Friday, 15 March 2013

KASIH TUNGGANG CINTA TERBALIK (KTCT) - 5


BAB 5

Azan lemah longlai membuka pintu pagar rumah teres dua tingkat yang baru dibelinya. Din dan Noribadatul Aliah sudah pun mendirikan rumahtangga. Cemburu pula apabila melihat pasangan romantik itu makan bersuap dan berpegangan tangan. Dia juga punya tunang tetapi masih tidak pasti apa kesudahannya. Dia terpandangkan Kak Roziah yang sedang membaca novel di bawah gazebo rumahnya. bukan main asyik lagi dia menghayati kisah cinta  yang tertulis di novel itu.

Azan meletakkan dagunya di tembok yang memisahkan rumah mereka. Terkedip – kedip matanya memandang Kak Roziah yang sesekali tersengih dan ketawa itu.

Lama – kelamaan kak Roziah menyedari akan renungan Azan itu. Dia menutup novelnya. Penanda buku di selitkannya. Kak Roziah menghampiri Azan yang sudah pun kuyu matanya.

“Kau ni kenapa?” soal Kak Roziah.

“Akak baca novel ke?. Eleh jantan – jantan novel tu semuanya tipu. Romantik bagai. Dusta tu!” cebik Azan. Kak Roziah sengih.

“Hek eleh.. diri sendiri tak romantik nak marahkan hero dalam novel akak tu pula. Kau tahu tak, kalaulah kau macam hero dalam novel tu, mesti perempuan berebutkan kau  punyalah” sengih Kak Roziah lagi.

“Best sangat ke jantan tu?” soal Azan lagi. Kak Roziah menggetap bibir. Jantan..jantan.. dia ingat hero aku ni anak ayam ke apa?. Dah lah mata kuyu macam baru kena sembur dengan spray nyamuk!.

“Akak tahu tak?. Perempuan dalan hidup saya ni dah tak suka saya. Dah pujuk tapi tak jalan. Tak tahu nak buat macam mana lagi” rungut Azan.

“Ha!!!” Kak Roziah mengangkat jari telunjuknya ke atas. Dia teringatkan sesuatu.

“Kisah kau sama dengan novel yang bertajuk janji. akak ada beli dua tahun lepas. Hero dia berusaha sampai dapat balik awek dia” cerita kak Roziah bersungguh – sungguh

Anak lelaki kak Roziah  baru sahaja masuk ke dalam rumah. Kak Roziah terus menjemput Azan masuk ke dalamm bilik bacaan rumahnya. Mencari novel janji yang diceritakannya itu. Sebaik sahaja pintu dikuak, terbeliak mata Azan dibuatnya.

“Ini nak lelong ke apa ni kak?. Banyak nya!!!!” hampir terjerit Azan.

“Banyaknya jantan nak kena buat research ni”  bebel Azan.

Roziah mengambil sebuah novel yang dibalutnya dengan kemas. Novel itu diserahkan ke tangan Azan.

“Baca!”

“Engineer macam saya baca novel?” Azan buat muka pelik.

“Dah ambil kan?. Pi main jauh – jauh. Akak nak siapkan candle light dinner untuk akak dengan abang Zaharuddin. Akak nak hantar anak ke rumah akak long akak dekat taman perumahan sebelah” senyum, Kak Roziah.

“Amboi! Candle light dinner konon!. Ada lampu tak mahu guna. Tak faham” geleng Azan. Dia terus keluar sambil memegang novel milik Kak Roziah.

“Lagi satu..” pesan kak Roziah.

“Jangan lipat, koyak atau conteng.. mengerti?”

Azan menggaru – garu kepalanya.

Eleh Kak Roziah tu, kata laki dia romantik konon!. Mana ada orang melayu yang romantik!.. aku skodeng baru tau, cebik Azan. Tiba – tiba dia senyum meleret.


Matanya terkebil – kebil membaca bab satu yang masih belum habis. Dia menggaru kepala.

“menghiasi lantai rindu dengan haruman.... huwaaaaa!!!!!!” Azan menguap. Dia ke bilik air untuk membasuh muka.

“Aku tak faham, orang perempuan ni!!” dia menggaru – garu kepalanya.

“Aku mesti belajar dengan betul, bukan baca novel macam ni” rungutnya. Dia menyelak langsir dan mengintai ke bawah. Kelihatan kak Roziah sudah pun berpakaian cantik. Bersalaman dan mencium tangan Abang Zaharuddin dengan senyuman manis. Saat melihat Abang Zaharuddin menyentuh kepala Kak Roziah sambil mengucup kening wanita istimewa di hatinya itu, hati Azan sedikit terusik.

“Sweet..ish! apa yang aku sweet mweet ni!!!” Azan menampar bibirnya sendiri.

Azan berjalan ke hulu ke hilir..

Serba tidak kena.

Berdosa ke tidak skodeng ni?. Tapi untuk pendidikan kebahagiaan cinta ok lah kut!, Azan mula berkira – kira.

Tapi lampu semua padam yang aku nampak cahaya lilin. Kalau diorag buat yang tak patut aku tengok?...... tutup matalah Azan!!!! Dia menepuk dahinya.

Perlahan – lahan dia memanjat tembok di antara rumahnya dengan rumah Kak Roziah. Bunyi tawa manja kak Roziah membuatkan bibir Azan mengukir senyum.

“Gatal juga Kak Roziah ni” bicaranya sendiri. Azan tersengih apabila langsir di tepi pintu sliding rumah kak Roziah sedikit terselak dan tingkap yang sedikit terbuka membuatkan Azan mendengar segalanya dengan jelas. Dia tersenyum

“Betul ke sayang?” soal Abang Zaharuddin. Kak Roziah tunduk malu. Cepat – cepat Abang Zaharuddin  menacapai tangan Kak Roziah. Dikucupnya dua tiga kali.

Kak Roziah mahu ke dapur, Azan kira mungkin Kak Roziah mahu mengambil sesuatu untuk ditambah ke atas hidangan yang cukup sempurna hiasannya. Pencuci mulut, mungkin!.

Tangan Kak Roziah ditarik sewaktu dia mahu ke dapur. Kak Raziah memandang Abang Zaharuddin dengan senyuman.

“Jangan lama – lama, sayang. Jangan biarkan abang mati kerinduan di sini” senyum Abang Zaharuddin.

“Abang ni kan, malulah”

Abang Zaharuddin tersenyum. Dia ketawa kecil. Azan yang sedang mengintai mereka tersengih – sengih sendiri.

Kak Rozaih membawa sesuatu di dalam piring. Dia meremung wajah suaminya yang masoh lagi senyum.

Abang Zaharuddin bangun dan terus memimpin tangan Kak Roziah duduk di atas sofa. Betul – betul berhampiran dengan Azan. Cepat – cepat Azan menundukkan kepalanya. Dia menginntai lagi.

“Mencintai sayang membuatkan abang rasa seolah – olah lelaki lain di dunia ini hilang segala tuahnya. Bila lihat senyuman sayang ni..” Abang Zaharuddin tidak mahu meneruskan ayatnya tetapi dia hanya mengusik sedikit bibir Kak Roziah. Abang Zaharuddin diam. Dia tersenyum. Sengaja mahu memancing rasa ingin tahu di hati Kak Roziah.

“Abang.. apa dia!!” kata Kak Roziah. Mula mencubit manja dan Abang Zaharuddin ketawa kecil. Azan juga ketawa kecil walaupun tanpa suara.

Abang merenung tepat ke dalam anak mata Kak Roziah. Di belainya pipi Kak Roziah.

“Hmm.. tak sabar rupanya sayang abang ni. Dah lama kahwin pun masih manja seperti dulu” satu lagi ciuman hinggap di dahi Kak Roziah.

Azan menelan air liur. Jangan aksi lain sudahlahh....

“Sungguh... setelah kita bersama – sama mengharungi segalanya, sayang makin membuka mata abang seluas – luasnya. Membuktikan pada abang wanita terindah itu wujud dan yang hebatnya ,wanita itu menjadi milik abang dulu kini dan selamaya. Sayang tahu...” Abang Zaharuddin masih mahu bermain tarik tali dengan kak Roziah . masih membiarkan ayatnya tergantung.

Abang Zaharuddin senyum lagi. Kali ini tangannya mengusap lembut kepala kak Roziah yang masih bertudung.

“mata sayang menggetarkan jiwa abang” Abang Zaharuddin menyentuh mata Kak Raziah yag sudah pun terlentok di bahu Abang Zaharuddin.

“hidungmu sering mengesan rasa rindu abang buatmu, sayang” hidung Kak Roziah pula disentuh. Terdengar ketawa kecil Kak Roziah.

“Dan...”

“Abang!!!!” Kak Roziah menahan gelak. Abang Zaharuddin menggeleteknya sehingga dia ketawa tanpa henti. Sebaik sahaja kak Roziah berhenti ketawa, Abang Zaharuddin terus mengangkat tubuh langsing itu menaiki tangga.

“Nak ke mana pula tu?” soal Azan. Dia mengeluh. Dia memanjat semula tembok dan terus masuk ke dalam rumahnya.

Dia tersengih – sengih.

“Tak sangka Abang Zaharuddin tu. Padanlah Kak Roziah tu gila novel!!!”

Azan terus menutup matanya.

Esok aku nak curi ayat Abang Zaharuddin!.. nekadnya.

                          ****************

Azan melihat dengan tekun helaian demi helaian novel milik Kak Roziah. Shuada mengerutkan keningnya. Dia menghampiri Azan. Pecah tawanya apabila melihat Azan sedang membaca novel cinta.

“La... kau buat tabiat ke Azan. Sempat bertaubat tak ni?. Ke kau ni demam kepialu?” kutuk Shuada. Azan sengih. Dia menepuk – nepuk kerusi di sebelahnya.

Shuada duduk.

Kau dengar ya..

“Matamu itu menggetarkan jiwa..”

“Uwekkkk!!!!!” Shuada ketawa lagi.

“Aku nak termuntah!! Tolong!!!tolong!!!” sengaja Shuada berlari anak pergi ke dapur kafe. Azan getap bibir.

“Tak apalah kalau tak nak tolong aku tapi tak payahlah sampai muntah keladi segala” jerit Azan dan Shuada keluar semula. Dia tersenyum nakal.

“Sensitiflah pula..ya lah. Aku tahulah kau nak berlatih. Ha.. mula!” arag Shuada. Nor Hasinah dan Rafika terus mendekati. Azan memejam matanya. Berdehem berkali – kali.

“Matamu menggetarkan jiwa..”

Shuada, Nor hasinah dan Rafika terus menggegarkan tub uh mereka.

“Grrrr...gerrrrrr..grrr” usik mereka. Azan membuka matanya. Ah! Lantak!

“Hidungmu membuatkan aku...aku...aku..” Azan menggaru – garu kepalanya.

“Soh seh soh seh...” usik mereka pula. Nor Hasinah dan Rafika bantai gelak lagi. Shuada sengih. Muka Azan sudah berubah.

“Azan.. romantik ni sifat semulajadi. Kadangkala kalau kita ni memang tak romantik pun bila kena pada waktu dan tempatnya.. semuanya akan menjadi sendiri. Tak payahlah kau hafal ayat cinta di kafe ni. Setahu aku hani tu pun tengah angin kan” senyum Shuada.

“Tapi Abang Zaharuddin tu buat Kak Roziah tu cair..kau tau tak?” jeling Azan.

“Kau skodeng?” serentak mereka bertiga menyoal. Rafika siap membulatkan matanya.

Azan kelam kabut mengambil novel dan dompetnya. Dia terus berlari naik ke pejabatnya.

Azan termenung lagi dan Nurul Syahirah hanya mempu memandangnya dari jauh.

Cari pasal lagi!!!!... geleng Nurul Syahirah.

                                                    **********

Kurnia dan Jeeta menunggu Hani di bawah pejabatnya. Mereka mahu makan malam bersama Hani dan rakan pejabatnya Nur Fadzli Amirah. Melihat sahaja kelibat Azan menghampiri mereka, Kurnia sudah tersenyum lucu.

Nur fadzli Amirah yang turun dahulu membulatkan matanya apabila melihat Azan datang menghampiri mereka dengan novel cinta di tangan.

Hani sedikit terperanjat. Dia mengerutkan dahinya.

Nampak sangat tidak kena waktunya untuk Azan meluahkan kata cinta yang baru dihafalnya dari tadi.

“Hani sayang... mari sini” Azan menggamit – gamit tangannya memanggil Hani dengan senyuman. Kurinia dan Jeeta menolak tubuh Hani untuk mendapatkan Azan.

Dia berdiri betul – betul menghadap Azan. Matanya tajam merenung wajah lelaki di hadapannyaa itu.

“Ehem... Hani, mata mu menggetarkan jiwaku, hidungmu memnuatkan aku..”

“Sudah!!. Lepas kau sakitkan hati aku, kau nak bagi madah cinta kau yang kau ciplak entah dari mana ni!!!. Aku benci! Muktamad!” Hani berpaling.

“Sekurang – kurangnya aku berusaha dan tidak terus berhenti seperti kau berhenti mencintai aku” kata Azan.

Kaki Hani berhenti melangkah. Dia masih mahu mendengar.

“Ya.. aku ciplak dari seorang lelaki yang sangat menyayangi isterinya. Aku ciplak ayat tetapi tidak akan perasaan ini.Dari rumah aku menghafal kata – kata cinta lelaki yang mula aku sanjungi ini agar aku dapat cinta aku kembali. Aku mahu kau juga bahagia seperti isterinya dan aku dapat membahagiakan kau seperti mana dia membahagiakan isterinya. Aku ingin sekali dapat senyuman kau sebagai hadiah di atas usaha aku. Aku bodoh... benar – benar bodoh. Meminta kau mendengar sesuatu yang kau tidak mahu dengar. Aku mencuba dan terus mencuba tetapi jika cinta kau makin menjauh dari aku.... aku harus belajar melupai kau mulai sekarang. Aku akan lebih terluka berbanding kau yang terluka walaupun hati aku, cinta aku itu tidak pernah walau sesaat mengasingkan cinta dan nama kau di hati aku”

Hani memejam matanya.

Azan terus berlalu. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus pulang ke rumahnya. Jeeta dan Kurnia menghampiri Hani.

Nur Fadzli Amira menepuk perlahan bahu hani.

“rasanya kalau nak kejar pun boleh sebab polis trafik dah pergi dah. Boleh pecut” senyum Kurnia.

“Aku nampak keikhlasan dia, Hani” Jeeta mencelah.

Hani terus masuk ke dalam keretanya. Cuba mengejar Azan tetapi jejak azan sudah hilang dari pandangan matanya. Dia tidak tahu tempat tinggal azan yang baru.

Hani menampar pipinya berkali – kali.

“Aku suka!!! Aku gembira kau mencuba, sayang!!!!” jerit Hani.

Dia termenung sendiri di dalam kereta. mendengar bunyi bumbung kereta yang di basahi hujan. Berirama sedih seperti hatinya.

                         *******************





Azan sedikit sugul. Nur Faatinah mengeluh.

“Manalah perginya Azan yang perasan macho tu?. Hilang dah ye?” usik Nur Faatinah. Azan memandang Nur Faatinah.

“Kau kahwin dengan aku sajalah” kata – kata Azan itu membuatkan Nur Faatinah tersentak.

“Ish... malas nak layan!” dia terus masuk ke dalam pejabatnya semula. Nampak sangat Azan tengah keliru. Macam orang sakit mental pun ada.

“Azan! “ jerit Nurul Syahirah. Azan mendekatinya dengan pandnagan yang sayu. Sedih benar!

“Ni ada orang hantar kad” Nurul Syahirah menghulurkan sekeping kad yang besar buat Azan. Tanpa sampul. Mungkin tak ada sampul untuk kad buatan sendiri yang saiznya sebesar kanak – kanak berusia tiga tahun.

“Cikgu sekolah mana yang bagi aku kad ni?’ soal Azan. Dia terus membukanya.

SUATU HARI SEORAN BUDAK LELAKI MEMUJUK SAHABATNYA DENGAN SEKEPING TOSEI DAN SEBUNGKUS TEH PANAS. MUNGKIN HARAGANYA MURAH TETAPI AMAT MAHAL BAGI BUDAK PEREMPUAN ITU. HINGGAKAN STRAW DAN PLASTIKNYA MASIH DI SIMPAN. SEKEPING TOSEI ITU IBARAT SEKEPING HATI BUDAK LELAKI TERSEBUT WALAUPUN TANPA CORAK ..TANPA WARNA. AIR TEH ITU SEDIKIT PAHIT TETAPI APABILA MENERIMANYA DARI SEORANG LELAKI YANG AMAT DIKASIHI... RASA PAHIT ITU HILANG BEGITU SAHAJA. RASANYA MANIS BUAT BUDAK PEREMPUAN ITU SEMANIS DAN SETEGUH CINTANYA...

STRAW ITU DI BAWAH INI. LIHAT .. BAGAIMANA BUDAK LELAKI ITU MENGGULUNG STRAW ITU DAN MENYURUH BUDAK PEREMPUAN ITU MENJENTIKNYA. DENGAN KUAT BUDAK PEREMPUAN ITU MENJENTIKNYA HINGGA BERBUNYI...... KUATKAN?. BUDAK LELAKI ITU KETAWA DAN MEMUJI  BETAPA KUATNYA JARI BUDAK ITU MENJENTIK...

BUDAK LELAKI ITU TIDAK TAHU KEKUATAN ITU DATANG BERSAMA RASA CINTA.. SEKUAT CINTANYA BUAT BUDAK LELAKI ITU...

SEHINGGA KINI...

Azan membelek starw belang merah yang pernah dijentik oleh Hani suatu ketika dulu. Plastik tosei mamak yang masih berlipat itu juga dibeleknya.

Lukisan belon merah dan biru di renungnya. Dia ketawa apabila terpandangkan ayat lain di bawah kad itu

- hei hani kalau aku nak cari perempuan, aku nak cari yang pandai makan tosei macam kau sebab bila aku makan tosei tu walaupun bersama dia aku akan sentiasa mengingati kau- ..... kata 2 budak lelaki itu yang amat menyakitkan hati

Maafkan budak perempuan itu kerana terlalu ego
Dia tidak lupakan budak lelaki itu malah makin mencintainya.
Seharusnya budak lelaki itu tahu.. setiap jelingan budak perempuan itu beserta sejuta rasa kasih dan seribu tanda cinta....

“Encik Azan sudi keluar dengan saya?” Hani masuk ke dalam pejabat.

Azan memicit pangkal hidungnya. Rasa mahu menangis pun ada.

“Aku cintakan kau Hani!!!! Kau tahu tak!!!! Kenapa seksa au macam ni!!! Kau tahu tak aku ni rasa macam nak terjun lombong bila kau buat aku begitu!!!” Azan menggoncang – goncang tubuh Hani.

“Aku cintakan kau” kata Hani.

Azan mahu menarik Hani ke dakapannya tetapi cepat – cepat Nurul Syahirah berdehem.

“Tunggu kahwin ye?” Nurul Syahirak menjungkit kening berkali – kali. Azan gelak.  Dia cubit pipi hani berkali – kali. Hani tersenyum.

Sakitlah! Tapi kesakitan itu pergi bila melihat kau seceria ini, sayang!..... Hani masih tersenyum.

4 comments:

  1. hahaha!!! gelak besar ni...yeah!!! kak iza dh kembali...tp akk hutang banyak hari ya...dekat 2 minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaa.. ala sorry le cayang..
      bz tahap ultaman taro ni!!!..
      x per, ina pilih nak baca apa esok, akak buat. ini betul1 buat... cpt reply

      Delete
    2. KTCT dululah...tq kak...

      Delete
    3. wokey... tunggu ye...
      hari ni akak update <3

      Delete