Friday, 1 March 2013

Kasih Tunggang Cinta Terbalik (KTCT) - bab 4


 BAB 4

Azan termenung di balkoni apartmentnya. Din, teman serumahnya menggeleng kepala. Kopi panas di hirup dan diletakkannya di atas meja. Dia menghampiri Azan yang sedang menongkat dagunya. Dia yang tahu semua cerita mengenai Hani tersengih – sengih melihat air muka Azan yang boleh buat dia tergelak besar.

“Aku dah beitahu dulu. Tak payah tolong adik kawan kau tu. Bukan apa, bawa bala besar lagi adalah” nasihat Din.Dia yang berpegang teguh pada erti kesetiaan itu sering mengutamakan tunangnya, Noribadatul Aliah yang akan menjadi isterinya yang sah beberapa bulan lagi. Azan mengerlingnya dengan ekor mata. Dia berdiri tegak.

Aliah tu sopan santun, penuh ciri – ciri yang kau suka... bolehlah kau cakap. Kau tak tahu angin puting beliung si hani ni lagi.... rungutnya.

“Bukan aku tak cintakan Hani tapi sekarang hati dia keras macam batu” rungut Azan.

“Kalau aku pun keras juga. Jantan tak bertimbang rasa!” Din mengajuk cara perempuan marah. Azan menjeling.

“macam nilah, kau nak lagi ke dengan Si Hani tu?” Din mendapatkan kerusi di hujung balkoni. Dia duduk menghadap Azan yang dari tadi asyik menjuihkan bibirnya.

“Hei, aku bercinta dengan dia dari zaman sekolah tau. Semua parut kat badan dia aku boleh tahu”

“Hok aloh.... sampai itu pun kau tau” gelak Din. Azan menunjuk penumbuk. Bergurau dengan teman serumahnya.

“Susah memang susah tapi kau kena pikat dia baliklah. Mengurat macam kau baru kenal dia. Kau bayangkan kau akan mengurat Puteri Raja yang sukar dikawal. Kau tahu risiko dan kepayahannya jadi kau lebih bersedia” cadang Din.

“Kau tahu tak yang Aliah tu pun bukan senang nak dapat!. Naik biul kepala aku fikir macam – macam strategi nak pikat dia. Dah lah dia tak pentingkan harta benda. Kalau pentingkan benda tu semua, senang je aku nak beli hati dia. Aku berusaha keras kau tahu tak?. Berpeluh – peluh aku nak ambil hati ayah dan mak dia. Aku sanggup tolong ayah dia kat kebun tu” terang Din lagi.

“Pikat?. Itu Aliah ini kepala batu....”

“habis kepala kau tu bukan kepala batu ke?” soal Din pula.

“Aku batu landasan keretapi tapi kepalanya konkrit kau tahu tak?.. batu konkrit!”

Din ketawa besar.

“Kata nak balik semula ke pangkuannya. Kenalah pikat. Kalau tak nak aku ambil line kau” sengih Din. Dia Azan termenung lagi.

Takkan aku nak pikat pakai tosei dan roti canai kot!.. Azan pening!. Memang dia tahu segalanya sukar tetapi dia harus melaluinya. Itu salahnya dan itulah hukuman yang perlu dia tanggung.


                                   *******************

Hani turun ke bawah. Kerjanya sudah siap. Dia ingin balik awal hari ini. dia ingin membeli hadiah buat Nur Fadzli Amira , rakan sekerja yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya Ahad ini. Party kejutan ini dirancang oleh Amin, kekasih Nur Fadzli Amira sejak dari minggu lepas lagi. Hani juga menjadi orang kepercyaan Amin untuk menguruskan majlis itu.

Dia membuka pintu kereta. tiba – tiba tangan seseorang menghalangnya dari masuk ke dalam kerata.

“Ha.. kau buat apa kat sini. Kau dah ada kereta kan?. Buat apa cari aku lagi?” soal  Hani. Azan senyum. dia melirik manja. Cuba menggoda Hani.

“Hmmm.. tak payah nak melirik mata kau macam tu lah, menyamph aku tengok” jeling Hani.

“Teman aku makan, sayang” ajak Azan.

“Apa yang sayangnya?” soal Hani pula. Dia berpeluk tubuh.

“Kaulah sayang aku...sayang” sengih Azan. Rakan sekerjanya, Nalyn Leen melintasi mereka berdua. Senyuman Nalyn Leen itu membantutkan kata – kata Azan buat Hani.

“Hai..” jerit Azan. Nalyn Leen memandang Hani dan hanya ketawa kecil.

“Itu kawan akulah. Kau jangan nak gatal – gatal pula!!” marah hani. Azan gelak besar.

“Jomlah...” ajak Azan. Dia menarik tangan Hani masuk ke dalam keretanya . Hani memerhati sekeliling. Dia mencebik.

“Nak kereta mahal – mahal!!”

“habis?. Kau nak aku naik kereta kodok?” soal Azan. senyuman Azan membuatkan jiwanya bergetar. Bukannya dia tidak rindukan wajah lelaki di hadapannya itu tetapi apabila mengenangkan perkahwinan sementara Azan diluar negara itu, hati hani mendidih kembali.

“ok.. aku kenal muka tu” Azan mengerutkan keningya. Hani menjeling. Mukanya yang berkerut itu sangat tidak disukai oleh Azan. Selalunya apabila wajah Hani berkerut begitu, satu pukulan atau cubitan pasti hinggap ke lengannya.

Tiba sahaja di sebuah restoran Azan membukakan pintu keretanya untuk Hani. Macam nak terkeluar biji mata hani melihat layanan Azan terhadapnya. Hani keluar. Matanya masih memandang Azan yang tersenyum manis.

Mereka duduk berdua. Memandang antara satu sama lain tanpa sepatah kata. Azan membelek – belek pasu bunga di hadapannya.

“Nanti pecah pula pasu bunga tu”

“Apa kisah?. Kalau pecah, ganti sajalah” senyum Azan.

“Yalah... ganti macam kau ganti perempuan dalam hidup kau?” soalan yang agak kasar itu membuatkan hati Azan sedikit terguris. Dia hanya mengambil langkah untuk membiarkan sahaja soalan itu berlalu saja tanpa sebarang jawapan.

“Pesanlah” suruh Azan. Hani hanya memandang menu di hadapan dengan ekor matanya.

“Aku suruh pesan makanan bukannya jeling menu tu. Kalau lapar jangan salahkan aku” ujar Azan. Malas untuk bertekak tak sudah – sudah, Hani terus memesan makanan dan menghabiskan hidangan di hadapan matanya itu tanpa sebarang soalan.

                                  ****************

Kurnia, rakan serumah Hani yang baru pulang dari kampung bakal tunangnya, Khairul Nizam senyum meleret apabil melihat Hani yang duduk termenung di hadapan kaca televisyen. Kurnia terus menepuk belakang badan Hani dengan kuat.

“terkejut aku, tau tak?” marah Hani. Dadanya itu di gosok berkali – kali. Bagai mahu gugur jantung dibuatnya. Kurnia menghulurkan seplastik buah duku ke tangan Hani.

“Wah... sedapnya. Mana kau dapat ni, Kurnia?” soal Hani.

“Aku curi” jawabnya ringkas. Tudung dikepalanya di tanggalkan. Kurnia baring keletihan. Hani sudah pun mengopek kulit buah duku dan isinya sudah selamat masuk ke dalam mulutnya.

“Itu dari dusun Khairul” jawab Kurnia. Dia tersenyum sendiri. Rasa rindu pula pada tunangnya, Khairul Nizam. Tunang kepada guru matematik Sekolah menengah itu duduk semula.

“Azan lagi?” tekanya. Apalagi yang boleh membuatkan Hani murung selain dari Azan.

“Amira kata aku kena bagi peluang. Mungkin azan punya sebab tersendiri” teringat pula kata – kata Nur Fadzli Amira yang sememangnya percaya pada cinta itu. Kurnia menonngkat dagunya.

“Nalyn Leen pun kata begitu” tambahnya lagi.

“Jeeta mana?” soal Kurnia. Baru perasan seorang lagi rakan serumahnya tiada di situ. Hani senyum.

“Biasalah... jumpa buah hati dia.. Mr Uthaya. Sekejap lagi baliklah tu”

“Aku dan Jeeta tak lama lagi akan berkahwin. Kau tak rasa nak kahwin dengan Azan ke?”

“Hek eleh.. “ jeling Hani. Kurnia ketawa besar. Dia memang tidak sabar mahu bergelar isteri yang baik. Hani tumpang gembira melihat kebahagiaan Jeeta dan Kurnia yang berbunga – bunga itu.

                                          ******************

Azan memandang Shuada dan Rafika bersilih ganti. Nescafe ais disedut namun matanya masih memandang  dahi rafika yang berkerut – kerut itu.

“Akak nak layan ke masalah cinta mengarut abang Azan ni ke?’ soal Shuada.

“Malas nak layan tapi terpaksa layan” jawab Rafika.

“Cik Norhasinah  Sarudin tak nak tolong saya ke?” jerit Azan. Pemilik kafe itu buat – buat tak dengar. Nurul Syahirah yang baru turun dari pejabatnya juga dipanggil Azan.

“Hai. Sampai sini kau minta nasihat?” soal Nurul Syahirah, admin eksekutif yang bekerja sepejabat dengan Azan menggeleng kepala.

“Syahirah..... kau tak tahu apa itu cinta” jawab Azan. Seorang lagi rakan sekerja Azan menghampiri mereka. Nur Faatinah mencuit lengan Nurul Syahirah.

“Apa lagi?. Nama je engineer.... kes cinta pun berat nak settle” kutuk Nurul Syahirah.

“Ini kisah cinta sejati tau. Bukan macam kisah cinta pondok – pondok korang semua” jeling Azan.

“Blah la....!!!!” jerit mereka semua. Mereka yang berada di restoran itu rata – rata teman sepejabat Azan. Memang sangat biasa dengan sikap Azan.

Nor Hasinah menghampiri mereka semua. Dia berdehem.

“wahai cik Rafika dewi dan Nurul Shuada... kita kongsi buka kafe ni kan, kalau  nak bankrap sebab leka dengar kisah cinta Encik Azan ni... duduklah dengar cerita dia ni. Dia ada beritahu sebab awek dia marah tak?’ soal Nor hasinah. Semua menggeleng.

“Sebab.... dia kahwin senyap – senyap kat oversea dulu. Cerai, balik sini lepas tu nak kahwin pula dengan awek dia” terang Nor Hasinah.

“Apa!!!!!” jerit mereka semua. Badan Azan teruk dipukul semua gadis yang mengelilinginya tadi.

“janganlah pukul abang, wahai sayang” rengek Azan. Semua berlalu. Rafika dan Shuada sempat merampas gelas yang sedang dipegang oleh Azan.

“Wei.. aku belum habis minum” jerit Azan.

“Nak minum lagi, kena bayar. Lepas ni tak ada lagi air percuma ya” jeling Rafika.

“tak apa korang!!!” azan merajuk dan terus naik ke pejabatnya. Waktu makan tengahari hampir tamat. Dia membelek – belek kertas pelan di hadapan matanya.

Dia mula teringatkan rakan baik mereka sewaktu di kampung dahulu. Pada waktu ini dia perlu mencuba segala macam cara untuk menambat hati Hani kembali.

Setelah meletak ganggang telefon, Azan sengih. Dia dapat rasakan dua orang kawan baiknya itu akan dapat membantu walaupun tidak sebanyak mana.

                                          ************

Pasangan adik beradik Aishah Hamidi dan Fatimah Hamidi melangkah masuk ke dalam restoran. Dari jauh lagi Azan sudah tersengih – sengih.

“Korang ni masih cantik macam dulu” puji Azan. Aishah dan Fatimah Hamidi gelak besar.

“Ok, tak payah beritahu apa – apa. Aku rasa aku tahu apa yang kau nak” sengih Aisyah. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. Sebuah buku. Azan mengambilnya. Senyumannya makin lebar.

“Semua kau tulis untuk aku?” teruja sekali Azan melihatnya. Dia terus membelek – beleknya lagi.

“Aku tak tahu pula yang dia suka makan paha ayam. Selalu kalau ada paha ayam dia akan bagi aku” kata Azan. Fatimah menggeleng kepala.

“Sebab dia sayangkan kau. Dari kita kecil lagi kan, bila makan ayam saja dia akan bagi kau. Tapi kau tak  tahu satu perkara” ujar Aishah.

“apa?” soal Azan.

“Dia akan makan sisa ayam dari paha ayam yang kau tak habiskan tu” jawab Fatimah hamidi. Azan tergamam sebentar. Tidak sangka pula sampai begitu sekali Hani sayangkan dirinya. Dia memegang kepalanya.

“Tak payah nak emotional sangat lah... kami doakan kau berjaya dapatkan hani balik. Hani dah ceritakan semua pada kami. Ikut hati memang aku tembak je kau tu” geram Aishah. Fatimah mengangguk setuju.

Azan sengih. Dia peduli apa!. Yang penting dia sudah punya bermacam cara untuk memikat hati tunang yang bakal meninggalkannya itu.

                        *******************

Jeeta tersenyum – senyum menerima teks pesanan ringkas dari Uthaya. Hani menyapu mentega kacang ke atas roti. Kurnia yang sedang menuang milo ke dalam cawan turut sama tersenyum.

“Alahai Jeeta.... masih rindu ke?. Baru semalam jumpa kan?” usik Hani.

“itu namanya cinta berkembang mekar. Macam bunga ros pink di taman” sengih Jeeta.

“Cik Jeeta Subramaniam.......... taman awak je yang berkembang mekar. Taman aku ni kering kontang” kata hani.

“Ambillah air.. siramkanlah dengan embun cinta” sengih Jeeta.

“Amboi mak aih..... sejak dua menjak ni ayat kalah hiyakat cinta cintun” gelak Kurnia.

“Perlu tau memupuk rasa cinta. Cinta yang tidak dipupuk akan kehilangan manisnya. Sepayah mana pun kita melalui onak berduri dalam percintaan... ianya perlu disuntik sedikit dengan rasa cinta” Jeeta sengih.

“Jeeta.. aku tahulah kau pandai bina ayat segala.. tapi segala manis, duri, suntik dan apa – apa lagi tu buat aku pening” Hani memicit – micit kepalanya. Jeeta dan Kurnia ketawa besar.

Sebaik sahaja Jeeta masuk ke dalam biliknya, Hani termenung semula. Betul kata Jeeta, perlu disuntik dengan cinta walau bagaimanapun keadaannya. Sekurang – kurangnya cinta itu tidak mati begitu sahaja.... Hani mengangguk faham. Kurnia yang sedang menyusun buku di bawah meja kopi tersenyum sendiri.

Mudah mudahan nasihat Jeeta tadi dapat menyedarkan Hani agar kadangkala kita perlu memaafkan seseorang walaupun pahit dan sakit... lebih – lebih lagi kita tahu dia sangat mencintai kita mengikut caranya yang tersendiri.


                             *************************


Jeeta membuka pintu rumahnya. matanya terbeliak memandang berkotak ayam KFC yang di hantar ke rumahnya.

“Untuk siapa?”soal Jeeta. Budak penghantar itu membuka topinya.

“Azan!!!!” Jeeta hampir menjerit. Kurnia turut mendapatkan Jeeta di muka pintu.

“Bagi semua ni pada madu aku tu” pinta Azan.

“Nak kami beritahu yang awak yang beri?” soal Jeeta. Azan menggeleng dan tersenyum manis.

“Dia tidak mampu menerima Azan lagi di dalam hidupnya. Biarlah mencintai lelaki ini dengan nama yang lain. Sekurang – kurangnya dia boleh tersenyum manis seperti dahulu. Mengingati Azan melukakan hatinya jadi biarkanlah kali ini aku pula merasai kepedihannya. Aku wajar menerimanya. Aku Cuma mahu lakukan ini untuk dia.. kesayangan aku. Katakan padanya Mr S  yang memberinya. Selepas ini, biarlah nama Mr S ini pula yang akan membahagiakan dirinya” ujar Azan  dan terus pergi.  Hani yang sedang sibuk melayari internet di kamarnya dipanggil keluar.

“wah.. kau belanja ke Jeeta?” sengih Hani.

“Tak Mr S bagi kau” jawab Kurnia.

“Korang ni main ambil sahaja. Entah – entah orang letak racun” berkerut – kerut dahi Hani. Dia kemudiannya membuka penutup kotak ayam tersebut.

“Wa... semuanya paha ayam!!!” Hani memandang Kurnia. Hanya senyuman yang mampu diberikan.

“Kalau racun?” soal Hani.

“percaya pada aku... kami sahabat kau Hani...” Jeeta memegang pipi Hani. Entah mengapa kali ini Hani terus menyuapnya ke dalam mulut tanpa banyak soal lagi....

2 comments:

  1. hati batu sungguh si azan & hani...dua2 melepas karang baru tau...tp kak iza x kejam kan... kan... kan... nak putuskan hubungan diaorg...hehehe...kak...saya ni tamak sungguh....dpt baca KTCT, nk SCDS pulak, lepas tu rasa x lengkap je klau x baca sambungan BPU...jd akk jgn berhenti masukkan n3 baru ya!!! tq kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kejam .. tak kejam.....hikhkhkhk
      x tamaklah.. akak lagi suka..
      dan BPU dah pun diupdate 2 bab
      ina baca nanti ya :)
      <3 u ina!!!!

      Delete