BAB 6
Ahmad membetulkan rambutnya sebelum masuk ke dalam
kereta. sudah lebih lima kali dia cuba menelefon Rat tetapi masih tidak
berjawab. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk terus ke rumah Rat. Lagipun
sudah berkali – kali Encik Adib dan Umi mempelawa Ahmad makan tengahari pada
hujung minggu bersama – sama mereka.
Keluar sahaja dari kereta, Ahmad terus memeberi
salam. Rat yang ketika itu sedang membasuh kereta terpana seketika.
“Awak!!!” jerit Rat. Ahmad tersenyum. Sebaik sahaja
Rat menghampirinya mata Ahmad terbeliak memandang paha Rat yang putih gebu
tanpa berlapik itu. Hanya berseluar pendek paras paha. Ahmad meraup wajahnya.
Rat yang masih belum sedar itu tersenyum – senyum membuka pintu pagar rumahnya.
“Panas ya Ainun?” soal Ahmad.
“Ish... tak panas langsung. Kan sejuk hari ni. Macam
nak jadi ketul ais dah” gurau Rat. Ahmad senyum.
“Lawa seluar pendek”masih mahu meneruskan
perbualannya.
“Ahh... ini saya beli masa kami bercuti di Phuket
dulu. Ha... cuba tengok belakang ni, siap ada gambar gajah lagi” Rat
memusingkan tubuhnya. Mengucap panjang Ahmad waktu itu. Diurut – urutnya dada
yang semakin berombak.
“Kan dah elok pakai labuh-labuh sikit” senyum Ahmad.
“Ala.. kat rumah... kalau berjalan, saya pakailah
kain atau seluar panjang” Rat memerah
kain buruk di tangannya.
“keluar sahaja dari rumah.... aurat sudah wajib di
tutup sayang” Ahmad terus berlalu mendapatkan Encik Adib yang keluar dengan
senyuman yang lebar. Sayang?.... dia kata sayang ke tadi?..... Rat senyum dan
terus masuk ke dalam rumah sambil menutup pahanya yang terdedah dengan kertas
suratkhabar.
***********
Sesudah selesai makan tengahari, mereka semua
berkumpul di ruang tamu. Umairah yang sedang mengemas meja makan memandang
Ahmad dan begitu juga sebaliknya. Sama – sama tersenyum. Rat yang baru tiba
untuk mengangkat pinggan lain sedikit tersentap hatinya.
Main senyum – senyum manja..... bahaya!
Sebaik sahaja mereka semua duduk berkumpul, Umi
memandang Ahmad dengan senyuman bangga. Rasa bangga jika mempunyai menantu
seperti.. bisik hati kecil Umi. Matanya pula memandang Umairah yang lengkap
berhijab. Memang umi akui yang Ahmad sebenarnya lebih pantas bersama Umairah
berbanding Rat yang sedikit gila – gila. Renungan Umi terhadap Ahmad dan
Umairah silih berganti itu sedikit mencalarkan hati Rat. Encik Adib merenung
Rat.
“Hmmmm.... duduklah ya...saya tak berapa sihat” Rat
terus naik ke atas. Ahmad mengangguk. Pintu kamarnya ditutup perlahan. Dia menghadap
cermin panjang yang melantunkan semula imejnya....imej sedang bersedih!
Memang kak Umairah lebih molek bersama Ahmad.....
terdetik fikiran itu sepintas lalu.
Pintu bilik diketuk dan dibuka perlahan. Encik Adib
senyum dan terus duduk di atas katil Rat.
“Tikus mondok monyok!” gelak Encik Adib. Rat menarik
kerusi dan dilapiknya kusyen di atasnya.
“Ayah duduk di sini”
Encik Adib terdiam sebentar. Ada sesuatu yang mereka
tidak tahu pasal Rat... kalaulah wujud anugerah anak paling baik dalam dunia
pastinya Encik Adib akan mencalonkan nama Ratu Nur Ainun itu sendiri. Jika Endik
Adib duduk di lantai, tidak sesekali Rat duduk di sofa. Dia akan turut sama
duduk di lantai. Dia tidak akan berada dalam keadaan lebih tinggi dari Encik
Adib.
Rat akan menunggu Encik Adib dan Umi menyuap makanan
ke dalam mulut dahulu sebelum dia. Walau selambat mana pun Encik Adib dia tidak
akan sesekali membiarkan Encik Adib
makan seorang. Hanya dia......
“Tikus suka cikgu?” soalan Encik Adib membuat Rat
ketawa. Tawa yang ternyata palsu.
“Tak cantik tikus ketawa..lagi – lagi kalau dibuat –
buat”
Rat bangun dari katil dan memegang kedua belah pipi
Encik Adib.
“kalau ayah nak tahu..... hanya lelaki bermisai ini,
berlesung pipit ini, bertahi lalat ini yang Rat perlukan... kalau dia pergi
untuk Kak Umairah.....”
Cepat – cepat Encik Adib menekup mulut Rat.
“jangan diungkap akan sesuatu yang Rat tak mampu
lakukan. Pengorbanan itu terlalu perit” Encik Adib bangun dan terus mengucup
dahi Rat.
“Ayah akan lakukan apa saja untuk anak ayah yang
suka sangat jadi tikus ni” hidung Rat dicubit. Rat senyum sambil memandang
Encik Adib yang berlalu keluar.
Ahmad ternantikan Rat namun begitu di terpaksa
pulang juga. Umairah yang menghantarnya hingga ke pintu pagar. Ahmad mendongak.
Dia lihat dengan jelas Rat yang sedang mengintainya. Tirai di tutup penuh.
Ahmad termenung seketika dan kemudiannya memandang Umairah yang masih lagi
tersenyum manis. Ahmad berdehem beberapa kali.
“Kirimkan salam saya pada Ainun kesayangan saya itu”
senyum Ahmad dan sempat berpaling lagi memandang tingkap Rat yang sudah ditutup
dengan langsir.
Umairah mengangguk dan masuk semula ke dalam rumah.
**************
Rat turun ke bawah sambil mencari – cari kunci
kereta di dalam beg tangannya.. dia yang berbaju kurung Pahang itu terus
berjalan tanpa memandang ke hadapan.
“Ainun... jangan langgar saya” cepat – cepat Ahmad
bersuara. Kaki Rat terus terpaku di situ. Dia tersenyum dan buat seketika
wajahnya berubah.
“saya tak tahu kak Umairah kat mana. Jangan tanya
saya” jelas sekali suaranya yang sedikit mendatar itu. Ahmad tahu Rat cemburu. Lebih
– lebih lagi apabila Encik Adib menerangkannya secara terperinci sewaktu pulang
dari masjid malam tadi.
“Saya nak jumpa ainun saya”
“Ni bukan ainun awak”
“saya..”
“suka hati” Rat masih mencari – cari kunci.
“Saya nak naik ke atas.. nak cari kunci kereta” kata
Rat tergopoh gapah.
“Rat!!!” jerit Yazid dari atas tangga. Puas dia
menelefon rat tetapi tidak berjaya. Mahu atau tidak dia terpaksa berlari turun.
“Encik Adib nak pinjam kereta. kunci pada dia”
Rat tercengang – cengang. Lebih – lebih lagi apabila
memandang Ahmad yang mengulum senyum seperti tahu sesuatu.
“Nak ikut tengok perlawanan bola sepak pelajar saya
tak?. Cuma suka – suka” pelawa Ahmad.
“Awak main?”
“Tak. Saya tak boleh main sebab terlalu pandai”
ketawa Ahmad.
Tangan rat ringan mahu memeluk lengan Ahmad sewaktu
berjalan bersama.
“Haish.... tak bolehlah....” pujuk Ahmad.
“Kan awak pakai lengan panjang” muka Rat monyok
‘Ok... sebelum saya cakap, saya minta maaf... kalau
saya pegang sesuatu yang saya tak patut pegang tapi berlapik... tak apa ke?”
Ahmad mengangkat keningnya.
“Sesuatu tak boleh pegang?” Rat mengerutkan dahinya.
Ahmad menggaru – garu kepalanya. Lengan baju di
singsing sedikit dan Ahmad ketawa lucu.
“Macam.... aset wanita ya lah....”
“Oh... ini!” Rat memegang dadanya.
“Haishhh...... tak payahlah tunjuk!. Ha... berlapik
kan.. tapi saya pegang, berdosa kan?sentuhan menimbulkan rasa..hmmmm..ops!...eh...bukan..
bukan saya pegang..astaghfirullah!.. dah lah jom” Ahmad meraup wajahnya
seketika. Kalaulah walid dengar.....
Rat gelak besar. Dia berfikiran terbuka tetapi Ahmad
malu – malu. Lagilah menjadi bahan usikannya.
“Dahlah.. Ainun” rayu Ahmad. Mukanya merah padam
sewaktu rat menyentuh pahanya kemudian menoleh memandang Ahmad.
“Macam ni baliklah. Saya ni lelaki tau... saya
haishhhh”
Ahmad buat tidak tahu setiap kali Rat ketawa
sehinggalah mereka tiba di padang.
“Nasib baik bukan padang sekolah” sengih Rat. Ahmad
dan Rat berjalan beriringan.
“Cikgu!!!” jerit pelajar – pelajarnya.
“Perghhhh.. cun cikgu!!! Awek ye?” gurau mereka.
“Ya..awek!!!” jerit Rat. Terbeliak mata Ahmad waktu
itu.
“Ainun...”
“Apa?”
“Depan budak sekolah”
“Tapi dah tingkatan empat kan” Rat mengenyit mata.
Ahmad rasa dia silap dengan membawa Rat ke mari. Makin teruja pula Rat waktu
itu.
“Nak main” pinta Rat.
“Ish... janganlah..apa ni?....” Ahmad pening kepala.
“Kalau kacau macam ni, next time tak nak bawa
lagilah Ainun ke mari. Kalau ada game lain pun saya tak mahu bawa” ugut Ahmad.
“Ok” Rat terus duduk seri panggung. Bersilang gaya
model. Memang dia penggoda jadi cara duduknya sudah terbiasa begitu. Walaupun berbaju
kurung Pahang tetapi tetap kelihatan seksi. Lagi – lagi apabila dia melepaskan
rambutnya yang panjang dan sedikit ikal itu. Kulitnya yang putih menjadi
kemerahan apabila dipanah mentari. Senyumannya,........
Tumpuan pelajar – pelajar Ahmad hilang. Mereka asyik
memandang Rat yang sikit – sikit menyelak rambutnya ke belakang. Postur duduk
yang sedikit mendada mula membuatkan pelajar – pelajar itu bermain sambil lewa.
“Cun ..kalau akulah! Ajak nikah terus” kata Jagdish.
“Mana leh, kau kan sigh.. mana bolehh kahwin” ejek
Ekhwan , ketua pasukan mereka.
“Aku sunat dulu” sengih Jagdish.
“Aku sunat kau sekarang” Ekhwan mengejar Jagdish...
Separuh masa pertama sudah berakhir. Mereka berkumpul
di hadapan Ahmad. Memang Ahmad berbicara tetapi mata mereka banyak kali beralih
pada wajah rat yang tersenyum manis.
“Nak kena ni” Ahmad bersuara.
Semua tunduk. Berderai tawa Rat ketika itu. Rat
terus bangun dan mahu masuk ke dalam kereta. kasihan pula budak – budak sekolah
ni....
Mata mereka memerhatikan gaya rat berjalan. Ahmad
terduduk di kerusi. Dah tak boleh nak buat apa lagi.
“Macam model. Aku nak suru Elly belajarlah jalan
macam tu.. ini tak dah macam monster” kutuk Ekhwan.
Perlawanan sudah tamat. Ahmad masuk ke dalam kereta.
rupa – rupanya rat sedang tertidur manja.
Ahmad menutup pintu dan mengintai wajah Rat.
“Kalau pandai menggoda tu, tengah tidur pun boleh
menggoda aku” senyum Ahmad.
“Tau” tiba – tiba rat bersuara.
Terkejut Ahmad dibuatnya..
Akibat malu besar, Ahmad teru memnawa rat pulang ke
rumahnya. gatal mulut lagi!!!
advance btl tikus ni...pandai menggoda...
ReplyDeletetikus cencorot kan pandai bawa lari kuih (ada kena mengena ke hehehhe)
Deletetenkiu ina :) <3
mona airawanie : cara pemakaian tidak melambangkan sikap seseorang.....kuat aura rat nie....thanks penulis...idea awak semakin menarik...sy suka....teruskan...
ReplyDeleteterima kasih banyak mona :)
Delete\hahhaha.. gedik dia yang kuat
siapa mona ni... kalau boleh saya tahu?
puas cari kat group. x jumpa gak. habis kawan saya saya tuduh hehehe
x kisahlah... yang penting.. terima kasih banyak2 ya <3
mona airawanie : hanya pembaca dan pemberi komen....
Deletebaiklah.... saya menghormati keputusan anda. apapun saya nak ucap terima kasih banyak2 sudi baca dan beri komen. sangat2 saya hargai.... tenkiuuuuu muah!
DeleteHuahahahaaa biaq btui encik adib ni, anak sndri dy pggl tikus. Huahahahaaaa
ReplyDeleteadooi lah, ape nak jadi ngan student2 tu erk? Sumpah lawak. Kahkahkah
heheheheh...
Deleteina! nasib baik rat pakai baju kurung walaupun ketat
buatnya dia pakai seksi macam dulu..
langsung tak jadi lawan bola..
terima kasih Inayah <3
Kak apasal tiba2 kluar nama yazid ni..konpiuslah..oowhh rupanya kisah di rumah ah tamat, kisah seterusnya dari pejabat..hhehehe....3 kali pusing roundabout kaka baru faham...huhuhuhu.....
ReplyDelete