Saturday, 15 June 2013

ROMANTIKA KITA -bab 3

BAB 3

Iman tiba agak awal. Hairan juga dia apabila terserampak dengan Budi Irsyad di dalam lif yang sama. Hanya mereka berdua. Iman mengangguk sebagai tanda hormat dan dibalas dengan senyuman manis oleh Budi Irsyad. Lampu lif berkelip – kelip. Terdengar keluhan berat dari mulut Budi Irsyad.

lif bergegar. Iman memandang Budi Irsyad namun begitu wajah tampan itu masih tenang. dari jarak yang jauh Iman memeluk beg tangannya. takutnya tidak terkata. kali ini lif naik ke tingkat paling atas tetapi masih belum mahu buka. situasi itu mengundang rasa takut yang amat ketara dan kelopak mata Iman sudah pun berkaca. dia memejam mata serapat yang boleh. hanya wajah Yuli yang ada di kotak fikirannya. perlahan - lahan tangannya digenggam kemas. Budi Irsyad hanya menggenggam tangan yang lembut itu tanpa memandang wajah Iman. namun begitu tindakan Budi Irsyad membuatkan Iman rasa dilindungi dan selamat di sisi Budi Irsyad. Tangan kiri Iman pula memaut lengan Budi Irsyad. semakin lama semakin rapat. kali ini rasa takut hilang seperti angin yang lalu.

Budi Irsyad dapat merasakan tangan Iman yang sedikit menggigil walaupun masih berada di dalam genggamannya.

“Tak perlu takut. Dulu pernah jadi begini” kata Budi Irsyad. Sekadar mahu menenangkan perasaan Iman walaupun tidak pernah sekali pun lif di bangunan itu meragam. Sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat 12, mereka berdua terus keluar. Nampaknya mereka berdua terpaksa menapak turun ke pajabat mereka yang berada di tingkat satu.

“Hmmm silalah jalan dulu” arah Budi Irsyad. Tanpa membantah, Iman terus mendahului Budi Irsyad. Walaupun lenguh kakinya, tetap di teruskaya juga.

“Mari sini saya pegangkan beg kertas awak tu” Budi Irsyad menawarkan diri tetapi hanya senyuman yang diberikan.

“Tak apalah... mari sini” setelah berkali – kali Budi Irsyad menawarkan diri barulah Iman menyerahkan beg kertas itu ke tangannya.

“Kita makan” tiba – tiba sahaja Iman pandai mempelawa Budi Irsyad. Agak terkejut juga tetapi pelawaan itu diterima dengan hati yang terbuka. Kadangkala sesuatu yang berlaku ada sebabnya. Mungkin memang rezeki Budi Irsyad untuk makan pulut balut daun pisang bersama sambal tumis ikan bilis.

Mereka berdua duduk di tangga tingkat sembilan.

“Ala... sudu ada satu” Iman gigit bibir. Budi Irsyad mengangkat keningnya.

“Tak apa, Encik Budi makan ye” Iman senyum Ikhlas. Selepas sepotong hirisan pulut masuk ke dalam mulutnya, Budi Irsyad terus menyuap lagi satu potongan pulut ke dalam mulut Iman. Wajah Iman merah .... namun begitu dia tetap juga menerima suapan itu dari Budi Irsyad. Setelah melonggarkan tali lehernya, Budi Irsyad menyuap lagi potongan pulut ke dalam mulutnya. Garfu yang masih berada di tangannya itu diserahkannya kepada Iman. Mereka berdua bersarapan pagi di tangga dengan suasana senyap sunyi kerana tiada patah bicara yang keluar dari mulut Budi Irsyad mahupun Iman.

                                               ****************
Zarina gelak mendengar cerita Iman sebentar tadi. Pelik juga dia bagaimana Budi Irsyad yang serius itu boleh tersenyum dan tenang di samping Iman?. Zarina yang telah mengenali Budi Irsyad dan Akma lebih dari lima tahun itu kelihatan sedikit senang dengan perubahan Budi Irsyad sekarang. Dia sudah mahu tersenyum. Tidak seperti sewaktu Akma meninggalkannya dahulu.... senyuman menjadi musuh di dalam hidupnya. Kesemua pekerja sangat menghormatinya malah ketakutan itu hadir kerana majikan mereka tidak mahu bergurau atau pun bergelak tawa. Jika mahu lihat dia ketawa.... bawalah Izzat. Dia akan memecahkan halangan rasa gembiranya ketika itu juga.

“Encik Budi, saya nak kemas bilik” pinta Iman. Budi Irsyad bangun dan duduk di sofa. Iman termenung seketika. Apa yang mahu dikemasnya?. Semuanya teratur bagaikan tidak berusik. Iman berdiri kaku di hadapan meja kerja Budi Irsyad. Melihatkan tiada pergerakan dari Iman, Budi mengangkat wajahnya.

“kenapa Iman?”

“Semuanya teratur. Saya tak tahu nak kemas apa” Iman menanggalkan sarung tangannya. Budi Irsyad mengerutkkan dahinya. Bukankah sepatutnya dia lebih gembira jika tugasnya semakin ringan?.

“Tak apalah, awak boleh rehat” arah Budi Irsyad dan bangun dari sofa. Dia melintasi Iman yang masih kaku di situ.

“Macam tak baik pula. Saya ditugaskan untuk buat kerja tapi kerjanya tidak sesusah dengan upah yang saya terima. Saya tak mahu beri anak saya gaji yang tidak berkat” kata – kata Iman membuatkan langkah Irsyad terhenti ketika itu juga.

Terukir senyuman di wajah Budi Irsyad.

“Tak mengapa. Awak boleh keluar” arah Budi Irsyad.

Iman keluar dan meneruskan kerjanya di pantry. Nasibnya baik, semua pekerja syarikat itu memang baik terhadapnya. Tiada umpatan atau kata cacian. Mereka juga tidak mempergunakan Iman untuk urusan mereka. Sampah dibuang sendiri kerana mereka tahu Iman sudah banyak tugasan untuk diselesaiakan. Semuanya banyak membantu Iman.

                               ********************

Puan Jiha membawa Izzat ke pejabat untuk bertemu dengan papanya sebelum mereka berdua membeli belah untuk majlis hari lahir Budi Irsyad yang akan tiba tidak lama lagi. Mahu beri kejutan katanya!. Puan Jiha masuk ke dalam pantry dan matanya terpandangkan cucur badak di atas meja. Dia mengambil satu dan merasainya. Kepala puan Jiha terangguk –angguk. Hawa dan Bea yang baru sahaja masuk ke dalam pantry juga terus mengambil cucur badak itu.

“Siapa masak ni Hawa?” soal Puan Jiha.

“Iman” jawab Hawa dengan mulut yang masih penuh.

“lelaki?”

“Ish... bukanlah Puan. Namanya Nurul Iman. Encik Budi arahkan dia supaya bawa kuih ke pejabat untuk kami setiap hari. Dia cleaner di dini. Jadi Encik Budi bayarlah padanya hari – hari. Kami sekarang tak payah nak cari sarapan. Iman yang buatkan” terang Bea.

“Mana orangnya?” Puan Jiha mengambil seketul lagi.

“Dalam bilik stor. Kemas stor. Ha... Izzat pergi pada dia tadi” terang Hawa. Puan jiha mengatur langkah ke bilik stor. Terdengar suara Izzat ketawa dan bergurau mesra. Pintu stor dibuka perlahan.

“Aunty Iman... ini nenek Izzat!” jerit Izzat. Iman mengesat tangannya dengan tuala sebelum bersalaman dengan Puan Jiha.

“Puan ni ibunya Encik Budi?” soal Iman.

“Ya.. awak Iman?” soal Puan jiha kembali. Dipandangnya Iman dari atas ke bawah. Sayang.... secantik ini kerjanya Cuma di sini!. Terdetik perkara itu di hati Puan Jiha.

“Ya..Puan” angguk Iman. Puan Jiha menghulurkan tangannya ke arah Izzat dan pergi meninggalkan Iman di situ sendirian. Dia mahu berbual dengan Budi Irsyad di dalam bilik pejabat.

Sebaik sahaja pintu tertutup Puan Jiha melabuhkan punggungnya di sofa.

“Itu ke aunty baby Yuli yang Izzat cerita?” soal Puan Jiha. Izzat mengangguk. Budi Irsyad yang sedang menyemak akaun sedaya upaya menebalkan telinganya. Dia pasti usul perkahwinan akan terbit waktu itu juga.

“Mama... tolonglah. Tiada cinta. Akma masih di hati Budi” tunduk Budi irsyad. Puan Jiha mengeluh panjang. Memanglah Akma itu cantiknya persisi supermodel tetapi Iman juga sangat cantik. Malah lebih ayu dan lembut raut wajahnya.

“Suatu hari nanti Budi akan suka juga padanya. Semua yang Budi mahu ada padanya. Jangan menidakkan kebenaran. Sudah, mama nak balik” Puan Jiha mengajak Izzat balik.

“Nak balik ya nenek?. Izzat nak jumpa aunty Iman dulu” Izzat terus berlari keluar. Budi Irsyad memandang wajah Puan Jiha yang mencebik bangga tanpa memandangnya.

 Puan Jiha keluar mendapatkan Iman dan Izzat.

“Iman datang ya minggu hadapan rumah kami. Nak suprise party kat Budi. Kalau tak suprise dia tak nak buat. Katanya macam budak – budak” senyum Puan Jiha.

“InsyaAllah Puan”

“Pakai cantik – cantik. Jangan pakai jeans dan t-shirt begini. Kadangkala benda yang terang juga perlu penyuluhnya. Kalau tak, tak nampak pun” pesan Puan Jihad dan pergi dari situ.

Budi Irsyad rupanya ada di belakang Puan Jiha waktu itu. Mata mereka bertentangan sewaktu Iman mengkalih pandangannya dari mengiringi Iman dan Puan Jiha pergi.

“Encik Budi” Iman menggengg         am kain buruk di tangannya.

“Tak suprise pun party tu sebab tiap – tiap tahun mama saya buat. Cuma saya buat – buat terkejut” Budi senyum. lega hati Iman. Disangkanya tadi, akan dimarahi kerana melayan ibunya.

“Baliklah Iman.. kerja pun dah habis” suruh Budi.

“Baik Encik Budi” Iman masih lagi mengangguk. Susah mahu dibuang tabiat barunya itu.
                                     ****************

Budi Irsyad memberhentikan keretanya sebaik sahaja menyedari Iman sedang berdiri dengan wajah yang sembab di bawah perhentian bas. Kadang kala dia seolah – olah mencari – cari sesuatu.  Budi Irsyad  keluar selepas menanggalkan kotnya di dalam kereta.

“Kenapa Iman?”

“Tak.... dompet saya.. tadi saya beli barang lepas tu tengok – tengok dompet saya hilang. Duit gaji saya habis hilang. Susu Yuli belum beli lagi” tangisnya semakin memberat.

“Masuk dalam kereta” arah Budi Irsyad.

“Buat apa?” soal Iman. Gaya nya seperti orang yang sedang dalama kebingungan.

“Kita beli susu Yuli.”

“Tapi saya tak punya duit” soal Iman walaupun punggungnya sudah pun mencecah tempat duduk kereta Budi.

“saya ada duit” senyum Budi Irsyad.

“Tapi saya nak ganti dengan apa?. Gaji saya bulan depan nak bayar duit sewa rumah...bla..blaa..blaaa.”

Budi Irsyad tersengih – sengih sambil menghidupkan enjin kereta. bagai di hidangkan lagu asmara pula apabila mendengar bebelan Iman tanpa henti.

“Bebelan awak comel sangat” kata Budi Irsyad.

Terdiam terus mulut Iman waktu itu. Comel?. Bebel pun ada comelnya?.

“Saya sebenarnya suka dengan wanita yang comel apabila berleter”

Dua – dua terdiam. Budi Irsyad baru tersedar akan patah perkataan yang baru keluar dari mulutnya sebentar tadi. Iman pula terpaku di situ. Perlahan – lahan dia bersandar ke belakang. Memejam matanya sebentar.


Wahai hati, jangan ulangi...... pintanya.

No comments:

Post a Comment