad pulang sambil matanya sempat merenung wajah Putih.
“Ni ada yang buta ni karang” Tengku Khairudin bersuara.
“Kau Putih, patut jumpa aku dulu. Si Khai ni tak romantik
langsung” gelak Tengku Azad dan Putih turut sama ketawa. Tengku Khairudin
menjeling Putih. Sampai hati kau gelakkn aku, ya!
Selepas makan malam, Bonda terus masuk tidur. Dia agak
keletihan. Tengku Khairudin dan Putih duduk berdua di ruang tamu. Sehari suntuk
tengku Khairudin tidak bercakap dengan Putih.
“Kau marah aku?” soal Putih. Terkebil – kebil memandang Tengku
Khairudin.
“Tak”
“Habis kenapa tak ceria macam selalu?”
“Macam mana nak ceria kalau isteri bersengkongkol dengan musuh
dalam selimut” Tengku Khairudin masih belum mahu memandang wajah Putih.
“Aku bukan suka dengan Azad gazambo tu pun. Poyo bukan main. Siap
jilat – jilat bibir tapi itu kan anak buah bonda. Aku terpaksa layan” terang
Putih.
“Suka – suka kau saja gelar nama orang kan” Tengku Khairudin
ketawa kecil.
“Ha... ketawa pun!. Kau tahu tak, sejak kau tak pakai cermin
mata ni.. kau nampak..” Putih terdiam. Apa tak cerdiknya kau ni Putih!. Yang kau
puji Si Selipar ni kenapa?. Mahu kembang hidung dia nanti... fikir Putih. Dia mengambil
keputusan untuk membiarkan ayatnya tergantung begitu sahaja.
“Handsome.. hahahahha! Aku bukannya rabun. Saja pakai ke
pejabat nak bagi nampak serius sikit. Tak adalah diorang nak ngurat aku” jujur
Tengku Khairudin. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik. Mahu tidur. Putih
terkulat – kulat di luar. Takkan pula dia nak masuk sekali?
“Sayang tak nak masuk sayang....” sengaja Tengku Khairudin
menjerit. Putih terus masuk ke dalam bilik. Tengku Khairudin duduk di birai
katil sementara Putih pula duduk di hujung katil. Mereka berdua terkebil –
kebil memandang antara satu sama lain. Putih menelan air liur. Jangan selipar
ni cari pasal sudah!
“Tidurlah..” suruh tengku Khairudin.
“Tak nak”
“Kenapa pula, Jendul?” soal tengku Khairudin dan terus
mengambil bantal miliknya. Dia membentang toto di lantai. Tanpa berkata banyak,
Tengku Khairudin terus baring. Tak sampai hati pula Putih melihat tengku
Khairudin tidur di atas lantai begitu.
“naik tidur atas” arah Putih. Sepantas kilat Tengku Khairudin
naik ke atas katil.
“Kau saja je kan?” Putih mengecikan matanya.
“Apa pula?” tengku Khairudin menggaru – garu kepalanya.
“Sofa panjang kat situ kau tak nak tidur. Kat lantai juga kau
nak tidur. Saja nak bagi aku kasihan kau tu kan?” teka Putih. Tengku Khairudin
terus baring tanpa menjawab soalan Putih tadi. Tiba – tiba dia bangun semula.
“Esok pagi – pagi sebelum subuh kau mandi basahkan rambut tau”
bersungguh – sungguh benar tengku Khairudin memintanya.
“Apasal. Kau nak bonda ingat.....tak payah!!!!! Malas aku nak
layan idea tak cerdik kau tu!. Kau pergi tidur sekarang!. Aku dah mengantuk dah
ni” kata Putih dan terus tidur di sofa.
Putih terbangun. Dia tidak selesa tidur di bilik lain. Dia membuka
matanya luas – luas. Rupa – rupanya dia sudah pun berada di atas katil. Dia
pasti tengku Khairudin yang mengalihnya ke situ. Dia menoleh ke sisi. Hatinya menjadi
sedikit sayu apabila melihat Tengku Khairudin yang tidur sambil memeluk selimut
di atas toto yang dibentangnya sebelum ini. Putih memejam matanya agak lama. Rasa
bersalah, kesal, kasihan dan sayu mula bercampur aduk. Berdosakan aku buat
begini..... tapi aku masih belum boleh menerima sesuatu yang lebih daripada
ini... Putih menekup wajahnya. Dia turun perlahan – lahan. Dia cuba mengejutkan
tengku Khairudin tetapi suaminya itu terlalu nyenyak tidur. Putih akhirnya
tidur di lantai juga walaupun agak jauh dari Tengku Khairudin,
*********************************
Bonda duduk berdua dengan Putih di halaman rumah. Kuih pulut
seri muka dihidangkan Putih untuk
mertuanya.
“Putih tahu tak apa yang pelik pada Khai?” soal Bonda. Putih
menggeleng kepala.
“Dia tak suka tidur di sofa. Kalau Putih ada perasan, kalau
dia menonton televisyen pun, dia tidak
akan tidur atau baring kan?” soal Bonda. Putih cuba berfikir. Ya.. dia memang
tidak pernah melihat Tengku Khairudin tidur di sofa sebelum ini. jadi, malam tadi
bukanlah dia sengaja mahu meraih simpati aku.. fikir Putih.
Bonda meneguk air teh
di dalam cawan dan kemudian meletakkannya kembali.
“Putih.. Allah menyayangi isteri yang baik kepada suaminya dan
begitu juga sebaliknya. Bila kita tidak mengambil peluang untuk membuatkan
dirinya disayangi, Bonda khuatir bila tiba waktunya hati kita terbuka..semuanya
terlewat.sedangkan rasa cinta tu memang ada tetapi keegoan membuatkan kita
semakin menjauhi amanah terhadap rasa cinta itu. Bonda tahu semuanya. Bukan dari
mulut Khai yang sentiasa memuji Putih tetapi dari naluri seorang ibu. Bonda
juga ibu kepada Putih bukan?. Sayangi Khai.. dia berhak untuk itu kerana dia
sudah lama menyayangi Putih ... sudah lama, sayang!” Bonda menggosok tangan
Putih.
Bonda sempat lagi berpesan itu dan ini sebelum pemandunya
datang untuk menjemputnya. Putih terduduk di kerusi laman sebaik sahaja Bonda
meninggalkan rumah mereka. Dia terpandangkan keretanya yang dihadiahkan oleh
Tengku Khairudin malah sampai sekarang kereta itu tidak pernah dipandunya.
Tengku Khairudin pulang ke rumah. Putih tidak banyak
berbicara. Tengku Khairudin sedikit pelik dengan sikap Putih yang tidak
melenting seperti selalu. Malah sewaktu makan malam tadi, dia tidak memarahi
Tengku khairudin kerana sengaja menumpahkan kuah ke meja makan. Tengku Khairudin
fikir mungkin Putih keletihan. Dia terus masuk ke dalam kamarnya. Pertemuan dengan
pelanggan pada esok hari membuatkan Khai tidak mahu berjaga malam seperti
selalu. Baru sahaja di mahu melabuhkan punggungnya, pintu bilik diketuk. Tengku Khairudin membukanya. Matanya terbuka
luas apabila Putih berdiri dengan baju tidur yang cantik. Rambutnya dilepaskan
dengan haruman yang sangat mempersonakan. Tengku Khairudin mengangkat
keningnya.
“Izankan Putih menjadi isteri yang sempurna, abang” kata
Putih.
“Putih dah sempurna buat abang, sayang” balas Tengku
Khairudin.
“Masih ada yang kurang dan biarlah Putih melengkapinya tanpa
di bendung dengan rasa bersalah selama ini” tunduk Putih. Tengku Khairudin
menghela nafasnya. Dia tersenyum dan mengangkat sedikit dagu Putih agar mata isterinya
itu dapat menatapnya.
“Abang hargai semua ini tapi bukan dengan cara ini yang abang
mahukan. Jadilah Putih yang abang kenali...bukan Putih yang terpaksa
melakukannya kerana rasa berdosa dan penuh keterpaksaan kerana ini amat
melukakan abang. Perlahan – lahanlah Putih menyemai rasa cinta buat abang
kerana abang mahu ianya kekal terus... kerana sesuatu yang berlaku terlalu
pantas pasti kesudahannya akan sepantas itu juga. Bukan abang tidak mahu tetapi
abang tidak mahu hati sayang terluka kerana fikiran dan hati sayang tidak
selari.” Senyum tengku Khairudin.
“Tapi..”
“Putih jangan risau. Tak pernah sekali pun abang menyalahkan
Putih ataupun menyimpan rasa marah itu. Menjadi suami kepada Putih itu juga
sudah cukup membuatkan abang bangga.... bahagia” jujur tengku Khairudin. Air mata
Putih mengalir.
“Jadi.. abang tak nak?” soal Putih.
“Bukan tak nak tetapi belum tiba masanya...” Tengku Khairudin
mengucup dahi Putih dan terus menutup pintu biliknya. Tengku Khairudin
bersandar di sebalik pintu biliknya. Tanpa di duga air matanya juga turut
mengalir. Putih masih berdiri kaku. Dia juga seperti tidak tahu apa yang perlu
dilakukan lagi. Sungguh dia tidak sangka begitu murni hati Tengku Khairudin. Dia
menggigit bibirnya. Tiba – tiba ada rasa marah di dalam hatinya. Dia memandang
pintu bilik Tengku Khairudin.
“Tak nak kawan abang!. Eeeeee bencilah!!!!” jeritnya dan terus
naik ke bilik.
Tengku Khairudin tersenyum. Dia menggeleng kepala. Itu...
memang Putih, milikku!.
Keesokan harinya Putih seperti tidak sanggup bertentang mata
dengan tengku Khairudin. Rasa malunya setebal katil bersaiz king. Dia menyalahkan
dirinya kerana memulakan langkah. Ini semua kerana bonda!.. kalau bonda tak
keluarkan ayat begitu, pasti aku tak gatal merenyam malam tadi.... gumam
hatinya.
“Kau nak teh ke milo?” soal Putih. Wajahnya ditundukkan.
“Abang nak teh sahaja” senyum Tengku Khairudin. Kelakar pula
apabila mengenangkan apa yang berlaku malam tadi. Sungguh! Dia memang tidak
snagka Putih seberani itu.
“Abang?” soal Putih.
“Takkan nak ber ‘kau’ ‘aku’ sampai tua kot” perli Tengku
Khairudin.
“Saya dan awak boleh?” soal Putih. Tengku Khairudin senyum. dia
mengangguk.
“Tapi abang tetap bahasakan diri sebagai abang” kata Tengku
Khairudin setelah beberapa ketika.
“Suka hatilah” cebik Putih. Tengku Khairudin menarik tangan
Putih agar berdiri di sebelahnya.
“Tapi malam tadi Putih memang cantik” senyum Tengku Kahirudin.
“Tak ada maknanya” jeling Putih.
“Apasal pula?” Tengku Khairudin mengerutkan dahi. Senyuman masih
di bibir.
“Ingat senang ke?. Kena keluar beli baju tidur baru, lepas tu
saya mandi bunga, mandi susu. Itu belum bahagian saya melulur lagi!. Penat penat
penat! Buat rugi saja beli baju tidur tu. Bukannya murah.. alih – alih kena
reject! Malu tau tak!” marah Putih. Tengku Khairudin ketawa.
“Apasal gelak?. Lawak sangat ke?” marah Putih.
“Tak tahu pula seteruk tu” sengih Tengku Kahirudin.
“Itu bukan reject sayang, itu postpone hahahaha” Tengku
Khairudin ketawa besar. Putih terus masuk ke dapur. Hatinya sakit! Malu!..
semuanya ada.
“Tahu tak kenapa kena reject?” jerit Tengku Khairudin dari
keretanya. Putih menjengah. Dia mahu mendengar jawapan dari Tengku Khairudin.
“Jendul sangat!... hahahhha”
Putih masuk ke dalam rumah. Tengoklah,.....ada ubi ada batas
ya selipar!!!!!
akak.. :D tak baik tau tengku khairuddin reject isteri dia macam tu.. krg tak pasal2 putih pula reject dia, padan muka. hehehe tapi tak boleh, bdosa nanti.
ReplyDeletehahaha.. long time no see na...
Deletetq adik izzatul :)
bab 12 adik akan tahu mengapa TK reject Putih hari tu..
jadi, tungguuuuu
<3 uuu
Saja buat orang panasaran tau..menci..menci..menci..orang dah ready nak menyambut...
ReplyDeletehahahaha.. panasaran ya irna... hikhikhik
Deletesabo2 ... akan di readykan utuk menyambut...
terima kasih banyak ya Irna
<3 uuuu