Friday, 24 May 2013

cerjang: PENGEMBARAAN MAT TEMPE - part1


cerpen ini sekadar hiburan semata2... banyak yang silap . ini sekadar gurauan jadi minta anda faham jika banyak yang melalut... sekadar berkongsi sesuatu dengan anda yang saya sayang...


PENGEMBARAAN MAT TEMPE MENCARI TEMPE
PART 1
Sudah bertahun lamanya Mat teringin makan sejenis makanan yang dinamakan Tempe. Menurut arwah papanya, dahulu sewaktu ibunya mengandungkan mat, tempe itulah menjadi santapan wajibnya hari – hari. Sebab itu sewaktu lahirnya Mat ke dunia, perkataan tempe itu menjadi nama wajib untuknya. Kini, kedua – dua orang tuanya sudah tiada lagi. Tinggal di benua Afrika memang agak mustahil untuk dia mengenali apa itu tempe. Dia cuma boleh lihat  skrin komputer cikgu sekolah menengahnya sahaja. Itu pun salah sebab orang Afrika tak tahu eja perkataan tempe. Yang keluar seekor binatang yang di dalam kelompok cicak yang dinamakan tokek. Mat Tempe tidak berputus asa. Dia yakin, tanpa passport pun dia boleh pergi ke Malaysia. Kenapa Malaysia?... sebab ibu bapanya berasal dari situ. Kedua ibu bapanya dahulu mahu pergi ke Batu Pahat tetapi tersesat ke Afrika.....heheheh..

Dia tahu yang dia terpaksa meredah benua, lautan dan waktu yang sangat panjang. Oleh itu dia membawa baucer McD, KFC, Pizza bersama – sama dengannya. Dia tak punya wang yang banyak jadi menaiki kapal terbang adalah sesuatu yang mustahil. Sangat mustahil kerana orang tak ada passport mana boleh keluar dari negara?.

Rakannya Kutupat beriya – iya mahu turut serta dalam pengembaraan itu. Kekasihnya Neelofa juga ingin turut serta tetapi di halang oleh  Mat tempe. Dia tidak mahu kekasihnya itu calar balar dan sunburn akibat dipanah mentari. Neelofa merajuk tetapi Mat tempe tidak ambil peduli.

Bermulalah pengembaraan (nama tempat x diberikan krn takut salah.. )

Hutan luas itu ditenung dengan tajam. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Bunyi ngauman harimau tidak menggentarkan perasaannya. Semuanya demi tempe... sedang dia dan kutupat meredah hutan, kakinya tersnagkut pada akar yang menjalar. Dia sedikit cuak apabila ada sesuatu yang menjalar terus ke pinggang. Duri – duri mencucuk tajam. Sedikit rasa takut mula terasa..

“Kutupat!!!!.....  keluarkan pisau dari beg dan potong benda menjalar ni” jerit Mat tempe dengan kuat. Kutupat memandangnya dengan wajah bengang. Mahu sahaja dihempuk Mat tempe ketika itu.

“Beg kat belakang kau! Kau cuma suruh aku bawa roti gardenier coklat dan vanilla sebakul ni saja” jawab Kutupat. Mat tempe memejam matanya. Mencari idea. Hari semakin gelap. Bunyi kera mula menusuk halwa pendengaran. Dia semakin lemah.. duri duri itu seolah – olah beracun. Perlahan – lahan Mat tempe rebah.

                                ***************

“Mat...Mat” Kutupat menepuk pipi mat tempe sedikit kuat. Matanya terbuka luas. Lebih luas apabila melihat wanita persis Jessica Alba di hadapannya dengan memakai baju tentera.

“Who you?” sangat tidak teraturnya bahasa Inggeris Mat Tempe.

“I’m Jessica Alba” senyum wanita itu sambil menarik tangan mat tempe. Setelah berdiri Mat tempe melihat begitu ramai lelaki yang berpakaian askar seperti Jessica Alba.

“Autograf pleaseeee” sengih Mat. Kutupat tidak tahan lagi. Lalu ditumbuknya muka Mat hingga dia berpinar – pinar. Setelah membuka matanya sekali lagi barulah dia sedar yang Jessica Alba dihadapannya tadi adalah seekor orang utan betina yang sangat seksi. Bibirnya dimuncungkan. Kelam kabut mat tempe berlari. Kutupat juga begitu. Dia tidak sanggup menjadi isteri kepada orang utan itu.

Hari yang gelap itu mengalirkan air mata kutupat. Mereka berdua tidur di atas pokok kerana bimbang dibaham harimau.

“kenapa kau menangis” soal Mat tempe.

“Aku rindukan bantal busuk aku. Aku lupa bawak” sedih benar wajahnya. Mat Tempe pula menangis..

“Kau kenapa?” soal Kutupat.

“Aku pun lupa”

HUWAAAAA..... maka terdengarlah akan segenap hutan itu dengan tangisan melampau mereka berdua.

                                                 **************

Tanpa banyak soal, mereka bersarapan sebungkus roti seorang hanya itu yang boleh diisikan untuk meredakan perut yang berbunyi akibat kelaparan. Mereka meneruskan perjalanan.

Mata mereka terpegun pada sebuah gunung yang tinggi di hadapan mereka. Mereka tahu gunung yang menjadi mitos hebat itu akan di daki untuk meneruskan perjalanan. Mengikut cerita orang dulu – dulu, tiada siapa yang pernah lepas atau hidup apabila mendaki gunung yang bernama HELL MOUNTAIN. Timbul rasa kecut di hati Kutupat. Mat Tempe juga tidak terkecuali.

Merka melangkah dengan kaki yang menggeletar. Gunung yang diselaputi hutan tebal itu menambah keseraman suasana ketika itu. Bunyi – bunyian yang tidak pernah didengar sebelum ini mula menjadi irama di telinga mereka. Ada yang melangsing hingga membuatkan telinga mereka bingit.

“Kau pasti?” soal Kutupat.

“Ya.. aku pasti” yakin Mat Tempe. Awal pendakian lagi mereka sudah dapat merasakan sesuatu yang pelik. Tanah yang dipijak seakan – akan bergegar sedangkan gunung itu bukanlah sejenis gunung berapi. Kutupat dan mat Tempe mematikan langkah mereka. Terdengar suara yang bergema tetapi bukan suara manusia. Dari arah mana datangnya?.. bermacam – macam persoalan bermain di fikiran. Hutan yang hijau asalnya sudah bertukar menjadi merah. Memang Mat Tempe dan Kutupat memang sangat terkejut dan pada masa yang sama perasaan ingin tahu mula hadir.Buaian turun dari atas pokok dan seorang wanita cantik memandang mereka dengan wajah yang sangat garang.

“Untuk apa kamu ke sini?” soalnya. Rambutnya yang juga berwarna merah membuatkan Kutupat tersengih – sengih memandangnya. Matanya tangkas menatap tajam wajah Kutupat.

“Apa yang kamu gelakkan?” soal wanita merah itu.

“Ni mesti kena panggang tapi tak sempat hangus ni... sebab tu merah macam ni” gelak Kutupat. Wanita itu menggerakkan jari telunjuknya dan serta merta Kutupat juga bertukar menjadi merah.

“Wei.. apa main tukar – tukar warna ni?. Ingat projek seni sekolah tadika ke?” marah Kutupat.

“Kamu lebih baik diam” marah wanita merah itu.

“Kamu buat apa di sini?” soal wanita itu.

“Nak cari tempe” jawab Mat tempe. Wanita itu ketawa dengan kuat. Dia mengilai panjang seolah – olah hasrat Mat Tempe itu satu jenaka buatnya.

PANG!!!!

 Satu penampar hinggap ke pipi wanita merah itu . Mat tempe begitu marah sekali. Dengan sekali penampar sahaja, wanita merah itu terus terdiam dan menggosok – gosok pipinya yang sudah pun putih akibat disepak dengan kuat.

“Aku ada gelak kau merah macam kena panggang ni ke?. Tak bukan? Jadi jangan gelakkan hasrat aku” tengking Mat Tempe.

“Baiklah aku minta maaf. Lalulah .....aku izinkan” kata wanita merah itu.

“Apahal lak kau nak izin – izin segala ni?. Ada sign board muka kau tu ke kat hutan ni ?. ini hak semua.. jangan nak perasan. Sudah! Tukar balik kawan aku ni” marah Mat tempe. Wanita merah itu menggerakkan jarinya semula. Kutupat senyum sinis.

Mat mahu melangkah. Dia tidak kuasa mahu melihat wajah wanita merah yang tak semenggah itu. Rambut mengebang, dah merah, lipstick warna hitam... tak sesuai langsung.

“Nanti dulu... jika aku kamu nampak kejahatannya..... jangan mata kamu kabur akan kebaikannya. Setiap yang baik ada jahatnya dan setiap yang jahat ada baiknya. Rasakan keikhlasan..rasakan kasih sayang” tutur wanita merah.

PELEPUK!!!

Kepalanya dilepuk dengan kuat oleh Kutupat. Meyampah pula mendengar wanita merah itu memberi nasihat yang langsung tidak dipinta.... wanita itu akhirnya menangis sambil buaiannya naik sendiri ke atas..

Mat tempe duduk termenung. Dia dapat rasakan yang pelbagai lagi dugaan yang akan dia tempuh selepas ini.....

(bersambung)

3 comments: