BAB 7
Puan Jiha
tidak mahu melihat wajah yang telah melukakan dua insan yang disayanginya. Akma
kini semakin kerap datang ke rumah untuk bertemu Izzat. Puan Jiha sedar, walau
seteruk dan selama mana pun seorang ibu itu meninggalkan anaknya... kasih
sayang itu pasti akan bertaut kembali. Pertalian darah yang tidak dapat
dinafikan haknya.
“Tapi ini
anak Akma” Akma masih belum mahu menyentuh hidangan di hadapannya. Izzat duduk
jauh dari Akma. Dia hanya mahu mendengar.
“Kalau
itu anak, kenapa kamu biarkan begitu. Tak salah kalau keadaan memaksa tetapi
sekurang – kurangnya dalam tempoh dia membesar tidakkah kamu teringat akan dia
walaupun sekali?. Aku tak marah kalau kamu datang menjenguk dia walau hanya
sebulan sekali. Sekurang – kurangnya aku nampak kesungguhan kamu. Bukannya
mengabaikan dia di sisi Budi yang masa itu belum tahu apa – apa pun pasal anak.
Dia belum kahwin seperti kamu. Aku tak marah dia cintakan ibu tunggal kerana
aku juga wanita...... tapi kamu tidak pernah aku anggap sebagai ibu” Puan Jiha
masih mahu berbalah.
Akma
bangun dan terus mendapatkan Izzat. Dahi anaknya dicium dan kakinya terus
melangkah pergi.
“Aunty
Iman kalau lepas cium, dia akan peluk Izzat erat – erat. Dia bukan mama Izzat
tapi kenapa mama Izzat tak buat begitu?” soalan dari bibir insan kecil itu
mematikan langkah Akma. Tanpa menoleh, dia meneruskan langkahnya. Pedih?... ibu
mana tidak pedih jika di ajukan soalan sebegitu rupa?. Puan Jiha terus memeluk
Izzat dan membawa cucunya itu naik ke atas. Dia langsung tidak mengiringi
langkah Akma keluar dari rumah mereka.
****************
“Mama
Iman!! Yuli pukul Izzat dengan botol susu!!” teriak Izzat dalam tawa. Melihat
Izzat ketawa, Yuli juga ketawa. Taman rekreasi di situ sedikit lengang mungkin
waktu cuti berganda begini, orang kota lebih gemar pulang ke desa.
Izzat
memangku Yuli. Memang teserlah kasih sayangnya buat Yuli.
“Awak tak
balik kampung?” soal Budi. Iman hanya menggeleng.
“Kenapa?”
“Kesilapan
silam yang masih belum diperbetulkan” jawapan itu ringkas tetapi menimbulkan
pelbagai persoalan pada Budi Irsyad.
“Kat
kampung?”
“Tidak.
Hartamas” jawab Iman lagi. Budi sedikit terkejut. bukan tempat orang – orang
susah yang tinggal di situ.
“nama
ayah awak?”
Soalan
itu dibiarkan sahaja. Tidak mahu dijawab atau dibahaskan. Iman berpura – pura
mencari sesuatu di dalam beg. Budi Irsyad tersenyum.
“Yang
dicari tiada di situ kerana yang mencari itulah apa yang saya cari jawapannya”
Budi Irsyad merenung Iman sehingga mata Iman tunduk kelopaknya.
“Khalil
bin Johari”
Terlepas
sandwich dari tangan Budi Irsyad. Tuan Khalil Johari, pemilik syarikat hartanah
antara yang terbesar di Malaysia. Budi Irsyad berdehem beberapa kali. Dia
mengambil sedikit udara untuk menyampaikan sesuatu Iman perlu tahu.
“Iman....
jangan jadikan awak seperti Akma walaupun dalam situasi yang berbeza. Saya
sering persoalkan... keras benarkah hati
Akma sehingga melupakan kami di sini. Yang sihat dan terseyum riang
buatnya. Soalan itu akan disoal juga oleh Tuan Khalil yang dahulunya gemuk
berisi tetapi kini kurus melidi”
Akma
tersentak.Kurus?. papanya memang kuat makan...tetapi mengapa sampai susut
badannya. Iman menekup wajahnya.
“Saya
cintakan Iman yang tulus hatinya... penyayang sikapnya tetapi jika nurul Iman
mampu membuang semangat dalam diri lelaki yang menjadi penyebab lahirnya dia ke
dunia ini, apalah yang boleh saya pegang sebagai janji dan bukti agar awak juga
tidak akan meninggalkan saya” pandangan mata Budi Irsyad masih di situ.....mata
Iman.
“Papa
yang halau”
“Kenapa
tak kembali. Sudah tiga tahun bukan?” Budi Irsyad semakin galak menyoal.
“Sebab
kamal?”
Muka Iman
yang dari tadi sedikit tunduk tegak kembali. Terasa tegang tengkuknya mendengar
nama lelaki itu. Perlukah Budi menyebut nama itu saat ini?...Iman sedikit
terkilan.
“Yuli...
kita balik ya..” Iman bangun dan terus mendukung YUli sambil tangan kirinya
memimpin tangan Izzat. Budi Irsyad menyesal!. Terus dia menahan wanita jelita
itu dari pergi dari situ.
“Awak
salah faham” Budi Irsyad cuba menerangkan sesuatu yang disalah ertikan oleh
Iman.
“Tiada
apa yang boleh saya berikan sebagai bukti yang saya akan setia bersama awak. Menyamakan
saya dan Akma sudah cukup menghiris hati saya. Maaf, hantar saya pulang Encik
Budi... mungkin ini petanda yang awak tidak akan mampu menerima saya dalam
hidup awak. Saya wanita ego yang membiarkan papa saya sakit sebegitu” agak
pedih kata – kata Iman. Terus tubuh Iman ditarik agar menghampirinya. Pipi Iman
di sentuh lembut.
“Sayang....
awak terlalu emosi . ok.. maafkan lelaki bernama Budi Irsyad ni ya?. Jangan
panggil encik lagi... rasa lain sangat” Budi Irsyad mula buat wajah yang mampu
mencairkan hati Iman.
“Saya tak
suka” rungut Iman. Izzat ketawa.
“Papa
pandai pujuk mama Iman. Mama Iman dah kalah” gelak Izzat lebih kuat dari tadi.
“Ish...
mana ada mama kalah. Saja papa ni” Iman memukul lengan Budi iRsyad.
“Papa?!!!”
Izzat dan Budi Irsyad memandang Iman yang termalu sendiri. Budi Irsyad
tersenyum – senyum. dia mengambil Yuli dari tangan Iman.
“Biar
papa dukung ya...”
“Awak!!!”
Mereka
berdua ketawa besar.
************************
Hak
penjagaan anak!. Terduduk Budi irsyad sewaktu membaca surat dari mahkamah itu.Akma
memandangnya tanpa gentar. Dia melabuhkan punggungnya dengan kaki yang
bersilang.
“terima
kasih jaga anak i selama ini” ucapan yang kejam itu benar – benar membuatkan
telinga Budi Irsyad bernanah.
“You kena
terima hakikat.. dalam mahkamah mana sekali pun hak seorang ibu tidak boleh
dipertikaikan” makin galak Akma bersuara.
“melainkan....”
sambungnya lagi.
“Apa?”
kasar sekali cara Budi Irsyad membalas kata – kata Akma sbentar tadi.
“you
kahwin dengan i”
Budi
Irsyad ketawa sinis. Zarina yang baru
sahaja masuk ke dalam pejabatnya itu diarahkan supaya membawa secawan air
masak.
“you
macam dulu.... gabra saja minum air”
sengaja mencari perit di jiwa Budi Irsyad. Tidak sampai 3 minit, Zarina
membawa secawan air masak dan dihidangkannya di hadapan Budi Irsyad.
“Bukan
saya, Zarina, letak depan dia” arah Budi Irsyad. Zarina spontan menegak
tubuhnya apabila mendengarnya.
“kau
tengok dalam air tu.. wajah seorang wanita hodoh segala sifat dan sikapnya. Bercakap
hanya kerana pertalian darah!. Hanya pertalian darah, ibu sanggup membuang
anaknya di tepi jalan. dengan pertalian darah, seorang anak membunuh ibunya
hanya sebab yang tidak masuk akal. Kerana pertalian darah, manusia itu mampu
meninggalkan amanah untuknya. Tapi.... dengan kasih sayang, orang asing juga
boleh menjadi keluarga. Dengan kasih sayang, seorang anak tidak sanggup
mengherdik orang tuanya, kerana kasih sayang ini juga aku membesarkan anak
wanita sezalim kau, Akma. Aku Cuma berikan air dimana bayangnya tidak jelas
kelihatan kerana jika aku berikan kau cermin, pasti kau sendiri tidak akan
mengaku wajah di dalam cermin itu wajah milik ibu kepada Izzat!. Keluar!” Budi
Irsyad berdiri dan membuka pintu pejabatnya untuk Akma.
Tidak terdaya
Akma mahu menidakkan sesuatu yang benar dari ungkapan Budi Irsyad itu. Dia melangkah
dengan hati yang lebih perit berbanding Budi Irsyad.
Emmmm....emmmm....apa Ya nak komen?!!!!!...😒😒😒
ReplyDeleteNak tunggu next n3 lah. X sabar nak baca apa yg bakal terjadi
-aflah-
terima kasih banyak2 tau Aflah....
Deletesaya sangat menghargai kunjungan
afla di blog ini...
cayang selalu :) <3