Monday 18 March 2013

SEDUTAN IZHARIDAYU .. sikit jer k :)



Sedutan untuk novel IZHARIDAYU .. yang akan menggantikan bawang putih. BPu akan diberhentikan untuk disiapkan manuskrip k J
                                  
                                     ************************


Tahun 2003..

Hidayu mengangkat – angkat kening. Sesekali ibu jarinya menyentuh seketika hidung yang tidak semancung mana.  Gadis berusia 12 tahun itu memegang ranting kayu bersama sahabat baiknya yang turut meletupkan jari – jemarinya..

“Woi budak pendek! Meh sini aku nak buli kau!!” panggil Hidayu, Budak lelaki yang sedikit rendah daripadanya itu hanya memandang kosong.

“Siapa suruh lalu  kawasan aku ni?” soal Hidayu. Skarf warna hijau serindit kepunyaan ibunya, Mak Izan diikat dikepala, persis seorang askar.

“Tak ada nama pun”

“Hei... kau jangan cakap banyak!” Pian buat muka bengis tetapi hanya dibalas dengan renungan yang tenang. Tiada gentar!.

“Tak ada nama pun, siapa – siapa boleh lalu”

Hidayu sedikit naik angin.

“Pian, kau tulis kat pasir tu nama kita!” arah Hidayu. Pian dengan muka yang bongkak terus menulis namanya dan Hidayu di atas pasir.

Budak lelaki itu senyum. setelah beberapa ketika dia ketawa

“Apasal nak ketawa?”

“H.I.D.I.Y.O.H?” soalannya itu membuatkan Hidayu mengalihkan pandangannya ke atas tanah. Satu penampar hinggap ke pipi Pian.

“Padanlah Cikgu Rosnah slalu marah kau!. Itu hidiyoh le!!” marah Hidayu. Budak lelaki tadi gelak sakan. Dia ingin berlalu tetapi tangannya ditarik kasar oleh Hidayu. Tanpa menunggu sebarang soalan, budak lelaki itu terus menjawab.

“Saya Izhar, cucu tok Dalang kampung ni dan kebun yang awak buat markas ni kebun atok saya”

Pian dan Hidayu berlari lintang pukang sampaikan segala senjata buatan tangan mereka ditinggallkan begitu sahaja

Siapa tak kenal Tok Dalang?. Misainya sahaja mengecutkan segala urat saraf!


1 comment: