BAB
18
Fuad
berjumpa dengan Kak hijab untuk menyerahkan duit pendahuluan untuk majlis
perkahwinan Zalina. Wajah Fuad yang agak sugul itu membuatkan Kak HIjab tidak
banyak bertanya sebaliknya hanya mengeluarkan beberapa ayat yang penting
sahaja.
“Masih
tak dapat terima?” soal Kak Hijab.
“Insya
Allah.. semakin ok” senyum Fuad.
“Esok
jangan lupa ya kak” pesan fuad dan kak Hijab mengangguk faham.
***************
Zalina
diiringi Seri turun ke bawah. Dia kelihatan sangat anggun. Fuad sudah sebak
sebaik sahaja melihat Zalina memandangnya dengan penuh sayu.
Aman
masuk ke dalam rumah dan terus diduk di hadapan Fuad yang dari tadi menantinya.
Ada sedikit debaran di hatinya. Entah Fuad sudah menerimanya atau tidak. Fuad
yang sedang tunduk itu mendongakkan wajahnya.
“Dengar....”
seluruh rumah senyap sunyi.
“Aku
membesarkan Zalina dan Sulaiha sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa kami meninggal
sewaktu mereka memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Aku sudah mencuba
sedaya upaya aku untuk menjadi salah satu daripada itu.... sekurang – kurangnya”
Fuad tunduk kembali. Agak lama hinggakan Aman sedikit tidak selesa.
“Zalina
suka makan nasi ambang dan akulah lelaki yang akan pergi ke pasar untuk
mendapatkannya. Kalau tidak dia akan merajuk sepanjang hari. Walaupun kadangkala
aku terjatuh hingga berdarah lutut dan siku tapi aku sanggup lakukan apa saja
demi amanah yang aku pikul selama ini. “
Air
mata Zalina mengalir deras. Dia tidak kisah akan solekannya lagi. Seri
menggosok belakang badan Zalina perlahan – lahan. Lya merenung Fuad dari jauh. Dia
tidak seperti Fuad yang dia kenali.
“Zalina
tak sukakan ikan yang banyak tulang. Jadi untuk membuatkan dia makan dengan
selesa hingga kenyang, akulah orangnya yang akan menarik satu demi satu tulang
untuknya dan dia akan tersenyum sambil meme....” Fuad berhenti berbicara . Dia tunduk
sekali lagi. Aman lihat dengan jelas setitik demi setitik air mata Fuad jatuh
mengenai kain sampin yang dipakainya.
“Dia
akan memeluk aku dan berkata “Lina paling sayang abang. Lina akan jaga abang
sampai abang tua dan Lina akan buangkan tulang ikan seperti ini bila abang tak
berdaya nanti”
Haniff
memicit pangkal hidungnya. Cuba menyekat air mata lelakinya juga. Dia tahu
bagaimana sayangnya Fuad pada adik- adiknya.
“Berjanji
lah pada aku yang kau akan menyayangi dia sekurang – kurangnya seperti aku
menyayangi dia. Jangan kurang walau seinci sekali pun. Jangan kau layan
kemarahannya. Hatinya akan sejuk selepas itu. Jangan sesekali kau angkat tangan
kau untuk menyakitinya kerana tidak sekalipun aku menyakitinya walaupun sekadar
untuk mengajar. Selepas ini dia tidak.....” Fuad cuba mengumpul kekuatan
emosinya.
“Dia
tidak akan menjadi tanggungjawabku lagi. Kau yang akan mengambil segalanya dari
aku. Kau akan menyayanginya seperti mana aku. Kau akan melayan segala
kerenahnya seperti mana aku. Kau akan memujuknya dari terus merajuk sepertimana
aku. Kau akan menjaga maruahnya seperti mana aku... jika kau tidak sanggup
untuk memikul segala tanggungjawab ini, jujurlah pada saat aku hampir melepaskan
Zalina pada kau, Aman.” Mata Fuad yang sudah pun merah itu menentang tepat bola
mata Aman.
“Aku
tak mampu menjadi lelaki yang kasih sayangnya terlalu melimpah ruah seperti kau
untuk Zalina, bakal isteriku. Kasihnya kau pada bakal isteriku ini membuatkan
hati ku bulat mahu melindungi, menyayangi, membelai, memujuk dan memenuhi
segalanya buat dia, Abang Fuad. Nikahkanlah tanpa sebarang syak kerana tidak
mungkin aku akan tersasar jauh dari landasan apabila kasih sayang kau sentiasa
bersama dia” janji Aman. Fuad menekup
mukanya.
Fuad
menghulurkan tangannya. Aman menyambutnya dengan sedikit rasa gugup.
“Ahmad
Aman bin Yusuf. Aku nikahkan dikau dengan adikku....” Fuad terberhenti
lagi. Siti Sulaiha terus berlari naik ke
atas. Dia menangis di hadapan bilik Fuad. Hatinya sayu. Sayangnya pada Fuad
semakin menebal.
Zalina
bangun. Semua mata memandangnya. Dia melangkah perlahan – lahan dan duduk
bersimpuh disebelah Fuad yang tunduk dengan air mata yang mengalir laju. Suasana
sudah semakin hiba. Irna dan Lya mengesat air mata masing – masing.
Zalina
mengangkat dagu Fuad dengan senyuman walaupun air matanya turut sama berjuraian.
Air mata Fuad di kesat dengan jari jemarinya yang berinai. Ina Hashim memeluk
Seri yang turut sama menangis.
“Abang,
walaupun Lina pindah dari sini, namun kasih sayang abang masih bersama Lina. Begitu
juga sebaliknya. Siapa lagi lelaki yang boleh menyayangi Lina seperti abang?”
suara Zalina tersekat – sekat.
“Lina
tetap akan ceraikan tulang ikan itu untuk abang. Lina akan tetap meletakkan
abang di hati Lina. Kalau kasih sayang abang sebesar ini..” Zalina menggenggam
jari jemari Fuad.
“Kasih
sayang Lina pada abang pula sebesar ini” Zalina terus memeluk Fuad dengan erat.
Fuad senyum. dia mengesat air mata Zalina.
Dia
menghulurkan tangannya semula.
Dengan
sekali lafaz, Aman sudah pun menjadi suami Zalina yang sah.
“Ini
majlis pernikahan yang aku tak dapat lupa sampai mati” bisik Aida ke telinga
Seri. Hartini yang ada di sebelahnya mengangguk setuju.
Fuad
tidak keluar menjamu selera bersama mereka yang lain sebaliknya dia terus naik
ke atas dan memujuk Siti Sulaiha yang sudah pun meraung sewaktu Fuad memeluknya
tadi.
“Sulaiha
takkan tinggalkan abang” janji Siti Sulaiha. Melurut rambut Siti Sulaiha.
“Adik
kena juga tinggalkan abang demi kehidupan yang lebih sempurna tapi abang rayu
janganlah dalam masa yang terdekat ini. abang tak mahu kehilangan adik abang
yang satu ini pula”. Siti Sulaiha mengangguk.
Seri
yang berada di muka pintu menepuk bahu mereka berdua.
“Jangan
kejam pada Zalina. Gembiralah di hari yang sepatutnya kegembiraannya diraikan”
kata Seri. Siti Sulaiha mengangguk dan turun ke bawah.
Seri
memeluk Fuad.
“Hmmm..
comel sangatlah sayang menangis. Ini baru adik, kalau baby dalam perut Seri ni
kahwin, mesti abang terjun sungai” gurau Seri.
Fuad
hanya tersenyum dan terus mengucup dahi Seri.
kenapa saya nangis ni !!!! sob sob sob.......
ReplyDeletehahaha
Deleteina, sori kalau x jadi. akak poning cari ayat. sbb bab feeling2 ni akak out ckit.
t.kasih ye
sayang Ina
apa pasal sedih2 ni kak? huhuhu T.T T.T
ReplyDeletehahaha..
Deleteadeh.. terpakso izzatul
x leh gelak jer kehkehkehke...
terima kasih izzatul yek...
sayang izzatul
waaaaa tak suka, akak suka buat saya menanges..huhuhuhuhu...pujuk balik...dgn sambungannya...
ReplyDelete