BAB 1
Kurnia meletak perlahan
mug di meja kopi buatan itali yang dibeli oleh ibunya setahun yang lepas. Dia
merenung halaman banglo tiga tingkat milik papanya, Pak Gunawan seketika. Rindu
pula pada Johor Bharu atau lebih senang dipanggi JB. Dia menggosok tangannya
perlahan – lahan. Pak polisi Aizat Hakimi...... dia senyum lagi. Buat seketika
fikirannya menerawang jauh ke Johor Bharu lima bulan yang lepas.....
JANUARI, 2013
“saya cari reja ja kat sini. Abang tau dak
tang mana cek boleh pi cari reja?” soal Kurnia. Terserdak Hanim mendengar
loghat utara yang ditutur oleh Kurnia sebentar tadi.
“Tak tahu lah pula. Maaf
. saya ingat awak ni orang Indonesia” senyum Koperal Hamdan.
“Dak aih... mana pulak!.
Pak saya dok kat ceruk tok kun nuh” bersungguh – sungguh benar Kurnia. Nampak
seksa betul dia nak mengeluarkan setiap patah perkataan. Dah macam rupa muncung
mondok. Hanim menarik tangan Kurina.
“Tuan Koperal, maaflah.
Kawan saya ni kalau bersembang tak ingat dunia” sengih Hanim. Dia terus jalan
sepantas yang mungkin.
“Kau tau tak kau datang
sini secara haram?” soal Hanim, teman sekuliahnya dahulu yang berasal dari
Perak.
“Haram – haram jangan
sebut ye. Aku ni pendatang tanpa izin tapi kalau aku nak, siapa yang nak halang?.
Aku tak perlukan keizinan sesiapa pun” sengih Kurnia. Hanim memicit kepalanya
berkali – kali.
Senang betul dia menipu.
Yang hairannya, boleh pula Koperal Hamdan yang garang bukan main tu percaya
bulat – bulat cakap Kurnia. Walhal bukan semua loghat Penangnya tadi betul.
Selepas membantu Kurnia membeli keperluan untuk dirinya, Hanim terus menghantar
Kurnia pulang ke rumah sewanya. Rumah sewa,.... teres double story!.
“Ini bukan advanture.. ni
menghabiskan duit Pak Gunawan dan Ibu Halimah!” perli Hanim.
“Iya...iya.. pokoknya itu
juga milik aku kan. Enggak apa – apa jika diguna..ops!!!” Kurnia menekup
mulutnya.
“Bangga dengan bahasa dan
negara sendirilah kawan!” perli Hanim.
“Boleh bangga tapi
masalahnya kalau aku cakap, orang minta dokumen, aku nak bagi apa?”
“Siapa suruh kau naik
tongkang?” balas Hanim. Dia tidak dapat tahan ketawa lagi. Kerja gila!.
“Aku tengok mereka yang
tergesa – gesa keluar dari tongkang takutkan polis tu macam seronok saja kan”
sengih Kurnia.
“Sudah.. aku nak balik.
Aku ni pun dah bersalah tau. Bersubahat!”
“Bohong sikit saja kan...
aku balik kalau pak polisi ganteng ikut aku balik hahahahha” gelak besar
Kurnia. Hanim terus keluar dari kawasan taman perumahan itu. Kalau dia datang
ke Malaysia naik flight, mestilah papanya tahu kemana dia pergi..... cabaran
ini menerujakan!.
************
Nak minta kerja kena ada
permit!....
Kurnia monyok dengan beg
yang disilangkan ke kiri. Permit...permit.... mana aku ada permit!. Kurnia
menarik nafas dalam – dalam. dia mahu ke seberang jalan. mana tahu kalau –
kalau tuan restoran itu boleh mengambilnya bekerja tanpa sebarang permit.
Sekadar cuba nasib.
Dia menghampiri kedai
itu, belum pun sempat dia melangkah masuk, terus beg silangnya di rampas. Nasib
baik beg itu disilangkan dengan kuat jadi peragut itu tidak mampu buat apa –
apa. Kebetulan seorang lelaki nampak kejadian itu dan yang membuatkan mulut
Kurnia terlopong apabila lelaki itu terus menggari tangan peragut itu. Selepas
beberapa anggota polis lain membawa peragut itu ke dalam kereta polis, lelaki itu
terus menghampiri Kurnia.
“Assalamualaikum, cik”
sapa lelaki itu.
“Saya inspektor Aizat
Hakimi. Boleh ikut ke balai untuk buat laporan” senyum Aizat Hakimi. Mata
Kurnia terbeliak. Nafasnya dirasakan hanya tersangkut dikerongkong tidak dapat
lepas keluar. Pak Polisi!!!! Inspektor lagi!!!!.... aduhhh... mampus gue!...
Kurnia menggelabah. Dia toleh kiri kanan. Jalan lengang. Kalau terus lari,
terus polis itu dapat mengagak sebabnya.
“Aduh....aduhhhhh.. perut
cek sakit ni. Memulas,.. dah keluaq angin banyak kali dah ni. Cemuih dok tekan
perut lagu ni... cek pergi dulu naa” Kurina lari lintang pukang. Aizat Hakimi
tercengang.
“Apahal minah penang ni?”
menggeleng kepala Aizat. Dia masih menunggu di situ. Mana tahu kot kot Kurnia
datang semula. Bertuah kalau Kurnia datang semula!. Kurnia hanya mengintai dari
jauh.
“Ganteng banget. Bisa
robek hati aku nih!” sengih Kurnia.
“Ish.. mana bisa pak
polisi sama pendatang tidak dapat izin seperti aku jadi kekasih!” Kurnia
berundur dan hanya melepaskan keluhan yang berat. Melepas seorang lelaki yang
menawan hatinya. Kenapalah dia polis???
Rancangan televisyen
dirasakan bosan untuk menjadi tontonannya. Dia menyarung tudung ke kepala.
Tudung bawal bewarna merah jambu itu di lilit kemas. Hanya memakai selipar, dia
terus berjalan sendirian. Danga Bay yang kelihatan cantik pada waktu malam itu
di tatap dengan senyuman. Bukan tidak terpalit rindu pada keluarganya di
Jakarta tetapi dia mahu membuktikan yang dia juga mampu hidup sendirian di
perantaun seperti kakaknya, Mas Indah. Kakaknya yang sedang belajar di luar
negara itu sering mendapat tempat di nhati keluarganya. Ada dia peduli?. Memang
dia tidak peduli tetapi bohonglah jika tidak tersemat sedikit rasa kecewa
kerana disbanding – bandingkan.
“Awak!!”
Suara itu membuatkan
Kurnia tersentak. Dia menoleh ke belakang, Aizat Hakimi mengangkat keningnya
sambil tersenyum. Kurnia?... gelabah!!!.
“Saya tertinggal ic kat
rumah saya” katanya spontan. Sekurang – kurangnya Aizat fikir dia punya kad
pengenalan.
“Hmmm.. nak kena saman
ni. Kalau selalu begini, tak salah saya tangkap awak tau” gurau Aizat Hakimi.
“Tangkap? Salah?,,,
ala...”
“Kenapa?” Aizat yang
masih menyeluk poket seluarnya tersenyum.
“Seronok lari rumah?”
soal Aizat Hakimi.
Mata Kurnia semakin
membulat. Ahli sihir ke apa ni?. Ada aku beritahu dia ke yang aku lari rumah. Setahu
aku, aku lari je.... Kurnia terus duduk mencangkung. Dia memegang kepalanya.
“Awak tahu ya yang saya..”
“Anak Pak Gunawan.
Jutawan dari Jakarta yang mempunyai tiga buah kilang elektronik di Indonesia. Dia
juga berkahwin dengan Ibu Halimah yang merupakan anak kepada Pak Harto, pemilik
kilang perabot terkenal di Bandung. Anaknya dua orang. Dua – dua perempuan. Mas
dan Nia. Kamu Nia bukan?. Kurnia..yang sedikit degil. Lari dari rumah. Saya tak
pasti awak ke sini menaiki apa kerana tiada rekod awak di jabatan imegresen. Kamu
naik tongkang ya?” senyum Aizat Hakimi. Kurnia bingkas bangun.
“Kalau saya rasuah awak,
awak tangkap saya?” soal Kurnia. Berkerut dahi Aizat Hakimi mendengarnya.
“Saya bukan seorang yang
sempurna tetapi saya pegawai yang jujur” tegas Aizat Hakimi.
“Awak cakap sajalah yang
awak tak jumpa saya. Boleh kan?” cuba melepaskan diri. Aizat Hakimi ketawa.
“Awak akan dikenakan
denda kerana masuk ke negara ini tanpa izin dan duit siapa yang bayar
semuanya?. Pak Gunawan juga kan?. Kata nak advanture tapi duduk rumah double
story siap orang gaji, pandailah sangat” sinis kata – kata Aizat Hakimi.
Esok Pak Gunawan akan
tiba di Malaysia untuk menjemput Kurnia. Mahu atau tidak dia terpaksa pulang. Dia
telah diarahkan bermalam di rumah saudara Ibu Halimah yang menjadi duta di
Malaysia.
“Benci Paman.... jadi
duta!. Sebab itulah saya senang dikesan” bebel Kurnia. Aizat Hakimi gelak lagi.
“Lain kali kalau nak
lari, jangan tulis dalam diary yang awak nak lari ke mana.... salahkan Paman
dia pula” kata Aizat.
Kurnia duduk mencangkung
kembali......mengenang kecuaiannya!
hu hu hu!! org indon ckp penang...nasib baik anak jutawan...mcm best kak...rindu sangat nk tunggu akk update n3 baru....
ReplyDeletehikhikhik....
Deletebaru ada masa sbb akak banyak merepek kat group akak jer.. ina di fb, join group akak k... add akak dulu. sbb group akak secret hahahahahhaha...group Pak charlies mak Angel ..
akak tunggu kat sana k
sayang kenyit2 :) <3
akk guna nama apa kt fb?
Deleteazizah md isa ada kt fb tp mcm x sama je ngan akk...frust ni!!!
Deletejap... akak masukkan ke blog... ye
Deletedone... adik klik kat tepi kiri belah atas,,,,
Deleteami kan suke jual kerepek kat group dia ..kehkehkeh
Deletepadan ler rasa sejuk dan bercahaya blog ni... nb komen rupanya heheh
Deletewahhhh bisa sambung ngak buk Iza...pengen tau kisah seterusnya dong.....
ReplyDeletekehkehkehkheke... kamu kepingin banyak ya?
Deletesudah pasti...
irna join group akak ya...
kadang2 akak banyak post cerpen atau mini nove; kat sana berbanding blog....
jijah...den raso ado typo la...kat "Terserdak Hanim mendengar loghat utara yang"..patut tersedak....(ini bukti nukilan ekau masih den folo...hehehhee)
ReplyDeletetenkiu ber much2 aidazkuuuuu...
ReplyDeleteden take note.
next time den cuba mengurangkan typo seperti apa yang telah den janjikan hehehe
terima kasih aidazzzz...... :)
Lawak_2.
ReplyDelete.
terima kasih banyak ya Baby MIO..
Deletejemput ke group akak ye...
teringin nak kenal yang ada di blog ni...
add fb akak kat atas tu, then akak akan masukkn ke group k.....
akak kalau baca iza punya post2 ni kompem kerenyih sokmo.. manala ko dapat idea ohsem santai gilos cmnih,.. hehehe menghilangkan stress kalo layan..
ReplyDeletekehkehkehehk...
Deletekak hijab... terima kasih.
ini ayat baling2 kak...
tak macam karya akak ... terbaekkkk