BAB 13
“Kalau
abang nak Seri tidur di bilik asing, Seri akan ikut sahaja kata abang” tunduk
Seri. Fuad sengaja menyelak langsir. Memandang ke luar tingkap.
Dia
panggil aku abanglah..... bibirnya tersengih – sengih tetapi apabila dia mahu
memandang Seri semula, senyumannya yang mekar tadi terus hilang.
“tak
payah.. tidur saja dengan.... dengan..abang!” jawab Fuad dengan wajah yang
selamba.
“Abang
tak marah Seri?” soalan itu dijawab dengan jelingan.
“Abang
Seri tu paksa abang tau!. Dia bagi abang pengsan lepas tu pegang parang suruh
abang kahwin dengan Seri. Adil ke semuanya tu?” soal Fuad. Seri tunduk.
“Abang
tak suka kahwin dengan Seri?” kepalanya di dongakkan. Mata mereka bertentangan.
Jiwa Fuad bergetar tetapi dia harus menyimpan sedikit keegoan.. Biar Seri tahu dia bukannya senang – senang
di suruh itu dan ini. senang – senang hatinya di pujuk setelah dilukai.
Matanya
mula memandang seri dari atas ke bawah. Cantik Seri ni.......
“Abang
nak minum apa – apa tak?. Seri turun ke bawah buatkan ya?” senyum Seri. Malam
pengantin mereka yang haru biru. Fuad menanggalkan baju melayu hitamnya
sementara Seri turun ke bawah.
“Orang
lain nikah pakai putih, aku ni pakai hitam je. Dah lah tu..... tak pakai sampin
pula tu. Dah macam kahwim koboi rupanya” rungut Fuad. Dia masuk ke dalam bilik
air. Membersihkan diri. Seperti biasa,
dia akan menyanyi di bilik aor. Seri yang sudahpun tiba di dalam bilik,
meletakkan milo panas ke atas meja. Pintu bilik air dibuka. Mata mereka
bertentang. Pertama kali Seri melihat Fuad dalam keadaan beggitu. Cepat – cepat
Fuad menutup badannya dengan tangan yang disilangkan.
“Eh...”
Seri tergamam.
“Tolong!!!!!
Penceroboh!!!!” jerit Fuad. Sengaja mahu mengenakan Seri. Kelam kabut isterinya itu keluar. Fuad gelak.
Tiba – tiba pintunya ditolak dengan kasar.
“Kau
nak kena penggal kepala?” soal Arjuna. Pisau masih di tangannya. Fuad terdiam.
“Dah..
masuk! Dah pukul 2 pagi. Esok aku nak balik Sarawak. Nak tidur!” jeling Arjuna.
Seri tersenyum dan terus duduk di sofa yang terletak di tepai tingkap bilik.
Fuad sudah pun siap berpakaian lengkap. Dia duduk melunjur di atas katil. Dia
mencuri pandang Seri yang sedang membelek – belek teleon bimbitnya.
“Tak
nak tidur ke?” soal Fuad. Seri agak terkejut mendengar pertanyaan Fuad itu. Dia
terus berdiri dan nampak sangat senyumannya sinis. Eleh.. tadi berlagak sangat.
Seri
datang menghampiri. Dia duduk di tepi
katil. Terkebil - kebil memandang Fuad
yang turut sama memandangnya. Seri semakin menghampiri Fuad.
“Dah..
jangan nak goda abang. Abang masih marahkan Seri” Fuad terus baring mengiring.
Dia terus menutup wajahnya dengan kain selimut agar Seri tidak dapat melihat
akan bibirnya yang sedang tersengih – sengih. Seri mengeluh. Dia terus baring
di sebelah Fuad.
Setelah
memastikan seri sudah tidur, Fuad membuka matanya. Dia duduk di atas katil
memandang Seri yang sudah pun menutup matanya.
“Hish...
kalaulah kahwin betul – betul ni.. kan bagus!. Penat aku nak merajuk kalau
macam ni.” Bebelnya sendiri. Dia menghidu baju Seri.
“Alahai..
wanginya isteri aku ni” Fuad mengurut – ngurut dadanya.
“Aku
lelaki kuat iman!!” katanya bersungguh – sungguh. Dia tidur mengiring. Tidak sampai
lima saat dia berpaling semula memandang Seri. Matanya meneroka wajah bersih
Seri yang sudah pun tidur nyenyak.
“pegang....
jari kelingking boleh kot” sengih Fuad dan terus memegang jari kelingking Seri
dengan penuh rasa malu. Matanya dipejam tetapi bibirnya sentiasa tersengih.
Fuad
tidak dapat tidur. Apatah lagi apabila Seri mengiring ke arahnya dengan muka
yang sangat tenang. Fuad menyentuh rambut Seri..... Ish!.. tak boleh jadi!!!!!.
Dia bangun dan terus turun ke bawah. Di duduk memandang wajah Arjuna yang
sedang berdengkur dengan tangannya yang sedang memeluk patung beruang milik
Zalina.
Fuad
naik semula ke atas. Sebelum tidur dia mengucup dahi Seri.
“Seri
tak boleh abang” tiba – tiba Seri bersuara. Fuad terjatuh ke belakang. Tidak sangka
pula Seri masih belum tidur lena.
“Siapa
yang nak?. Abang tiup..”
“Habuk?”
senyum Seri. Fuad terdiam.
Seri
bangun dan menarik tangan Fuad agar baring di atas katil. Dia membelai rambut
Fuad.
“tidur
ya sayang” senyum Seri. Serta merta wajah Fuad menjadi merah. Dia menelan air
liur. Dadanya tak usah cerita...... dub dab dub dab,
Akhirnya
Fuad tertidur di sisi Seri setelah melalui malam yang penuh dengan tanda tanya.
******************
Zalina
tersengih – sengih.Siti Sulaiha juga begitu. Fuad merenung kedua adik kembarnya
itu dengan pandangan yang tajam. Dia memanggil adik – adiknya itu setelah
Arjuna pulang semula ke Sarawak.
“Siapa
punya rancangan?” soal Fuuad. Kakinya di silangkan.
“Kak
Seri” jawab mereka serentak. Fuad menelan air liur. Ish... macam tak percaya.
“Siapa
pula yang hias bilik pengantin tu?”
“Kak
Aida, Kak hatini dengan Kak Ziela. Oh ya, Kaka Ziela ajak pengantin baru pergi
ke rumah dia. Abang Mohd Azmi pun ajak sekali. Lagipun dah lama tak tengok anak
– anak dia yang comel tu kan. Abang tak rindu ke dengan Habibah sayafikah,
habibah syahirah, habibah syazwani,habibah syamimi dan habib hazim.. abang
mesti lupa nama anak Kak Ziela kan?” duga Zalina.
“Siapa
yang lupa empat bibah dan sorang habib tu. Kan abang pun penyumbang idea hehhe”
sengih Fuad. Tiba – tiba ada rasa kecut di hati Fuad.
“abang
tak nak pergilah” Fuad menggaru – garu kepalanya.
“apasal
pula?” soal Siti Sulaiha. Fuad terdiam. Mereka semua memandang Seri yang baru
sahaja turun dari biliknya.
“Kak
Seri nak makan kat luar ke macam mana ni?” Zalina inginkan jawapan. Selalunya
dia yang akan menguruskan perkara itu.
“Kak
Seri masak” senyum Seri. Tersengih Fuad mendengarnya.
“yang
abang ni kenapa?. Semalam bukan main macam tak relanya” cebik Zalina. Fuad
menjeling dan kemudiannya bangun.
“Korang
makan nasi bungkus” kata Fuad dan terus mendapatkan Seri di dapur. Dia yang
mahu sentiasa bersama Seri itu berpura – pura mencari barang di dalam peti ais.
Seri gelak kecil.
“Barang
yang abang nak cari tu ada di belakang abang ni” lemah lembut suara Seri
berkata. Fuad senyum. dia menutup pintu peti sejuk.
“Ehmmm..eh,
mana ada. Abang..” kata – katanya terhenti. Seri menangkat kening.
“Abang
rindu...” ucapnya.
Seri
menggenggam tangan Fuad.
“Rindu
banyak ke sikit je ?” gurau Seri.
“Banyak...”
Fuad mendepakan tangannya.
“Ni..”
tangannya yang didepakan tadi terus memeluk Seri.
“Eeeee..
tolonglah!!!!!!. Kami ni masih suci dan bersih tau bang!. Nak buat aksi
terlarang dalam bilik ya” ejek Zalina.
“Kacau!
Siapa suruh masuk dapur” marah Fuad.
“nak
tolong Kak Serilah. Harap abang tu bukan tolong tapi mengacau. Nanti sampai
petang kami tak makan” marah Siti Sulaiha pula.
“Pergi
main jauh – jauh! Abang nak tolong Kak Seri masak” Fuad terus menolak tubuh
kedua adik kembarnya itu keluar.
“Jangan
nak berlagak sangatlah!!!!. Abang Arjuna suruh abang datang Sarawak minggu
depan. Nak buat kenduri dekat sana. Menjawab lah dengan bapak Kak Seri tu!”
jerit Zalina. Serta merta rasa takut mula menguasai dirinya. Dia memandang Seri
yang hanya hanya tersenyum manis.
****************
Mohd
Azmi dari jauh lagi sudah tersengih memandang Seri dan Fuad yang beriringan
masuk ke dalam rumah.
“Pengantin
datang dah..” seloroh Mohd Azmi. Fuad gelak dan terus bersalaman dengan Mohd
Azmi. Apabila Seri masuk ke dapur berjumpa dengan Ziela Mazmi, Fuad cepat –
cepat menarik tangan Mohd Azmi ke luar rumah.
“kenapa?”
soal Mohd Azmi. Inginkan kepastian mengapa Fuad gelabah sedemikian rupa.
“Abang
back up saya tau kalau Kak Ziela kenakan saya” pinta Fuad. Gelak besar Mohd Azmi di buatnya.
Fuad
mencapai kuih lepat pisang di hadapannya.
“Mana
Bibah the geng dan Habib?” soal Fuad.
“Pergi
main lah. Yang sulung ada kelas tambahan” terang Ziela mazmi dan kemudiannya tersengih –
sengih. Fuad menggelesat.
“Kau
tahu Seri...”
“Eh..
abang dah tukar kereta ke?” Fuad terus mencelah. Memotong kata – kata Zilea
Mazmi.
“Apa
dia kak?” soal Seri.
“Dulu
masa kecil dia ada kata nak kahwin dengan perempuan ynag berambut panjang,
lemah lembut dan mempunyai senyuman manis. Nampaknya impian dia dah tercapai”
senyum Ziela mazmi. Nampak ketara sekali kelegaan di wajah Fuad.
“Kau
tahu Seri..’ kata Ziela Mazmi lagi. Dia mengerling ke arah Fuad. Mata Fuad
terbeliak.
“Yang
Fuad suka sangat dengan lipas” gelak Ziela mazmi. Mohd Azmi ketawa berdekah –
dekah. Fuad memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Seri ketawa.
“Dia
siap buat eksperimen tentang lipas. Habis botol dan Tupperware mak dia dia
kebas buat tempat tinggal lipas.” Sambung Ziela Mazmi.
“Ala..
apa ni kak” rajuk Fuad.
“setiap
perbuatan ada balasannya. Dulu masa akak bertandang ke rumah mak kau masa lepas
kahwin bukan main sedap lagi kau bocorkan rahsia akak ya” geram Ziela Mazmi.
“Ada
lagi satu...” tambah Mohd Azmi lagi. Fuad menepuk dahinya.
“Siap
nak buat apartment untuk anak lipas” berderai tawa mereka semua.
“Dapat
buat tak?” soal Seri.
“Apanya...
bila ayah dia tahu terus dicampaknya apartment botol tu... menangis sehari
suntuk dia” gelak Ziela Mazmi lagi.
“Takpe
kak, itu namanya penyayang” Seri senyum manis. Terdiam Ziela Mazmi dan Mohd
Azmi.
“Sekarang
akak faham kenapa kau berdua dijodohkan.....”senyum Ziela Mazmi. Pada pandangan
matanya, Seri banyak beralah dengan Fuad yang selalu inginkan perhatian itu.
Ziela mazmi turut rasa gembira melihat adik sepupunya itu memilih wanita yang
tepat untuk dijadikan isterinya walaupun dipaksa.
***************************
Irna
dan Lya memeluk tubuh Seri yang kini sudah pun bergelar isteri orang.
“kau
hebatlah.. kahwin dalam masa sehari” bisik Irna. Seri ketawa terkekeh – kekeh.
Seri memasukkan bajunya ke dlaam beg pakaian. Agak sedih juga apabila Seri
terpaksa meninggalkan mereka semua.
“Saya
janji walaupun sudah pindah, saya akan sellau datang sini” janji Seri. Lya
mengangguk. Dia yakin Seri akan mengotakan apa yang dijanji.
“kalau
ada masalah.. datang sini ya?” pesan Sri Ayu pula.
“Kak...
Diela sedih tapi tumpang bahagia” Seri didakap lagi.
Sampai
sahaja ke kereta.
“Fuh....fuh..
jaga kawan aku ni baik – baik. Kalau aku tahu kau dera kawan aku ni, aku cari
kau sampai lubang cacing” muka Lya kelihatan serius. Irna gelak.
“Aku
kalau nak menyorok tak ke lubang cacing” jawab Fuad. Lya menggeleng kepalanya. Apabila
melihat kereta Seri dan Fuad meluncur laju meninggalkan mereka, tanpa disedari,
air mata mereka juga turut mengalir.
“Ala..
kak Kalam... bukan jauh pun rumah mereka” pujuk Diela. Lya dan Irna berpelukan.
Diela menggaru – garu kepalanya. Dia angkat kaki. Biarlah dua sahabat itu
berpelukan sampai ke pagi pun.
*********************************
Fuad
terbongkok – bongkok. Dia memegang tombol pintu dan dengan perlahan – lahan membukanya.
Dia mengintai. Tadi sewaktu dia baru pulang, Seri tiada di bawah. Mungkin Seri
ada di dalam bilik, fikirnya.
Fuad
menutup sebelah matanya. Dia tersengih apabila mendengar bunyi curahan air di
dalam bilik air. Zalina dan Seri yang
baru sahaja mahu naik ke tingkat atas terkejut apabila melihat Fuad merangkak
perlahan – lahan masuk ke dalam biliknya sendiri.
Perlahan
– lahan Seri dan Zalina mengekorinya dari belakang. Mulut Seri dan Zalina
terlopong apabila terpandangkan Fuad yang sedang mengintai bilik air pula. Fuad
menutup mulutnya sambil menahan tawa.
Belum
pun sempat dia memegang tombol pintu bilik air, pintu itu terbuka. Fuad
terjatuh terlentang ke belakang. Matanya tidak mampu berkedip – kedip lagi.
“Kau
intai aku ya?. Dah kahwin dnegan adik aku pun nak mengintai lagi!!. Kau ni gay
ye?” marah benar Arjuna. Dia menarik tangan Fuad agar boleh berdiri semula.
“saya
ingat itu Seri” Fuad mengaku.
“Isteri
sendiri pun nak kena intai ke?. Kau ni gila ke apa?” tengking Arjuna. Berderai
tawa Seri dan Zalina di belakangnya. Fuad tunduk. Selepas Arjuna keluar dari
bilik mereka, Seri terus menutup pintu bilik. Seri memandang Fuad dengan
senyuman yang masih berbaki.
“Dia
kata nak balik kelmarin?” muncung Fuad boleh diukur.
“Tak
jadi. Petang nanti baru pulang. Bilik air bawah kan tengah repair?. Itu yang
dia tumpang bilik kita” terang Seri.
Fuad
hanya membisu.
“Abang
nak intai seri ya...” usik Seri.
“Mana
ada!...” dalih Fuad.
“Ya...
abang nak intai seri. Tak pelik ke suami intai isteri sendiri?” masih mengusik.
“Seri
jangan buat macam ni. Nanti abang merajuk” jeling Fuad.
“alalalala..
meh Seri pujuk meh.. meh la sayang” Seri memicit – micit pipi Fuad.
Fuad
terus keluar. Malu mahu bertentang mata dengan Arjuna lagi. Malu besar!!!!
kelakar betul kak nak lg.
ReplyDeleteterima kasih adik baby mio :)
Deletewokey.. esok akak update ye :) <3 u!
hi baby mio...
Deleteadik tahu tak yang semua penulis blog dok sibuk cari siapa baby mio ni?... misteri betul!....
adik muncul ler... dah jammed otak kami cari siapa baby mio ni tau :) cari bukan nak cubit tapi nak sayang.... :) <3
knapa kak iza lama sangat sunyi sepi nie...terasa sesuatu yg kurang bila x dpt baca n3 baru akk...hampir 2 jam sekali jengah blog akk...darab 3 hari...hu hu hu...bnyk jam tu...nak nangis ni...
ReplyDeleteala... ciannya..
Deletebz sangat nih... tapi x per lah.. akaka masukkan satu untuk Ina ye...
<3 U
tak per lah kak iza post bile free. memang kami ni penasaran nak tunggu episod seterusnya tapi kami faham kekangan masa kerana kita masing2 ada tugas dan tanggungjawab sendiri. Biarpun resah kutanggung sendiri....
ReplyDeleteIrna!!!!!! lamanya x nampak irna..
Deleteakak rindulah...
kalau akak ada salah silap akak minta maaf ya..
miss u!! <3
tak payah baca karya akak pun xper, asalkan irna say hi ok....