BAB 2
Kecoh kedua – dua belah pihak
apabila kisah Azan yang telah pun berkahwin di luar negara itu telah diketahui
ibu bapa masing – masing. Hajah Zakiah hampir pengsan mendengarnya. Haji Saleh
asyik meraup wajahnya berkali – kali. Dia merenung Azan yang hanya buat muka
bodoh.
“Kahwin saja ayah, tapi tak
sentuh pun” kata Azan.
“Tengkorak kamu!. Kamu ingat
kahwin ni main – main?. Keluarga Si Hani dah putuskan sahaja pertunangan ni”
gertak Haji Saleh. Bukannya betul pun. Pak Kassim dan Mak Husna hanya mampu
berserah. Terpulang pada Hani mahu meneruskan pertunangan ini atau pun tidak.
“Kamu ni masih suka pada Hani
atau pun tidak?,aku panggil kamu pulang ke kampung dengan hani tu pun sebab nak
kepastian. Malu betul aku dengan perangai kamu ni. Nama sikit punya baik, tapi
otak letak kat mana?. Dekat kuku kaki?” jerkah hajah Zakiah. Berkerut – kerut dahi
Azan mendengar leteran orang tuanya. Ubi rebus dan sambal ikan bilis di
hadapannya itu dipandang kosong. Potong selera betul!!.
Kereta Pak Kassim sudah pun
memasuki laman rumah Haji Saleh. Mata Azan membulat.
“Hai.. siap bawa bala tentera
nampaknya, ayah?” soal Azan. Dia cepat – cepat berdiri. Ingin masuk ke dalam
bilik. Hajah Zakiah yang menyedarinya cepat – cepat menghalang Azan dari masuk
ke dalam biliknya.
“Aduh... apa ni mak?” Azan
menggaru – garu kepalanya. Hani naik dan bersalaman dengan Hajah Zakiah. Mahu pengsan
Azan lihat ketajaman jelingan tunangnya itu.
“Nak lari??” soal Hani dengan
agak kasar.
“Mana ada?. Nak sembahyang Isyak”dalih
Azan.
“Berapa kali dalam sehari kamu
nak sembahyang Isyak?” soal hajah Zakiah pula.
“Sunat mak”
“Cakap banyak!. Meh aku sunat
kamu tu lagi sekali. Biar betul sikit otak tu!” bebel Haja Zakiah. Azan terus
melangkah mendapatkan Pak kassim.
“Abah dah makan?” sengih Azan.
“Hmmm” jeling Pak Kassim. Ishh..
sama macam anak dia. Juling baru tahu!. Azan duduk di hadapan muka pintu.
“Aku bukan apa Abang Haji, aku
rasa tertipu dengan Azan ni. Berani buat anak tunggal aku begini. Hani ni
tunggulah dia macam orang gila kat sini” rungut Pak Kassim.
“Aku tak tahulah. Ikut kamulah
tapi aku minta walau apapun yang berlaku, persahabatan kita tetap diteruskan. Sayang
kita dah berkawan berpuluh tahun” sayu sahaja bunyinya. Haji Saleh menggaru
kepalanya lagi.
“Hani macam mana?” soal Mak
Husna.
“Hani tak nak lagi” jawab Hani.
Azan menoleh. Matanya membulat. Tidak sangka hani akan berkata begitu. Azan
berdiri.
“Eh Hani.... kau ingat kau boleh
dapat lelaki lagi baik ke dengan panas baran dan merajuk kau yang kuat macam
gam gajah tu?” soal Azan.
Hani berdiri pula. Dia menggeleng
kepala.
“Kau nak aku buat apa?. Terima saja?”
soal Hani.
“Menyesal aku tak sentuh bekas
bini aku tu. Kau buat aku rugi tau tak?. Kalaulah aku tahu kau nak putuskan
pertunangan ni memang aku tak lepaskan dia” geram Azan walaupun hatinya
langsung tidak berniat begitu. Sengaja mahu memetik suis kemarahan di hati
Hani.
“Astaghfirullah!!!” mengucap Pak
Kassim dan haji Salleh.
“Kamu berdua ni ingat tak kamu
berdua cakap depan siapa ni?” soal Haji Saleh.
Azan menarik tangan Hani turun ke
bawah. Mereka berdua berdiri di belakang kerata Pak Kassim. Hani memang
menyampah mahu memandang wajah Azan yang terlalu lama dirinduinya itu.
“Kau tak cintakan aku lagi?” soal
Azan.
Hani tidak mahu menjawab. Belajar
sikit punya jauh tapi bodoh pula bertanya soalan seperti itu. Kalau aku tak
cintakan kau, takkanlah aku tunggu sampai lama begini?... Hani hanya
menjawabnya di dalam hati.
“Jawablah” desak Azan.
“Sudah, aku nak balik” itu sahaja
yang keluar dari mulut Hani. Azan mengeluh. Dia terus menggenggam tangan Hani. Dia
perlu beralah ketika ini. Hani memejam matanya.
“Siapa suruh kau pegang tangan
aku?” soal Hani setelah agak lama membiarkan tangannya digenggam oleh Azan.
Azan sengih. Oh.. dah lama aku
pegang baru nak cakap begitu huh!
Pak Kassim dan Haji Saleh
mengintai dari tingkap yang terbuka luas.
“Aku rasa baik jangan diputuskan
dulu, Kassim” kata Haji Saleh.
“Itu aku tahulah, tapi yang anak
kau pegang anak aku tu apahal pula, Haji?” jeling Pak Kassim. Haji Salleh
sengih.
“Alah.. yang kamu dulu naik
basikla berdua dengan Husna pergi tengok konsert Jeffrydin tu boleh pula?” soal
Haji Saleh.
“Ya Allah..kamu tu dah haji. Tak molek
betul cakap begitu” Pak Kassim menggeleng kepala. Haji Saleh ketawa besar.
Azan masih tidak mahu melepaskan
tangan Hani.
“Lepaslah.. kau faham tak?” geram
betul Hani pada waktu itu. Azan ketawa kecil. Dia melepaskan tangan Hani dan
terus memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.
“Aku nak balik” bentak hani.
“Sayang....” panggil Azan. Hani
terdiam. Alamak aih.. sejak bila pula pandai bersayang – sayang dengan aku ni?.
Aku ni pula dah kenapa?. Macam nak terbang ,melayanglah pula...
“Sayang...” panggil Azan lagi.
“nak apa?” soal Hani. Dia menggaru
– garu pipi kirinya. Azan gelak.
“Sukalah tu!” Azan kenyit mata. Macam
nak terjatuh ke belakang bila Azan kata begitu. Dia ingat aku ni gatal
sangat!!!!.. benci pula Hani bila Azan mengusiknya begitu.
“Aku nak batalkan juga
pertunangan kita” Hani memberi keputusannya. Azan menarik nafas dalam – dalam.
“Kau ni dari kecil sampai besar,
ikut cakap kau saja!!!” marah Azan.
“Nak marah ni kenapa?. Orang dah
tak nak dia sudah lah”
“Kau nak aku tapi kau ego” bidas
Azan.
“Amboi mak aih,.... sesedap rasa
kau cakap aku ego. Kau tu yang ego tau tak!. Buat keputusan langsung tak
bincang dengan orang” balas Hani.
“Ooohhh.. bincang?. Kalau aku
bagitahu kau yang aku nak kahwin tapi aku tak sentuh perempuan tu.. kau bagi?”
soalan Azan itu membuatkan Hani terdiam.
“kalau aku beritahu kau yang aku
akan berkahwin dengan Pak Hussin bomoh tu tapi aku tak buat apa – apa, kau
bagi?” soal hani pula.
“Tak!!!” jawab Azan.
“kenapa pula?” soal Hani lagi.
“Sebab dia bomoh. Kalau dia
mandrem kau mesti kau pun dengar cakap dia.. silap – silap kau tu yang gatal”
“Kurang asam punya budak!!!!. Kau
ingat aku ni macam kau?. Nikah kahwin buat main?”
“Aku tak mainlah.. aku tak sentuh
pun dia” jawab Azan.
Hani terkedu. Apa punya budak le
dia ni... aku cakap lain, dia cakap lain. Memang kena kejutan budaya betul
belajar kat sana. Nasib baik aku tak belajar kat sana, kalau tidak aku pun naik
biul macam dia... mata Hani kecil besar kecil besar.
“Lantaklah... aku masih cintakan
kau tapi kalau kau tak mahu aku, lantak kaulah tapi kalau aku naik pelamin
dulu.. kau jangan meraung!!” sindir Azan.
“Eh..eh.... kalau aku kahwin
dulu, aku pasti punya kau mesti tergolek dari sini sampai hujung kampung. Merana
tak dapat aku” balas Hani. Dadanya berombak menahan marah.
“Hahahahahha.... kita tengok!”
kata Azan.
“Fine..” Hani naik terus ke atas
rumah. Selepas bersalaman dengan ibubapa Azan dia terus mengajak ibu bapanya
pulang ke rumah.
“Apa keputusannya ni?” soal Mak
Husna.
“Tengok siapa kahwin dulu!” jawab
mereka serentak.
“Apa!!!!.” Menjerit kesemua orang
tua yang sedang berdiri menghadap mereka.
“Aku tanya jadi atau tidak bukan
siapa kahwin dulu” Haji Saleh garu kepala lagi.
“Naik botak kepala ayah kau ni
Azan” Hajah Zakiah terduduk.
“Ehh.. jangan lupa ambik aku
esok. Aku nak balik KL naik apa nanti?” jerit Azan. Hani yang baru saja membuka
pintu kereta memandang Azan yang sedang berdiri di atas tangga.
“Tunggu saja pukul 9 pagi. Aku ambil.
Tapi kau bayar duit minyak” jerit Hani.
“Kedekut!!” jawab Azan.
Hajah Zakiah menutup pintu rumah
mereka. Dia tersenyum memandang Haji Saleh yang memicit – micit kepalanya. Bukannya
pening tapi tak faham dengan sikap anaknya itu. Hani pun dua kali lima...
suka3x...memang tunggang terbalik si Azan & Hani...tq kak Iza...
ReplyDeletehikhikhik..
Deleteterima kasih banyak ya Ina :)
k, akak tinggal hutang SCDS jer ngan ina :)
<3 u!
best betul.. nak tahu kisah selanjutnya pula.. hehe.
ReplyDeleteterima kasih banyak ya adik izzatul :)
Deletealhamdulillah.. adik suka .. akak hepi :)
wokey.. nanti bila2 akak masukkan n3 baru KTCT :)
<3 u !
Kelakar la mereka berdua.
ReplyDeleteterima kasih banyak ya Baby Mio...
Deletenanti jangan lupa baca n3 seterusnya ya dik :)
<3 u!!