Tuesday, 25 June 2013

menerjah ke lubuk hati - kumpulan pertama (full novel)

Prolog
Zarin adalah anak tunggal kepada Allahyarhamah Aznina bersama Allahyarham Hamdi. Dia yang tinggal bersama opahnya, Hajah Seri sering tertanya - tanya siapakah ahli keluarga sebelah ibunya. Semenjak kecil lagi tiada seorang pun yang menceritakan perihal itu. Apabila di soal, semuanya akan membisu termasuklah Opah. Surat yang diterimanya dari Kuala Lumpur membuatkan Opah termenung seketika dan dia mengangguk sendiri. Ya.. sudah tiba masanya.....

Zarin perlu tahu siapa keluarga ibunya yang hanya dirahsiakan selama ini. Kereta besar yang menjalar memasuki halaman rumah Opah di pandang kagum. Kaya benar ke?..

Kucupan bertalu – talu hinggap ke pipi Opah yang sudah pun berkedut. Dia tahu perasaan rindu akan menekan emosinya nanti. Wanita tua itulah yang menjaganya sejak dari kecil lagi.Meninggalkan opah sendirian dirasakan seperti keputusan yang tidak wajar. Bagaimana kalau Opah demam?.. atau rindukan aku?.. Zarin mula berkira – kira.

“Kuat semangat dan jangan lupa tinggal solat. Ingat, kekuatan ada pada setiap sujud kita kepada Allah” pesan Hajah Seri.

Ada titik jernih yang mengalir mngiringinya pergi ketika itu. Hilang sahaja kereta mewah itu dari pandangan mata, air mata Opah mula mengalir.

“Semoga cucu Opah kuat...”

BAB 1


Buat pertama kalinya  Zarin menjejakkan kakinya ke dalam sebuah rumah bak istana yang tersergam indah... baginya!. Iyalah bagi Zarin yang selama ini duduk di rumah kayu kepunyaan Opahnya itu, rumah ini cukup membuatkan matanya  sedikit terbeliak. Itu belum lagi mulut yang asyik ternganga. Bukannya tak nak katup tetapi tidak boleh. Nampak?.. betapa dia mengkaguminya.

Poyolah aku ni.. jangan poyo sangat Zarin oii... bukannya rumah awak!!... Zarin bermonolog sambil  tersengih. Memang menjadi tabiatnya suka sangat berangan. Dia cuba meneliti lagi...

Tanpa riuh kanak - kanak. Tanpa riuh kicauan burung. Segalanya sepi. Mata Zarin menerjah segenap ruang. Mewah tetapi suram. Nak kata disebabkan cat tidak juga . Hampir tiga jenis warna yang dicat di dinding ruang tamu rumah itu. Tapi baginya yang dianggap kekampungan ini, warna ungu gelap itu mencacatkan penampilan kesuluruhan ruang tamu itu. Pandai tak aku?. Huh... kalaulah Opah dengar hati  ni, mahu sedas dua mulut ditembak!.

 Segalanya sepi seolah - olah tidak berpenghuni. Beg sandang yang terletak di sebelah paha kirinya itu dipegang kuat. Zarin kira sofa ini mahal harganya. Diperbuat daripada kulit bewarna hitam. Bunyi tapak kaki seseorang menyentap lamunannya. Kacau saja.. baru nak berangan jadi ratu sekejap. Siapalah insan yang sedikit menyibuk tu?..

 "Cik mahu minum apa ya?," pembantu rumah berusia kira - kira 40 tahun lebih itu menyoal Zarin dengan senyuman manis. Ramah nampak gayanya. Zarin memang cukup senang dengan mereka yang ramah tamah dengannya. Boleh mengeratkan tali persauadaraan, fikirnya!.
.
 "Apa sahaja," jawab Zarin ringkas. Kalau minta air kelapa laut Afrika macamlah boleh dapat.

Tidak ada yang perlu dia pinta.

“Siapalah aku ni nak minta macam - macam?... mahu di layan bagai puteri di dalam sebuah istana yang terlalu mewah buatku.” Bisiknya sendiri.

 Hujan sebentar tadi membuatkan rambut Zarin basah kuyup.

Penat saja aku bergaya sakan tadi. Alih – alih penyek begitu sahaja jambul ala artis k- pop yang  Opah benci sangat tu.. masih sempat merungut. Sesekali disentuhnya rambut yang sudah rupa seperti mak lampir itu. Dia gelak sendiri.
Zarin mula teringat akan  leteran Opahnya. Katanya dia tidak akan memaafkan dirinya kalau tunjukkan betis dan paha di khalayak ramai seperti artis – artis korea yang selalu di tontonnya di kaca televisyen. Ketawa besar Zarin mendengarnya. Mungkin Opah lupa pada peta harta karun yang ada di paha Zarin agaknya. Kalau dia pakai seluar sependek itu, mahu tergolek Opah dibuatnya.

 Zarin memandang kopi panas yang baru saja dihidangkan.

“Dia cantik seperti Nani” bisik Mak Jah yang sudah lama menjaga rumah itu. Kedatangan Zarin di rumah itu memang ditunggu – tunggunya.

“Kalaulah pembantu rumah tadi memberi aku air sejuk mahu beku lidahku di buatnya. Cuaca sejuk begini memang  lebih baik  di hidangkan secawan kopi panas. Ah! mengarut sahaja aku ini...pasal kopi pun nak sibuk!.” Bisik Zarin perlahan. Dia kira Mak Jah tidak mendengarnya.

Mak Jah gelak.

“Kenapa makcik gelak?” soal Zarin.

“Makcik ada kenal seorang lagi perempaun yang suka membebel seorang diri” sengih Mak Jah.

“Siapa?” soal Zarin.

Mak Jah hanya tersenyum manis dan terus masuk ke dalam dapur semula.

Tiba sampai dua minit Mak Jah meninggalkan Zarin, dia datang semula mendapatkan gadis berusia 21 tahun itu dengan senyuman yang sentiasa terukir.

"Puan Sri telefon, katanya dia akan pulang lewat. Cik Zarin diminta berehat di dalam bilik tetamu sehingga beliau balik," terang Mak Jah

“Alah... tak payah cik cik lah makcik... kita geng! Panggil Zarin je... baru  mesra alam!” Zarin tersengih.

“Ya.. mesra alam flora.” Balas Mak Jah. Zarin terdiam. Tak lawak ke ayat aku tadi...

 Teringin benar dia mahu melihat wajah wanita yang bersungguh – sungguh mahu dia datang berjumpa dengannya. Opah juga turut sama mendesak.

Zarin  menghirup kopi panas itu perlahan – lahan . Agak manis. mungkin orang kaya ni suka makan manis - manis.Banyak duitlah katakan. Hampir 20 minit Zarin duduk terperap di situ. Punggungnya mulai rasa panas. Bosan dan takut. Semuanya bercampur baur. Bagaimanalah agaknya Puan Sri Norma itu. Garangkah dia?. Cantikkah dia?....Zarin masih memikirkannya tidak henti – henti. Macamlah penting sangat!.


 “Zarin bolehlah berehat di atas," pelawa Mak Jah. Zarin hanya menurutinya tanpa sebarang bantahan. Pintu bilik bewarna putih itu dikuak perlahan. Maklumlah rumah orang, bimbang juga kalau terkopak atau apa. Tak logik langsung!. Tapi satu yang Zarin perasan. Mak Jah yang sentiasa merenung dan bibirnya pasti akan mengukir senyuman. Cantik kot aku ni..sengih Zarin.

Susun atur perabotnya cukup kemas. Cat bilik bewarna biru laut itu amat mendamaikan. Sejuk mata memandang. Sebuah katil lama bercadarkan cadar kuning cair itu di letak bersebelahan dengan tingkap bilik. Zarin meletakkan beg pakaian di atas meja dan mula melabuhkan punggungnya di atas katil. Empuk!.

 Zarin tersenyum sendiri. kalaulah katilnya di kampung sebegini, tentu Opahnya akan terjerit - jerit hingga anak tekaknya tercabut mengejutkannya dari lena. Mata Zarin mula rasa layu. Dia bersandar di hujung katil dan dia .. tertidur.

Puan Sri Norma masuk ke dalam rumah. Dia terus mendapatkan Mak Jah yang sedang mengemas dapur yang sedikit kotor itu.

“Dia ada di mana Jah?” soal Puan Sri Norma.

“Di atas Puan Sri” jawab Mak Jah. Puan Sri Normah mengangguk dan terus naik ke atas. Dia perlu bertemu dengan gadis yang tidak pernah di lihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dadanya juga sedikit berdebar – debar. Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan Zarin sedang tidur mengiring membelakanginya. Kakinya menuju ke arah tingkap. Dia mengintai wajah Zarin.





Puan Sri Normah terduduk di bangku solek.

“Wajahnya persis Nina!” Puan Sri Norma menekup mulutnya. Dia gagahkan diri untuk bangun menghampiri Zarin.

 Entah berapa lama Zarin tertidur dia pun tidak tahu. Sedar - sedar sahaja , sesusuk tubuh menghampirinya dengan senyuman yang nampak ikhlas pada pandangan matanya. Ikhlas atau tidak empunya badan... dia sendiri yang tahu.. Cantik dan mempesonakan.... itu komen Zarin.

Mungkinkan dia Puan Sri Norma?. Senyumannya menghilangkan getar di hati Zarin. Sekelip mata rasa bimbangnya hilang. Dia kelihatan sangat baik. Sangat menyenangkan... Zarin mula mengerahkan otaknya untuk mencari apa sahaja kemungkinan mengenai wanita anggun di hadapannya itu.


 "Maafkan maklong ya?.Zarin terpaksa menunggu lama," ujarnya memulakan bicara.

Mak long?. Setahu Zarin arwah ibu dan ayahnya tiada saudara yang lain. Dia mula keliru. Kepalanya di usap perlahan. Air matanya Puan Sri Norma bergenang.

Alamak... takkan aku tidur pun dia nak menangis?... tak faham aku!. Zarin menggaru – garu kepalanya.

“Dia juga seperti Nina yang sentiasa nampak polos!.. fikir Puan Sri Norma.





Puan Sri Norma membuka pintu almari bersebelahan dengan pintu bilik. Dikeluarkannya sekeping foto lama. Zarin hanya menanti di situ. Dia kembali ke arah Zarin dan menghulurkan foto lama tersebut kepadanya. Zarin mengambilnya.Dia lihat akan wajah ibunya sewaktu muda dan di sebelahnya pula seorang wanita dan wajahnya seiras Puan Sri Normah. Zarin  mendongak. Menanti jawapan daripadanya.

 "Maklong kakak kepada ibu Zarin, Nina!. Satu - satunya kakak ibu Zarin,".  Terang Puan Sri Norma. Dia harap benar anak buahnya itu boleh menerima setiap patah bicara yang dikeluarkannya tadi.

Zarin masih mahu mendengar. Dia ketepikan segala kebingungan yang menerjah. Zarin mengangguk. Keliru dan tidak pasti. Dia tidak perlukan  sebarang  emosi untuk menerima segala yang keluar dari mulut Puan Sri Norma kerana sememangnya perlu mendengar segala - galanya. Harus!!.


"Sekarang bukan masanya untuk Maklong ungkitkan segala kisah pahit. Cukuplah hanya ini yang Zarin perlu tahu. Maklong mahu Zarin tinggal bersama Maklong dan anak Maklong Fareez selama yang boleh. Maklong akan pujuk Opah Zarin agar tingggal bersama kita," kata Puan Sri Norma.

Matanya masih ditakungi air. Zarin kira air mata itu sudah lama dipendam. Dia tahu akan Puan Sri Norma dan sudah tentu dia mengenali opahnya yang telah membesarkannya selama 21 tahun sepanjang kehidupannya. Aku tahu semuanya tetapi Fareez?. Ah!.. biar masa yang mengawal segalanya... Zarin mula berkata – kata.







BAB 2

Zarin memang bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa – apa. Dia naik turun tangga hampir sepuluh kali. Boleh hilang semua lemak di badannya. Mak Jah menggeleng kepala.

“Marathon tangga ke?” soal Mak Jah. Zarin menoleh.

“Jomlah.. kita bermarathon bersama. Siapa yang pengsan dulu dia menang” jawab Zarin. Dia ketawa kecil. Mak Jah gelak. Dia juga suka bergurau seperti Nina. Dia mengingatkan aku kepada kau, sahabatku..

Air mata yang hampir mengalir membuatkan  Mak Jah cepat – cepat masuk ke dapur semula. Bimbang jika dilihat Zarin yang sememangnya rajin bertanya.

Zarin keluar dan berdiri di pintu pagar. Dia termenung. Rumah besar tapi membosankan!. Kalau di kampung ni dah lama aku terjun sungai dengan Tina...
Serta merta ingatannya terhadap sahabat baik yang kelam kabut itu menerpa.

Telefon di rumah berdering. Cepat – cepat Zarin berlari untuk mengangkatnya. Mak Jah turut sama melakukan benda yang sama.

“Biar Zarin angkat. Mana tahu ada orang salah nombor, boleh layan” kata Zarin selamba. Mak Jah mengangguk. Itu tak ikut kau Nina.. dia lebih nakal dan lebih berani, gelak Mak Jah.

“Halluuuuuu.. ini kedai karpet ahmad tutulu. Mahu cakap sama siapa?” Zarin membesarkan suaranya. Talian di matikan. Zarin mengeluh. Dia meletak semula ganggang. Teleon berdering lagi.



“Hallo!!!.. ini warung apek. Mahu order air ka?. Air sini sedap maaaa” kali ini dikecilkan pula suaranya. Mak Jah gelak besar di dapur. Dia meletak semula ganggang telefon setelah buat kali kedua dimatikan oleh pemanggil tersebut.

Telefon bordering lagi. Zarin mengangkatnya lagi. Belum sempat dia bersuara, lelaki di talian itu sudah pun memulakan kata.

“Panggil Mak Jah”

“Amboi.. garangnya cik abang ni!. Belum makan ya?” usik Zarin. Mak Jah mengelap tangannya dan menghampiri Zarin. Dia meminta ganggang daripada Zarin tetapi di tahan.

“Kenapa?. Suara saya tak sedap ke sampai tak nak dengar?” Zarin sedikit angin.

“Memang tak sedap. Berdarah telinga ni. Siapa keluar cacing lagi!”

“Dengar sini.... saya ni penyanyi tau! Setakat Britney spears dah kertu tu, sekali jentik masuk lubang! Hahahhahaha” gelak Zarin. Mak Jah terus merampasnya.

“Ya Fareez... “

“Tak apalah, selalu sangat Fareez belikan Mak Jah barang. Janji Fareez balik dengan selamat sudah. Tapi kalau nak beli warna hijau pucuk pisang pun ok” Mak Jah tersengih – sengih. Zarin menelan air liur. Fareez?. Macam pernah ku dengar nama itu!!!.

Mak Jah menjeling dan masih tersengih – sengih.



“Menjawab lah kau!” kata Mak Jah.

Zarin duduk diam sambil memikirkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Fareez pulang dari Dubai.

“Alahai... kenapalah mesti wujud nama jantan ni dalan hidup aku?” jerit Zarin.

“Ha! Siapalah suruh gatal – gatal nak menggatal dalam telefon!!” jerit Mak Jah dari dapur. Zarin mencebik. Perlahan – lahan dia mengatur langkah menuju ke dapur.

“Mak Jah” panggil Zarin.

“Apa?”

“Fareez tu macam mana orangnya?. Garang tak?” soal Zarin.

Fareez tu gemuk, botak dan jerawat kat pipi penuh. Sebelah mukanya ada tanda peta. Dia garang sangat” jawab Mak Jah dengan muka ala ala jujur.

“Ye ke?” Zarin sedikit curiga. Mak Jah meletak senduk ke dalam kuali. Di pegangnya kedua – dua belah bahu Zarin.

“Look at me!” kata Mak Jah. Perghhhhh...

“Mata ini menipu ke?. Orang yang menipu takkan dapat menentang mata ketika berkata – kata” bersungguh – sungguh benar Mak Jah.

Zarin mengangguk yakin.
                           ********************
Sudah lima hari Zarin tinggal bersama Puan Sri Norma, namun bibirnya masih berat untuk bertanyakan itu dan ini lebih – lebih lagi perihal anak lelakinya, Fareez. Malu juga dia kalau Puan Sri Norma syak apa - apa. Macam tak percaya pun ada dengan penerangan yang Mak Jah berikan tempoh hari. Dia kan perempuan jadi kenalah jaga sikit tingkahlaku. Puan Sri Norma memang baik. Makan minum Zarin dijaga dengan baik. Zarin faham mengapa Opah beriya - iya benar menyuruhnya tinggal bersama Puan Sri Norma.

Mungkin Opah mahu mengikat kembali tali silaturrahim antara aku dan kakak kandung ibuku yang sudah lama terputus tanpa dia tahu sebab musababnya. Opah sememangnya seorang muslim yang baik. Dia tidak suka apa yang di benci oleh Allah. Itu yang membuatkannya lebih menghormati Opah... itu apa yang Zarin fikirkan.

 Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah Puan Sri Norma. Kelihatan seorang lelaki sedang keluar dari teksi itu. Bagasi di keluarkan dari bonet kereta.  Zarin mencuit Mak Jah.

“Siapa tu?”

“Dia jual insurans nyawa.” Jawab Mak Jah.

“Kalau dia tanya Mak Jah kata Mak Jah tak nak beli tau. Mak Jah tak mahu beli insurans dari dia. Lagipun dia nak Mak Jah jadi mak ikan dia” adu Mak Jah dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Puan Sri Norma masih di atas.
Loceng di tekan dan Zarin terus menghampiri pemuda itu.

Hmm... kacak – kacak juga penjual insurans di KL ni.. sengih Zarin.

“Tolong bukakan pintu. Saya tak bawa kunci”

“Amboi mak aih!.. sesedap rasa nak masuk rumah orang” Zarin bercekak pinggang.

“Saya ni Fareez. Saya nak masuk. Penatlah macam ni, panggil Mak Jah” arah Fareez.

“Hoi! Jangan nak tipu ya! Fareez tu gemuk!”

Fareez memegang perutnya.

“Botak!”

Fareez memegang pula kepalanya. Bila masa pula aku botak segala ni?.. Fareez menggeleng kepala.

“Awak ni mesti Zarin kan?” soal Fareez.

“Huh!.. orang jual insurans ni mesti suka nak skodeng identiti orang kan?. Ha.. kau ni mesti macam jenayah siber kat berita tu” Zarin mengerutkan hidungnya. Dia mengangguk – angguk. Seolah – olah amat yakin dengan kata – katanya sebentar tadi.

“Bukalah.. penatlah!” rayu Fareez.

“Dah pergi balik. Nanti tuan rumah ni nak balik. Kalau kau kat sini nanti dia ingat aku ni menggatal dengan lelaki jual insurans” bisik Zarin.

“Sayalah tuan rumah tu” Fareez masih mampu untuk bersabar.

Fareez duduk di tembok.

“Anak mama!!” jerit Puan Sri Norma. Zarin menelan air liur. Dia pucat lesi. Setelah pintu pagar terbuka, Fareez terus melintasinya dengan jelingan yang tajam.

“Kenapa duduk luar?” soalan Puan Sri Norma itu di jawab dengan ekor mata yang masih memandang Zarin.

“Ada inspektor nak tangkap penjual insurans. Ada orang kata Fareez buncit dan botak mama!” perli Fareez. Zarin tunduk. Tangannya berpura – pura mencabut benang di bajunya. Fareez terus masuk ke dalam bersama – sama Puan Sri Norma.

Ye la... salah aku.. nanti!!! Bukan salah aku tapi salah Mak Jah!!!... Zarin menumbuk telapak tangan kirinya sendiri.

Zarin hanya duduk di luar bersama Mak Jah. Dia sengaja tersengih - sengih memandang Zarin. Nampak benar Zarin  agak tidak selesa. Zarin mencebik. Marah betul pada Mak jah. Malu benar dia tadi.

 "Burung yang di intai tak masuk sarang ya?," soal Mak Jah sambil tersenyum.

"Burung bandar ni mana tahu masuk sarang. Burung kat sini masuk hotel," jawab Zarin kembali. Mak Jah ketawa terkekeh - kekeh.

Pandai pula budak ni menjawab!... masih tersengih memandang Zarin.

Geram pula Zarin di buatnya. Macam tahu - tahu sahaja dia memerhatikan Si  Fareez tu. Mata macam CCTV!


 "Nama tuan tadi Fareez. Anak Puan Sri. Kacak ya. Jangan kacau tau, dia milik istimewa Mak Jah," sambung Mak Jah lagi. Dia sangat tahu apa yang di fikirkan oleh Zarin tadi. Siapa yang tak terpikat pada anak tiri Puan Sri Norma tu!

Cehhhh... ada hati pula Mak Jah ni. Nak termuntah Zarin rasa. Dia tersenyum tawar dan terus berlalu. Sengaja Zarin ke ruang tamu. Mahu melihat wajah Fareez dengan lebih dekat.

Uishhh..... kacak nya!!. Ni kalau duduk sebelah aku ni, mahu terlekat aku kat bangku tu..kenapa kau ni Zarin oiiiiI!!!!!!...

Fareez mengerutkan keningnya.

“Apahal pula budak ni, sampai terjojol mata tengok aku ni? Tadi bukan main berlagak lagi!”.. bisik Fareez. Dia mengecilkan matanya. Zarin sengih.

 "Zarin. Mari sini," panggil Puan Sri Norma. Zarin menghampiri mereka berdua. Yang pasti tiba – tiba dia boleh pula buat muka tak faham apa – apa. Itu belum lagi muka perempuan suci lagi murni..

Zarin duduk di sebelah Puan Sri Norma. Cuba mengawal pergerakan agar kelihatan seayu yang boleh...konon-kononnya!

“Ayu sangatlah!” kata Fareez perlahan. Mahu tergelak pun ada. Terkiput –kiput kaki Si Zarin ni.

 "Ini Fareez, anak Maklong. kalau senang – senang Zarin berbual dengan Abang Fareez, ya. Abang Fareez baru pulang dari Dubai. ada kerja di sana," terang Puan Sri Norma panjang lebar.


Zarin curi - curi melihat Fareez. Dia senyum ala seniwati Saadiah. Terserdak Fareez dibuatnya.

 Balik Dubai?.Lantaklah dia pergi  mana, asalkan dia balik!.Kulitnya kuning langsat. Tidak terlalu putih dan tidak gelap. Bibirnya cantik. Tidak lebam. Matanya tidak besar dan tidak juga sepet. Apapun, dia sememangnya kacak... mata Zarin kuyu memandang Fareez.

"Apa khabar abang?," sapa Zarin.  

Fareez hanya memandang kosong dan tiada jawapan yang keluar dar mulutnya. Dia terus naik ke atas. Puan Sri Normah menggosok bahu Zarin. Seolah - olah memujuknya. Zarin malu. Bukan saja malu... tapi tersangat malu apabila tak dilayan seperti tadi. Eleh.. ingat kacak sangat dengan tali leher ungu dia tu!. Aku jerut lepss tu gantung atas kipas baru tahu. Memang orang dalam rumah ni suka warna ungu agaknya!.

Dollah di kampungku itu juga kacak tetapi tidak sombong seperti ini. Aku mula meluat dengan lelaki sombong sepertinya. Zarin  masih lagi duduk di sofa. Mak Jah ketawa lagi. Dia menghampiri Zarin

Bahagia sangat ketawakan aku ya? ... Zarin membebel dan terus membebel.

"Kan Mak Jah dah cakap. Mak Jah ni je yang Fareez sayang. Citarasa Fareez yang comel - comel macam Mak Jah ni," usik Mak Jah lagi.

"Suka hati Mak Jah lah. Ye lah, Mak Jah saja yang comel lagi cute..," jawab Zarin ringkas dan terus ke dapur untuk membantu pembantu rumah perasan itu memasak.

Memang Puan Sri Norma tidak benarkan Zarin melakukan sebarang kerja tetapi sebagai anak buahnya, elok jika dia menyesuaikan diri di dalam rumah itu sehingga Opah pulang dari menunaikan umrah.

BAB 4

 Setelah selesai menunaikan solat zohor, Puan Sri Norma mengajak Zarin dan Fareez ke butiknya di Damansara. Zarin hanya menurut. Fareez agak segak dengan jeans dan kemeja t putihnya. Tapi siapalah Zarin  mahu memandang dia. Jangan kata pandang, kerling pun Zarin takut... bukan takut apa, takut malu lagi macam kelmarin.

 Fareez melintasi Zarin tanpa menoleh walaupun sekali.

Kan aku dah kata!....Zarin mula rasa segan.

Seolah - olah mengganggu ketenteraman dan privasinya di rumah itu. Sepanjang jalan dia hanya menoleh ke luar tingkap. Tidak mahu memerhatikannya lagi. Meluat. Ye ke? Ataupun sebenarnya naik angau?.

Fareez sengaja mencuri pandang Zarin dari cermin atas kereta. Apabila Zarin terpandang, dia akan tersenyum nakal. Hati Zarin mula rasa seperti sedang bergendang lagu guna rabana tetapi memainkan lagu hip hop!!.

 Puan Sri Norma memilih beberapa helai baju Zarin . Fareez sedang beramah mesra dengan pekerja - pekrja ibunya.Berbeza sekali ketika dia bersama Zarin yang hanya banyak menyimpan perkataan di dalam mulutnya. Mahal saangat!!. . Zarin  perasan juga sesekali dia mencuri pandang ke arahnya. Perasanlah pula...

Juling agaknya si Fareez ni, gerutu hati Zarin. Ketika membelek risalah butik tersebut Fareez menghampirinya.  Hatinya sekali lagi mula berdebar - debar. Kepalanya mula terasa berat. Kaki dan tangan menggigil dan rasa bagai mahu pitam.

Fareez mengatur langkah dengan kemas menghampiri Zarin yang sedikit terlopong mulutnya. Mata  pula kuyu semacam. Penghawa dingin rasanya bertukar menjadi menjadi penghawa hangat. Semakin hampir.. semakin menggelabah. Cuba mahu lari tapi kakinya terpaku di lantai. Ketika  ini, nak suruh Pak Karno kopek kaki pun dah tak sempat. Makin hampir... dia senyum....dan Zarin

Pengsan!.

Terasa namanya dipanggil berkali – kali. Zarin cuba membuka mata. Setelah beberapa ketika mata Zarin sudah pun terbuka luas. Wajah Puan Sri Norma dipandang tanpa sepatah kata.

“Kenapa pula budak ni mama?” soal Fareez.

“Entah?” Puan Sri Norma menggeleng kepala.

Zarin meninggikan pandangan mata. Fareez memeluk tubuh sambil menggelengkan kepalanya. Zarin bingkas bangun. Semua mata memandang ke arahnya.

“Kenapa pengsan?” soal Kay, pekerja Puan Sri Norma.

Apa yang boleh dia jawab?. Pengsan sebab tak dapat menahan rasa cinta yang membuak – buak terhadap lelaki yang tidak pernah mengeluarkan walau sepatah kata pun padanya?. Atau nak dia beritahu mereka yang tubuh nya memberikan tindakan refleks apabila Fareez mendekatinya?... gila betul!!!

Dia sendiri sebenarnya sedikit pelik! Senang – sennag jatuh cnta dengan lelaki tak tahu asal usul ni!... melampau betul







Kenapa dia sengih saja?. Bukan ke sepatutnya sebagai seorang lelaki dia harus memangku aku yang sedang pengsan ini dan memegang pipi aku agar aku terjaga kembali?. Ini tidak, tersengih – sengih memandang aku yang sedang terbaring tadi. Kejam betul!... Zarin masih berkata – kata di dalam hati.

Zarin hanya membisu sementara menunggu Puan Sri Normah masuk ke dalam kereta.

“Ish.. panas sangat agaknya! Sampai dalam air cond pun orang boleh pengsan” kata Fareez. Zarin menelan air liur.

Zarin terpandangkan cermin kereta di sisi. Dia yang duduk betul – betul di belakang Fareez itu sudah tentu nampak semuanya!. Macam mengutuk Si Zarin dalam hati saja.


“Zarin kenapa?. Tak cukup tidur atau teruja melihat saya datang kepada awak tadi,". Fareez bersuara

Wah... dia bercakap dengan aku lah!!.. suka betul mendengar suara dia yang tenang tu tapi nanti kejap......dia kata aku teruja tengok dia datang ke arah aku?. Sudah melampau, tahap keperasanan lelaki ni!!. Kalau tahu pun tak payahlah nak ungkit – ungkit lagi. Jagalah maruah aku sebagai wanita ni tapi tak mengapa aku suka....

Usikannya itu sangat menyakitkan hati Zarin sebenarnya. Memang suka tetapi macam memalukan saja. Mahu tidak mahu Zarin hanya mampu menarik muka 14.

“Macam bagus sahaja. Ingat muka dia kacak sangatkah?” Zarin mula membebel sendiri.

Bukan sekali dua Fareez tersengih tetapi hampir sepanjang perjalanan. Apabila dia menyedari akan pandangan Zarin terhadapnya melalui cermin sisi kereta, dengan sengaja dia akan tersengih – sengih. Malah senyumannya itu lebih melebar berbanding tadi. Tak guna!

                      
                                     
                                       *******************

   Mak Jah masuk ke dalam kamar Zarin sambil membawa segelas susu. Bukan kebiasaannya untuk minum susu sebelum tidur. Ini perkara baru yang perlu Zarin lakukan. Menjadi rutin hariannya kini di rumah Puan Sri Norma. Bagilah ice blanded ke?.. milo ais ke?.. sedap juga!.

"Hmm... baru datang sudah pengsan. Kalau di cuit mahu histeria," kata - kata Mak Jah tidak Zarin  pedulikan. Dia juga antara salah seorang yang manusia yang membuatkan hatinya bagai di hempuk - hempuk. Malu pagi tadi masih belum habis lagi, ni nak sambung ke malam pula..

"Asyik minum susu sahaja. Cubalah bagi Zarin minum sirap ke," rungutnya. Mak Jah mencebik.

 " Ha.. Mak Jah ada susu sedap daripada ini,". Zarin  memandangnya.

 " Susu tikus rumah Pak Seman.. hahahha,". Berdekah - dekah Mak Jah ketawa.

Kadangkala sikap Mak Jah ini agak menghiburkan. Hilang kesunyian ketika Zarin berada di sini. Kadangkala juga kata – katanya itu menyakitkan hati Zarin. Lagi satu, Mak Jah ni budget cantik saja...


"Tak sangka Mak Jah minum susu tikus. Ya lah.... Zarin tahulah Pak Seman tukang kebun tu kekasih Mak Jah kan,". Zarin mencubit paha Mak Jah yang gebu. Dia ketawa lagi. Amboi, besarnya gelak. Ni memang sah – sah ada hati dengan Pak Seman ni!.

BAB 5

Zarin mengerutkan dahinya sambil tangannya menyiram pokok kari di tepi rumah. Seorang lelaki gempal dengan pakaian ala hip hop terjerit – jerit memanggil nama Fareez berkali – kali.

Tak ada adab betul! Cubalah bagi salam.. rungut Zarin.

“Encik!” panggil Zarin. Lelaki itu menoleh ke arah Zarin yang hanya berkain batik dan berbaju T.

“Ha... bibik, tolong panggilkan Fareez” arahnya.

“Nama siapa?.. nama?” Zarin mendongak beberapa kali. Matanya semakin mengecil.

“Nico”  jawab Nico selamba dan kemudian menjengah lehernya ke sana ke mari.

“Islam?” aoal Zarin lagi. Nico seperti mahu naik angin.

“Habis tu? Banyak cakap pula” marah Nico.

“Tak tahu bagi salam ke?’ Zarin bercekak pinggang.

“Hek eleh minah ni.. aku suruh Si Fareez tu pecat baru tahu!” mata Nico membulat tetapi Zarin juga turut sama membeliakkan biji matanya.

“Kau ni siapa sebenarnya?” Nico memerhatikan Zarin dari atas ke bawah. Cepat – cepat Zarin menutup dadanya. Nico mencebik.

“Cepatlah mana Fareez?” soal Nico. Topinya diterbalikan.

“Cari Fareez kan?”

“Iyalah.. takkan cari kau pula” jeling Nico.

“Dah tu.. pergilah tanya Fareez sendiri!” jawab Zarin. Getah papip dicampaknya ke bawah. Dia terus menutup paip air. Nico ternganga. Kereta Fareez yang baru masuk ke halaman rumah membuatkan sakit hati Nico itu bertukar menjadi teruja. Mungkin ada sesuatu yang mahu dia ceritakan. Nampak benar tak sabarnya!

“Siapa minah yang berlagak tu?” soal Nico.

“Zarin” jawab Fareez ringkas. Dia menutup pintu kereta.

“Bini?”

“Bila masa pula aku kahwin. Kalau aku kahwin takkanlah aku tak jemput kau!” jeling Fareez. Kelam kabut tak habis – habis.

“Aku nak tunjukkan gambar awek baru aku” Nico terus menarik tangan Fareez masuk ke dalam ruang tamu. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Fareez memandang sebentar dan mengalihkan pandangannya kepada Nico yang masih tersengih – sengih.

“Berapa lama pula boleh kekal ni?” perli Fareez. Nico sengih.

“Ish... miskin benar!!” tiba – tiba Zarin menyampuk dari belakang. Bibirnya senget sedikit. Mencebik apabila melihat gambar yang baru Nico tunjukkan tadi. Nico agak berang.

“Ye la... tak ada duit beli kain. Nanti bagi kain batik saya.. bagi tutup sikit semua yang melambak keluar tu”sengih Zarin. Nico bingkas bangun. Kali ini dia bercekak pinggang.

“Melambak keluar?” soal Nico.

“Ye la.. macam perut awak tu” jawab Zarin. Fareez menahan tawa. Adakala ayat yang keluar dari mulut Zarini ini ada juga bisanya.

“Ish.. nasib baik kat rumah Fareez, kalau kat rumah aku ni, memang aku sental mulut kau” mara Nico.

“Amboi – amboi..sedap saja nak sental mulut orang. Dah keluar. Jangan daang sini lagi” halau Zarin. Hati Nico makin panas. Dia terus keluar dari situ. Fareez yang memanggilnya berkali – kali juga tidak diendahkannya.

“Zarin..” Fareez geleng kepala.

Zarin terus ke dapur. Padan muka kau jantan gemuk!!!...

                           **************

Suaranya ketawa boleh didengari sampai ke bilik Fareez. Suara Mak Jah juga boleh tahan kuat bunyinya. Fareez keluar dari biliknya. Pintu bilik Zarin yang terbuka sedikit itu membolehkan Fareez mengintai apa yang mereka buat.

“Itu album gambar aku!!” mata Fareez terbeliak.





Zarin ketawa lebih kuat dari tadi. Tangannya menekan – nekan perut sampai terlentang ke belakang. Fareez menggetap bibir. Apa yang lawak sangat tu!

“Ala kuci ..kuci..kuci” Zarin menggerakkan jari jemarinya. Mak Jah gelak.

“Ala comelnya.. kuci..kuci..” kata Zarin lagi.

Kuci...kuci... sesuka hati dia saja panggil aku begitu!. Geram Fareez.

“Comelnya gambar si Fareez tu lari telanjang! Kahkahkahkah!!” mereka berdua ketawa sakan.

Muka Fareez merah padam. Dia terus membuka pintu bilik Zarin seluas – luasnya. Dia memandang gambarnya yang sedang lari bertelanjang di dalam album. Zarin memandang wajahnya dan gambar lama itu silih berganti.

“Kahkahkahkaha!!!!!” ketawa Zarin lagi.

Fareez merampas album gambar itu dan terus membawanya keluar. Tak guna betul!
Mak Jah ni tak boleh dipercayai sekarang ni!... gerutu hati Fareez.
Belum pun sempat Fareez masuk ke dalam biliknya, Zarin terus mengejarnya dari belakang.

“Fareez.. ini ada lagi satu gambar tuttt awak.. kahkhakhkha” Zarin menyerahkan gambar itu ke tangan Fareez. Dia tidak kira Fareez malu atau apa. Yang dia tahu, hatinya suka dan dia boleh ketawa sekuat hati.


No comments:

Post a Comment