Monday, 11 February 2013

BAWANG PUTIH URBAN - bab 17




             BAB 17

Rindu?... memang ada. Ada sedikit kerinduan yang terkurung di hati Putih. Rindu pada siapa?. Pastinya Tengku Khairudin tetapi selagi hatinya tidak pasti selagi itulah dia tidak akan menyerahkan rasa cinta itu buat suaminya sendiri. Loma sudah tidak sanggup. Bukan sahaja Putih, malah Bibik Joey sekarang juga sudah naik kepala. Apabila Putih ada di rumah sahaja, Bibik Joey akan mengambil kesempatan itu untuk menonton sinetron sedangkan dia kena memasak di dapur. Miza tidak mahu membuat semua kerja itu jadi dengan penuh semangat dia terus mencari kerja dan terus pindah ke rumah bujang. Lagilah Loma mengamuk!. Nasib baik Tengku Khairudin berjanji akan memberi imbuhan yang setimpal di atas kerja kerasnya.

“Bibik Loma tolong buat air pada tanter Joey tu ya!. Dia tengah seronok tengok sinetron tu. Tentu dia haus” senyum Putih. Bercakap dengan suara yang lembut. Loma membulatkan matanya. Kalaulah rambutnya itu boleh terpacak, sudah lama ianya terpacak hingga ke bumbung.

“Lantak dialah!!. Siapa suruh tengok sinetron panjang berjela tu. Kau siap Joey!!!” Loma menggoyangkan jarinya. Bibik Joey hanya mencebik. Fulamak.... berlagak kau ya!.. Loma menggetap bibir. Sebaik sahaja Putih naik ke atas, Loma terus menarik telinga Bibik Joey.

“Amboi.. tuan rumah ya!” geram Loma.

“Bukan salah saya bu.. itukan Putih yang suruhin .. bukannya saya!” Bibik Joey menjawab.

“Kau pergi buat air Nescafe ais kat aku” arah loma. Bibik Joey bangun dan terus ke dapur. Dia tidak kisah dimarahi begitu kerana dalam sehari Loma akan mendengar cakapnya beberapa kali setiap kali Putih ada di rumah.

Putih duduk di pantry sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya. Sudah lama dia tidak makan nasi lemak mak Kiah yang berniaga di simpang berhampiran pejabat.  Jasnita duduk sambil memandangnya tanpa sepatah kata. Putih berhenti menyuap makanan.

“kalau aku goda Tengku kau marah?” soal Jasnita. Terserdak Putih mendengarnya.

“Laa.. kau yang nak goda tanya aku buat apa?. Kurang keyakinan dirilah tu” cebik Putih. Jasnita menggeleng kepala.

“Aku ingat bila dah accident tu otak kau makin baik tapi makin teruk dari dulu” sinis kata – kata Jasnita.

“Dulu aku teruk sangat ke?” soal Putih. Kata – kata Jasnita langsung tidak memberi kesan pada emosinya kerana Shey Imm awal – awal sudah memberitahunya tentang hubungan tidak baik di antara mereka berdua.

“Oklah.. aku nak buat kerja. Aku rasa dulu mungkin aku menyampah dengan kau tapi nampaknya sekarang bukan kata menyampah... jelak, jelik, nak muntah hijau semua ada hihihhi” sengih Putih. Jasnita berbulu mendengarnya. Nampaknya Putih masih degil seperti dahulu.. sentiasa fikir yang dia bagus!, fikir Jasnita.

Putih masuk ke dalam bilik tengku Khairudin untuk mencari pennya yang tertinggal semalam sewaktu dia bertengkar dengan Tengku Khairudin. Sebaik sahaja Tengku Khairudin keluar dari biliknya semalam, Putih dengan geram terus membaling pen itu entah ke mana. Dia tertonggeng – tonggeng mencarinya. Habis diselongkar bilik Tengku Khairudin hinggakan dia langsung tidak menyedari akan Tengku Khairudin yang melihat kelakuannya sedari tadi. Pen tidak dijumpainya. Putih mengeluh dan terus berdiri.

“Oh mak kau!” Putih terkejut.

Tengku Khairudin mengangkat kening sambil mendongakkan kepalanya sedikit.

“Nak goda aku pun, tak payah sampai tertonggeng – tonggeng begitu” perli Tengku Khairudin. Putih memegang punggungnya.

“Kau intai aku ya?” suara Putih mula meninggi.

Dah pulak..... mampus aku nak melayan!, Tengku Khairudin menggaru – garu kepalanya.

“Mana ada. Ini bilik akulah. Kau yang masuk kenapa?” suara Tengku Khairudin sedikit kendur.

“Cari pen aku” jawab Putih dan masih terintai sana sini.

“Alahai.. setakat pen lapan puluh sen tu, aku boleh belikan banyak lagi. Dah.. keluar! Kau sepatutnya tolong Jasnita pillih  tempat untuk trip syarikat kan?. Bukannya cari pen di bilik aku” bebel Tengku Khairudin. Putih melintasinya dan menjeling tajam. Cepat – cepat tangannya di tarik oleh Tengku khairudin. Dengan senyuman nakal, Tengku Khairudin menyentuh pipinya dengan jari jemarinya. Putih tergamam. Dirangkulnya pinggang Putih dengan senyuman yang Putih sendiri tidak tahu akan maknanya. Tengku Khairudin melepaskan rangkulannya semula. Putih masih di situ memandang Tengku Khairudin.

“Pergi buat kerja!” kata tengku Khairudin seolah – olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Telinga Putih merah. Dia menyinga.

“Apasal buat aku macam tu?” marah Putih. Tengku Kahirudin menyelak langsir tingkap dan hanya tersenyum memandang permandangan dari ketinggian empat belas tingkat bangunan.

“Pergi buat kerja sekarang” kata Tengku Khairudin lagi. Putih menghampirinya.

“Suka hati kau saja peluk anak dara orang macam tu.. huh!” jeling Putih dan dia keluar dengan dada yang masih berdegup kencang. Tengku Khairudin menoleh. Memandang pintu biliknya yang baru ditutup oleh Putih sebentar tadi.

“Iyalah tu.. Putih!” senyum Tengku Khairudin.

Putih tidak bersetuju dengan pilihan Jasnita. Pilihan Jasnita untuk ke Cameron Highland ditentang oleh Putih.

“Kau apasal?. Baguslah pergi tempat sejuk” jeling Jasnita yang duduk bersebelahan dengan Putih.

“Kenapa kau nak ke sana?. Honeymoon bolehlah sejuk – sejuk. Lagipun tak banyak aktiviti yang boleh buat kat tempat macam tu” Putih memberikan pendapatnya.

“banyak apa!. Kau mana tahu” kata Jasnita.

“Ya lah.. pertandingan siapa petik teh paling banyak atau..hmm.. ha! Siapa makan strawberry lagi banyak?” kata Putih pula.

“Aku bencilah bekerjasama dengan kau” rungut Jasnita. Dia melepaskan jari – jemarinya dari dada keyboard.

“Hek eleh... ingat aku seronok ke bekerjasama dengan kau?. Ni... hidung aku ni menangis – nangis tunggu masa nak berdarah. Biji mata aku ni ha.. dah nak terkeluar dah..” Putih membeliakkan matanya yang sedia galak itu.

“Tak senonoh kau ni!” geram Jasnita.

“Habis tu kau senonoh lah. Kau ingat aku tak nampak kau korek hidung kat belakang tadi lepas tu kau kesat dekat meja Eddy.” Balas Putih. Terbeliak mata Eddy mendengarnya.

“EEewwwwwww.... gelinya aku! Tak senonoh punya spesis!.. geli!!!” Eddy mengesat mejanya dnegan tisu basah. Satu pejabat ketawa. Jasnita terus keluar!. Shey Imm ketawa sampai sakit perutnya.


                                       ***********************

Putih keluar dari kereta Maya dan mahu mendapatkan Shey Imm yang sedang menunggunya di seberang jalan. Sampai - sampai sahaja dia di tepi jalan, beg tangannya di ragut. Putih mengejar peragut itu tetapi nasibnya baik, Tengku Khairudin sudah pun berlari mendapatkan peragut itu. Apalagi, terus muka peragut itu ditumbuk dengan kuat oleh Tengku Khairudin.

“Cam baik – baik. Itu isteri aku!   Kalau kau dekati dia lagi.. lebih teruk dari ini aku kerjakan kau” bisik Tengku Khairudin. Peragut itu meronta dan akhirnya melepaskan diri. Putih yang memerhatikannya dari jauh agak kagum dengan ketangkasan Tengku Khairudin. Tiba – tiba debu habuk di jalan itu berubah menjadi taburan kelopak mawar, bau kari ikan kedai mamak di situ berubah menjadi haruman ambi pure, jalan tar berwarna hitam itu juga berubah menjadi rumput karpet pada pandangan akal Putih. Tengku Khairudin berlari mendapatkannya.

“Ni.. ambil ni!. Lain kali jangan lalai sangat” kata Tengku Kahirudin sambil menepuk – nepuk habuk yang ada pada beg tangan Putih. Bunyi hon dan enjin kereta bertukar menjadi alunan irama cinta kegemaran Putih. Matanya bersinar memandang tengku khairudin.

“Putih.. Putih!” Shey Imm menggoncangkan bahu Putih. Dia mula tersedar. Wajah Tengku Khairudin di renung dengan senyuman manis. Dia mendekati Tengku Khairudin. Dengan nada suara yang menggoda, dia memulakan bicara.

“Terima kasih wahai lelaki hebat..” Putih mengenyit mata. Tengku Khairuidin mula berasa pelik. Dia mengambil keputusan untuk terus naik ke pejbat. Sampai sahaja di hadapan lif, Tengku Khairudin ketawa. Kau masih gila...sayang!.


                                              *****************

 Sewaktu Tengku Khairudin keluar mendapatkan Shah, eksekutif akaun syarikat, Putih yang sedang menaip dokumen itu serta merta berhenti dari melakukan tugasnya. Dia menongkat dagu. Pandangannya terus ke arah Tengku Khairudin. Dengan gaya dan sifat kepimpinan Tengku Khairudin itu, hati Putih mula berbunga – bunga. Eddy mencuit bahu Shey Imm. Mereka seronok pula memerhatikan renungan Putih pada tengku Khairudin. Shey Imm tersengih – sengih.

“Dia macam tengah nak memiliki seseorang yang dia dah pun miliki. Macam membazir masa bukan?” kata Nia. Turut sama berdiri di sebelah Eddy.

“Dia  tak rugi pun Nia... dia untung. Begitu juga dengan bos. Dahulu.. mereka bercinta selepas kahwin dan kali ini seolah – olah bercinta sebelum kahwin kan?” Eddy memandang Shey Imm yang awal – awal lagi sudah mengangguk.

Tengku Khairudin beredar selepas habis perbincangan. Dalam pada itu, dia sempat juga mencuri pandang Putih yang sedang memejam matanya sambil menongkat dagu. Ada senyuman di bibir nya.  Tengku Khairudin ketawa kecil.

“Kau angau ya?” Eddy menepuk meja. Terperanjat besar Putih waktu itu. Dia mengurut – ngurut dadanya.

“Kau boleh simpan rahsia?” soal Putih. Eddy mengangguk,

“Kan bagus kalau aku dapat memiliki seseorang tu”

“Siapa?” soal Eddy.

“Adalah... tapi aku takut dia tak mahu” sengih Putih. Eddy menepuk dahinya. Itulah.. kalaulah Putih percaya akan semua gambar dan surat nikahnya bukankah senang!. Ini sanggup dia menuduh Tengku Khairudin itu mafia besar hingga dapat berkomplot mengenai sijil nikah palsu mereka.

“Aku tak faham. Mula - ,mula bos nak kau, lepas tu kau tak nak. Sekarang bos tak layan kau pula angau! Pening tahu tak!!!” marah Eddy.

“Eh.. mana kau tahu orang tu TK?” soal Putih. Eddy seperti mahu pengsan. Lebih baik dia tinggalkan Putih yang sedang dilamun cinta ..


Tengku Khairudin memandang Putih di hadapannya yang sedang menyemak dokumen. Aku makin tak faham sayang.. kau tak percaya tapi  entahlah.....

“Apa geleng – geleng?” soal Putih.

“tak ada apa” jawab Tengku Khairudin. Dia senyum. Putih memandangnya dengan senyuman yang tidak lekang – lekang.

“Kau ni kenapa sebenarnya?. Dulu marah gila dengan aku tapi sekarang macam nak baik pula dengan aku. ‘lelaki terhebat’ konon” jeling Tengku khairudin. Putih tidak mendengarnya. Yang dia rasakan suasana pejabat itu menjadi taman yang indah. Ada jambatan di tengah – tengah kolam itu. Dia dan Tengku Khairudin seolah – olah sedang berbicara tentang cinta di atas jambatan itu.

“Aku suka..” kata Putih. Tengku Khairudin memandang Putih yang masih memandangnya tetapi Tengku Khairudin perasan akan satu perkara.... jiwa dan fikiran  Putih tidak bersamanya... menerawang entah ke mana. Tengku Khairuidin menepuk mejanya dengan kuat. Putih terperanjat.

“Kau ni.. terkejut aku!” marah Putih. Perasaan cinta tadi bertukar menjadi marah.

“Kau dengar apa yang aku kata?” soal Tengku Khairudin.

“Yalah.. kau kata suka tak jambatan yang kau bina untuk aku?. Aku kata suka. Itu pun nak marah” Putih bengang. Dia menyusun dokumen dengan cepat dan kakinya melangkah keluar. 

“Suka – suka dia saja...” rungut Tengku Khairudin.

“Aku? Jambatan? Suka?.. Ya Allah kau lapangkanlah otak aku yang semakin berserabut ni” Tengku Khairudin memicit – micit dahinya. Dulu, kini dan mungkin selamanya dia akan pening begini.

No comments:

Post a Comment