Sunday 28 April 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 22


BAB 22

Seri menggosok – gosok  tangan Fuad, sesekali dia tersenyum dan senyumannya itu menimbulkan rasa pelik di hati Fuad. Tidak mahu berfikir agak lama, Fuad terus menyoal Seri. Sudah pasti untuk mendapatkan kepastian.

“Ok.. kalau tak gatal mesti nak minta sesuatu” teka Fuad, wajah Seri yang berseri –seri itu ditenung agak lama.

“Bulan depan Arjuna nak bertunang, kita balik Sarawak ya?” sengih Seri. Dan dan dia mengusap perutnya yang sedikit berisi. Pandai menggunakan anak di dalam kandungannya sebagai senjata.

“Kita pergi dengan semua. Aman sekali”

Fuad menjeling. Pulang ke Sarawak dia tidak kisah malah dia juga teringin sekali mahu mengeratkan silaturrahim antara dia dan keluarga Seri tetapi Aman?..... lemah betul Fuad mendengarnya.

“Budak kurang kalsium tu pun nak ajak ke?” soal Fuad lagi. Seri ketawa besar. Tangan Fuad ditampar manja. Seri tidak mahu menjawab tetapi sebaliknya terus meninggalkan Fuad di sofa sendirian. Dia mahu masuk tidur.

“Nak ikut!!!!” jerit Fuad.

“Tak payah” jawab Seri dan terus naik ke atas. Fuad tidak peduli, dia terus mendapatkan Seri yang terus mengunci pintu dari dalam.

“Kenapa sayang tak bagi abang masuk ni?” soal Fuad. Pintu diketuk berkali – kali. Setelah beberapa minit, barulah pintunya dibuka.

“Kenapa sayang?”

“Saja” jawab Seri.

“Pelik!”

“Apa pelik pelik?” marah Seri. Fuad sengih. Jam di dinding sudah tepat 12 malam. Fuad menarik selimut ke tubuh Seri yang masih memandangnya.

“Abang.. nak minum air jus” tiba-tiba Seri bersuara. Fuad mengangkat keningnya dan terus duduk di sisi Seri.

“Nak jus apa sayang?”

“Epal”

Fuad keluar dan terus menuju ke dapur. Terdengar suara Aman dan Zalina ketawa di ruang tamu. Fuad naik rimas dan digarunya kepala berkali – kali. Nampak sangat dia tidak mahu  melihat drama cinta antara Zalina dan Aman.

Fuad mahu terus naik ke atas tetapi langkahnya terhenti apabilaa terdengar namanya disebut oleh Aman.

Berani kau sebut nama aku ya?....

Fuad mengintai di sebalik dinding.

“Beri sajalah pada Abang Fuad” desak Aman.

“Tapi abang Fuad tak mahu. Kalau kita beri duit ni, nanti dia kecil hati” bangkang Zalina. Aman mengeluh.

“Ingat best sangat hati dia nak kecil – kecil begitu?. Dia nak jadi bapak orang dah tau” kata Aman. Mata Fuad membulat. Suka – suka hati betul Aman tu!.

“Ini wang nafkah untuk sayang. Wang untuk Abang Fuad tu kita beli barangan dapur ya?.” Pinta Aman. Fuad mengangkat kening.

“Sayang... meh tangan” Aman mengucup dahi Zalina. Fuad  menggeleman tetapi masih mahu melihat.

“Ini hadiah untuk sayang. Abang nampak masa kita pergi ke mall bulan lepas, sayang nak sangat rantai ni. Sayang tak cakap tapi abang tahu. Masa tu abang tak ada duit jadi abang tangguhkan dulu. Duit jual Tupperware, jual baju dan semua yang abang jual tu, abang dapat belikan untuk sayang” senyum Aman dan Zalina terus memeluknya.

Fuad tersenyum dan ada sedikit rasa kagum buat Aman yang sememangnya begitu menyayangi Zalina. Dia ingin naik ke atas tetapi namanya di sebut lagi.

“Abang Fuad tu kerek betul dengan abang. Kalau ikutkan hati memang abang picit – picit hidung dia tu. Rambut pacak – pacak konon. Yang abang tak tahan bila dia pandang Kak Seri. Budget romantiklah konon..hahahhaha” gelak Aman.

“Abang.. tak baiklah!!!” marah Zalina.

“Eleh... betul apa?”

“Apa yang betul?” Soal Fuad dan Aman terus terkedu. Tidak berani menoleh ke arah abang iparnya yang sudah pun duduk dihadapannya setelah Zalina bangun.

“Kau dah gaji?” soal Fuad.

“Dah abang”

“Esok belanja makan. Duit sewa tak payah bayar. Belanja makan sudah!. Ni .. lagi satu, kalau nak kutuk aku pun, jangan kutuk dalam rumah aku.. pergi kutuk luar dari pagar rumah ni” jeling Fuad.

Aman hanya tunduk. Tidak berani langsung menentang mata Fuad. Setelah Fuad naik ke atas, Zalina mentertawakan Aman sekuat hatinya.

2 comments:

  1. terima kasih banyak ya baby mio..
    ikuti SCDS sampai sekarang. sayang banget...sama baby mio

    ReplyDelete