Prolog
Hani dan Azan telah bertunang sebelum Azan terbang ke luar
negara untuk menyambung pelajarannya di sana. Hani yang tidak berminat untuk
belajar luar dari Malaysia terpaksa
menunggu Azan selama lima tahun untuk mereka mendirikan istana bahagia yang
diidamkan selama ini. perkenalan dari bangku sekolah itu telah membawa mereka
terus mengenali erti cinta walaupun tiada istilah romantik dalam kamus mereka
berdua. Tiada sekuntum bunga pun yang pernah Hani terima sebagai tanda cinta
sebaliknya hanyalah tosei dan roti canai. Bukannya Azan tidak mampu. Setakat harga
bunga yang kurang daripada RM5 itu apalah sangat pada Azan. Hani tidak boleh
menyalahkan Azan seratus peratus kerana dia juga begitu.... pada hari lahir
Azan, Hani hanya menghadiahkan Azan lima keping roti canai dan tosei dan makan
bersama – sama di belakang bangunan pusat membeli belah. Tiada bunga, tiada romantik,
tiada kata – kata indah dan tiada pegang – pegang... Azan akan jalan dahulu dan kadangkala Hani
pun begitu. Bila Hani mula merajuk, Azan
tidak akan memujuk sebaliknya terus pulang ke rumah meninggalkan Hani yang
terlompat – lompat menahan geram..
Kasihan Hani?... baca dulu...
Azan pula bila kecil hati, tiada senyuman atau pujukan manja dari
Hani yang ada hanyalah kesakitan akibat dilepuk oleh Hani kerana menurutnya
Azan mula mahu mengada – ngada. Bertahan?... itu yang peliknya, masih bertahan
walaupun sering sakit hati dan geram. Masa sekolah dahulu kalau Azan sakit hati
dengan Hani, tayar basikal Hani jadi mangsa dan kalau Hani sakit hati dengan
Azan, tayar motor Azan jadi mangsa. Kalau dua – dua tengah sakit hati... dua –
dua pulang jalan kaki!
Selepas lima tahun....
BAB 1
Hani menunggu Azan di dalam bangunan lapangan terbang yang
agak sesak dengan penumpang yang pergi dan pulang. Jarinya di laga – lagakan.
Sesekali matanya meliar memerhati suasana sekeliling. Sudah hampir setengah jam
dia menunggu Azan di situ. Kekasih hati yang membawa diri untuk menimba ilmu di
perantauan. Pulangnya kini untuk menjadi seorang pakar psikologi. Kenapa pakar
psikologi?... kerana menurut Azan, sikap Hani itu sudah cukup membuatkan dia terpaksa
belajar bertahun – tahun hanya untuk bersedia menempuh alam rumahtangga bersamanya.
Alasan!... sebenarnya tidak mahu kahwin cepat. Puas Hani memujuknya agar
berkahwin dahulu sebelum terbang ke Australia tetapi Azan sudah menolaknya awal
– awal. Katanya kalau pergi berdua ke sana, belajar akan bertukar menjadi
honeymoon dan apabila Hani ada bersamanya, tentu buku akan ditolak ke tepi.
Yang dia mahu lihat hanya muka Hani yang comel itu. Tidak gembira langsung Hani
mendengar akan alasan cekedis begitu....
Pengumuman ketibaan pesawat yang dinaiki Azan membuatkan bibir
Hani mengukir senyum. dari jauh lagi sudah kelihatan senyuman Azan yang masih
manis seperti dahulu Cuma kulitnya semakin cerah sekarang. Azan menghampiri
Hani yang masih tersengih – sengih.
“Tetap kerang busuk macam dulu” awal – awal lagi sudah
mengusik Hani.
“Tetap Mr Bean macam dulu” balas Hani. Gelak besar Azan
mendengarnya.
“Jom.. aku belanja makan” ajak Azan.
“Eh.. mana boleh. Kau belum azan kat surau sana lagi. Awak kan
‘Azan’” senyum Hani.
“Eh.. dah azan dah.. tulah, tunggu buah hati sampai tak sedar
asar dah lepas” balas Azan. Hani hanya mampu ketawa. Dia merenung Azan yang
jalan terlebih dahulu daripadanya.
“Gila!” kata Hani.
“Aku dengar!!!!” jerit Azan dari depan. Hani terdiam. Cepat –
cepat Hani berlari agar dapat berjalan seiringan dengan Azan.
“Saya bukan belajar ilmu psikologi sahaja tau, ilmu spiderman
pun saya dah khatam. Setakat kata hati awak yang sering mengutuk saya tu.. huh!
Apalah sangat!” jeling Azan.
“Ok... awak menang Encik Azan oiiii” malas mahu melayan kata –
kata Azan lagi.
Hani membawa Azan makan di gerai mamak atas permintaannya.
Tosei di makan dengan berselera sekali. Macam lebih rindukan tosei daripada
Hani. Terkebil – kebil Hani memandangnya. Azan yang perasankan renungan Hani
itu berhenti menyuap.
“Wahai perempuanku... kenapa merenungku sebegitu rupa?. Aku tahu
kau rindu tapi kawal perasaan tu sikit” tegur Azan
“What??!!!” suara Hani hampir menjerit. Terkejut Azan hinggakan cebisan tosei ditangannya terlepas.
“Ingat aku ni kemaruk rindu sangat kat kau ke?” bisik Hani
dengan mata yang tajam. Azan ketawa.
“Kau lupa aku ambil kursus apa di sana?. Mata kau yang
bercahaya itu pun aku boleh tahu aku ni sangat di rindui” kata Azan. Hani
terdiam.
“Tapi aku dah kahwinlah!” kata Azan lagi. Kali ini jantung
Hani bagai terhempas ke lantai dan mamak restoran itu pula memijaknya –
mijaknya bersama roti canai di tangan.
“Kau jangan main – main” muka Hani merah padam.
“Tak pernah aku main – main bukan?” soal Azan. Dia bangun
untuk mencuci tangan. Dah kahwin?. Yang aku tunggu bagai nak gila di Malaysia
ni bagaimana pula?. Dia ingat sekejap ke lima tahun tu?.. kalau dah kahwin
sekarang ni, aku tengah ajar anak aku buat kerja sekolah dah tau!....
Hani memicit – micit kepalanya.
Azan duduk semula sambil tersenyum – senyum memandang Hani.
Naik geram pula Hani melihatnya.
“Memang aku kahwin tapi tak buat apa pun. Sebab nak tolong
adik member aku kat sana”
“Wei.. kau ingat nikah kahwin ni macam main polis entry ke?.
Sesuka hati sahaja nak kahwin dengan sesiapa. Pernah tak kau fikir pasal aku?”
bentak Hani.
“La.. pasal aku
fikirlah aku tak sentuh” sengih Azan. Tiba – tiba seorang wanita datang
menghampiri mereka berdua.
“Beb... dari tadi Ayu panggil tapi kenapa tak dengar?. Jenuh
Ayu ikut sampai sini” kata wanita yang hampir sebaya dengan mereka.
“Siapa nama bini kau?” soal Hani.
“Ayu” jawab Azan.
“Dia ni?” soal Hani dan terus bangun. Azan mengangguk.
Hani terus memandang perut Ayu yang membuncit. Dia menoleh ke
arah Azan. Dia memandang semula perut Ayu yang agak besar. Dia memandang Azan
sekali lagi.
“Kau kata tak sentuh.. habis yang buncit macam ni apa?” soal
Hani.
“Hish... menyesal aku tunggu kau selama lima tahun!. Kalau
boleh cekik kau tu, dah lama aku cekik biar terjelir lidah kau tu” Hani
mengambil beg tangannya dan terus pergi dari situ. Ayu dan Azan berpandangan
sesama sendiri.
“Tak nak kejar ke?” soal Ayu.
“Kejap lagi dia patah balik. Kunci kereta dia pada aku” senyum
Azan dan kemudiaannya menyedut teh ais yang hanya tinggal separuh. Tidak sampai
dua minit Hani datang semula.
“Bukan dia yang buncitkan. Suami saya yang buncitkan. Dia tak
pernah sentuh saya” cepat – cepat Ayu menjelaskannya kepada Hani. Kepala Hani
sudah pening. Macam nak pitam pun ada.
“Korang buat main sahaja hukum Allah ni ya?” Hani memandang
Azan.
“Padanlah orang cakap yang pakar psikologi ni pun sebenarnya
sama gila!!!” geram Hani.
“Errr... aku tak ambil pun psikologi. Aku ambil engineering.
Aku kelentong saja dulu” sengih Azan.
“Kau ni memang tak boleh buat laki!!!” jerit Hani dan terus
merampas kunci kereta dari tangan Azan. Dengan perasaan marah, Hani terus
meninggalkan Azan yang hanya ketawa kecil. Dia memandang Ayu dan Jalil, suami
Ayu yang baru saja mendapatkan mereka.
“Itulah Hani yang aku cintai....”
Ayu terduduk. Memang padan
sangat!!!.
hahaha!!! mcm best je...nama watak pun sempoi je...x payah nk terbelit lidah menyebutnya...
ReplyDeletehihihi.. tq ya Ina..
Deletepasal nama tu , kira satu pengajarn.
watak tengku Khairudin dalam BPU tu memang selalu
buat jari akak ni terpaksa edit banyak kali. jad pas ni watak semua senang utk ditaip hihhi.
terima kasih ya Ina.. sudi gak baca yang baru ni <3 u!
sapa yang tak sudi..writernya best and sporting melayan kerenah..penggemar hasil tangannya kan...expesialy yg mcm saya hehehe...
ReplyDeleteowhhhh... Irna buat saya cam terharu!!!.. sebab anda semualah saya teruskan menulis walaupun x pasti diterima atau tidak. saya x kan lupakan nasihat awak Irna...sewaktu saya mahu menutup blog ini dulu <3
DeleteCerita baru lah.. hehe. Hmm.. seronok juga ya, nak lagi :D
ReplyDeletemestilah akak nak bagi lagi....
Deletehiihihi.... Izzatul tunggu ya :)
terima kasih izzatul :)