BAB 13
BULAN MADU!!!!!...

“Putih malu” bisik Putih.
“Oooo... tumbuk suami tak malu?” soal Tengku Khairudin.
“Ish.!.. abanggggg....” cuba merayu Tengku Khairudin. Langkah
Tengku Khairudin terhenti. Dia menoleh ke sisi. Memandang Putih yang tersenyum
– senyum penuh makna.
“Abang pernah tengok cerita korea tak?” soal Putih. Baju
Tengku Khairudin di belek – belek.
“Kenapa?”
“Kalau abang dukung Putih macam tu kan best!” Putih
mengerutkan mukanya. Sesekali cuba mengintai wajah tengku Khairudin.
“Wooohoooo.... pegang tangan malu, dukung tak malu?” senyum
Tengku Khairudin.
“Tak Nak!” jawab Tengku Khairudin. Dia kemudiannya melabuhkan
punggungnya di sebuah batu besar.
“Kenapa pula?” rajuk Putih.
“Abang malu” jawab Tengku Khairudin kembali. Putih mencebik.
Dia kemudiannya terus duduk di samping Tengku Khairudin. Putih hanya memandang telatah anak kecil yang
sedang bermain ombak. Sesekali Putih tertawa. Tengku Khairudin memandang wajah
Putih yang merah padam mentertawakan gelagat anak kecil yang berusia lima tahun
itu. Lengan Tengku Khairudin dipaut mesra. Kepalanya dilentokkan perlahan –
lahan.
“Ni feeling drama korea lah ni” usik Tengku Khairudin. Cepat –
cepat Putih berdiri.
“Menyampahlah dengan abang ni. Nama pun honeymoon mestilah
manja – manja. Itupun nak perli – perli. Eeeee... geram betullah!” Putih terus
pergi. Tengku Khairudin ketawa. Dia masih duduk di situ. Hanya mahu lihat sejauh
mana Putih boleh meninggalkannya. Putih hanya berjalan tanpa menoleh ke
belakang. Apabila menyedari Tengku Khairudin tidak mendapatkannya, Putih
berpatah balik.
“Kenapa abang tak pujuk Putih?”
“Eh.. kena pujuk ke?. Putih yang nak merajuk, abang tak suruh
pun” cebik tengku Khairudin. Putih merenung Tengku Khairudin agak lama.
“Putih sedih abang buat putih....” dia terus berlalu dan kali
ini Tengku khairudin tergopoh gapah mendapatkan Putih yang sudah jauh di
hadapan. Tangan Putih digenggam kemas.
“Ok.. abang minta maaf sayang ya?. Abang tak mahu Putih sedih.
Abang mahu lihat Putih gembira sahaja. Abang janji, dalam masa kita bulan madu
ni, abang akan jaga hati sayang sebaik mungkin” janji Tengku Khairudin. Putih
senyum. ditamparnya lembut pipi Tengku Khairudin.
“Ok tapi dengan syarat, dukunglah Putih...” rayu Putih lagi.
“Baiklah sayang tapi bukan kat sini. Abang dukung dari tingkat
3 ke bilik kita di tingkat lima ya. Naik tangga macam cerita korea tu” pujuk
Tengku Khairudin
Sampai sahaja di tingkat tiga, Putih sudah bertepuk tangan dan
terlompat – lompat. Tengku Khairudin merendahkan badannya. Putih memeluknya
dari belakang tetapi tidak sampai dua saat Tengku Khairudin meletaknya kembali.
“berat!. Itulah asyik pukul suami saja” usik Tengku Khairudin
dan terus mendukung Putih hinggalah tiba di hadapan bilik mereka. Gembira betul
Putih waktu itu... hajatnya tercapai!. Masuk sahaja ke dalam bilik, Tengku
Khairudin terus terbaring di katil. Habis lenguh – lenguh badannya. Akibat
keletihan akhirnya Tengku Khairudin tertidur. Kasihan pula Putih melihat tengku
Khairudin seperti itu. Timbul juga rasa kesal di hatinya.
Putih mengejut tengku Khairudin untuk mandi sebelum azan
maghrib. Tengku Khairudin bangun dan terus mandi. Setelah sembahyang bersama,
tengku Khairudin hanya duduk di sofa sambil memicit – micit bahunya yang
lenguh.
“Putih minta maaf, tak tahu pula Putih seberat itu” monyok
sahaja wajah Putih. Tengku Khairudin menggosok lembut kepala Putih.
“Tak ada apalah sayang, cepat siap. Nanti kita makan di luar
ya?”
“Tak payahlah, Putih dah suruh mereka hantar ke bilik kita”
senyum Putih.
Putih tidak mengganggu Tengku Khairudin pada malam itu. Setelah
dipicit – picit badannya, tengku Kahirudin terus terlena dan Putih hanya
menghabiskan masanya dengan menonton rancangan hiburan di kaca televisyen.
Sesekali dia pergi menjenguk suaminya yang agak teraniaya itu. Putih mengeluh.
Bulan madu yang tidak berapa nak madu... salah siapa?.. diri sendiri!
****************
Sekembalinya mereka dari berbulan madu, Tengku Khairudin dan
Putih perlu membantu Bonda untuk menjayakan jualan amal untuk membantu Yayasan Permata
Kasih yang baru ditubuhkannya. Beberapa orang artis dan personaliti juga turut
serta dalam program ini. Tengku Khairudin dan Putih berpandangan sesama sendiri
sebelum memulakan proses mencari ‘harta’ di dalam rumah mereka.
“Kita cari di dalam bilik abang. Almari abang juga banyak baju
yang tak pakai lagi. Kita mula sekarang!!!!” jerit Putih bersungguh – sungguh.
Tengku Khairudin hanya menurutinya sahaja. Pintu almarinya di buka. Senyuman
yang terukir di wajah Putih itu agak merisaukan Tengku Khairudin.
“Wahh..... banyaknya barang boleh derma” sengih Putih dan
tangannya terus mencapai jaket kulit yang baru dibeli Tengku Khairudin setahun
yang lepas sewaktu bercuti ke luar negara bersama Baby dahulu.
“Nanti..nanti!!!” jerit Tengku Khairudin. Cepat – cepat
tangannya merampas jaket itu dari tangan Putih. Terkejut Putih dibuatnya.
“Tahu tak harga dia berapa?. Suka – suka Putih sahaja nak
dermakan yang ini. tanyalah abang dulu” rungut Tengku Khairudin.
“Biarlah. Kan kalau nak derma mesti barang yang masih baik?”
soal Putih. Dia bercekak pinggang.
“Masih baik, bukannya terbaik!. Aduhai isteri aku ni” Tengku
Khairudin menggaru – garu kepalanya. Putih terus mencapai kasut yang baru
dibeli oleh Tengku Khairudin tempoh hari.
“Biar abang saja yang pilih” Tengku Khairudin mula memberi
cadangan.
“Tak boleh” tegas Putih. Berkerut dahi tengku Khairudin.
“Ok.... macam tu abang nak pilih barang Putih” ugut Tengku
Khairudin.
“Ok... ada Putih kisah?”
“Hooooohooo... tak kisah?. Ok, abang pergi ambil sekarang”
Tengku Khairudin terus naik ke atas bersama kotak yang agak besar.
Setelah hampir setengah jam, Tengku Khairudin dan Putih meletakkan
kotak mereka bersama – sama. Mata Putih terbeliak.
“Itu baju nikah Putih lah abanggggggg!!!!!”
“Ada abang kisah?”
“Memang Putih kisah!”. Putih menyelongkar kesemua barangnya
yang berada di dalam kotak itu.
“Kalau ini pun abang nak derma, habis tu Putih nak pakai apa?”
merah padam muka Putih. Bukan main marahnya dia apabila melihat pakaian –
pakaian ‘wajib’ nya itu turut dipilih Tengku Khairudin. Terbahak – bahak Tengku
Khairudin ketawa.
Putih mengejar tengku Khairudin hingga ke luar. Setelah penat
mengejar dan di kejar, mereka berdua duduk bersandar di belakang badan masing –
masing.
“Jangan dibuang selipar abang tu walaupun buruk ya, sayang”
pinta tengku Khairudin sambil membelek – belek selipar yang sedikit buruk itu.
“Buruk sangatlah abang”
“Selipar ini abang pakai sewaktu pertama kali berjumpa dengan
Putih” senyum tengku Khairudin. Ketawa besar Putih mendengarnya.
Putih memegang pula kotak yang berisi barang – baranganya.
“Putih sayang semua ini. Ini kan abang yang beli. Putih derma
duit sajalah ya?” soal Putih. Tengku Khairudin mengangguk setuju. Mereka berdua
akan mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri untuk menjayakan Yayasan Permata
Kasih itu.
BAB 14
Jualan amal berjalan dengan lancar. Wajah Putih sedikit kelat. Dia duduk di
kerusi bersebelahan dengan Shey Imm dan seorang personaliti yang ternyata tidak
diminati oleh Putih. Dia mencuri dengar perbualan Personaliti yang bernama
Shika itu.
“Handsome sangatlah!” Shika ketawa. Temannya menggeleng
kepala. Agak tidak senang dengan sikap Shika yang agak mengada – ngada itu.
“Aku dengar Tengku tu dah kahwinlah. Tapi aku tak tahu siapa
dia” terang rakannya.
“Ahh... peduli apa aku! Dia boleh kahwin empat okay..” Shika
senyumn sinis. Putih sudah menggenggam penumbuknya. Cepat – cepat Shey Imm
menyentuh tangan Putih. Dia menggeleng berkali – kali.
“Dia nak kena tumbuk dengan aku empat kali kot” bisik Putih.
“Aku tak kira. Ada peluang, aku akan masuk” senyum Shika. Ya..
ada peluang, aku akan tumbuk!, bisik Putih.
Tengku Khairudin melanglah ke arah Putih tetapi belum sempat
Tengku Khairudin menghampiri Putih, Shika awal – awal lagi sudah mencuba nasib.
“Hai tengku Khairudin!” sapanya mesra. Tengku Khairudin
membalas senyuman itu.
“You Shika kan?” soal Tengku Khairudin. Putih yang mendongak
dari tadi memandang suaminya dan Shika bersilih ganti.
“Wah.. tak sangka you kenal siapa i” senyum Shika. Tengku
Khairudin ketawa kecil.; tawa yang sering diberikan kepada Putih .. tawa
manja!. Ini tak boleh jadi!!!!... geram Putih. Dia bingkas bangun. Shey Imm
cepat – cepat menarik tangan Putih hingga ke luar bangunan.
“Kau apasal tarik tangan aku? Nak aku tumbuk muka kau?” garang
benar Putih waktu itu. Shey Imm menelan air liur. Naya saja kalau kena tumbuk
percuma!.
“Fikirlah bonda kau tu. Kau tak nampak ke betapa seronoknya
bonda kau bila program ni berjaya?”
Putih terdiam. Dia dapat melihat dengan jelas akan kegembiraan
yang terpancar di wajah Bonda. Dia masuk semula ke dalam bangunan gedung
membeli belah itu. Matanya berbulu. Tengku Khairudin masih berbual mesra dengan
Shika. Dia menghampiri Tengku Khairudin. Tiada sapaan dari suaminya itu. Hatinya
sakit dan dia terus ke tingkat atas. Mahu mencuci mata.
Sedang Putih membelek beberapa aksesori di kiosk barangan
hiasan, bahunya disentuh seseorang. Putih sedikit terperanjat.
“Sayang nak itu?” soal tengku khairudin. Tiada jawapan malah
muka Putih makin kelat. Tengku Khairudin tahu mengapa. Dia hanya senyum
mengulum. Perlahan – lahan mendekatkan bibirnya ke telinga Putih.
“Tiba – tiba abang ada terbau aroma kecemburuan di sekitar –
sekitar sini, agak – agaknya siapa yang cemburu ya?”
Putih menjeling. Makin sakit hatinya diperli sedemikian rupa. Bukannya
mahu pujuk tapi diperli pula!.. geram Putih.
“Nak pulang terus atau nak jalan – jalan?” soal Tengku
Khairudin.
“Pergilah jalan – jalan cari makan dengan Shika Shakalala tu”
mendatar sahaja suaranya. Tengku Khairudin bantai gelak. Sampai sepet – sepet matanya
menahan tawa.
“Ha.. gelaklah sampai esok!” jeling Putih. Dia ingin pergi.
Biar Tengku Khairudin tahu dia bukannya boleh ditolak ke tepi sebegitu rupa.
Tengku Khairudin sudah buntu. Dia tidak tahu mahu pujuk
isterinya itu bagaimana lagi. Dah di rayu.. mentah – mentah ditolak dengan
jelingan tajam. Bukannya sengaja dia mahu berbual mesra dengan Shika tetapi dia
juga perlu menghormati Shika sebagai salah seorang penyumbang dana Yayasan itu.
Tengku Khairudin hanya mengekori Putih dari belakang. Kerana berjalan terlalu
laju, kaki Putih tersadung dan hampir jatuh. Mujurlah Tengku Khairudin sempat
mendapatkannya.
“Janganlah dimarahi suami yang tak berdosa ni, sayang. Nampak!,
Putih dah tersadung” perli tengku Khairudin. Putih terdiam.
“Habis.. abang bagi dia gelak abang tu” muncungnya masih
panjang seperti tadi.
“Laa.... gelak pun jadi kes. Ya lah, abang gelak untuk Putih
sahaja. HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH”
Semua di situ memandang tengku Khairudin. Dia peduli apa ?.
asalkan Putih berhenti merajuk sudah!. Putih menarik tangan Tengku khairudin
turun dari tingkat empat itu. Nampak gayanya, Putih sudah lembut hatinya.
Nasib tengku Khairudin baik, kalau tidak tentu dia akan
menghadap jelingan Putih untuk dua tiga hari lamanya.
***************************
Tengku Khairudin bergegas ke hospital bersama Eddy selepas
mendapat tahu Putih dilanggar kereta sewaktu menemani bonda ke rumah anak - anak yatim. Bonda meraung – raung sewaktu
memberitahu Tengku Khairudin mengenai perkara itu. Jantung Tengku Khairudin
berdegup dengan pantas. Air matanya seperti mahu tumpah.
Pintu wad dibuka. Putih yang sedang terlantar di katil masih
belum sedarkan diri. Kali ini air mata tengku Khairudin mengalir. Tangan Putih
dicium berkali – kali.
“Mujurlah kecederaannya tak serius. Hentakan kepalanya
membuatkan dia masih tidak sedarkan diri” terang Bonda sambil mengesat air
matanya. Mereka semua menunggu Putih hingga ke pagi.
Mata Putih terbuka. Tengku Khairudin menggenggam tangan Putih.
Rambutnya dulurut dengan lembut.
“Sayang...” panggil tengku Khairudin. Tiada jawapan. Putih
menutup kembali matanya. Setelah beberapa minit, matanya terbuka lagi. Doktor
memeriksa keadaan Putih. Tengku Khairudin sangat resah. Bimbang jika apa – apa terjadi
pada isterinya itu. Setelah memeriksa Putih, Doktor Ihsan membenarkan Tengku
Khairudin melawat Putih yang masih lemah.
“Sayang..” panggil Tengku khairudin. Putih memandang Tengku
Khairudin. Senyuman mula terukir walaupun masih lemah.
“Terima kasih doktor selamatkan saya” ujarnya. Kali ini
jantung Tengku khairudin makin kuat debarannya. Doktor?...
“Sayang tak kenal abang?” soal Tengku Khairudin. Tiada jawapan
yang diberikan. Putih memejam matanya kembali. Doktor Ihsan memanggil Tengku
Khairudin ke biliknya.
“Hilang ingatan sementara.. mungkin lama mungkin sebulan dua. Gegaran
otaknya menyebabkan ingatannya hilang. Kita bersama – sama berdoa ya Khai. Ada memori
yang di simpan dan sudah tentu banyak yang hilang. Kebanyakkan boleh sembuh. Ada
makan masa dan ada juga yang Cuma sebulan dua” terang Doktor Ihsan. Tengku
Khairudin tergamam.
“Rasanya Khai, biar fizikal dia kuat sikit baru kau bawanya
pulang ke rumah” nasihat Doktor Ihsan. Tengku Khairudin seperti longlai. Langkahnya
seperti tidak dapat dirasakannya. Baru sahaja dia dan Putih memadu rasa cinta
bersama. Tidak sangka ianya hanya sesingkat ini. dia merenung Putih dengan hati
yang sangat sayu. Ya Allah.... beriku kekuatan untuk aku kuat menggenggam cinta kami... tunduk Tengku
Khairudin.
***********************
Berkerut – kerut dahi Putih apabia dibawa ke rumahnya dengan
Tengku khairudin. Dia memandang Eddy di sebelahnya. Shey Imm yang duduk di
hadapan mengeluh tidak henti – henti.
“Korang nak culik aku kan?” soal Putih dengan matanya yang
dikecilkan seolah – olah mengesyaki sesuatu.
“Eh.. bawa ke rumah kaulah Putih” kata Shey Imm.
“Kenapa panggil aku Putih. Banyak lagi warna kat dalam dunia
ni.. Putih juga yang kau nak panggil” rungut Putih. Tengku Khairudin menepuk
dahinya. Pulak..
“Dah memang nama kau Bawang Putih” jawab Eddy.
“Apa?... Bawang? Putih? Apa tak sedapnya nama aku?.Bawang...
Putih.. aku tak sukalah” cebik Putih.
“Habis sayang nak abang panggil apa?’ soal Tengku Khairudin.
“ha... ini seorang lagi. Dari tadi asyik panggil aku sayang..sayang..
meremang bulu roma aku tahu tak?. Isteri kau tak marah ke kau menggatal dengan
aku ni?” Putih memandang Tengku Khairudin yang hanya tersengih – sengih.
Sampai sahaja di rumah, Putih semakin keliru. Dia memandang
Tengku Khairudin.
“Ini rumah siapa?” soalnya.
“Rumah kita, sayang” jawab tengku Khairudin dan cuba untuk
memeluk bahu Putih. Dengan rasa marah, tangan tengku Khairudin di pukul –
pukul.
“Aku bukan isteri kau yang boleh kau pegang sesuka hati, ya”
Putih merenung mata Tengku Khairudin. Eddy mendekati majikannya dan cuba
berbisik sesuatu.
“Parah betul ni bos!. Macam mana nak tinggal serumah ni?” soal
Eddy sambil mencuri pandang wajah Putih.
“Woi bendi... kau jangan nak memngumpat aku ya?. Kau pun nama
bendi nak kutuk aku” jeling Putih. Shey Imm menekup mulutnya. Rasa macam nak
tergelak pun ada. Muka Eddy masam mencuka.
“Nama aku Eddy tau! Bukan bendi!. Bencilah!!!!!!!” jerit Eddy.
Putih sedikit terkejut. Dia berundur ke belakang. Matanya terpandangkan
sepasang selipar milik Tengku Khairusin di atas rak kasut. Dia membelek – beleknya.
Dia seperti mahu mengingati sesuatu. Tengku Khairudin mendapatkan Putih setelah
melihat Putih memegang kepalanya seperti menahan sakit.
“Tak payah fikir. Ini tiada apa – apa. Putih masuk ke dalam”
tengku khairudin menenangkan Putih. Dia tahu, kepala Putih akan berasa sakit
setiap kali cuba mengingati sesuatu kerana ianya masih awal untul dia pulih.
Eddy ingin berlalu bersama – sama Shey Imm tetapi di halang
oleh Putih.
“Tak baiklah tinggalkan aku dengan lelaki bukan muhrim. Lagipun
muka dia ni aku tak percaya sangatlah! Macam muka perogol pun ada” Putih
menjeling tengku Khairudin yang sudah pun terlopong mulutnya. Sampai hati dia
kata muka aku macam perogol!!!!... jerit Tengku Khairudin di dalam hati.
“Nak buat apa ni?” soal Shey Imm.
“Kau pindahlah ke rumah aku Shey Imm... aku tak sanggup dituduh
perogol” kata tengku khairudin. Putih terus masuk ke dalam bilik bawah.
“Ini bilik aku?” soalnya kepada Eddy.
“Eh taklah.. bilik kau dengan bos kat atas” jawab Eddy
selamba. Mata Putih membulat. Dia menutup dadanya dengan tangan yang bersilang.
“Maksudnya kau dan aku...” muka Putih berubah.
“Ye la.. kau dengan bos kan suami isteri. Memanglah dah
heheheh” sengih Eddy. Putih terus memukul Tengku Khairudin berkali – kali.
Tiada apa yang boleh tengku Khairudin lakukan selain berserah.
Dia kini berdepan dengan Putih yang kasar... Putih yang dahulu.
*************************
Seminggu kemudian...
Tengku Khairudin yang sudah pun berpindah bilik membuka pintu
biliknya . kebetulan Putih juga mahu turun ke bawah. Tengku Khairudin tersenyum
memandangnya. Aku rindu mahu menyentuhmu sayang... bisik hati kecil Tengku
Khairudin. Putih merenungnya dengan dahi yang berkerut. Langkah Putih
menghampiri Tengku Khairudin. Mereka bertentangan mata. Tangan Putih menyentuh
pipi Tengku Khairudin yang sudah pun berdebar – debar. Putih menyentuh pula
bibir Tengku Khairudin. Setelah menjatuhkan tangannya, dia mulo bersuara..
“Betulkan kau suami aku?”
“Kenapa?” soal tengku Khairudin. Putih terdiam. Dia memegang
pula dada Tengku Khairudin. Dub dab dub dab... jantung tengku Khairudin sudah
tidak keruan.
“Macam.... macam .” Putih mengingati sesuatu.
“Macam apa?’ tengku khairudin mula rasa gembira.
“Macam badan Maniam tosei masa saya sekolah dulu” kata Putih
dan terus turun ke bawah. Tengku Khairudin terpaku di situ. Degupan jantung
yang kencang tadi sudah semakin perlahan rentaknya. Dia memegang dadanya
sendiri.
“Badan aku yang bidang ni.. yang dia suka dulu ni.. dia kata
macam Maniam boroi tu.. melampau betul isteri aku ni” .
Tengku Khairudin mengeluh dan masuk semula ke dalam biliknya. Tiada
selera untuk makan tengahari.....
No comments:
Post a Comment