Tuesday 2 July 2013

ROMANTIKA KITA - bab 8

Bab 8

Kenangan lalu bagai berguling tanpa di pinta menembusi ruang ingatan Budi Irsyad. Waktu dan memori saling berpaut menekan emosi Budi Irsyad bertalu – talu.  Adakah dia kejam merampas Izzat dari Akma?. Tidak! Dia tidak merampas sebaliknya Izzat ditinggalkan menangis sendirian di atas katil tanpa di temani sesiapa. Mujur Budi Irsyad tergerak hati mahu ke rumah Akma pada waktu itu, kalau tidak tentu Izzat sudah tergolek jatuh ke lantai dan tidak mustahil tubuh kecil itu tidak akan dapat menemani hidupnya seperti sekarang. Dia bisa mati!.

“Encik Budi panggil  saya?” soal Iman. Budi Irsyad mengangguk dan terus mengajak Iman keluar dari pejabat tanpa sebarang penjelasan. Iman hanya mengekori tanpa ada  bantahan.

Mereka berdua duduk di dalam kereta yang hanya kedengaran bunyi air cond yang terpasang dari tadi. Tiada alunan irama lagu seperti biasa.

“Saya berdepan dengan undang – undang sekarang. Akma mahu mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya terhadap Izzat. Saya pasti kalah, Iman. Pasti!” Budi Irsyad meletak perlahan kepalanya di stering kereta.

“Mengalah?” soal Iman tenang.

Budi Irsyad menoleh ke sisi dan satu perasaan tanpa pasti menyelubungi dirinya. Ah!.. dia hanya mahu menyedapkan hatiku sahaja...

“Budi Irsyad...mengalah pada undang – undang ciptaan manusia?” Iman meraup pula wajahnya. Wajah Budi Irsyad semakin merah akibat menahan rasa sebak di dada. Kali ini biarlah dia mengalirkan air  mata kerana adanya keperitan di jiwa...walaupun di hadapan Iman.

“Jadilah sekuat dulu... sebagaimana awak kuat dan gigih membesarkan Izzat. Sakitnya awak rawat dan bahagianya awak rasakan. Seperti mana saya gigih membesarkan Yuli... pasti Budi Irsyad ini juga gigih menghadapi semua ini demi kebahagiaan Izzat’ bahu Budi Irsyad di gosok perlahan. Dia kini sudah bebas sepenuhnya. Bagai tidak percaya Kamal mahu bekerjasama memudahkan proses penceraian ini. mungkin kerana doanya selama ini.

“Kita kahwin” Budi Irsyad memandang tepat ke wajah bersih tanpa cela itu.

“awak pasti saya orangnya yang mampu buat awak bahagia?” soal Iman kembali. Budi Irsyad mengangguk dengan penuh yakin. Iman mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sebelum mengangguk dan tersenyum sebagai jawapan buat Buat Budi Irsyad.

                                      ****************

Perkahwinan yang berlangsung secara sederhana itu tetap meriah dengan usikan saudara mara dan teman – teman. Yuli dan Izzatlah yang menjadikan majlis pada hari itu lebih bermakna. Yuli semakin rapat dengan Puan Jiha dan suaminya.

Izzat berlari dan terus mendakap mama imannya dengan senyuman. Terpancar sinar bahagia pada wajah Izzat. Secerah mentari pada hari bersejarah itu.

“Sekarang jangan panggi mama Iman lagi. Panggil mama sahaja, macam Yuli” kepala Izzat digosok lembut. Budi Irsyad mengucup dahi Iman dengan senyuman.

“Iman bahagiakan abang hari ni” bisik Budi Irsyad. Iman tunduk malu. Pastinya malu!.. Izzat yang mendengari ayat yang keluar dari bibir Budi Irsyad itu tersengih – sengih memandangnya. Macam tahu sangat!.

Puan jiha menarik lembut tangan Iman ke dapur. Matanya berkaca memandang Iman sambil tangannya menyentuh kedua belah pipi Iman yang dirias cantik.

“Bahagiakan anak mama......” pinta Puan Jiha. Air mata yang masih bertakung tadi sudah pun melepasi sempadannya. Mengalir laju membasahi pipi yang sedikit berkedut dek mamah usia.

“Insya Allah...Mama. melebihi diri Iman sendiri” Iman mengesat air mata yang mengalir itu dengan jari jemarinya. Tubuh Puan Jiha ditarik ke dalam dakapannya.

“jangan jadi Akma nombor dua” masih lagi meyampaikan permintaannya.

“Iman akan hilangkan kesedihan yang Akma bawa” tutur Iman. Puan JIha tidak dapat menahan suaranya lagi. Esakannya jelas kedengaran. Memang Iman menantu yang dia tunggu – tgunggu selama ini. BIar Iman membaluti luka dan seterusnya merawat parut Budi Irsyad hingga kelam. Dia juga pasti yang Iman mampu membuang nama Akma jauh dari pinggir Budi Irsyad.


                          ****************************

Malam pengantin...

Izzat macam tahu – tahu sahaja yang mama dan papanya perlu waktu berdua. Dia menjaga Yuli bersama neneknya sehingga Yuli tertidur di sebelah Puan Jiha. Tubuh kecil itu diselimutkan dengan selimutnya sendiri. Izzat mengucup pipi Yuli.

“Izzat sayang adik Yuli?” soal Puan Jiha sambil menggosok kepala izzat.

“Mestilah.,Izzat dah darjah dua jadi Izzat kena jadi abang bertanggungjawab” Izzat menepuk – nepuk dadanya. Bangga sekali apabila Yuli memanggilnya ‘abang’. Dia baring di sebelah Yuli dan akhirnya tidur berdua di katil. Puan Jiha memandang suaminya yang tersenyum di muka pintu.

Budi Irsyad menghampiri Iman yang menyisir rambutnya. Dimain – mainnya helaian rambut Iman sehingga membuatkan Iman tunduk malu.
Budi ketawa kecil dan terus duduk berlunjur di katil. Matanya masih belum mahu mencabut renungan yang masih memaku pada wajah Iman. Perlahan – lahan Iman menghampirinya. Mereka berdua bertaut senyuman yang terukir dengan perasaan ikhlas dan cinta.

Budi Irsyad menepuk pahanya agar Iman baring dengan selesa di situ. Iman menuruti walaupun dengan perasaan malu. Satu kucupan hinggap ke dahinya.

“Abang cintakan Iman” luah Budi Irsyad. Iman senyum. kali ini lebih manis berbanding tadi. Budi Irsyad menggenggam jari jemari isterinya. Sejuk! Budi Irsyad ketawa kecil.

“gementar?” soal Budi Irsyad. Iman memalingkan sedikit wajahnya. Malunya tidak terkata saat soalan itu keluar dari bibir suaminya itu. Iman bangkit dan duduk di sebelah Budi Irsyad. Dia mengerling seketika.

“Assalamualaikum sayang...” bisik Budi Irsyad dan dengan kepala yang tertunduk malu, Iman menjawab salam itu dengan suara yang sedikit bergetar.

Lampu meja sisi dipadam dan mereka berdua membiarkan rintik hujan di luar menjadi irama mengiringi perjalanan pertama cinta mereka...

   

10 comments:

  1. Replies
    1. hikhikhikhikhik...
      terima kasih ya Ruunna Qizbal
      sudi masuk blog saya...
      :) <3

      Delete
  2. Zah ..saya dah baca bab ini .ceriter menarik, santai dan best.bab inj bawa mesej2x tertentu terhadap perkahwinan kedua.Bab ini juga membawa mesej mengenai harapan keluarga terhadap perkahwinan kedua ini.certa anda best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 ya kak Aliah sbb sudi gak baca.... terharu snagat!..
      doakan saya mampu menulis dgn baik yek :) <3

      Delete
  3. Alahai kat sini rupanya nak komen, patut ler jadi pmbaca sepi nak komen x jumpa pintu heheheh..akaka semakin hari semakin mantoplah crite2 akak beshh 14 juta kali..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..'padanlah terindu si kalam ni,,
      rupanya tak jumpa pintu,
      akak ingat dah tak nak lepak sini.
      terima kasih banyak2 ye irna..
      :) <3

      Delete
  4. Kalam...saya setuju dgn komen tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...
      ala.. -SJ-sab....
      kalam gurau jer tu :)
      terima kasih banyak2 ya sebab sudi baca....gembira sangat!
      <3 :)

      Delete