Monday 1 April 2013

SERI CINTA DR SARAWAK - bab 15


BAB 15

BUAT KESAYANGANKU.... SERI SARAWAK
TERIMALAH KASIH DAN CINTAKU DI ATAS HADIAH YANG
TIDAK TERNILAI HARGANYA BUATKU...

SENYUMAN..
BELAIAN..
GETARAN...
KEMERAHAN WAJAHMU...
RENUNGAN MATAMU..
MENEWASKAN RASA EGOKU ...EGO SEORANG LELAKI..
SAYANGKU SERI SARAWAK...
AKU CINTA PADAMU...
BUKAN DARI DARI LAGU SITI ATAUPUN SHIELA MAJID..
TETAPI LAHIR DARI KU.. SUAMIMU,
YANG KACAK, BERKARISMA DAN SASA BAK HANG TUAH...

SAYANGKU SERI SARAWAK.
SUAMIMU INI TERINGIN NAK MAKAN CUCUR UDANG PLUS TAUGEH,..
BUATKAN YA..... MUAHHHH!!!

Ketawa Putih membaca bait – bait perkataan yang ditulis oleh Fuad sebelum dia pergi ke pejabat. Hari ini Seri tidak bekerja kerana menunggu abangnya, Arjuna tiba bersama mama dan papanya dari Sarawak dan.... Fuad tidak tahu akan itu. Sengaja Seri merahsiakannya dari pengetahuan Fuad. Kejutan!!

Fuad tersengih – sengih masuk ke dalam pejabat. Apabila terpandangkan hartini, Izzatul dan Baby Mio sedang menyuap cucur udang ke dalam mulut masing – masing, Fuad mencebik.

“Siapa buat ni?” soal Fuad.

“Aku, kau nak ke?” Hartini menyoal.

“Ish... tak mainlah cucur udang warna oren macam ni”

“habis, ada ke cucur udang warna kelabu , merah dan hijau?” baby Mio mengangkat kening. Dia tahu Fuad sedang berlagak.

“Seri buat cucur udang warna warni dekat aku. Siap ada bentuk udang lagi” Fuad menarik kerusi.

“Bos, nama pun cucur udang.. mestilah letak udang. Tak nak sudah!” jeling baby Mio. Sengaja ditariknya bekas makanan itu menghampiri Izzatul.

Fuad gelak dan terus masuk ke dalam biliknya. Panggilan telefon daripada Lya yang menjemputnya hadir ke majlis hari lahir Irna lusa, membuatkan Fuad senyum sendiri.

“Hari jadi ke tunang?”

“Fuh..fuh...fuh..ad! mana ada orang bertunang kat rumah bujang?. Kau jer nikah kat rumah kau sendiri. Patutnya kat rumah Seri. Ha.. bersedia ya, Fuad.. hahahahah” Lya gelak besar di talian. Fuad tidak mengendahkannya. Memang Lya selalu mengusiknya. Hampir setiap kali mereka bertemu.

Fuad pulang awal atas permintaan Seri. Dia membuka pintu rumah. Terus dikejarnya Seri dan memeluk tubuh isterinya itu kuat – kuat.

“Sayang abang sikit” Fuad memuncungkan mulutnya.

“Tak naklah! Kalau Arjuna nampak macam mana?” ketawa Seri.

“Alah.. pelangkung je Arjuna tu! Ingat abang takut sangat dengan parang kontot dia tu” gelak Fuad dan terus mendukung Seri. Dia berpusing.

“Abang!!!!” jerit Seri.

“Ya!!!!” Fuad menurunkan tubuh Seri.

“Twins tak balik lagi kan?” Fuad mengangkat kening dua tiga kali.

“kenapa?” soal Seri.

“Hahahahah” gelak Fuad.

“Jangan mengada. Ni, Seri nak beritahu ni...”
Bibir Putih di sentuh dengan jari jemarinya. Mula datang perangai ‘poyo’ tak ingat yang semulajadi ada di dalam dirinya itu.

“Sayang.. jangan diungkap lagi. Suara mu itu membuatkan tidurku hampir hilang lenanya. Aku merindui senyuman dan tawamu. Biarkan ia di ditu untuk aku mendengarnya. Jangan lepaskan sayang,... jangan...”

“Apa yang jangannya?. Parang aku kontot ya?” Arjuna merapati Fuad. Fuad menelan air liur. Mata Fuad beralih pula pada sepasang suami isteri yang sudah berusia. Dia tahu mereka siapa. Cepat – cepat Fuad mendapatkan mereka berdua. Senyuman Mak Zira yang lembut itu sedikit menyenangkan Fuad tetapi wajah Pak Shahid membuatkan hati Fuad sedikit  gundah. Serupa macam Arjuna!.

“Huh!.. nak buat semua tu dalam bilik. Hormatkan papa di sini”  Pak Shahid mengeluh. Benar kata Arjuna, menantu lelaki tunggalnya itu sedikir ‘krek’..

“Apa khabar papa?” tangan Pak Shahid dicium berulang kali sampai naik rimas Pak Shahid dibuatnya.

“Sudah!. Penat aku , baru sampai tengok aksi Hindustan. Nak speaking Sarawak pun payah!. Bukannya dia faham” rungut Pak  Shahid ke telinga Mak Zira.

“Menantu mama dah makan?””

Aduh... sejuk hati memandang ibu mertua aku ni... persis Seri. Penuh kelembutan! Bukan macam dua lelaki yang tengah pandang aku macam nak makan ni... Fuad cuba tersengih.

Seri sudah ceritakan segalanya pada Pak Shahid. Seri akui yang dia terpaksa memaksa Fuad . kalau tidak, dia akan diganggu Arjuna, bekas tunangnya itu sampai bila – bila.

Selepas makan malam, Pak Shahid duduk minum kopi bersama – sama Arjuna di luar rumah. Mereka yang bercakap menggunakan loghat mereka sendiri membuatkan Fuad tercengang – cengang. Bila Pak Shahid gelak, dia turut gelak. Bila Arjuna agelak juga dia turut gelak sama.

Fuad tidak tahu yang Pak Shahid dan Arjuna sedang mengutuk dirinya sepanjang perbualan itu. Kelakar pula Pak Shahid rasa apabila Fuad turut sama mentertawakan dirinya sendiri.

“Kesian pula..” kata Pak Shahid.

“Apa yang kesian?” soal Fuad. Dia mengangkat kening memandang bapa mertuanya itu.

“Kamu faham apa aku cakap tadi?”

“Tak!”

“Habis , kenapa gelak kalau tak faham?” soalan Pak Shahid itu membuatkan Fuad mati kutu. Dia memandang Seri yang sedang melipat kain di dalam rumah.  Matanya terkebil – kebil. Seolah – olah memnita simpati daripada Seri agar menyelamatkannya. Seri menoleh. Fuad gembira. Wajah sayu Fuad itu membuatkan Seri mengerti. Dia bangun mendapatkan tiga orang lelaki kesayangannya di luar rumah.

“Papa.. esok Fuad ada meeting. Jadi dia perlu tidur awal” Seri cuba menyelamatkan suaminya.

“Kenapa tak beritahu?” soal Pak Shahid. Wajahnya masih serius seperti tadi. Fuad mula mengambil kesempatan menunjuk akan kebaikannya. Dia berdehem.

“Ish... tak baik meninggalkan seorang bapa mertua di rumahnya sendiri. Fuad menghormati papa. Kalau papa tak bangun dari sini, Fuad tidak akan bangun. Itu adalah tanda hormat seorang menantu pada mertuanya” terang Fuad bersungguh – sungguh. Pak Shahid senyum. jerat Fuad mengena tetapi tidak Arjuna. Matanya mengecil memandang Fuad yang tersengih – sengih.

Banyak kau punya hormat! Kau kutuk aku parang kontot tu hormat sangatlah.. jeling Arjuna.

Seri menemani Fuad naik ke bilik mereka. Kasihan pula dia melihat Fuad di permainkan abang dan papanya yang sememangnya gemar mengusik itu.
Sebaik sahaja dia duduk di atas katil, tangan Seri ditarik  ke sisinya.

“Abang, takkan Seri nak tinggal mama dan papa di bawah?” Seri menolak lembut tangan Fuad.

“Ala.. alasan... janganlah kacau papa dan mama tu. Mereka nak bersama memadu cinta!” sengih Fuad.

“Abang!!! Gelilah.. tak baik tau cakap macam tu pada mama dan papa” pinggang Fuad di cubit.

“Ha.. nampak! Saja je nak sentuh – sentuh. Abang tak nak sudahlah” jeling Fuad.

“Abang ni mengada – ngada. Macam Arjuna juga”

“Haippp!!! Nama Arjuna jangan sebut!” Fuad menggoyangkan jari telunjuknya.

“Arjuna kita, bukannya yang itu”

“Yang kita ni lagi dasyat dari yang itu. Si parang ni lagi bahaya. Kahwinkan saja cepat – cepat” gelak Fuad. Seri berdiri tetapi tangannya di tarik semula.

“Dodoilah abang tidur....”

“Tak nak!”

“Iyalah...” Fuad terus memeluk bantal peluk dan memalingkan diri daripada memandang wajah Seri. Arjuna berdiri di muka pintu. Seri sengih.

“merajuk” Seri berbisik setelah menghampiri Arjuna. Sengih Arjuna mendengarnya. Perlahan – lahan dia baring di sebelah Fuad.

“Hmmm... tahu pun rindukan abang” kata Fuad walaupun masih belum memandang ‘Seri’. Tiba – tiba tangan Fuad bergerak – gerak ke belakang dan mengenai perut Arjuna. Berkerut dahi Arjuna di buatnya. Seri yang menyorok  di tepi almari tersengih – sengih sambil menekup mulutnya.

“Sayang... meh abang urut meh” tangannya mula meraba badan Arjuna.

“Kenapa leper je sayang?” soal Fuad. Tersengih – sengih . kononnya mahu bergurau. Tidak mahu memandang Seri. Arjuna sudah geli geleman.

“Meh abang...” dia berpaling..

Mata Fuad terbeliak! Tangannya masih lagi memegang dada Arjuna yang leper itu. Mata Fuad beralih pula ke tangannya yang sedang memegang sesuatu yang bukan haknya.

“Eeeeee... gatalnya kau ni!. Sudah! Geli aku!” Arjuna bangun dan menutup dadanya. Dia terus keluar dengan mulut yang terkumat kamit. Fuad terlopong. Dia menelan air liur beberapa kali. Wajah Seri direnung tajam.

“Sampai hati sayang! Jangan tegur abang lagi! Abang merajuk!!” Fuad terus menarik selimut.

Pujuk?. Tak kuasa Seri nak melayannya. Dia terus turun ke bawah dan tawanya boleh di dengari dengan jelas oleh Fuad.


3 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih adik baby mio :)
      <3 banyak2

      Delete
  2. poyo ar idea cik writter ni... adehhhh... dah ler akak baca kul 420 pagi ni.. dok terkekeh2 sengsorang... hahaha

    ReplyDelete