Friday, 15 February 2013

dia wanita edisi terhad 2 - bab 6


 BAB 6

Zaitie dan Zul tidak habis – habis mengusik Jasmin dengan mengatakan wajah Iqbal langsung tidak menyerupainya. Iqram yang sudah sembuh itu ketawa sambil mengkelek Iqbal yang sedang mahu tidur.Kalau tiada aral melintang, esok Iqram sudah boleh mula bertugas setelah hampir tiga bulan dia berehat di rumah. Dia masih boleh menjadi doktor seperti dahulu cuma tugas untuk melakukan pembedahan masih tidak dibenarkan. Dia meletak Iqbal di tilam bayi sambil menepuk anaknya dengan penuh kasih sayang. Setelah Iqbal benar – benar lena, Iqram dduk di sebelah Jasmin.

“Masih ada rasa sakitnya, Iq?” soal Zul.

“Kadang kala agak pening dan berat juga kepala tapi semuanya makin pulih” jawab Iqram seraya memegang tangan Jasmin dengan mesra.

“Hmm.. nasib baik rambut dah tumbuh. Kalau tidak dah macam jebon” gelak jasmin . Iqram turut sama ketawa.

“Kalau macam Jebon, Min dah sayang abang lah?” duga Iqram.

“Alalalalala.. merajuk pula sayang aku ni” Jasmin mengenyit mata. Memandang Zaitie yang tidak habis – habis ketawa.

“macam mana dengan siasatan kes kau tu?’ soal Zul. Dia mencuit – cuit pipi Iqbal yang sudah pun lena.

“Masih dalam siasatan”

“Kalau aku dapat, memang aku lenyek – lenyek orang tu buat sambal tempoyak!” geram jasmin. tangannya di genggam. Iqram menggosok lembut kepala Jasmin yang setia menjaganya sejak tiga bulan yang lepas. Zaitie menoleh ke arah Zul.

“Nak anak juga ke?. Tunggulah kahwin dulu sayang oii” usik Zul. Zaitie mencubit  paha Zul sekuat hati. Walaupun sakit tetapi Zul masih boleh ketawa dengan kuat. Suka benar dia mengusik Zaitie!.

Zamri datang bersama Rania. Junior sudah pandai menyanyi sekarang. Walaupun tidak faham biji butir liriknya, tetapi nyanyiannya tetap menghiburkan. Dia tidak habis – habis mengucup pipi Iqbal berkali – kali. Zamri mencuit lengan Rania.

“Nak apa Bucuk?” soal Rania.

“Dia nak adik tu” sengih Zamri. Rania menjeling.

“Esok pergi beli kat pasar” jawabnya selamba. Dia terus angkat punggung. Kerenah Zamri bukannya boleh dilayan sangat. Makin menjadi – jadi.

“Dah tua – tua pun panggil bucuk..” ejek Iqram.

“ala abang.... itu namanya manja dan romantik bukannya macam Abang dengan Kak Jay, sayang, sayang, sayang,..... macam melayang saja bunyinya” jawab Zamri.

Iqram tersengih. Dia membetulkan rambutnya dan terus mengajak Zamri ke meja makan. Jasmin sudah menyediakan mee rebus untuk adik ipar dan birasnya itu. Junior duduk di sebelah Jasmin dan seperti biasa, maklongnya itu akan menyuap dan melayannya makan.

Zamri merenung abangnya. Ada rasa sayu di hatinya. Berkali – kali dia mengucapkan syukur kerana Allah telah menyelamatkkan nyawa Iqram.

“Semoga Allah menlindungi abang selepas ini. Zam tak mahu kehilangan satu – satunya Paklong buat Junior” kata Zamri. Semua terdiam. Rania menggosok – gosok belakang badan Zamri.

“Terima kasih Zam... adik yang amat abang sayang” ucap Iqram pula.

“La... lelaki kalau emosi buruk betul” sengih Jasmin. cepat – cepat Zamri mengesat air matanya yang bertakung.

“Junior nak tidur sini dengan maklong dan Iqbal?” soal Jasmin dan seperti yang di jangka, Junior akan mengangguk dengan cepat. Dia memang sangat sayangkan Iqbal yang sudah pun pandai mengagah. Zamri sengih. Rania pula menjeling.

“Tak payah mengada – ngada”

Zamri menjuihkan bibirnya apabila mendengar jawapan yang langsung tidak dipintanya. Iqram ketawa besar... gatal betul si Zamri ni!


                            *****************

Iqbal dijaga oleh Kak Kasma sementara Jasmin ke butik untuk menguruskan beberapa perkara. Kasma sibuk mengacan Iqbal yang suka ketawa mengekek itu. Puan Sri Zaleha masih meriba cucunya yang sentiasa di agah Kak Kasma.

“Kasma... dah pukul 10.30 pagi ni. Tak masak ke?” perli Puan Sri Zaleha.

“Ala .. nak main dengan  Iqbal dulu.. lima minit sahaja lagi” sengih Kasma.

“Lima minit lagi aku pecat kamu” Tan Sri Zainal menyampuk dari belakang.

“Amboi mak aih.... mentang – mentanglah dah ada cucu, berlagak betul” jeling Kak Kasma dan terus ke dapur. Puan Sri Zaleha menggeleng kepala. Rajin benar dia mengusik Si Kasma..

Telefon Tan Sri Zainal berbunyi. Wajah Tan Sri Zainal berubah apabila mendengar berita daripada panggilan telefon itu. Dia terus bergegas keluar tanpa sebarang bicara. Puan Sri Zaleha sedikit pelik dan di biarkannya sahaja.

Semua ahli keluarga dipanggil. Zamri yang baru sahaja berpindah rumah tu juga turut hadir. Dia kini sudah meninggalkan dunia glamornya seratus peratus. Dia hanya mahu menumpukan perhatiannya pada perniagaan yang baru sahaja dijalankan.

Iqram yang baru pulang dari hospital itu hanya menunggu ayat pertama yang keluar dari mulut ayahnya.

“Petang tadi polis telefon..”

Semuanya mula berdebar – debar. Lebih – lebih lagi Iqram dan Jasmin.

“Atas kerjasama Paklong kamu, Zue telah ditahan bersama lelaki yang telah melanggar kamu. Paklong yang buat laporan itu semalam.” Kata Tan Sri Zainal.

“Kenapa Abang Long tak beritahu semua ini dulu?” Puan Sri Zaleha sudah naik angin.

“Leha... semuanya kerana anak – anak.siapa yang nak jaga anak Si Zue tu nanti?. Zue curang dengan dia jadi dia mula sedar, perempuan begitu tidak layak untuk menjadi ibu kepada anak – anaknya. Lagipun , anak dia sendiri lebih sayangkan madunya berbanding dia” terang Tan Sri Zainal.

“Bagus! Biar dia terima balasannya” Puan Sri Zaleha menggetap bibir.

“Dia sepatutnya di humban dalam penjara seumur hidup” kata Zamri pula.

“Habis Paklong dengan dia...” soal Iqram.

“Sudah bercerai” jawab Tan Sri Zainal bersama keluhan yang berat.

“Sebab itu Allah jodohkan kamu dengan Jasmin. kalau ayah dengar kata Maklong kamu supaya menjodohkan kamu dengan dia..pasti kamu akan merana Iq” Tan Sri Zainal menggeleng kepala. Sesekali dia menggaru – garu kepalanya itu.

Jasmin tidak mampu berkata apa – apa lagi. Sangat terkejut. Zue sanggup buat begitu hanya kerana cintanya tidak berbalas. Besar sangatkah dosanya hingga Zue mendendaminya sebegitu rupa?..

                           *******************

Jasmin menunggu Iqram di luar bilik doktornya. Dia menghantar dan mengambil Iqram untuk pergi bertugas sehinggalah dia benar – benar yakin Iqram mampu. Sebenarnya sudah lama Iqram mampu memandu kereta tetapi Jasmin sahaja yang terlalu bimbang. Iqram keluar dengan senyuman manis. Lengan bajunya di singsing sedikit dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Jasmin yang sudah pun terlelap dengan kepala yang bersandar ke dinding.

Iqram memerhati sekeliling. Setelah yakin tiada siapa di situ, Iqram terus menghembus telinga Jasmin. tiada respon langsung. Iqram tersengih – sengih. Dia mengetuk – ngetuk lembut bibir Jasmin. masih tiada respon. Iqram menggiggit bibirnya.

“Tidur ya.. Abang nak pergi dating dengan nurse cantik – cantik tu. Uiiii ramainya lambai – lambai kat abang” senyum Iqram. Serta merta Jasmin membuka kelopak matanya. Dia menggetap bibir. Geram pula dengan Iqram!

“Hei sayang.. nak pergi mana tu!!!” jerit Iqram sambil mengejar Jasmin yang sudah pun pegi meninggalkannya.

“Pergi mana – mana yang Min suka. Jangan nak sibuk” jeling jasmin. Iqram ketawa. Dia terus masuk ke dalam kereta.

“Ha.. pergilah dating dengan nurse – nurse tu” perli Jasmin.

“Hmmm.. tak mahulah. Nurse yang seorang tu matanya cemeng, yang seorang lagi hidungnya ada satu lubang saja dan yang lagi satu tu tak ada bulu mata..abang tak minat” beriya – iya Iqram bercerita.

“Habis tu?” soal Jasmin.

“Lagi bagus abang mengurat Min, matanya galak, bibirnya manis ala lollipop, hidungnya mancung... eh tak mancung sangat. Elok – elok sahaja. Tapi yang tak best nya... Min ni cemburu sangatlah pada abang. Sayang.. abang tahulah abang ni lelaki kacak lagi bergaya tapi hati ini hanya untukmu” sengih Iqram.

“Hahahahhahahahahahha” Jasmin berpura – pura ketawa.

“Oh.. buruk benar tawamu sayang! Macam kingkong tercekik sahaja bunyinya”

“Kingkong?..Tercekik?.. meh sini Min cekik” Jasmin memegang leher Iqram. Dengan ketawa yang meleret Iqram menarik tangan Jasmin.

“Nak buat macam mana.. dah jodoh kena kahwin dengan king kong” kata Iqram lagi.

“Abang ni melampau!” jerit Jasmin. dia menjeling dan berpeluk tubuh.

Iqram ketawa lagi. Sudah lama dia tidak mengusik Jasmin begini. Dia mengintai wajah Jasmin.

“Ala.. buat apa peluk tubuh sendiri... abang kan ada.. hmmm....hmmm” mengada – ngada betul bunyinya!. Jasmin ketawa.

“Dah macam kutu beras dah rupanya... gatal!” senyum Jasmin.

“Kutu beras pun kutu beraslah sayang, janji dengan Min” Iqram mencuit pipi Jasmin dengan  senyuman yang masih belum lekang.

                       
Mereka berdua mengambil Iqbal di rumah Puan Sri Zaleha. Kak Kasma menyanyi – nyanyi sambil menggigit telinga Iqbal dengan bibirnya. Iqram tersenyum.

“Amboi Kak.. habis telinga anak Iq nanti” gurau Iqram. Kak Kasma menjeling.

“Kau tahu tak, tadi aku bawa Iqbal pergi kat pintu pagar sebab nak beli roti. Bai roti tu kata Iqbal ni anak aku tau” Kak Kasma tersenyum bangga.

“Betul kak?” soal Jasmin. Kak Kasma mengangguk. Tan Sri Zainal mencebik. Perasanlah kamu tu Kasma!!!. Iqram duduk sambil mengambil Iqbal dari tangan kak Kasma.

“Tang mana yang sama tu?” soal Iqram.

“Semualah...” jawab Kak Kasma dengan selamba.

“Hish.. mana boleh, Iqbal punya kulit putih, Kak Kasma warna perang heheheh. Hidung Iqbal ala Perancis tapi hidung Kak Kasma ala Nigeria. Ha... ada satu yang sama!” Iqram mengangguk – angguk sambil memandang siling rumah.

“Apa?” soal Kak Kasma dengan wajah tidak puas hati.

“Hingus sama!” Iqram ketawa besar. Tan Sri Zainal ketawa sekuat hatinya.

“Kak.. buatkan teh” kata Iqram.

“Kau buat sendiri” jawab Kak Kasma dan terus angkat punggung dengan bebelan . dia ke dapur mendapatkan Jasmin.

“Kau buat teh kat laki kau tu. Menyampah aku” adu Kak Kasma.

“Kenapa pula?’ soal Jasmin.

“Dia kata aku macam Nigeria”

Berderai tawa Puan Sri Zaleha dan Jasmin yang sedang memotong kek pandan di dapur. Kak Kasma memandang mereka semua seperti kutu sahaja. Aku lenyek dengan botol baru korang semua tahu. Ini Kasmalah!!!!!...

“Iq makin sihat kan?. Tak sangka dia boleh sembuh dengan cepat” ujar Puan Sri Zaleha diiringi pandangan yang sayu. Masih tidak boleh dilupakan bagaimana keadaan Iqram yang kritikal  sewaktu kemalangan itu. Alhamdulillah.. kuasa Allah tiada siapa yang tahu...

“mama jangan risau, selagi Min ada Iq akan terjaga dengan baik. Anak dan cucu Mama itu akan Min berikan sepenuh kasih sayang sebagaimana Mama menyayangi mereka”. Jasmin emmeluk Puan Sri Zaleha yang sudah pun gugur air matanya.

“Esok Min akan pulang lewat sedikit. Iq tak mahu Min ambil dan hantarnya lagi. Katanya tak macho langsung” adu Jasmin. Kak Kasma mencebik.

“Eleh.. mengada – ngada lebih suami kamu tu” katanya selamba. Jasmin dan Puan Sri Zaleha berpandangan sesama sendiri dan ketawa lucu melihat muka Kak Kasma yang monyok dari tadi.


Jasmin membuka pintu butik. Keadaan butik di bawah pengurusan Yaya sangat memuaskan. Yaya lebih pandai memajukan perniagaan sekarang. Dia tidak malu – malu seperti dahulu lagi. Segala peluang yang datang direbutnya dengan cepat. Fabric chiffon yang baru tiba di susun kemas. Dia tersenyum melihat kakaknya yang sudah semakin baik kehidupannya. Dia lega Jasmin sudah boleh tersenyum dan ketawa.

“Ala.. tak bawa Iqbal ke?” rajuk yaya.

“Nak jumpa Iqbal datanglah rumah. Datang dengan ibu sekali” senyum Jasmin. Yaya ketawa dan tangannya masih ligat menyusun fabric di sudut hujung butik sebelum ianya digunting dan dijadikan baju.

Iqram merenung wajah Jasmin yang sedang lena. Rambut yang terjatuh itu di selak ke tepi. Iqram mengucup dahi jasmin dengan matanya yang tertutup. Dia membuka matanya.

“Abang terlalu cintakan sayang hingga abang sanggup berjuang demimu sayang. Selepas ini abang akan jaga syurga kita sebaiknya. Sayang akan jadi isteri paling bahagia kerana memiliki suami yang tertalu mencintaimu sayang” bisik Iqram. Tidak mahu Jasmin terjaga dari lenanya. Mata Putih terbuka perlahan – lahan. Dia merenung Iqram yang masih memandangnya. Jasmin menangis dan terus memeluk tubuh Iqram dengan esakan tangis bahagia.

“Kalau abang hanya berdiri sahaja tanpa melakukan apa – apa pun, Min tetap bahagia sayang...sangat bahagia” masih tidak mahu melepaskan pelukannya. Iqram senyum malah air matanya juga turut sama mengalir...

No comments:

Post a Comment