BAB 12
“Katakan pada saya bagaimana harus saya lakukan untuk
meyakinkan awak yang saya sudah mula mencintai awak?” soal Putih di hadapan
cermin. Dia menggaru – garu kepalanya. Sikatnya diletak dan diambil semula
berkali – kali. Sejak dua menjak ini Tengku Khairudin lewat pulang ke rumah.
Kalau pulang awal pun, dia banyak menghabiskan masanya dengan komputer riba.
Putih seolah – olah rindu dengan usikan dan gelak tawa Tengku Khairudin.
Terdengar pintu bilik Tengku Khairudin di tutup. Putih berlari ke bawah. Tengku
Khairudin menoleh. Dia berhenti sebentar.
“Awak...awak...”
“Awak apa Putih?” soal tengku Khairudin.
“Awak .... awak...awak jahat!” marah Putih. Tengku Khairudin
menguntum senyum. dia menarik tangan Putih duduk di ruang tamu,
“Ok.. abang nak tahu juga apa kejahatan yang abang buat tu?”
soal tengku Khairudin dengan tenang. Putih serba salah. Takkan dia nak beritahu
yang dia sedang dalam kerinduan. Dia rindu mahu bergurau malah bertengkar
dengan ‘selipar’ miliknya itu.
“Saya.. Putih..saya...abang...hmm.. aduhai” Putih menekup
wajahnya.
“Ok.. jendul dah tambah jadi gagap pula. Cepat sikit ya Putih,
abang ada hal pukul 9 malam ni” pujuk
Tengku Khairudin.
“Putih... putih tak suka abang buat Putih begini!.. ha..”
Putih mengangguk – angguk. Tengku Khairudin turut sama mengangguk.
“Ya la... tapi apa dia?”
“Abang tak nak layan pun. Balik kerja pun dating dengan
laptop. Putih.... macam..rin..”
“Rin?..”
“Alahai.... ok lah. Putih rindu dekat abang” Putih malu malu.
“Wooohoooohoooooo... macam bermimpi pula dengar perkataan
keramat tu keluar dari mulut jendul” sengih Tengku Khairudin. Putih memukul
manja dada tengku Khairudin.
“Hmmm.... manjanya isteri abang ni. Ni ada roh lain masuk ke
ni?” Tengku Khairudin menelek – nelek kepala Putih. Sengaja mahu buat Putih
marah.
“Esok dan lusa sayang tidur di rumah bonda ya?” suruh tengku
Khairudin. Putih hanya bersetuju walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa dia
perlu meninggalkan suaminya di rumah dan duduk bersama mertuanya tanpa sebab.
Putih bersalaman dengan Tengku Khairudin. Tangan Tengku Khairudin dikucup
setelah lapan bulan yang lepas sewaktu pertama kali dia sah sebagai isteri
Tengku Khairudin.
*************
Eddy dan Shey Imm menyingsing lengan.
“Ok.. kita start. Kalau cantik aku bagi seorang seribu.. banyak
ni tau” sengih Tengku Khairudin. Shey Imm dan Eddy mengangguk. Mereka benar –
benar bersemangat. Mereka bertiga mengecat bilik Putih dengan warna peach
lembut. Langsir telah ditempah dengan gaya mewah. Lampu di bilik itu ditukar
dengan lampu yang lebih elegan. Eddy duduk sebentar.
“Perabot baru bila nak sampai?’ soal Eddy sambil mengesat
peluh di dahi.
“Lepas kita siap, boleh panggil” senyum Tengku khairudin.
“Tak tahu pula susah sampai begini semata – mata untuk...”
Eddy tersengih – sengih. Cepat – cepat Tengku Khairudin menutup mulut Eddy.
“Shey Imm.. tolong ambil air di bawah” arah tengku Khairudin.
Dia kemudiannya duduk di sebelah eddy.
“aku rasa macam berdosa cerita semua ini pada kau tapi aku
perlukan seseorang”
“Hari tu dah on... kenapa bazirkan saja?” soal Eddy.
“Aku nak ianya lebih istimewa. Masa tu katil aku bersepah
dengan dokumen, lap top dan segala macam kertas. Lagipun, aku tahu masa itu dia
langsung tidak bersedia. Dia Cuma takut kehilangan aku tapi sekarang aku nampak
cinta pada matanya” Tengku Khairudin memandang jauh ke hadapan.
“Eeeee.. romantiknya bos!!!” suka benar Eddy mendengarnya.
Tengku Khairudin terus mengecat bilik mereka sendiri.
Setelah bertungkus lumus, Shey Imm sedikit terpegun. Lampu
sudut di pasang dan kesuluruhan kamar itu kelihatan begitu indah dan romantik.
Tengku Khairudin tersenyum puas.
“Semuanya untuk Putih...isteriku” ucap tengku Khairudin. Shey
Imm dan Eddy berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum.
Keesokan malamnya Tengku Khairudin menjemput Putih dari rumah
Bonda. Tengku Khairudin tidak banyak berbicara sehinggalah mereka tiba di
rumah. Putih tergamam. Ruang tamu mereka di dekorasikan dengan begitu cantik.
Sangat tersusun. Dia menggenggam tangan tengku Khairudin.
“Abang... cantiknya” jerit Putih.
“Abang?.. bukan awak?” soal Tengku Khairudin. Putih tunduk malu.
“Mulai hari ini, Abang hanya untuk Putih dan begitu juga
sebaliknya. Malam ini abang berjanji akan menjadi lelaki terhebat dalam hidup
Putih. Abang akan jadi Putera, akan jadi kekasih akan jadi panglima dan raja
dalam hidup Putih. Sesungguhnya saat pertama kali abang melihat Putih, hati
abang sudah berkata.. dialah wanita itu!. Abang tidak tahu tapi hati abang
sangat yakin... Putih sudah mencintai abang. Malam ini malam untuk kita. Malam
untuk Putih dan Khai...sayang” Tengku Khairudin menyentuh lembut pipi Putih.
Tiada jawapan!. Putih hanya menitiskan air matanya.
Bahagia?..sudah tentu. Dia sudah merasainya. Tengku Khairudin mengucup tangan
Putih dan merenung mata wanita kesayangannya.
“Izinkan abang menjalankan tanggungjawab abang sebagai suami
untuk menyemai cinta kita sayang...” ucap Tengku Khairudin. Putih senyum.
Tengku Khairudin memimpin tangan Putih hingga ke pintu bilik. Perlahan – lahan
pintu bilik dibuka. Mata Putih terpaku. Sangat indah hinggakan Putih membisu
tanpa bicara. Saat ini dia mula tahu hatinya sudah pergi mendapatkan Tengku
Khairudin.
“Izinkan abang..”
Putih senyum dan pintu ditutup rapat walaupun hanya mereka
berdua sahaja di dalam mahligai yang sudah pun berseri dengan kuasa cinta.
******************
Putih bangun membersihkan diri. Tengku Khairudin sudah pun
menunggunya di bilik solat. Putih mengikat kain telekung di pinggangnya. Tengku
Khairudin menoleh. Dia tersenyum.
“Basah rambut nampak?” sengaja mengusik. Muka putih merah
padam. Mahu sahaja disorokkan wajahnya.
Mereka bersembahyang bersama. Dia saat Putih mengucup tangan
Tengku Khairudin hatinya berdebar – debar.
“Abang teringin nak makan nasi lemak ayam. Sayang boleh tolong
buatkan?” soal Tengku Khairudin.
“Boleh... boleh blah!” gurau Putih. Tengku Khairudin ketawa.
Dia suka Putih masih seperti dahulu. Dia sukakan Putih yang sedikit kasar. Dia
sendiri sudah jemu dengan wanita yang manja dan terlentok sana sini.
Putih terus mengikat tali leher yang baru dipilihnya. Malu
benar mahu memandang tengku Khairudin.
“Kenapa tak nak pandang abang?” soal tengku Khairudin.
“Tanya pula” Putih menjeling manja. Tengku Khairudin ketawa
besar.
“Malu tahu tak!” kata Putih dan terus keluar. Dia menyiapkan
sarapan buat Tengku Khairudin. Senyuman Tengku Khairudin yang tidak mahu lekang
itu mula membuatkan hati Putih sedikit geram.
“Makan sajalah. Abang pun tak payah lah senyum – senyum
begitu” muka Putih masam.
“Eh.. marah pula. Suka
hati abanglah nak senyum ke tidak” mula mahu bertengkar.
“Tapi senyuman tu macam mengejek tahu tak?” mata Putih mula
membulat.
“Hek eleh... senyum salah, tak senyum pun salah” jawab Tengku
Khairudin.
Tengku Khairudin bangun nak menolak kerusi ke dalam. dia memegang
pipi Putih. Dengan renungan dan senyuman yang saling bergandingan itu, dia
berbicara.
“terima kasih sayang. Abang bahagia sekali. Marahlah abang,
belasahlah abang... abang tetap tersenyum dengan gembira”
“Entah apa – apa abang ni. Takkanlah Putih nak belasah abang”
jawab Putih sambil ditundukkan wajahnya.
“Macam bukan Putih yang selalulah....” komen Tengku Khairudin
lagi.
“Nak Putih yang selalu tumbuk abang ke?”
“Nak.. tapi tumbuk – tumbuk sayang” sengih Tengku Khairudin.
GEDEBUK....
Belakang badan Tengku Khairudin ditumbuk dengan agak kuat.
Tengku Khairudin menggelesat.
“Wei.. ini sudah lebih” mata Tengku Khairudin membulat.
“Tadi abang yang suruh tumbuk, Putih tumbuklah!” jawab Putih.
Tidak puas hati.
“Tumbuk manja bukan macam ni. Sengaja nak ambil kesempatan”
jeling Tengku Khairudin. Putih mencebik.
“Sudahlah! Abang nak merajuk” Tengku Khairudin menjuihkan
bibirnya. Putih buat tidak tahu. Dia terus mengemas meja dan meluru ke dapur.
“Abang nak merajuk ni!!!” sengaja Tengku Khairudin menguatkan
suaranya.
“Ada Putih kisah!” jawab Putih tanpa mendapatkan Tengku
Khairudin. Merungut -
Rungut Tengku Khairudin sambil memakai kasutnya.
“Abanggggg...” panggil Putih dengan manja.
“Tak nak kawan” kata Tengku Khairudin. Tidak mahu menoleh.
Merajuk benar nampaknya. Putih duduk di sebelahnya.
“Tak nak Putih salam abang?. Putih ada sediakan bekal buat
suami Putih yang kacak, bergaya, comel dan lote” gurau Putih sengaja mengendeng
– ngendeng suaminya. Tengku Khairudin memandang ke siling. Tidak mahu menatap
wajah Putih. Dengan senyuman Putih mengambil tangan Tengku Khairudin.
Dikucupnya dengan penuh kasih sayang.
“Cantik tahi lalat di tangan abang ni. Seksi betul!” masih
memujuk suaminya. Tengku Khairudin memebelek telapan tangannya. Dia mengerling.
Putih cepat – cepat mencium pipi Tengku Khairudin. Dia tidak mampu lagi
meneruskan rajuknya. Tengku Khairudin senyum lebar.
“Abang pergi dulu ya, sayang” Tengku Khairudin mengucup dahi
Putih.
Putih tersenyum sendiri. Bukankah bagus kalau aku boleh
melembutkan hatiku dulu?. Tentu segalanya lebih mudah... fikir Putih. Dia terus
masuk ke dalam rumah dan naik kebilik mereka. Kali ini Putih senyum lebih lebar
lagi.
waaahhh romantisnya jeles i tauuuuu.....
ReplyDeleteala..... janganlah jelezz my lovely frengggggg...
Deletelepas ni i buat babak romantis you dengan dr irsyad ya...
love uuu kalammm :) <3
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewaahh dah ada pic.. romantik abis bilik diorg.. :D bila PBU 13, iza?
ReplyDeleteok.. untuk Puan Sri Hartini Halim yang disayangi, izah akan update malam ni panjang lebarrrr punya ok?.terima Kasih kak Hartini tolong bgi izah kepastian pasal unsur2 tutttttt hari tu. ni buat sayang kat kak hartini ni.. sebagai tanda terima kasih, Izah update 2 bab sekaligus ok.. kakakku sayangggg <3 :)
Deleteselipar + jendul =?...hahaha!!! ...kak, DWET & SCDS dah lama sunyi sepi...sambunglah kak...
ReplyDeletehahahah...
DeleteIna, akak akan update DWET dan SCDS hari sabtu dan ahad ni yek..
ina dah lama tak baca ye?.. memang lama pun kan kan kan :)
esok akak update SCDS dulu untuk Ina.. Ahad DWET
terima kasih Ina :)
sayang banget sama kamuuu :)