Monday 22 April 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - 19 & 20


BAB 19

Kasih sayang Aman terhadap Zalina membuatkan hati Fuad lega sekali. Dia kini yakin yang pilihan Zalina adalah tepat walaupun dia sedikit tidak berkenan dengan satu sikap Aman yang sedikit menyakitkan matanya. Suka benar Aman bermesra – mesraan dengan Zalina di hadapannya.

Matanya berbulu apabila melihat Aman sesuka hati sahaja memeluk tubuh Zalina di hadapannya dan Seri. Bgai Seri tiada apa tetapi tidak pada Fuad. Dia berdehem tetapi tidak dipedulikan llangsung.

“Aman!” suara Fuad sedikit tinggi. Aman dan Zalina terkejut. Terus tangannya menjauhi tubuh Zalina.

“Ada apa abang?’ soal Aman dengan lembut.

“Kau kalau nak buat aksi macam ni pun jangan depan budak bawah umur” jeling Fuad.

“Mana ada siapa , bang?” dahi Aman berkerut – kerut.

“Tu!!” Fuad menuding jarinya ke arah perut Seri yang masih belum membesar pun.

Zalina menekup mulutnya. Seri terus mencubit lengan Fuad.

“Ye lah.. dia bagi pengaruh tak baik pada anak kita yang soleh dan solehah tu tau” Fuad menggetap bibirnya. Aman sengih

“minta maaf ler Abang Fuad. Garang pula abang hari ni. Masa nikah dulu jiwa halus bukan main” usik Aman. Zalina cepat – cepat menutup mulut Aman. Fuad mengecilkan matanya.



“Kau bawa masuk bilik laki kau ni” arah Fuad. Aman hanya ketawa besar. Lagilah sakit hati Fuad di buatnya. Apa yang boleh dia buat?. Takkan nak ditendangnya punggung Si Aman tu. Seri dan Zalina ketawa besar. Selagi Aman belum dapat  membeli rumah, nampaknya mereka terpaksa menghadap pergaduhan ini setiap hari.

                                      **********

Lya dan Irna geak besar apabila melihat Fuad memimpin tangan Putih masuk ke dalam rumah mereka.

“Alah... perut pun belum nampak” perli Irna.

“Fuh...Fuh..Fuh...ad ni kan..” gelak Lya.

“ops... pembetulan dan peringatan.. jangan panggil aku dengan nama tu depna anak aku ya” Fuad menggoyang – goyangkan jari telunjuknya. Mereka yang kebetulan ada bersama mencebik. Doktor Irsyad yang baru sahaja tiba membawa sebakul buah rambutan buat Irna. Irsyad dan Fuad bersalaman.

“Tahniah” ucap Irsyad.

“Kau punya turn proses pembentukan janin pun tak lama lagi kan?” sengih Fuad. Lya, Adahlah dan Diela membantal ke arah Fuad.

“Tak senonoh!!!” jerit mereka semua. Seri hanya ketawa sambil tangannya sibuk memeluk lengan Fuad.

Sepanjang perbualan, Seri banyak membisu. Kepalanya sedikit pening dan perutnya mula rasa mual. Dia menggoncang perlahan tangan Fuad.

“Abang... Seri tak larat” adunya. Mata yang sedikit kuyu itu meyakinkan Fuad yang Seri tidak berapa sihat. Di sentuhnya dahi Putih. Sedikit panas.

Tengku Khairudin pulang ke rumah tanpa sempat menjamu hidangan yang dihidangkan tadi. Sampai sahaja di rumah, Seri terus pengsan di hadapan pintu. Kelam kabut Fuad pada waktu itu. Zalina dan Suhaila cepat – cepat membantu Fuad mengambil air dan mengipas Seri di sofa. Aman juga turut membantu dengan hanya memegang beg tangan. Marah betul Zalina pada waktu itu.

Aman membawa Seri dan Fuad ke klinik. Selepas membuat pemeriksaan rupanya Seri tidak makan langsung sejak dari pagi tadi. Dia mengakuinya sendiri. Kening Fuad berkerut. Dia memandang Seri yang hanya tunduk .

                               **************

“semuanya abang belikan. Peti ais kita penuh tapi kenapa Seri tak nak makan?” soal Fuad sebaik sahaja pulang ke rumah. Seri yang terbaring di atas katil itu membatukan diri.

“Seri tak sayang abang ya?” soal Fuad.

Seri menjuihkan bibirnya. Matanya sudah digenangi air mata. Sensitive pula dia sejak akhir – akhir ini. Fuad mula tidak keruan apabila air mata Seri itu mengalir ke pipinya.

“Eh..abang tak marah pun. Abang nasihat saja. Sayang... abang tak nak..”

Seri terus menyelubungi keseluruhan tubuhnya dengan selimut. Fuad menggaru kepala. Dia jadi tidak tentu hala. Seri mana ada merajuk sebegini seperti sebelum ini. Fuad menarik selimut tetapi Seri lebih kuat mencengkam hujung selimut tersebut.

“Seri kecil hati abang marah Seri” jawab Seri di sebalik selimut itu.

“Eh... tak, abang manja – manja saja. Macam kucing... meowww..meowwww” Fuad memegang bahu Seri. Dia cuba menariknya sekali lagi dan selimut itu pun melurut ke bawah. Melihatkan wajah Seri yang kemerahan akibat menangis itu hati Fuad jadi luluh. Terus dipeluknya tubuh Seri.

“Maafkan abang sayang..maafkan abang”  kali ini dia pula yang beremosi. Putih terkedu. Kasihan pula dia melihat Fuad yang seakan – akan besar kesalahannya.

“Tak terniat abang nak lukakan hati sayang” tubuh Putih masih tidak dilepaskannya.

“Abang...” panggil Seri perlahan. Fuad meleraikan pelukannya dan memandang Seri yang tersenyum manja. Kali ini tubuhnya pula di dakap oleh Seri.

“Abang comel” bisik Seri.

“Dah lama tahu” jawab Fuad dan kali ini Seri gelak besar.

Tak habis – habis perasan!.


BAB 20

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja Fuad akan menyuapkan sarapan ke mulut Seri. Dia tidak percayakan Seri.  Siti Sulaiha menggeleng kepala.

“Abang buat Kak Seri tu macam baby”

“Diamlah.. pergi je kolej tu. Budak – budak jangan masuk campur” jeling Fuad. Siti Sulaiha ketawa dan terus ememluk leher Fuad dengan manja. Sejak Zalina berkahwin  ini, Siti Sulaiha semakin manja dengan Fuad malah seklaipun Fuad tidak berasa kehilangan Zalina kerana adiknya itu akan menghubunginya setiap hari walaupun serumah. Sampai Aman pun turut sama.  Pernah Fuad marah kerana Aman menelefonnya sewaktu dia sedang bermesra dengan Seri. Walhal pada waktu itu, Aman di tingkat bawah. Suka benar dia mengusik Fuad.


Fuad dan Zalina sudah pun berpindah tidak jauh dari situ.

“Abang Fuad!!” Aman masuk ke dalam rumah. Fuad , Seri dan Siti Sulaiha memandang Aman serentak. Aman menggaru – garu kepalanya berkali – kali.

“Nak apa?’ soal Fuad. Dia berhenti menyuap Seri.

“Abang cakap dulu Lina makan ikan, abnag ceraikan tulangnya kan?” soal Aman.

Mereka semua mengangguk.

“Ikan apa bang?” soal Aman lagi. Dia nampak keletihan.

“Ikan terubuk!” jawab mereka serentak lagi. Aman mengurut – ngurut dadanya. Hampir sesak nafas di buatnya.

“Banyak tulang tu bang.......” rungut Aman.

“Habis kau ingat ikan apa?” soal Fuad kembali. Pinggan nasi goreng di letak ke bawah. Seri dan Siti Sulaiha sudah bantai gelak awal – awal lagi.

“Ingat ikan pari” cebik Aman.

“Ikan pari dia tahu makan sendirilah” Fuad tersengih. Melihatkan Aman yang sedang menghantuk – hantuk kepalanya perlahan ke meja makan membuatkan Fuad gelak besar.

“Ini mesti kau pun tak tahu makan ikan tu kan?” teka Fuad. Aman mengeluh. Dia kemudiannya berdiri untuk pulang.

“Ini abang punya pasal la. Kenapalah abang ajar dia makan ikan tu” rungut Aman. Fuad mengambil kain buruk dan terus mengejar Aman hinggalah adik iparnya berlari lintang pukang. Nasib kaulah Aman...

                                           ***********

“Abang.. Seri nak makan lemang” Seri memeluk lengan Fuad yang sedang menonton berita di televisyen bersama – sama Siti Sulaiha.

“Mana ada orang jual lemang. Lagi tujuh bulan ada lah” ujar Fuad. Seri tarik muka. Cepat – cepat Fuad bersetuju apabila melihat wajah monyok itu.

“Seri nak abang buat sendiri” pinta Seri lagi. Kali ini terus terlentang ke belakang. Suka betul Siti Sulaiha pada waktu itu. Dia juga tidak pernah melihat abangnya itu membakar lemang.

“Boleh tak?” rengek Seri. Fuad terpaksa mengangguk. Wajah pertama yang terbayang du ruang matanya ialah Aman. Memang kena tolong aku juga kali ni, kalau tidak aku lepuk kau Aman....

Keesokan harinya Seri tersenyem lebar apabila melihat buluh – buluh yang telah dikerat di hadapan rumahnya. Fuad yang sedang menyusun barang – barang di tepi itu di peluk dengan rasa cinta. Fuad terkejut.

“Seri sayang abang” kata Seri. Fuad senyum kelat. Main belasah sajalah.  Aman tiba dengan wajah yang berkerut – kerut. Zalina terus memeluk Seri yang sedang enak makan buah tembikai di bawah gazebo bersama – sama Siti Sulaiha.

Semua beras pulut sudah di isi. Fuad dan Aman berpandangan sesama sendiri.
Masing – masing tidak tahu tetai tak mengaku. Tunjuk lagak.

“Kita bakar. Orang kata bakar lemang tu lama. Sempat kita tengok movie bang. Aman ada beli dvd baru” sengih Aman. Fuad gelak. Setelah menghidupkan api, mereka terus masuk ke dalam rumah.

“Abang tak tengok lemang tu ke?” soal Seri.

“Tak payah. Nanti dia masaklah. Lagi sejam baru kalih. Kerja senang je tu” kata Aman sambil memegang kolar bajunya. Fuad mengangguk setuju. Seri hanya tersenyum. Dia naik ke atas untuk berehat. Tidak sabar mahu makan lemang air tangan Fuad.

Dua jam berlalu...

Seri terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising dari bawah. Dari jauh dia lihat kesemua adik ipar dan birasnya berlari ke sana ke mari. Siti Sulaiha yang perasan akan kehadiran Seri terus mencuit pinggang Fuad.

“Eh..sayang.. pergi masuk.. nanti abang bukakan lemang” sengih Fuad.

“Dah siap?. Kejap nya?. Bukan lebih lima jam ke?” soal Seri sedikit musykil. Akibat didesak berulang kali akhirnya Seri msuk ke dalam rumah.

“kau lah ni.. mana boleh api kuat” marah Fuad. Aman Cuma mengerutkan mukanya sahaja. Kepala yang tak gatal pun di garu berulang – ulang kali.

“Mana saya tahu, ingatkan nak cepat masak letak api kuat” Aman cuba  mempertahankan dirinya. Fuad mencangkung sambil merenung kesemua lemangnya yang sudah pun rentung. Siti Sulaiha dan Zalina tidak mahu masuk campur.

“Bang..” panggil Seri.

Fuad datang dengan senyuman. Dia menghulurkan sepinggan lemang hangus di hadapan Seri. Mukanya cuak. Memang Seri akan merajuk punya. Melihatkan wajah Seri yang tidak habis – habis berkerut ituu membuatkan Fuad kecut perut. Seri merasanya walaupun rentung.

“Abang... sedapnya!!!!” jerit Seri dan terus mengambil pinggan itu. Dia makan dengan berselera sekali lemang rentung air tangan Fuad dan Aman.

“Ha!!!!!” terperanjat mereka mendengar perkataan ‘sedap’ itu keluar dari mulut Seri. Fuad terduduk. Orang hamil ni memang pelik!!!...

4 comments:

  1. haha..klako!!! Aman tu mmg sengal!! Suka :)

    ReplyDelete
  2. fuad dpt adik ipar sama sengal...kak ... rindu kat BPU ye...sampai ada nama putih dgn tengku sekali...eeee...

    ReplyDelete
  3. tu ler pening gak baca tadi...smpai ngulang 7 kali ler baru faham...hehehehe

    ReplyDelete