Sunday, 24 February 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK - BAB 2








BAB 2

Kecoh kedua – dua belah pihak apabila kisah Azan yang telah pun berkahwin di luar negara itu telah diketahui ibu bapa masing – masing. Hajah Zakiah hampir pengsan mendengarnya. Haji Saleh asyik meraup wajahnya berkali – kali. Dia merenung Azan yang hanya buat muka bodoh.

“Kahwin saja ayah, tapi tak sentuh pun” kata Azan.

“Tengkorak kamu!. Kamu ingat kahwin ni main – main?. Keluarga Si Hani dah putuskan sahaja pertunangan ni” gertak Haji Saleh. Bukannya betul pun. Pak Kassim dan Mak Husna hanya mampu berserah. Terpulang pada Hani mahu meneruskan pertunangan ini atau pun tidak.

“Kamu ni masih suka pada Hani atau pun tidak?,aku panggil kamu pulang ke kampung dengan hani tu pun sebab nak kepastian. Malu betul aku dengan perangai kamu ni. Nama sikit punya baik, tapi otak letak kat mana?. Dekat kuku kaki?” jerkah hajah Zakiah. Berkerut – kerut dahi Azan mendengar leteran orang tuanya. Ubi rebus dan sambal ikan bilis di hadapannya itu dipandang kosong. Potong selera betul!!.

Kereta Pak Kassim sudah pun memasuki laman rumah Haji Saleh. Mata Azan membulat.

“Hai.. siap bawa bala tentera nampaknya, ayah?” soal Azan. Dia cepat – cepat berdiri. Ingin masuk ke dalam bilik. Hajah Zakiah yang menyedarinya cepat – cepat menghalang Azan dari masuk ke dalam biliknya.

“Aduh... apa ni mak?” Azan menggaru – garu kepalanya. Hani naik dan bersalaman dengan Hajah Zakiah. Mahu pengsan Azan lihat ketajaman jelingan tunangnya itu.

“Nak lari??” soal Hani dengan agak kasar.

“Mana ada?. Nak sembahyang Isyak”dalih Azan.
“Berapa kali dalam sehari kamu nak sembahyang Isyak?” soal hajah Zakiah pula.

“Sunat mak”

“Cakap banyak!. Meh aku sunat kamu tu lagi sekali. Biar betul sikit otak tu!” bebel Haja Zakiah. Azan terus melangkah mendapatkan Pak kassim.

“Abah dah makan?” sengih Azan.

“Hmmm” jeling Pak Kassim. Ishh.. sama macam anak dia. Juling baru tahu!. Azan duduk di hadapan muka pintu.

“Aku bukan apa Abang Haji, aku rasa tertipu dengan Azan ni. Berani buat anak tunggal aku begini. Hani ni tunggulah dia macam orang gila kat sini” rungut Pak Kassim.

“Aku tak tahulah. Ikut kamulah tapi aku minta walau apapun yang berlaku, persahabatan kita tetap diteruskan. Sayang kita dah berkawan berpuluh tahun” sayu sahaja bunyinya. Haji Saleh menggaru kepalanya lagi.

“Hani macam mana?” soal Mak Husna.

“Hani tak nak lagi” jawab Hani. Azan menoleh. Matanya membulat. Tidak sangka hani akan berkata begitu. Azan berdiri.

“Eh Hani.... kau ingat kau boleh dapat lelaki lagi baik ke dengan panas baran dan merajuk kau yang kuat macam gam gajah tu?” soal Azan.

Hani berdiri pula. Dia menggeleng kepala.

“Kau nak aku buat apa?. Terima saja?” soal Hani.

“Menyesal aku tak sentuh bekas bini aku tu. Kau buat aku rugi tau tak?. Kalaulah aku tahu kau nak putuskan pertunangan ni memang aku tak lepaskan dia” geram Azan walaupun hatinya langsung tidak berniat begitu. Sengaja mahu memetik suis kemarahan di hati Hani.

“Astaghfirullah!!!” mengucap Pak Kassim dan haji Salleh.

“Kamu berdua ni ingat tak kamu berdua cakap depan siapa ni?” soal Haji Saleh.

Azan menarik tangan Hani turun ke bawah. Mereka berdua berdiri di belakang kerata Pak Kassim. Hani memang menyampah mahu memandang wajah Azan yang terlalu lama dirinduinya itu.

“Kau tak cintakan aku lagi?” soal Azan.

Hani tidak mahu menjawab. Belajar sikit punya jauh tapi bodoh pula bertanya soalan seperti itu. Kalau aku tak cintakan kau, takkanlah aku tunggu sampai lama begini?... Hani hanya menjawabnya di dalam hati.

“Jawablah” desak Azan.

“Sudah, aku nak balik” itu sahaja yang keluar dari mulut Hani. Azan mengeluh. Dia terus menggenggam tangan Hani. Dia perlu beralah ketika ini. Hani memejam matanya.

“Siapa suruh kau pegang tangan aku?” soal Hani setelah agak lama membiarkan tangannya digenggam oleh Azan.

Azan sengih. Oh.. dah lama aku pegang baru nak cakap begitu huh!

Pak Kassim dan Haji Saleh mengintai dari tingkap yang terbuka luas.

“Aku rasa baik jangan diputuskan dulu, Kassim” kata Haji Saleh.

“Itu aku tahulah, tapi yang anak kau pegang anak aku tu apahal pula, Haji?” jeling Pak Kassim. Haji Salleh sengih.

“Alah.. yang kamu dulu naik basikla berdua dengan Husna pergi tengok konsert Jeffrydin tu boleh pula?” soal Haji Saleh.

“Ya Allah..kamu tu dah haji. Tak molek betul cakap begitu” Pak Kassim menggeleng kepala. Haji Saleh ketawa besar.

Azan masih tidak mahu melepaskan tangan Hani.

“Lepaslah.. kau faham tak?” geram betul Hani pada waktu itu. Azan ketawa kecil. Dia melepaskan tangan Hani dan terus memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar.

“Aku nak balik” bentak hani.

“Sayang....” panggil Azan. Hani terdiam. Alamak aih.. sejak bila pula pandai bersayang – sayang dengan aku ni?. Aku ni pula dah kenapa?. Macam nak terbang ,melayanglah pula...

“Sayang...” panggil Azan lagi.

“nak apa?” soal Hani. Dia menggaru – garu pipi kirinya. Azan gelak.

“Sukalah tu!” Azan kenyit mata. Macam nak terjatuh ke belakang bila Azan kata begitu. Dia ingat aku ni gatal sangat!!!!.. benci pula Hani bila Azan mengusiknya begitu.

“Aku nak batalkan juga pertunangan kita” Hani memberi keputusannya. Azan menarik nafas dalam – dalam.

“Kau ni dari kecil sampai besar, ikut cakap kau saja!!!” marah Azan.

“Nak marah ni kenapa?. Orang dah tak nak dia sudah lah”

“Kau nak aku tapi kau ego” bidas Azan.

“Amboi mak aih,.... sesedap rasa kau cakap aku ego. Kau tu yang ego tau tak!. Buat keputusan langsung tak bincang dengan orang” balas Hani.

“Ooohhh.. bincang?. Kalau aku bagitahu kau yang aku nak kahwin tapi aku tak sentuh perempuan tu.. kau bagi?” soalan Azan itu membuatkan Hani terdiam.

“kalau aku beritahu kau yang aku akan berkahwin dengan Pak Hussin bomoh tu tapi aku tak buat apa – apa, kau bagi?” soal hani pula.

“Tak!!!” jawab Azan.

“kenapa pula?” soal Hani lagi.

“Sebab dia bomoh. Kalau dia mandrem kau mesti kau pun dengar cakap dia.. silap – silap kau tu yang gatal”

“Kurang asam punya budak!!!!. Kau ingat aku ni macam kau?. Nikah kahwin buat main?”

“Aku tak mainlah.. aku tak sentuh pun dia” jawab Azan.

Hani terkedu. Apa punya budak le dia ni... aku cakap lain, dia cakap lain. Memang kena kejutan budaya betul belajar kat sana. Nasib baik aku tak belajar kat sana, kalau tidak aku pun naik biul macam dia... mata Hani kecil besar kecil besar.

“Lantaklah... aku masih cintakan kau tapi kalau kau tak mahu aku, lantak kaulah tapi kalau aku naik pelamin dulu.. kau jangan meraung!!” sindir Azan.

“Eh..eh.... kalau aku kahwin dulu, aku pasti punya kau mesti tergolek dari sini sampai hujung kampung. Merana tak dapat aku” balas Hani. Dadanya berombak menahan marah.

“Hahahahahha.... kita tengok!” kata Azan.

“Fine..” Hani naik terus ke atas rumah. Selepas bersalaman dengan ibubapa Azan dia terus mengajak ibu bapanya pulang ke rumah.

“Apa keputusannya ni?” soal Mak Husna.

“Tengok siapa kahwin dulu!” jawab mereka serentak.

“Apa!!!!.” Menjerit kesemua orang tua yang sedang berdiri menghadap mereka.

“Aku tanya jadi atau tidak bukan siapa kahwin dulu” Haji Saleh garu kepala lagi.

“Naik botak kepala ayah kau ni Azan” Hajah Zakiah terduduk.

“Ehh.. jangan lupa ambik aku esok. Aku nak balik KL naik apa nanti?” jerit Azan. Hani yang baru saja membuka pintu kereta memandang Azan yang sedang berdiri di atas tangga.

“Tunggu saja pukul 9 pagi. Aku ambil. Tapi kau bayar duit minyak” jerit Hani.

“Kedekut!!” jawab Azan.

Hajah Zakiah menutup pintu rumah mereka. Dia tersenyum memandang Haji Saleh yang memicit – micit kepalanya. Bukannya pening tapi tak faham dengan sikap anaknya itu. Hani pun dua kali lima...

6 comments:

  1. suka3x...memang tunggang terbalik si Azan & Hani...tq kak Iza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhik..
      terima kasih banyak ya Ina :)
      k, akak tinggal hutang SCDS jer ngan ina :)
      <3 u!

      Delete
  2. best betul.. nak tahu kisah selanjutnya pula.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ya adik izzatul :)
      alhamdulillah.. adik suka .. akak hepi :)
      wokey.. nanti bila2 akak masukkan n3 baru KTCT :)
      <3 u !

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih banyak ya Baby Mio...
      nanti jangan lupa baca n3 seterusnya ya dik :)
      <3 u!!

      Delete