Friday 5 April 2013

kasih tunggang cinta terbalik(ktct) - bab 6


BAB 6

Abang Zaharuddin yang baru sahaja mahu menyuap nasi ke dalam mulutnya itu sedikit terperanjat. Hilang seleranya waktu itu apabila melihat Azan tergopoh gamah mendapatkannya di meja makan. Dia mengurut – ngurut dadanya berkali – kali.

“Abang.. aduh... abang!!” Azan tercungap – cungap.

Kak Roziah terus menghulurkan air kopi ke tangan Azan yang baru dibancuh oleh anaknya tadi. Azan meneguknya. Mata Azan terbeliak. Air yang baru sahaja masuk tadi terus tersembur keluar. Nasib baik Abang Zaharuddin sempat menarik Kak Roziah ke ribaannya. Kalau tidak, sudah tentu muka Kak Roziah penuh dengan air kopi yang bergaram itu.

“Akak nak sabotaj lelaki malang ni ke?” berkerut dahi Azan. Kak Roziah merasa air kopinya. Dia ketawa besar.

“Yang panik sangat ni kenapa?” soal Abang Zaharuddin.

“Cam gini bang...” Azan macam nak semput di buatnya. Apa yang diberitahu oleh Rafika dan Jeeta itu sedikit mengejutkannya. Ada pula lelaki nak caras saya yang dah tentu – tentu tunang dia”

“bertenang k.. small metter beb!”

Terbeliak mata Kak Roziah mendengar ayat abang Zaharuddin.

“Sayang....” Kak Roziah mencubit pipi Abang Zaharuddin.

“Kenapa sayang?” soal Abang Zaharuddin pula. Kak Roziah terus duduk di sebelah Abang Zaharuddin. Tangan Abang Zaharuddin di pegang.

“Macam ada style!”gelak kak Roziah. Abang Zaharuddin berbisik sesuatu ke telinga Kak Roziah dan dia ketawa manja. Azan terlopong di situ.

“Betul?” soal Abang Zaharuddin sambil merenung mata Kak Roziah. Azan menggaru – garu kepalanya..

“Betullah sayang” jawab Kak Roziah. Macam Azan tak wujud sahaja pada waktu itu.

“Weiii... ni nak mesra – mesra pergi bilik ye. Masalah saya ni abang...” rayu Azan.

“Kau tahu tak?. Lelaki mesti tenang. Wanita lebih tertarik dan lebih bergantung pada lelaki yang tenang. Bila lelaki tenang, wanita akan rasa selamat di sisi kita” terang Abang Zaharuddin.

“Abang....” Kak Roziah buat muka bangga dan terharu.

“Ish... akak pergi dapurlah!” marah Azan.

“Apasal pula?. Nak marah orang lak” jegil Kak Roziah. Azan membetulkan duduknya.

“Ya lah... pantang Abang Zahar cakap, kagum saja muka tu!. Poyo betul” jeling Azan.

“Kau jangan nak sound isteri tercinta aku macam ni. Aku tak tolong karang. Kak Roziah ni nyawa aku, kebahagiaan aku. Kau cakap lagi aku cepuk kau” marah Abang Zaharuddin.

“Abang...” Kak Roziah memegang pula pipi Abang Zaharuddin. Azan menepuk dahinya.

“Tolonglah!!!!!!” Azan terus menarik tangan Abang Zaharuddin ke luar rumah.

“Abang bincang kat luar ya sayang?. Sayang kan nak bersiap pergi dating dnegan Hijab kalbu kawan sayang tu ” senyum Abang Zaharuddin.

“Ok.. take care tau. Jaga diri baik – baik. Jangan lupakan sayang abang ni tau” pesan Kak Roziah. Kali ini Azan memandang Kak Roziah dengan wajah yang hampir menangis.

“Kak..... Abang Zahar ni duduk kat luar je kak!. Bukannya pergi Vietnam ke.. dekat luar pun nak kena jaga diri baik – baik ke?” Azan menggaru – garu dengan kuat kepalanya. Roziah gelak besar. Dia sebenarnya sengaja mahu mengenakan Azan yang tak habis – habis dengan masalah cinta!. Kak Roziah naik ke biliknya. Lagi beberapa jam dia akan bertemu dengan sahabatnya. Berbicara tentang novel bersama sahabatnya, Hijab kalbu itu benar – benar membuatkan hatinya gembira

                                               **********

Semuanya menjadi mudah kerana kak Roziah dan Abang Zaharuddin juga di jemput ke majlis hari lahir Hani. Azan sudah menghafal apaa yang akan diucapkannya kepada Hani. Setangkai bunga ros dipegang kemas.

“Ok... go” kata Abang Zaharuddin. Hani senyum lebar apabila terpandangkan Azan mendekatinya dengan setangkai bunga ros di tangan. Belum pun sempat Azan tiba,  seorang lelaki yang lebih tinggi, kacak, putih dan bergaya memintasnya. Azan termangu – mangu melihat jambangan bunga yang besar itu. Azan memandang bunga ros merahnya yang hanya setangkai. Itu pun togel tak berbalut seperti yang lain. Kak Rozaih mencuit pinggang Abang Zaharuddin.

“Abang dah ajar. Biar dia uruskan” bisik Abang Zaharuddin sambil mengunyah sandwich tuna.

“Kita nak buat apa?” soal Kak Roziah. Abang Zaharuddin gelak.

‘’Sayang makanlah.. nanti saya sakit perut pula kalau lapar”

Kak Roziah terus membuka mulutnya. Abang Zaharuddin gelak. Terus disuapnya sandwich tuna itu ke dalam mulut Kak Roziah.

“Encik Zamil... terima kasih” Hani menyambut jambangn bunga itu dari tangan Zamil. Azan sedikit terkilan. Sampai hati Hani tidak mahu menyambut bunganya yang setangkai itu. Azan memandang Hani.

“Please temankan saya ambil air. Malulah” kata Zamil.

Hani mendekati Azan dan menyuruh tunangnya itu tunggu sebentar. Hampir setengah jam dia menunggu hani di situ. Tanpa makan dan minum. Kasihan pula Kak Roziah melihat Azan yang duduk di situ bersendirian. Cuma Kurnia dan Jeeta sahaja yang sekali sekala datang mempelawa.

Abang Zaharuddin terus mendekati Hani yang sibuk berbual dengan majikan barunya itu.

“Abang nak cakap sikit” tenang sahaja suara Abang Zaharuddin. Hani menghadap sepasang suami isteri itu.

“Hani jemput Azan atau tidak?” ringkas sahaja soalan yang keluar dari mulut Abang Zaharuddin. Hani mengangguk.

“Layan juga dia seperti tetamu yang lain. Membiarkan dia duduk sendirian di situ tidak manis sebagai tuan rumah apatahlagi dia bakal  suami Hani”

Hani terdiam. Dia memandang Azan yang masih lagi memegang bunga ros di tangannya. Azan bagun dan meletakkan bunga ros itu di atas meja. Dia keluar .

Hani mengejarnya hingga ke hadapan pintu lif.

“Azan!” panggil hani. Azan berhenti melangkah. Azan cuba mengawal reaksi wajahnya. Dia mahu menjadi lelaki seromantis yang mungkin.

“Selamat hari lahir” senyum Azan. Hani mula rasa bersalah. Dia menarik tangan zan supaya masuk kembali ke dalam rumahnya tetapi Azan membatukan dirinya. Hani terkedu.

“Tak apa, esok aku nak ke tapak projek. Aku nak tidur awal. Haidah kau aku dah bagi pada Fika supaya dia terus letak di dalam bilik kau. Semoga gembira” senyum Azan. Dia memalingkan wajahnya.

“Aku mungkin agak kasar dengan kau sebelum ini tapi kalau kau masih ingat, di setiap majlis ku, kaulah orang yang sentiasa aku heret ke sana ke mari. Sentiasa!. Tak pernah aku meninggalkan kau walaupun sedetik” Azan memandang air mata yang sudah pun tumpah. Perlahan – lahan dia mengesat air mata itu daripada terus tumpah.

“Tak mengapalah... asalkan kau bahagia. Aku ada ucapan yang aku tulis dengan bantuan Abang Zaharuddin buat kau untuk aku bacakan di hadapan mereka. Aku mahu mereka tahu betapa cintanya aku pada kau tapi tak mengapalah aku akan luahkannya di sini sahaja. Di hadapan kau dan pokok – pokok di dalam pasu ni”

Hani tunduk. Bersalah yang amat sangat!

“Hani.. jika kau kata aku tidak pernah endah atau peduli akan rasa sakit, pedih, gembira, rindu dan sedih.. kau silap. Setiap kali kau menangis, hati aku juga begitu. Setiap kali kau ketawa, bibirku akan terus tersenyum. Biarpun aku tidak seperti mereka yang pandai bermadah cinta tetapi cintaku ini juga ada seninya yang tersendiri dan hanya kau yang dapat menikmati kehalusan seni hatiku ini. Aku cintakan kau...”

Azan terus masuk ke dalam lif. Hani terjelepok di lantai. Kak Roziah dan Abang Zaharuddin memegang bahu Hani.

“Dia kadang kala buat akak meluat tapi akak tabik usahanya dalam menjadi lelaki terbaik dalam hidup Hani. Dia berusaha keras, hani”

Hani memejam matanya...

8 comments:

  1. Tension azan dgn pasangan terlebih romantik ni ya.... Tolonglah.. Rayuan azan tu yg tak leh tahan dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...
      terlebih r0mantik itu best hehehe
      tq kak roziah :)
      <3 u

      Delete
  2. Azan gaya mcm brutal tp bila kluar ayat jiwang karat mau mengalir juga air mata ni...hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina hashim..
      jiwa tersontap sbb tunang x ambik tau tu...
      kadang2 tau lak dia merajuk hihiih
      tq dik ina
      <3 uuu

      Delete
  3. kenapa.. kenapa.. :'( ini yang buat hati terharu sampai nak menangis ni kak.. kasihan Azan.. *dah terlebih pula :D*

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalaalla..
      takpe terlebih.. akak suke!
      terima kasih ya Izzatul :)
      <3 uuuu

      Delete
  4. Kak kalau Hani tak nak si Azan tu pass kat sayalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahakha...
      nak ke?. boleh jer, kang di Irsyad marah lak ..
      terima kasih irna...
      <3 uuu

      Delete