Wednesday 3 July 2013

Cerpen: CINTA TANGGA SURAU

CINTA TANGGA SURAU...

Sudah tiga hari berturut- turut Aira menemani ibunya, Hajah Seri ke surau. Bukannya tidak boleh solat dirumah tetapi lebih baik jika berjemaah di surau. Usai solat berjemaah, kain telekung dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam beg bercorak bunga daisy kesayangannya. Tangan Aira tidak lekang dari memimpin ibunya yang masih kuat untuk menuruni anak tangga.

“Ai... ibu kuat lagi” senyum Hajah Seri. Hanya anggukan yang diberikan namun tangannya masih memimpin tangan Ratu dunia dan akhiratnya. Ayahnya, Haji dahlan ketawa lucu. Walaupun mereka melahirkan permata hati lebih ramai namun kasih sayang Aira tidak mampu untuk dikuis ke tepi. Perhatiannya sentiasa penuh untuk mereka berdua. Tidak ada ruang kosong walau seinci pun. Sementara menunggu Haji Dahlan memakai selipar, Aira hanya berdiri di situ sambil tangannya sibuk membetulkan tudung yang sedikit kelepet akibat ditiup angin kuat pada malam itu.

“Haji dah nak pulang sekarang?” soal satu suara dari atas surau. Aira menoleh. Mahu juga dia tahu empunya suara yang begitu lembut gaya pertuturan pada ayahnya.

“Alim...ya! malam ni Aira dah masak sedap. Kenalah balik” gelak Haji Dahlan. Batuknya dilepaskan bagi melegakan perit kerongkong. Alim memandang Aira yang hanya menundukkan wajahnya. Mahal!... bisik hati kecil Alim.

Matanya masih mengiringi langkah tiga beranak itu dengan senyuman. Aira... bukan mudah untuk dipikat walaupun punya sedikit kenakalan. Dia sedar bukan dia seorang sahaja yang punya keinginan untuk memaut dahan cinta Aira. Cantik bukanlah penyebab hatinya tertaut tetapi senyuman dan ketulusan hati Aira yang dari awal – awal lagi sudah mengusik suis cinta di hatinya. Yang Alim mampu hanya mengeluh.....tertanya – tanya adakah rasa cinta itu mempunyai tuah atau sebaliknya.

                               **************

“Aira ....” panggil seseorang dari belakang. Aira yang sedang menyidai kain di ampaian itu menoleh ke kiri dan kanan. Mencari empunya suara yang hanya berbisik dari jauh.

“Abang Khairul lah” senyum Khairul, jiran sebelah rumah Aira yang sedang menyuntik rasa cinta di hati Aira. Hanya senyuman yang diberi sebagai balasan. Khairul datang menghampiri dengan kedua – dua belah tangannya menyeluk kocek seluar. Sesekali tangan berkulit cerah itu merapikan rambut yang sudah sedia kemas.

“Aira nak ikut abang ke pekan?”

“Buat apa?” soal Aira kembali.

“Tengok wayang” senyuman semakin melebar. Respon yang diberikan Aira tadi membuatkan hatinya berbunga mekar. Tawa Aira yang sedikit panjang membuatkan wajah Khairul berkerut.

“Boleh... ajak ayah sekali” duga Aira. Ketika itu juga air liur yang ditelan Khairul terasa pahit sekali. Tidak mungkin hadirnya rasa gembira jika Haji Dahlan turut sama menonton wayang. Dia tahu, Aira menolak pelawaannya.

“tak apalah...” Khairul senyum kelat. Dia berundur beberapa langkah dan berpaling semula. Kakinya menjauhi tanah milik Haji Dahlan dengan sedikit kekecewaan. Hajah Seri memandang dari atas rumah. Sebaik sahaja Aira naik ke atas, Hajah seri terus memanggil anaknya itu duduk di sampingnya.

“Aira suka Khairul ke?” telus sungguh soalan Hajah Seri. Soalan cepu emas yang di soal sebentar tadi menenggelamkan terus patah – patah perkataan yang masih terkemam dalam rongga mulutnya.

“Tak.. bu”

“Hmmm... baguslah. Ibu tak berapa suka juga dengan dia. Ibu mahukan yang terbaik buat anak ibu. Kalau Alim tu, suka juga” senyum Hajah Seri dan terus meninggalkan Aira yang terpinga – pinga di situ. Alim?.....

                                          ***********

Hari ini hajah Seri mahu lagi berjemaah di surau dan seperti biasa Aira yang akan menemani ibunya. Haji Dahlan lebih awal ke surau. Maklumlah, siak ... semua keperluan dan kebersihan masjid Haji Dahlan yang akan menguruskannya. belum pun sampai ke pintu pagar surau, wajah Alim yang sedang berbual dengan Tok Ketua membuatkan kata – kata ibunya tadi menerawang masuk ke dalam ingatannya. Tiba – tiba dia jadi malu sendiri...

“Assalamualaikum Hajah, Aira” senyum Alim. Dia memang seorang lelaki yang murah dengan senyuman. Aira menjawab tanpa memandang lelaki yang masih lagi merenungnya dengan senyuman.

“Haishh... renung –renung, kena pinang tau! Bukan boleh renung sahaja” usik Tok Ketua dan wajah Alim menjadi merah padam. Kali ini dia juga tertunduk memandang tanah. Terasa malu pula diusik begitu. Lebih – lebih lagi di hadapan Aira yang tidak memberi sebarang respon yang positif untuk dia memulakan langkah.

Aira cepat – cepat naik ke surau.

“Eh.. ibu lupa pula! Beritahu Alim yang esok ibu nak pergi rumah dia. Nah hantar baju” senyum Hajah Seri. Ternganga mulut Aira waktu itu. Ibu sengaja kan! Aira mengecilkan matanya. Memang pasti apabila Hajah Seri tersengih – sengih sendiri.

“Pergilah.... sekejap lagi nak azan ni” suruh Hajah Seri. Hujung bajunya dipintal – pinta sambil matanya meminta belas daripada Hajah Seri supaya jangan membabitkan dia dalam agenda tersembunyi ini.

“Cepatlah” pujuk Hajah Seri.

Aira menapak perlahan keluar dari surau. Alim sedang membantu Haji Dahlan menyapu di beranda. Mungkin akibat keletihan, Alim duduk sebentar di tangga bagi melepaskan lelahnya.

“Assalamualaikum” Aira takut – takut. Terkejut ALim waktu itu. Dia menoleh dan bagai tindakan refleks kakinya terus mengampu badannya untuk berdiri di hadapan Aira.

“Ya.. waalaikumussalam Aira” senyum Alim. Dia serba tidak kena. Sesekali pandangan matanya dilontar jauh untuk mententeramkan sedikit rasa rasa resah.

“Esok ibu nak pergi rumah awak.. nak hantar baju”

“Ok” jawapan yang sangat ringkas.

“O...ok” balas Aira pula.

Haji Dahlan hanya memandang dari dalam masjid. Bibirnya sudah pun melebar mencorakkan kuntuman  yang dinamakan senyuman manis.

“Err... awak?” soal Alim kembali.

“Kenapa dengan saya?” masih menjadikan soalan sebagai jawapan.

“Tak datang sekali?”

Tiba – tiba Aira mampu ketawa kecil. Setelah menyedari tawanya itu dipandang aneh oleh Alim, Aira terus berpatah balik pulang ke tempat ibunya semula. Hajah Seri tidak menyoal sebaliknya hanya memandang sekali lalu.

                               **********


“Macam mana Aira... bawa saya jumpa ibu awak nak?” soal Karim sewaktu Aira pulang dari tempat kerjanya. Hanya keuhan yang mampu diberikan. Dia pasti tiada peluang untuk Karim menawan hati ibunya.....

“Tak perlulah” terbayang pula tiga orang lelaki yang menjadi bekas teman lelaki yang ditolak mentah – mentah oleh ibunya. Tiada sedikit rasa marah pun yang terbina di atas kehancuran kotak- kotak cintanya sebelum ini. Jangan cari kotak sebagai tempat kita pijak tetapi carilah batu yang lebih kukuh. Mencari batu salah satu caranya... cari di tempat yang betul, surau!, teringat akan kata – kata Haji Dahlan. Aira kini tidak terlalu menaruh harapan tinggi untuk memilih lelaki idamannya. Dia tahu mengapa ibunya menolak seseorang calon yang di bawanya ke rumah. Seorang ibu tahu apa yang terbaik buat anaknya.

Karim sudah berputus asa... langkah terbaik adalah menjauhi Aira yang menjadi idamannya selama ini., dia melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Iyalah... untuk apa memandang wanita yang tidak mungkin menjadi miliknya.

                                               **********

Di atas rayuan yang tidak mampu untuk Aira abaikan, dia mengikut juga Hajah Seri ke rumah Mak Cik Muna. Dengan hanya kain batik sehelai di tangan, mereka berdua menaiki motor yang dibawa oleh AIra ke rumah ibu Alim. Mak cik Muna yang sememangnya berkenan dengan Aira menyambut menantu pilihannya itu dengan senyuman yang melebar.

“Alim mana?” soal Hajah Seri, membulat mata Aira mendengarnya. Kata nak jahit kain batik tapi lain pula yang disoal. Setakat kain batik, bukannya Hajah Seri tidak boleh jahit!. Di rumah mereka pun ada mesin jahit. Ketara benar rancangan Hajah Seri itu dari diketahui Aira. Enjin kereta diuar menghampiri rumah Mak Cik Muna. Siapa lagi kalau tak Alim?

Alim memberi salam dan terus naik ke beranda rumah. Senyuman! Itu yang membuatkan hati Aira terdetik sesuatu. Sangat manis senyumannya..sangat ikhlas untuk di pandang... Aira senyum kembali.

“La.. Hajah.. ingat tak saya nak tunjuk Hajah Bunga tu?. Meh ler masuk dalam bilik tu” ajah Makcik Muna. Ditariknya tangan Hajah Seri dengan kuat. Tinggal mereka berdua di situ. Alim gelak kecil,

“Kenapa?” soal Aira.

“mak – mak kita suka berkomplot tapi nampak sangat kan?” soal Alim. Dia duduk di atas tangga dan sesekali memandang wajah Aira.

“komplot pasal apa?” masih lagi mengutarakan soalan yang sebenarnya dia sendiri tahu akan jawapannya.

“Hmmmm......tak ada apa” Alim memandang ke sisi lain pula. Sesekali dia menoleh sebentar dan apabila Aira memandangnya, serta merta kepalanya ditoleh ke sisi lain pula.

Perbualan terbehenti dan keadaan senyap dan sunyi. Sesekali angin yang kuat menolak pintu rumah Alim sehingga tertutup dengan kuatnya. Hampir setengah jam situasi berlanjutan begitu sahaja. Rugi!.

                                       *********************

Ada tangisan pada wajah Aira saat dia diberitahu akan dikahwinkan dengan Alim. Dia kenal lelaki itu. Lelaki tangga surau tetapi cintanya masih belum hadir. Wajar dan bahagiakah bercinta selepas berkahwin. Bagaimana jika rasa cinta itu tidak hadir – hadir?. Perlukah dia hidup seumur hidup dengan lelaki yang langsung tidak menjadi pemenuh rasa cintanya?

Selepas pertunangan, tidak sekali pun Aira mahu bertemu dengan Alim. Jika ke surau pun dia akan terus ke belakang dan mengelakkan diri dari bertembung dengan Alim.

“Assalamualaikum Aira”

Aira terkejut. tidak sangka Alim berada di belakangnya. Aira mahu  pergi dari situ tetapi ditahan oleh Alim.

“Saya tahu ada rasa resah di hati Aira. Kita berbincang dan selesaikannya bersama” pinta Alim. Aira mengangguk. Aira duduk jauh sedikit dan Alim seperti biasa akan duduk di tangga. Dia tidak betah memandang wajah AIra yang sugul begitu.

“Awak sukakan Khairul?” soal Alim. Aira membisu.

“Awak tak cintakan saya, bukan?” Alim memandangnya. Kali ini lebih lama tidak seperti selalu..

“Ya. Saya tak cintakan awak. Saya hormat awak...itu sahaja” jujur Aira.

“Saya tidak mahu lihat air mata dan riak sedih pada wajah insan yang cintai” senyuman terukir walaupun payah.Aira terkejut. Alim cintakan dia?.. ya! Sepatutnya dia tahu itu dan sememangnya Aira tahu segalanya tentang perasaan Alim.

“Saya akan suruh mak putuskan pertunangan ini dan awak boleh bersama Khairul” Alim senyum dan tertunduk seketika. Dia berdiri dan akhirnya meninggalkan Aira yang masih bersimpuh di surau.

Tiba – tiba hati Aira merobek kasar bahagian jiwa yang dinamakan cinta. Kenapa ada rasa sedih sedangkan itu yang aku mahu?... Aira meraup wajahnya. Merenung ke hadapan...

                              **********************

Terkejut besar kedua belah keluarga mendengar permintaan dari Alim itu. Makcik Muna menangis. Dia sukakan Aira. Dia mahu AIra menjadi menantu keluarga itu. Sewaktu Hajah Seri memberitahu Aira mengenai perkara itu, Aira terduduk. Tidak  sangka Alim mengotakan kata – katanya. Dia mengambil kunci motor dan terus ke surau.

Tiada lagi Alim yang suka sekali melepaskan lelah di situ. Aira menyentuh tangga batu itu dan tersedu sedu menangis. Haji Dahlan menggeleng kepala. Dia tahu semuanya.Aira kecewa Alim pergi dari situ.. siapa lagi yang akan mengganti tempatnya di situ.

 “Kenapa awak menangis di sini?” soal Alim. Aira menoleh ke belakang. Ya! Wajah itu yang dia rindui sebentar tadi. Mampukah dia menghadapi kehilangan lelaki itu buat seumur hidupnya sedagkan baru sehari dua dia sudah meraung hiba seperti itu!.

“Awak tak cintakan saya dan saya sudah pun mengotakan kata – kata saya” ujar Alim dengan lembut.

“Awak tak cintakan saya” Aira mengesat air matanya. Alim masih mahu mendengar.

“Kalau awak cintakan saya, awak takkan tinggalkan saya begini. Kesedihan begini” Alim senyum lagi.

“Dua hari saja sebab tuntutan tugas .Awak sedih?’ soal Alim.

Aira duduk di tangga semula. Dia mengangguk lemah.

“Awak sudi terima lelaki tangga surau ni jadi suami awak buat selama – lamanya?” soal Alim bertalu – talu .

“Ya!” jawab Aira. Haji Dahlanlah orang paling gembira mendengarnya. Dia pasti isterinya juga pasti akan gembira.

                               ******************

Lima bulan  berlalu...

“Sayang nak abang suapkan?” usik Alim dan Aira masih tunduk malu. Gelak Alim apabila wajah merah Aira begitu. Dicuitnya dagu Aira.

“Abang..janganlah, Aira malu’ merah padam wajah Aira. Makin galak pula Alim mengusik.

“Hmmm... dalam perut ni dah ada baby pun nak malu – malu” bisik Alim lagi. Aira mencubit pipi Alim. Terus di dakapnya Alim.

“Abang nak mandi dulu... nanti nak pergi surau” pipi Aira disinggahi ciuman dari Alim.

“Sapu tangga surau?” soal Aira. Alim gelak besar lantas dicempungnya tubuh Aira dan diletaknya perlahan – lahan ke atas sofa. Perut Aira digosok perlahan.

“Anak ayah.. jaga ibu baik – baik tau” pesan Alim sambil ketawa menggosok kepala AIra berkali – kali.

Aira menghela nafas bahagia. Benar kata orang, jika kita berkahwin dengan seseorang yang mendapat restu ibu bapa... pasti bahagia walaupun tiada cinta pada permulaannya. Biarlah pada awal tiada rasa cinta tetapi di pertengahan dan akhir... cinta mereka berputik dan seterusnya mekar sentiasa mengharumi syurga indah mereka berdua.


4 comments:

  1. Simple,santai n sweet....

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sweetnya jeles ni hihihihi...

    ReplyDelete
  3. Best sesangat...Mmg Nty suka bc cerpen...cerpen yg
    ni mmg terbaikkk...thumbs up buat jijah...
    ♡♥♡ dr Nty..

    ReplyDelete
  4. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-wanita-hindari-3-kalimat-ini.html
    http://infotaipanbiru.blogspot.com/2018/08/taipanqq-4-perberdaan-kebiasaan-tidur.html


    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete