Sunday, 17 February 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK - prolog, bab1


Prolog

Hani dan Azan telah bertunang sebelum Azan terbang ke luar negara untuk menyambung pelajarannya di sana. Hani yang tidak berminat untuk belajar  luar dari Malaysia terpaksa menunggu Azan selama lima tahun untuk mereka mendirikan istana bahagia yang diidamkan selama ini. perkenalan dari bangku sekolah itu telah membawa mereka terus mengenali erti cinta walaupun tiada istilah romantik dalam kamus mereka berdua. Tiada sekuntum bunga pun yang pernah Hani terima sebagai tanda cinta sebaliknya hanyalah tosei dan roti canai. Bukannya Azan tidak mampu. Setakat harga bunga yang kurang daripada RM5 itu apalah sangat pada Azan. Hani tidak boleh menyalahkan Azan seratus peratus kerana dia juga begitu.... pada hari lahir Azan, Hani hanya menghadiahkan Azan lima keping roti canai dan tosei dan makan bersama – sama di belakang bangunan pusat membeli belah. Tiada bunga, tiada romantik, tiada kata – kata indah dan tiada pegang – pegang...  Azan akan jalan dahulu dan kadangkala Hani pun begitu. Bila  Hani mula merajuk, Azan tidak akan memujuk sebaliknya terus pulang ke rumah meninggalkan Hani yang terlompat – lompat menahan geram..

Kasihan Hani?... baca dulu...

Azan pula bila kecil hati, tiada senyuman atau pujukan manja dari Hani yang ada hanyalah kesakitan akibat dilepuk oleh Hani kerana menurutnya Azan mula mahu mengada – ngada. Bertahan?... itu yang peliknya, masih bertahan walaupun sering sakit hati dan geram. Masa sekolah dahulu kalau Azan sakit hati dengan Hani, tayar basikal Hani jadi mangsa dan kalau Hani sakit hati dengan Azan, tayar motor Azan jadi mangsa. Kalau dua – dua tengah sakit hati... dua – dua pulang jalan kaki!

Selepas lima tahun....


                                               

                                                      BAB 1

Hani menunggu Azan di dalam bangunan lapangan terbang yang agak sesak dengan penumpang yang pergi dan pulang. Jarinya di laga – lagakan. Sesekali matanya meliar memerhati suasana sekeliling. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Azan di situ. Kekasih hati yang membawa diri untuk menimba ilmu di perantauan. Pulangnya kini untuk menjadi seorang pakar psikologi. Kenapa pakar psikologi?... kerana menurut Azan, sikap Hani itu sudah cukup membuatkan dia terpaksa belajar bertahun – tahun hanya untuk bersedia menempuh alam rumahtangga bersamanya. Alasan!... sebenarnya tidak mahu kahwin cepat. Puas Hani memujuknya agar berkahwin dahulu sebelum terbang ke Australia tetapi Azan sudah menolaknya awal – awal. Katanya kalau pergi berdua ke sana, belajar akan bertukar menjadi honeymoon dan apabila Hani ada bersamanya, tentu buku akan ditolak ke tepi. Yang dia mahu lihat hanya muka Hani yang comel itu. Tidak gembira langsung Hani mendengar akan alasan cekedis begitu....

Pengumuman ketibaan pesawat yang dinaiki Azan membuatkan bibir Hani mengukir senyum. dari jauh lagi sudah kelihatan senyuman Azan yang masih manis seperti dahulu Cuma kulitnya semakin cerah sekarang. Azan menghampiri Hani yang masih tersengih – sengih.

“Tetap kerang busuk macam dulu” awal – awal lagi sudah mengusik Hani.

“Tetap Mr Bean macam dulu” balas Hani. Gelak besar Azan mendengarnya.

“Jom.. aku belanja makan” ajak Azan.

“Eh.. mana boleh. Kau belum azan kat surau sana lagi. Awak kan ‘Azan’” senyum Hani.

“Eh.. dah azan dah.. tulah, tunggu buah hati sampai tak sedar asar dah lepas” balas Azan. Hani hanya mampu ketawa. Dia merenung Azan yang jalan terlebih dahulu daripadanya.

“Gila!” kata Hani.

“Aku dengar!!!!” jerit Azan dari depan. Hani terdiam. Cepat – cepat Hani berlari agar dapat berjalan seiringan dengan Azan.

“Saya bukan belajar ilmu psikologi sahaja tau, ilmu spiderman pun saya dah khatam. Setakat kata hati awak yang sering mengutuk saya tu.. huh! Apalah sangat!” jeling Azan.

“Ok... awak menang Encik Azan oiiii” malas mahu melayan kata – kata Azan lagi.

Hani membawa Azan makan di gerai mamak atas permintaannya. Tosei di makan dengan berselera sekali. Macam lebih rindukan tosei daripada Hani. Terkebil – kebil Hani memandangnya. Azan yang perasankan renungan Hani itu berhenti menyuap.

“Wahai perempuanku... kenapa merenungku sebegitu rupa?. Aku tahu kau rindu tapi kawal perasaan tu sikit” tegur Azan

“What??!!!” suara Hani hampir menjerit. Terkejut Azan hinggakan  cebisan tosei ditangannya terlepas.

“Ingat aku ni kemaruk rindu sangat kat kau ke?” bisik Hani dengan mata yang tajam. Azan ketawa.

“Kau lupa aku ambil kursus apa di sana?. Mata kau yang bercahaya itu pun aku boleh tahu aku ni sangat di rindui” kata Azan. Hani terdiam.

“Tapi aku dah kahwinlah!” kata Azan lagi. Kali ini jantung Hani bagai terhempas ke lantai dan mamak restoran itu pula memijaknya – mijaknya bersama roti canai di tangan.

“Kau jangan main – main” muka Hani merah padam.

“Tak pernah aku main – main bukan?” soal Azan. Dia bangun untuk mencuci tangan. Dah kahwin?. Yang aku tunggu bagai nak gila di Malaysia ni bagaimana pula?. Dia ingat sekejap ke lima tahun tu?.. kalau dah kahwin sekarang ni, aku tengah ajar anak aku buat kerja sekolah dah tau!....

Hani memicit – micit kepalanya.

Azan duduk semula sambil tersenyum – senyum memandang Hani. Naik geram pula Hani melihatnya.

“Memang aku kahwin tapi tak buat apa pun. Sebab nak tolong adik member aku kat sana”

“Wei.. kau ingat nikah kahwin ni macam main polis entry ke?. Sesuka hati sahaja nak kahwin dengan sesiapa. Pernah tak kau fikir pasal aku?” bentak Hani.

“La.. pasal aku  fikirlah aku tak sentuh” sengih Azan. Tiba – tiba seorang wanita datang menghampiri mereka berdua.

“Beb... dari tadi Ayu panggil tapi kenapa tak dengar?. Jenuh Ayu ikut sampai sini” kata wanita yang hampir sebaya dengan mereka.

“Siapa nama bini kau?” soal Hani.

“Ayu” jawab Azan.

“Dia ni?” soal Hani dan terus bangun. Azan mengangguk.

Hani terus memandang perut Ayu yang membuncit. Dia menoleh ke arah Azan. Dia memandang semula perut Ayu yang agak besar. Dia memandang Azan sekali lagi.

“Kau kata tak sentuh.. habis yang buncit macam ni apa?” soal Hani.

“Hish... menyesal aku tunggu kau selama lima tahun!. Kalau boleh cekik kau tu, dah lama aku cekik biar terjelir lidah kau tu” Hani mengambil beg tangannya dan terus pergi dari situ. Ayu dan Azan berpandangan sesama sendiri.

“Tak nak kejar ke?” soal Ayu.  

“Kejap lagi dia patah balik. Kunci kereta dia pada aku” senyum Azan dan kemudiaannya menyedut teh ais yang hanya tinggal separuh. Tidak sampai dua minit Hani datang semula.

“Bukan dia yang buncitkan. Suami saya yang buncitkan. Dia tak pernah sentuh saya” cepat – cepat Ayu menjelaskannya kepada Hani. Kepala Hani sudah pening. Macam nak pitam pun ada.

“Korang buat main sahaja hukum Allah ni ya?” Hani memandang Azan.

“Padanlah orang cakap yang pakar psikologi ni pun sebenarnya sama gila!!!” geram Hani.

“Errr... aku tak ambil pun psikologi. Aku ambil engineering. Aku kelentong saja dulu” sengih Azan.

“Kau ni memang tak boleh buat laki!!!” jerit Hani dan terus merampas kunci kereta dari tangan Azan. Dengan perasaan marah, Hani terus meninggalkan Azan yang hanya ketawa kecil. Dia memandang Ayu dan Jalil, suami Ayu yang baru saja mendapatkan mereka.

“Itulah Hani yang aku cintai....”

Ayu terduduk. Memang padan sangat!!!.

6 comments:

  1. hahaha!!! mcm best je...nama watak pun sempoi je...x payah nk terbelit lidah menyebutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. tq ya Ina..
      pasal nama tu , kira satu pengajarn.
      watak tengku Khairudin dalam BPU tu memang selalu
      buat jari akak ni terpaksa edit banyak kali. jad pas ni watak semua senang utk ditaip hihhi.
      terima kasih ya Ina.. sudi gak baca yang baru ni <3 u!

      Delete
  2. sapa yang tak sudi..writernya best and sporting melayan kerenah..penggemar hasil tangannya kan...expesialy yg mcm saya hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhhh... Irna buat saya cam terharu!!!.. sebab anda semualah saya teruskan menulis walaupun x pasti diterima atau tidak. saya x kan lupakan nasihat awak Irna...sewaktu saya mahu menutup blog ini dulu <3

      Delete
  3. Cerita baru lah.. hehe. Hmm.. seronok juga ya, nak lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah akak nak bagi lagi....
      hiihihi.... Izzatul tunggu ya :)
      terima kasih izzatul :)

      Delete