BAB
14
Seri
masuk ke dalam pejabat bersama Fuad yang tersengih – sengih memandang Baby Mio
dan Hartini yang hanya mencebik. Menyampah! Banggalah tu!...
“Eleh...
jangan nak bangga sangatlah bos setakat kahwin kena pengsankan dulu tu..”
sengih baby Mio. Izzatul gelak besar. Sengaja dikuatkn suaranya.
“Itu
bukan pengsan tapi menggelabah!” Yatie pula menyampuk. Haniff yang baru datang
dari mana itu pun cuba untuk menyampuk tetapi belum sempat dia buka mulut, Fuad
awal – awal lagi memberi isyarat mata.
“Seri..
kau tak merana ke?” usik Hartini pula.
Seri
ketawa. Dia memaut lengan Fuad yang menjeling Hartini. Memang saja je nak
kenakan aku!.. fikir Fuad.
“Hei
Tini, kalau kau kahwin nanti aku tak sponsor bunga telur kau tahu tak!. Kau
berpakat kan kan kan!!” Fuad menuding jarinya. Hartini bantai gelak.
“Tapi
kau suka kan kan kan!” jawab Hartini pula.
“Oh..
pandai melawan bos sekarang yek” jeling Fuad.
“Cayalah
bos! Kahwin koboi yang bahagia. Tapi saya tak nak kaahwin macam tu dengan
Fairus. Siap kena bagi pengsan dulu. Lepas tu kena ugut dengan pisau ngan parang.
Tragis tu bos!!!” kutuk Izzatul pula.
Baby
Mio gelak sampai merah padam muka. Fuad menelan air liur.
Wah..
berani kau ye Izzatul! Tak pe.. tak pe...
“sayang
kerja baik – baik tau! Jangan dengar hasutan mereka – mereka yang cemburukan
kebahagiaan syurga cinta kita. Abang akan sentiasa memerhatikan mu wahai
sayangku” Fuad yang sedang memejam mata cuba menghayati kata - katanya , kononnya penuh perasaan!. Dia terus memegang
pipi Baby Mio. Semua tercengang. Hampir sahaja dia mengucup dahi Baby Mio. Terjerit
– jerit Baby Mio dibuatnya.
“Abang
ni..” rajuk Seri. Terus di selaknya dokumen dio atas meja.
“lelaki
rakus!!!!” marah baby Mio.
Fuad
termalu dan cepat – cepat masuk ke dalam pejabat. Zarra dan Yatie menggeleng
kepala. Baby Mio pucat lesi.
“Orang
macam ni pun ada ke?” sengih Izzatul.
Mereka
yang bekerja di luar memang tidak selesa apabila Fuad menaikkan tirai di
biliknya. Tujuannya hanya satu... dapat melihat Seri sepanjang masa.
Baby
Mio menggetap bibir. Pandangan Fuad itu membuatkan baby Mio naik rimas. Itu belum
bab kenyit mata segala..
Seri
senyum. kadang kala dia juga turut membalas kenyitan mata suaminya itu. Zarra
beristighfar berkali – kali.
“Nak
je aku sound suami kau tu, Seri” kata Izzatul. Seri sengih. Parah!.. suami
isteri mabuk kecubung..
Fuad
keluar mendapatkan Seri.
“Sayang..
pinjam pen”
Seri
menghulurkannya ke tangan Fuad dengan senyuman manis atau lebih senang
dikatakan senyuman manis yang dicampur dengan sedikit perisa ‘gatal’. Yatie mencuit
pinggang Hartini.
Selang
beberapa minit, Fuad keluar semula untuk memulangkan pen Seri.
“terima
kasih, sayang” bisik Fuad. Seri senyum dan mengangguk malu.
Selepas
masuk ke dalam biliknya, fuad keluar semula.
“Sayang,
abang nak...”
Baby
Mio bangun dan terus meletakkan pen, pensil dan pemadam di hadapan mata Fuad.
Izzatul dan Hartini puola datang menghulurkan stapler, klip kertas dan kertas
A4. Fuad terdiam.
“La..
aku tak minta pun” kata Fuad.
“Tolonglah
bos!! Saya ni nak design iklan. Kalau bos asyik merenyam macam ni, iklan ubat
gigi ni jadi iklan ubat gegat tahu tak?” marah Baby Mio. Fuad diam dan terus
masuk ke dalam biliknya semula.
“Kenapa
mrah sayang aku?. Kesian dia” kata Seri. Semua terlopong mendengarnya.
“Parah
betul ni!!!!” Izzatul menepuk dahi.
Seri
masuk ke dalam bilik Fuad. Dia terus mencuit dagu Fuad.
“Mereka
bergurau. Tapi sayang... tak payahlah bermesra depan mereka. Tak manis kot. Nanti
orang menyampah” pujuk Seri.
“Habis
nak bermesra kat mana?. Dah isteri depan mata!. Nak miang – miang pun tak boleh”
rungut Fuad.
“nak
miang – miang kita berdua sajalah”
Kata
– kata Seri itu disambut dengan senyuman meleret. Setelah melihat wajah Fuad
kembali ceria, Seri keluar semula. Dia memohon maaf kepada semua rakan
sekerjanya. Hartini dan Baby Mio gelak. Izzatul tersengih.
“Kami
saja usik dia. Tak ada apa sebenarnya. Gatal dia sampai tahap tak boleh ubat
lagi dah. Itu yang kami suka usik tu. Sekarang ni ceria betul dia” kara Zarra.
Seri
ketawa. Dia menoleh memandang Fuad yang sedang tekun meneliti sesuatu di skrin
komputer.
Wajah
lelaki itu juga sangat aku rindui walaupun hanya berjauhan beberapa langkah...
seri senyum.
******************
Pinggang
Seri dirangkul mesra. Fuad menyelitkan rambut Seri yang terjuntai di sebalik
telinganya.
“Kalau
Seri pergi tandas dalam bilik ni, abang rindu satu sentimeter, kalau Seri turun
tangga, abang akan rindu satu meter, kalau Seri pergi ke dapur abang akan rindu
sepanjang jalan ke pejabat. Panjang tak rindu abang?” bisik Fuad.
Seri
senyum.
Dia
berpaling lalu menghadap Fuad.
“kalau
abang ke tandas bilik ni, Seri rindu sepanjang tempoh Seri mengenal dunia, kalau
abang turun ke tangga, Seri akan merindui abang sepanjang masa remaja Seri dan
kalau abang turun ke dapur, Seri akan merindui abang untuk seumur hidup Seri”
Fuad
tunduk dan kemudiannya memandang waqjah Seri.
“Abang
cintakan gadis sarawak di hadapan mata abang ni” kata Fuad.
“Bukan
gadis, sayang. Tetapi wanita. Sejak kali pertama abang menyentuh Seri sebagai
seorang isteri, Seri sudah pun menjadi
wanita, sayang. Malah Seri mahu menjadi wanita pertama dan terakhir dalam hidup
abang” Seri membelai pipi Fuad.
“Sayang...”
panggil Fuad dengan lembut.
“setiap
patah perkataan yang keluar dari bibir Seri membuatkan abang rasa seperti
mendengar irama yang syahdu dan..” Fuad menyentuh bibir Seri.
Mereka
berdua terdiam. Saling berpandangan..
“Udah
– udah lah tu abang!!!. Kata nak belanja makan. Kami tunggu dekat setengah jam.
Lepas makan nanti barulah nak pegang bibir segala. Lagi satu abang. Lain kali
tutup pintu bilik ni!. Madah abang tu kami boleh dengar dari bawah. Meremang mendengarnya!!!”
Siti sulaiha menutup telinga.
Fuad
menjeling. Mereka berdua beriringan keluar dari bilik tetapi belum pun sempat
Seri melangkah keluar, tangan Seri di tarik lembut dan pintu bilik di tutup rapat.
“Abang
cintakan Seri!” satu kucupan hinggap ke pipi Seri dan Fuad membuka pintu bilik
mereka semula. Seri tidak dapat meneruskan langkahnya. Tindakan spontan Fuad
selalu memberi kejutan buatnya.
“Abang
panggil mereka naik atas sekejap” pinta Seri.
Zalina
dan Siti Sulaiha mendapatkan Seri yang masih terpaku di situ dengan beg tangan
yang masih digenggam.
Seri
membuka beg tangannya. Wang RM200 di hulurkan ke tangan Zalina.
“Pergilah
berdua. Akak belanja kali ini. shopping sekali” senyum Seri. Fuad mengerutkan
dahinya. Zalina dan Siti sulaiha mengangkat – angkat kening memandang Fuad. Setelah
terdiam beberapa ketika tiba – tiba Fuad malu – malu.
“Nah
abang tambah Rm 201 lagi. Pi main jauh – jauh!!!!” halau Fuad. Dan dengan cepat
pintu bilik dikunci.
**sori kalau tergatal sikit
muahahhahaa (gelak ikut style aidaz)
Hopelessly romantik la meka ni... Jeles tahap melampau ni!
ReplyDeletekak roziah..
Deletekeh kehhkeh..
termasuk mood gatal lah plak malam tadi hihih
terima kasih banyak ya Kak Roziah
sudi baca :) <3
alahai camne ni kita pun nak gatal2 gak lah abaaannggg tungguuu...hehehehe nmpk gatal tak??? muuaahahahaha...
ReplyDeletehahahha...
Deletejanganlah dik Irna..
akak dah malu gila ni hikhikhik...
tapi bab abanggggg tungguuuuu tu ...
mahu pengsan si Fuad dengar sbb manja benor..
hmmm... irna ni manja2 gitu yekkk
terim kasih sudi baca ya dik :) <3
mana ada biasa romantik gitu tapi kelakar sangat-2 dah ok ke.
ReplyDeletehehehe..
Deletedah ok :)
baby mio, kalau biasa, leh ler buat cam gini lagi heheh
terima kasih banyak tau,
sudi baca :) <3 u!