Wednesday 20 March 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK-bab 7


BAB 7

Kepulangan mereka berdua ke kampung hanya dengan menaiki sebuah kereta membuatkan mata Mak Husna dan Pak Kassim mengerling antara satu sama lain. Hani yang tak sudah – sudah menyengih itu membuatkan Mak Husna naik rimas. Dia menyiku sedikit pinggang Pak Kassim.

“Ishh.. kalau ye pun, nanti – nanti lah” bisik Pak Kassim.

“Isshhh.. abang ni!. Saya nak cakap lain. Dah baik ke?” soalan Mak Husna itu dijawab dengan muka yang selamba. Tiada jawaapan yang keluar walaupun sepatah. Malas Pak Kassim nak menjawab soalan isterinya itu yang selalu bertanyakan  perkara yang sudah nyata.

“Azan balik dulu ya?. Esok Azan datang lagi” tangan Pak Kassim dikucup.

“Buat apa datang lagi?” soal Mak Husna.

“jumpa Hanilah”

“Hai.. dah selalu jumpa kat KL tu pun nak jumpa lagi kat sini?” soal Mak Husna yang turut sama berdiri.

“Biarlah Mak” husna menyampuk. Mata Mak Husna mula membulat. Sebaik sahaja Azan pergi, Mak Husna menarik tangan Hani duduk di tangga. Bersebelahan dengannya.

“Kamu ni apa cerita?. Hari tu bukan main menangis sampai bengkak – bengkak mata. Hari ni bukan main gatal lagi ya?. Tersengih – sengih. Nak saja mak siat – siat bibir kamu tu. Kamu tu rindukan dia lebih daripada mak ye!” Mak Husna mula membebel. Pak Kassim buat muka bodoh.

“Kamu tu biar abang saja yang rindu sudahlah... abang dah lapar ni Na!. Dari tadi abang tunggu masak asam pekat ikan ploktan kamu tu” bibir Pak Kassim sedikit menjuih. “La.. abang nak asam pekat ke?. Bukannya rendang asam?” Mak husna men

ggigit hujung bibirnya.

“Kamu memang tak sayang aku, Husna! Aku berebut dengan Haji Saleh tadi tahu tak!. Kamu ingat senang ke nak menyelit kat perut Haji Saleh tu... sudahlah, aku nak pergi kebun. Merajuk!” Pak Kassim bangun. Mengambil kunci motor.

“Alah... gurau pun nak marah – marah. Meh la..” tangan Pak Kassim ditarik dengan senyuman terukir di wajah.

“Kamu buat asam pekat?” soal Pak Kassim. Buat muka manja. Hani gelak kecil!.

“Iyalah.. come baby, kita lunch sama – sama” Mak Husna mengenyit matanya.

“Mak, Ayah!!!!! Hani ada kat sini tau!!!” jerit Hani.

“Siapa suruh tengok!” jeling Pak Kassim dan terus memimpin tangan isterinya masuk. Hani ikut dari belakang. Sampai sahaja di depan pintu bilik mereka, Pak Kassim terus memimpin Mak Husna untuk masuk ke dalam.

“Ayah!!!!!!” jerit Hani lagi.

“Ish... anak kucing siapa yang memekak tengahari begini ni..syoh..syohh” Pak Kassim sengih. Melihatkan wajah hani yang mula mencuka itu, cepat – cepat Pak Kassim memeluk bahu anaknya sambil ketawa besar.


“Kamu tak nak adik ke?” bisik Pak Kassim.

“eeeeee.. gelilah ayah!!” kali ini Hani berlari turun ke bawah. Tidak sanggup mendengar dan melihat aksi ‘miang’ mak dan ayahnya.



                                        *******************

“Kamu balik seorang, Azan?” soal Hajah Zakiah sebaik sahaja Azan naik ke atas beranda rumah.

“dengan Hani, mak” jawab Azan.

Dia duduk bersila sambil menghulurkan satu beg kertas buat Hajah Zakiah.

“Kain buat langsir yang mak nak sangat tu. Hani yang pilihkan. Dia kata mak suka benar warna hijau serindit ni. Biar bebenar mak, raya tahun ni tema hijau serindit?” soal Azan. Matanya menggambarkan sedikit rasa tidak yakin.

“kenapa tak boleh?” Hajah Zakiah menjungkitkan keningnya.

“Tengoklah warna kulit ayah tu. Kalau dia cerah macam kita tak apalah. Mak tak rasa ke macam kejam pada ayah?” sengih Azan.

“Dia kan imam.. pakai jubah sahaja. Kamu pernah tengok imam masjid pakai jubah hijau serindit masa solat sunat hari raya ke?” soalan Hajah Zakiah membuatkan Azan terdia. Dia ketawa.

“Mak biar glamour sikit hehhehe” Hajah Zakiah gelak kecil.

“Mari makan..” Hajah Zakiah menarik tangan anak bongsunyya itu masuk ke dalam rumah. Azan memegang perutnya. Sudah lama dia tidak merasa makanan yang enak – enak hasil dari air tangan Hajah Zakiah yang sememangnya terkenal dengan kepakarannya memasak. Bangga Haji Salleh!

                                    ***************

“Yuhuuuuuuu..”

Hani toleh kiri dan kanan. Atas dan bawah juga!.

“Yuhuuuuu....” Azan menyorok disebalik tong besar di dapur rumah Pak kassim.

“Siapa tu?” soal hani. Dia meletakkan kembali kain batik milik Mak Husna ke dalam bakul semula.

“yuhuuuu....” panggil Azan lagi.

KELENGKUNG!!!!

Kepala Azan diketuk sepupu Hani , Mat. Dia seorang insan istimewa yang sentiasa menjaga Hani dari dulu lagi. Hani terus mendapatkan Azan yang tertonnggeng – tonggeng menahan kesakitan akibat dipukul dengan kuali bertangkai.

“kau nak bunuh aku ke Mat!!!!” marah Azan.

“Eh!.. kudis!!!” panggil mat. Hani ketawa. Teringat pula panggilan Mat kepada Azan sewaktu mereka kecil. Kaki Azan yang akan berkudis setiap kali makan telur itu menjadi bahan ejekan Mat. Azan berdiri.

“Memang nak kenalah kau ni” Azan menggeleng kepala. Dia memejam dan membuka mtanya beberapa kali.

“Piau aku sekejap!” Azan mengetuk – ngetuk sedikit kepalanya.

“Tu la.. siapa suruh nak menggatl?” Hani menuam kepala Azan setelah keluar bersama air panas dan tuala di tangan.

Mat sengih. Dia duduk di sebelah Azan. Rambutnya di rapikan ke tepi. Azan hanya memerhati. Sekali sekala Mat akan mengintai rmbutny melalui cermin yang sentiasa ada di dalam kocek seluarnya.

Azan sengaja menyentuh jambul Mat yang ikal di hadapan.

PANG!!

Satu penampar hinggap ke pipi Azan.

“Nak balik!!!” kata Azan dan terus meninggallkan Hani yang semakin kuat tawanya. Siapa suruh menggatal kat belakang dapur Pak Kassim!!!

                            *****************

Hani dan Azan jalan beriringan untuk ke kebun buah – buahan milik haji Salleh. Mereka tidak mahu menaiki kereta. kadangkala perlu juga menikmati keindahan kampung mereka sendiri.

Azan menyeluk koceknya dan sekali sekala mengerling hani di sebelahnya yang tidak habis – habis membelek buah jambu batu yang gugur di  rumahnya tadi. Ibu bapa Azan dan Husna masing – masing sudah ke sana.

Hani yang perasan akan kerlingan Azan itu membalas pandangan Azan. Kaki mereka terus melangkah dengan mata yang masih terpaku memandang mata masing – masing. Ada getar?. Sudah tentu!. Sudah lama dia tidak merasakannya sejak Azan belajar di luar negara dahulu. Kaki Azan berhenti melangkah. Hani juga begitu. Mereka menghadap masing – masing. Masing – masing berbalas senyuman. Hani dengan cepat menjatuhkan pandangannya.

“Sayang...” panggil Azan. Hani memegang dadanya. Dia tidak seperti dahulu. Ungkapan sayang yang tidak pernah terbit dari bibirnya itu dahulu sudah pun menjelma dan Hani sukakannya. Dia juga mahu bersama Azan yang lebih matang dan romantis.

“Saya cintakan awak” bisik Azan.

“Saya juga” balas Hani.

“Jadi pandanglah wajah saya, sayang” pinta Azan. Saya? Awak?.. amat janggal sekali untuk Hani mendengarnya tetapi itu benar – benar membuatkan jantung hani tidak tentu hala.

Hani memandang Azan. Mereka semakin hampir dan hampir hinggakan hanya tinggal beberapa inci sahaja. Azan menyentuh pipi hani. Mata hani yang berkaca itu membuatkan Azan tersenyum manis.

“Resah?” soal Azan. Hani senyum.

“Ehemnmmmm...ehem....”

Mereka berdua tersentak. Azan menelan air liur. Tidak sangka mereka sudah pun sampai ke kebun buah milik ayahnya. Pak Kassim yang sedang memegang sabit itu menghayunkannya dengan mata terbeliak. Haji Salleh menggeleng kepala. Kopiahnya di angkat dan dikibas ke lehernya.

“Panas betul kebun aku ni!!!!” kata Haji Saleh dan meneruskan kerjanya kembali. Buah rambutan yang berada di dalam pongkes di angkat masuk ke dalam pondok. Hajah Zakiah dan Mak Husna memandang Hani yang tersipu – sipu malu di belakang Mak Husna.

“Kahwinkan saja. Dah gatal benar anak kita ni. Aku bimbang ni Hajah!. Dekat sini pun boleh touching – touching ini kan pul di KL” kata Mak Husna.

“Ishh... mana ada” sangkal Azan. Hani ketawa.

“Balik KL nanti biar ayah hantar” kata Pak Kassim. Dia menjeling ke arah Azan.

Hmmm... kacau daun betul!, Azan mencebik dan dia memandang Hani yang tersenyum malu.

La... selama aku kenal dia, inilah kali pertama dia senyum malu kalu tak, tak pernah tahu malu!!!!.


                       *******************


Hani menyiapkan kerjanya yang agak banyak selepas di pulang dari kampung. Nur Fadzli Amira duduk termenung di hadapannya.

“Kau kenapa?” soal Hani.

“Kau tahu aku bergaduh dengan Amin semalam” mukanya sedikit monyok.

“Habis tu?” soal hani.

“Dia minta maaf tadi tapi aku tak bersedia maafkkan dia” mukanya masih kelat seperti tadi. Hani senyum. dia menggosok tangan Nur Fadzli Amira berkali – kali.

Azan turun dari keretanya. Dia yang mahu berjumpa dengan Hani sedikit pelik apabila melihat seorang lelaki yang sedang duduk termenung di tangga, bawah syarikat tempat hani bekerja.

“Assalamualaikum” sapa Azan.

“Waalaikumussalam..” jawabnya lemah. Dia mengalihkan jambangan bunga ros ke tepi sedikit.

“ini putus cinta ke apa ni?” soal Azan.

“Awek merajuk. Aku pujuk. Dia tak terima. Rindulah nak dengar suara dia. Tadi pergi pejabat pun tak nak jumpa” rungut Amin.

“Siapa awek kau. Aku yakin bukan Hani kan?” senyum Azan.

“Hani dah bertunanglah. Dia bertunang dengan jantan sewel mana entah. Boleh pula kahwin kat luar negara. Pssttt... aku beritahu kau ye, memang sengal jantan tu” bisik Amin.

Muka Azan merah padam. Dia menarik nafas dalam – dalam. rasa nak pelangkung sahaja mamat ni. Muka sahaja lawa!.

“Aku lah jantan sengal yang kau umpat tu”

Amin  terdiam. Rasa bersalah pula!.

“Apa susah, kau panjat sahaja tiang elektrik kat depan tingkap pejabat tu” Azan memberi cadangan sambil gelak besar. Dia naik ke atas.

Hani yang masih kelam kabut menyiapkan dokumen penting terbeliak matanya apabila terpandangkan Amin yang sedang memanjat tiang elektrik berhadapan dengan tingkap pejabatnya. Hujung Jambangan bunga ros digigit kuat.

“Mira, Amin kerja TNB ke sekarang?” soal Hani.

“Taklah. Kerja dia dulu lah. Kenapa?” soal Nur Fadzli Amira. Hani memusingkan tubuh sahabatnya itu. Terlepas pen di tangan Amira. Dia terus membuka tingkap.

“Mira!!!!” jerit Amin dan sudah pasti jambangan bunga itu terlepas dari mulutnya.

“Maafkan Amin!! Amin cintakan Mira!!” jerit Amin.

Nur Fadzli Amira terus berlari turun. Hani juga. Dia terkejut melihat Azan di tangga pejabat. Terus di tariknya tangan Azan  supaya turut sama turun bersamanya.

“Amin!!! Turun.. bahaya! Ya, saya maafkan awak! Lain kali jangan makan cheese kek saya sebelum saya hias tau!!” kata Nur Fadzli Amira.

“Cheese kek?!!!!”  Hani dan Azan sedikit menjerit.

Kali ini Azan menepuk dahinya.

Amin turun dan Nur Fadzli Amira membelek tangannya.

“Sakit sayang?” soal Nur Fadzli Amira.

“Ya.. sakit di sini” Amin memegang dadanya.

“Sakit jiwa saya bila awak tidak membalas ungkapan cinta saya pagi tadi saya rindukan awak, sayang” kata Amin.

“Owhhh...” Nur Fadzli Amira memegang kedua belah pipi Amin.

“So sweet.... kata Hani.

“ok sekarang aku dah benci sua ungkapan. ‘so sweet’ tu dengan ‘owhhhh’. Tolonglah Hani!!!!!” Azan menekup telinganya.

“Ala.. kenapa panggil kau dan aku balik?. Kenapa tak saya dan awak macam di kampung” rajuk Hani. Azan ketawa.

“Janganlah merajuk. Saya tak pandai panjat tiang elektrik macam pakwe si Amira ni” usik Azan. Nur fazdli Amira ketawa.

Suka benar hani melihat betapa bersungguhnya Amin untuk memenangi hati Nur Fadzli Amira. Semoga suatu hari Azan juga akan begitu....


1 comment: