Monday 16 September 2013

PEMERINTAH SYURGA CINTA - bab 1

PEMERINTAH SYURGA CINTA

BAB 1

Untuk apa sebuah syurga jika tiada penghuninya?
Untuk apa sebuah bahagia jika tiada pasangannya?
Untuk apa  sekuntum senyuman jika tiada mata yang sudi melihatnya?
Untuk apa sebuah cinta jika tiada pemerintahnya?

Dina tersenyum sendiri menghabiskan beberapa bait ayat untuk di sudahi dalam helaian terakhir novel terbarunya. Pensil 2B  yang terselit di telinga di letak kembali ke dalam bekas pensil. Wajah comelnya di gosok – gosok seketika bagi menghilangkan kelesuan di wajah. Jam 3 pagi .....memang sudah terlalu lewat untuk dia melelapkan matanya.

Kerusi di tolak dengan batang tubuhnya sendiri untuk keluar dari meja yang selalu menjadi saksi keluarnya idea dari kotak fikirannya. Penulis novel cinta yang masih gagal menemui syurga cintanya sendiri.

Selalu memberi fantasi kepada pembaca mengenai cinta yang dia sendiri tidak merasakannya. Cinta pertamanya pergi begitu sahaja hanya kerana tidak tahan dengan perhubungan jarak jauh. Amin yang sudah pun hidup bahagia bersama isteri orang putihnya itu sudah lama hilang dari sekeping pelekat di hatinya yang dinamakan harapan.

Lampu di tutup...

                                     *****************
“Dina...  minggu depan kau punya novel terbaru keluarlah ya?” Yin menepuk – nepuk bahu Dina. Nampak sangat bodek nak novel percuma. Dina menyedut air coke dengan senyuman. Gelagat pengunjung restoran makanan segera itu menjadi bahan untuknya menulis nanti. Segala sikap manusia di jadikan rujukan.

“Tak payah nak bodek Yin... memang setiap kali keluar novel kau akan dapat percuma kan?”

Yin ketawa mempamerkan giginya yang susun teratur. Memang Dina faham akan dirinya.

Dina mengeluh. Yin agak rimas mendengarnya dari tadi. Semacam berat sahaja masalah yang berada dalam fikirannya itu.

“Mak aku suruh kahwin” sengih Dina.

“Hmm.. susah – susah kau kahwin sahaja dengan abang aku” cadang Yin. Dina mengerutkan dahinya. Abang Hisham? Memang menjadi taruhan jiwa wanita tetapi siapalah dia mahu berdampingan dengan peguam handal itu?. jaraknya tak terhitung oleh langit dan bumi. Terlalu tinggi bezanya. Dina hanya ada SPM . mampukah dia bergaul dengan teman – teman Abang Hisham yang kebanyakkannya menuntut di luar negara?

“Cakap macam tak ada mata” jeling Dina. Yin gelak. Apa salahnya?. Abangnya tidak meletak sebarang syarat pun , yang dia mahu wanita yang baik dan tinggi akhlaknya. Dina ada semuanya Cuma kadangkala terlalu mahu di manja.

“Suka hati kaulah. Tapi kalau nak aku tolong boleh saja” Yin mencubit pinggang Dina hingga terkeluar suara seraknya.

Rugayah juga bukannya mahukan menantu hartawan ataupun lelaki yang sempurna tetapi cukuplah dapat memberikan dia seorang cucu setelah anak sulungnya, Ben masih tidak mempunyai zuriat sehingga kini walaupun sudah lima tahun berkahwin.

                        **************************

Majlis pertunangan kakak sulung Yin, Hany memang meriah. Dina ketawa sepanjang mereka menyiapkan bakal tunangan orang itu. pintu bilik diketuk. Dina yang ketawa besar itu terus membuka pintu bilik. Terkunci segala punat suara, terhenti segala suis yang mampu menggerakkan otot –ototnya daripada terus berfungsi.

“Hai Dina..” senyum Hisham. Wajah tenang itu di tenung agak lama sebelum bibirnya bergerak memberikan jawapan.

“dah nak siap” jawab Dina diiringi tawa kecil di hujungnya.

“Ok” Hisham senyum dan tanpa menambah satu dua patah perkataan lagi dia terus menuruni anak tangga. Mata Dina tetap di situ. Perlahan – lahan dia memegang dadanya. Degupan jantungnya laju dan yang pasti degupan itu rentak iramanya sedikit canggung...tidak seperti biasa. Mengapa apabila bertembung dengan Hisham, jantungnya akan memberi isyarat sebegitu?. Pelik atau sengaja memikirkannya pelik?.tidak perlu membohongi diri sendiri...

Gelak tawa pihak lelaki sedikit mencuit hati Hany. Mak Alang yang terpandangkan bahu Hany terhenjut – henjut menahan tawa lantas mengahadiahkan satu cubitan buat Hany. Mak Alang meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sediri. Isyarat khas Hany!.

Semuanya berjalan lancar. Perbincangan yang melibatkan kedua belah pihak dilakukan dengan penuh teliti. Sebaik sahaja rombongan pihak lelaki pulang, Yin dan Dina menyertai saudara mara lain memunggah hantran makana dari pihak lelaki. Budak – budak awal – awal lagi sudah setia menunggu di hadapan dulang yang di atasnya terletak kek cawan beraneka macam.

“Kita ambil pudding tu bawa lari. Cepat ambil. Kita makan kat gazebo berdua” arah Yin. Dina menurutinya sahaja. kotak yang berisi pudding itu di angkat dan di bawa lari.  Bukan main teruja lagi mereka berdua. Mengalahkan Hany yang tidak lalu untuk menjamah sebarang makanan. Mereka berdua menyuap pudding buah – buahan itu ke dalam mulut tanpa menyedari akan kehadiran Hisham di situ. Yin mulai sedar akan kehadiran abanganya dan hanya buat – buat tidak nampak. Memang sikap Yin suka mengenakan orang.

“Hmm.... handsome kan Abang Hisham?”

“Gila tak handsome!!. Mahu aku kurung dia tak bagi keluar rumah kalau kahwin dengan aku” gelak besar Dina waktu itu. Pudding di dalam mulut dikunyah beberapa kali.

“kau tahu tak?. Rasa nak buat hero dalam novel baru aku. Tingginya, badannya, kulitnya dan paling mahal apa tau? Renungannya...” tersengih – sengih Dina menuturkan bicara yang tidak sepatutnya terluah saat itu.

“Berapa ribu Dina nak bayar abang nanti sebagai upahnya?” soal Hisham .

Tangannya terkaku dari terus menyuap puding dan kakinya yang bergoyang – goyang tadi terhenti secara automaik. Hilang daya rasanya untuk terus menikmati puding yang lazat itu. matanya membulat memandang Yin yang sudah pun ketawa berdekah – dekah. Nakal beul Yin! Suka pekena orang!!!!!!.

Tangan yang terkaku tadi mula menggigil saat Hisham melabuhkan punggungnya betul – betul di sebelah Dina.. perlahan – lahan dia mengalih pandangannya memandang Hisham yang tersenyum lucu.

“makanlah... abang tak kacau” tawa kecil itu selari dengan tindakannya bangun dari kerusi di sebelah Dina. Bukannya dia tidak nampak betapa gementarnya Dina saat dia menghampiri kawan baik adiknya itu. tak mahulah memotong selera Dina yang sedang gembira menikmati kemanisan puding yang baru sahaja mereka bawa lari tadi.

Ah! Rasa macam lupa diri pula mahukan lelaki itu sebagai kekasih hati?. Bukannya aku tak tahu yang dia bakal bertunang dengan Qairina yang menjadi teman sepermainannya dahulu. Mama dan papa Yin memang suka menentukan jodoh anak. Entah – entah Abnag Hisham tu sukakan aku...kehkekekehkehkehkhekhe... Dina tersenyum sendiri.

“makan puding pun bahagia benar ke?” perli Yin. Sengaja mengusik Dina. Alahai... dari renungan mata Dina pada Hisham pun Yin sudah tahu mengenai isi hati sahabatnya itu. nak jadi kakak ipar? Yin okey sahaja. lagi bagus sebab boleh buli kakak iparnya itu tanpa rasa bersalah.

Selesai majlis, Dina melambai tangan ke arah keluarga Yin sebelum masuk ke dalam kereta. nampaknya, kereta mamanya buat hal lagi. Aduh!

“kenapa?” soal Hisham yang mendahului Yin mendapatkan Dina,

“Erkkk.... rosak abang” senyum Dina.

Yin gelak. Dia menepuk bahu HIsham berkali – kali lalu berbisik ke telinga abangnya. Senyuman dan anggukan kepala Hisham dapat diteka isi kata – kata Yin tadi oleh Dina.

“Mari abang hantar Dina pulang” pelawaan itu di sambut dengan mulut yang ternganga. Dia memandang Hisham dan terus matanya kaku. Tidak beralih walaupun sedikit. Nampak sangat terkejutnya.

“Cepatlah!! Nanti Abang Hisham nak kena kemas rumah,. Aku tak larat nak kemas seorang diri ni” membebel mulut Yin yang berbibir nipis itu. tangan Dina terus di tarik keluar dari dalam kereta.
                       
Dalam perjalanan pulang....

Sesekali wajah tampan dan bersih itu dicuri pandang. Bukannya Hisham tidak sedar. Lantaklah.... orang nak pandang..

“Abang nak bertunang ye?” soal Dina.

“bertunang dengan siapa?”..

Dina mengerutkan dahinya. Ish! Orang tanya dia jawab dengan soalan pula. Macam tak tahu pula siapa yang aku maksudkan tadi.

“Dengan siapa Dina?” soal Hisham sekali lagi dan kali ini terus kereta diberhenti di tepi lebuhraya. Sudah!!!!!!....... nak kena sembang pula, mahu tercabut lidah aku ni karang... Dina menggigit bibirnya sedikit.

“Yin kata dengan kawan lama abang Qairina” jawab Dina takut – takut. Terus meletus tawa dari mulut HIsham. Macam lawak pula jawapan Dina tadi. Lama pula tu dia bantai gelak!.

“Dina kenal siapa Qairina?” soal Hisham pula, Dina terus menggeleng.

“masa pertama kali abang Dina datang rumah abang dulu..... Yin tipu abang dia kata nama Dina ni Qairina.....hmmm... Qairina Dina nak bertunang dengan abang ke?” soalan menyakitkan hati itu dijawab dengan senyum sumbing yang hilang manisnya dari bibir Dina. Tak guna punya kawan!!!!!!!!!!!!!!!.


2 comments: