Friday 26 April 2013

SERI CINTA DR SARAWAK -bab 21


BAB 21

Aman pulang bersama Zalina dari bersiar – siar. Di tangan Aman terdapat bungkusan besar KFC yang baru dibelinya sebelum tiba di rumah. Fuad yang baru sahaja pulang dari pejabat itu hanya memerhatikan sahaja. Seri dan Siti Sulaiha membantu Zalina mengatur ayam – ayam itu di dalam pinggan. Fuad bangun dan mengintai – ngintai dengan kening yang berkerut.

“ini je?” soal Fuad. Dia membelek – belek plastik yang hanya tingga kotak kosong. Fuad diam dan terus duduk di sofa.

“Abang.. Marilah makan. Penat saya keluarkan duit nak belanja ni” panggil Aman.

“Tak apa, makan saja. Abang dah kenyang” jawab Fuad tanpa menoleh ke belakang. Seri memandang Zalina yang masih lagi mengatur pinggan. Fuad memejam matanya. Ada rasa sedikit terkilan di hatinya. Mungkin Zalina sudah lupa... fikir Fuad.

Tiba – tiba lehernya dirangkul mesra. Fuad menoleh ke sisi. Zalina mengenyit mata sambil mengangkat bungkusan KFC yang lain di hadapan mata Fuad.

“Original resepi untuk abang tersayang” Zalina menarik tangan Fuad ke meja makan. Dicubit – cubitnya pipi Fuad. Siti Sulaiha ketawa besar.

“Abang ingat Lina dah lupa yang abang tak suka makan hot and spiecy ni kan?” Zalina mengangkat keningnya berkali – kali. Seri gelak. Terus Fuad mengucup dahi Siti Sulaiha dan Zalina.

“Epppppp.... ni apa cium dahi bini orang ni?” soal Aman. Fuad mula mengecilkan matanya.
“Kau cakap ni pasal adik aku tau?” soal Fuad kembali.

“Tapi ini isteri saya” balas Aman.

“Kang aku lepuk juga suami kau ni Lina” angin betul Fuad waktu itu. Aman gelak. Dia tersengih – sengih memandang Fuad.

“Gurau – gurau manja pun nak marah ke?. Nanti anak abang ikut muka saya kang” sengih Aman lagi.

“Hish! Tak ingin aku!... bukannya kau handsome pun. Hidung kembang macam pau terlebih air. Telinga dah macam piring astro” jawab Fuad.

“Abang..” Zalina menepuk lengan Fuad.

“Ye la.. mulut laki kau ni nak aje abang sental dengan berus dawai. Nak anak muka macam dia, beranaklah sendiri. Mak bapak baby dalam perut ni lawa tau” Fuad masih berdiri. Seri yang sudah bosan terus makan bersama – sama Siti Sulaiha dan Zalina.

“Abang ingat hidung abang tu mancung, kacak sangatlah?” Aman juga masih berdiri. Mereka berdua bertentangan mata.

“Dah memang aku kacak. Kalau tak, tak adalah Si Seri tu nakkan aku. Zalina ni je buta nakkan kau tu” balas Fuad,

“Abang ni dah lebih – lebih” marah Aman pula.

Seri terus mengunyah potato wedges tanpa mempedulikan mereka berdua.

“KFC ni saya yang beli tau” ungkit Aman. Dia tersenyum sinis.

“Rumah yang kau berdiri , tidur dan mandi ni rumah aku tau” balas Fuad. Pertengkaran mereka berlanjutan agak lama. Naik bosan Seri di buatnya.

“OK.. kemas!!!” jerit Siti Sulaiha. Terus mereka berdua memandang meja makan yang sudah pun siap dikemas. Aman meraba – raba meja makan itu sambil diperhatikan oleh Fuad.

“Mana ayam kitorang?” soal Fuad.

“Kak Seri habiskan” jerit Zalina pula.

“Ayam abang mana sayang?” soal Aman pula.

“Lina habiskan” jawab Siti Sulaiha tanpa dipinta. Zalina gelak besar. Fuad dan Aman terduduk di kerusi dan memandang wajah masing – masing.

“Abang yang nak sangat makan benda ni tadi” rajuk Aman dengan muncung yang panjang. Fuad mengangguk. Dia juga memang teringin benar tadi. Seri memeluk Fuad dari belakang.

“Seri ada dapat kupon KFC dari Lya yang di ambil dari Irna tempoh hari. Ambil ni dan pergi makan berdua kat KFC yek. Makan dengan muhibbah dan aman damai” Seri terus naik ke atas. Hilai tawa tiga wanita di rumah itu sememangnya menyakitkan hati mereka berdua.

                                          ***********

Baby Mio tergelak kecil apabila melihat Fuad memicit – micit dahinya. Dia yang bersandar di kerusi itu kelihatan pening sedikit.

“Bos.. kenapa?” soal Baby Mio.

“Aku pening tak cukup tidur” jawab Fuad dengan ringkas.

“Seri meragam ke?’ soal baby Mio lagi. Dia masih merenung wajah Fuad yang sedikit keletihan.

“Jantan over rumah tu yang buat aku tak boleh tidur. Kau tahu tak?. Nasib baik lah dia suami adik aku, kalau tak memang aku bentes kaki dia semalam. Biar tergolek jatuh kat tangga” marah benar Fuad.


“Kenapa pula?”

“Kau tahu, dia boleh main kejar – kejar dengan si Lina pukul 1 pagi. Kalau kejar – kejar dalam bilik je tak apa, ini gedegung gedegang pintu tu dikerjakan. Si Lina tu pula, terkekeh – kekeh macam perempuan gatal je bunyinya. Janganlah....janganlah....janganlah... nanti abang Fuad dengar.. janganlahhhh” Fuad meniru semula gaya Zalina bergurau dengan Aman malam tadi. Baby Mio bantai gelak.

“Bermesra tu bos” jawab Baby Mio.

Fuad menghantuk perlahan kepalanya di meja. Nak suruh pindah, kasihan pula, Aman lebih tua daripada Zalina, sepatutnya dia lebih matang tetapi lain pula jadinya. Macam nak pitam Fuad rasa.

                                      **************

Fuad memandu masuk ke halaman rumah. Matanya terbeliak apabila melihat Aman ketawa mesra bersama rakan – rakan baik Seri. Ketawa tak ingat dunia!. Fuad keluar dari kereta dan menghampiri mereka semua dan kebetulan pula kak Hijab juga ada di situ bersama. Selepas  majlis perkahwinan Zalina, kak Hijab semakin rapat dengan keluarganya.

“Hei Fuad, dah balik?” soal Kak Hijab.

“Akak bila sampai?” soal Fuad.

“Tadi. Si Aman suruh datang rupanya dia buat party Tupperware. Dia jual Tupperware” sengih Kak Hijab.

“Tupperware?????” Fuad seakan mahu pengsan.

Dia memandang Aman yang sibuk mempromosikan barangan jualannya. Zalina di sebelah Aman tersenyum bangga sewaktu Fuad memandangnya.

“Fuh... Fuh... ad!” gelak Lya. Irna ketawa dan terus mendengar penerangan Aman. Fuad terduduk di kerusi kayu. Tupperware pun nak bagi penerangan?. Letak je lah biskut, lepas tu tutup. Susah sangat ke?.... fikir Fuad.

“Ha.. ini dia contohnya” jerit Seri yang baru sahaja keluar dari dapur. Fuad merenung Seri kemudiannya Zalina dan akhir sekali Aman yang sibuk ketawa bersama Kak Hijab. Siti Sulaiha menjungkit bahunya.

“Sulaiha, tolong ambilkan abang panadol dan air. Bawa naik atas” suruh Fuad sambil kakinya terus melangkah naik ke atas.

3 comments:

  1. HAHAHAHHAHAHAH!!!!!! Apsal lawak sangat ni? Memang fuad dgn adik ipar dia ni tak pernah nak aman..yg part mkn kfc dgn tupperware tu mmg klako!! Plus Fuad menyampah sbb adegan kejar2 pukul 1pg..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheeh... terima kasih shiroe sudi baca
      memang aman itulah dugaan si Fuad
      selagi x pindah, fuad kena sabar je lah
      <3 u...

      Delete
  2. adusss mana akak tahu saya ada kupon KFC ni...alamak kan dah kena share...hehehe tapi takper sebab saya bahagia bila mereka bahagia....

    ReplyDelete