BAB 14
Perbicaraan
diteruskan lagi. Iman cuba untuk terus memberikan sokongan kepada Budi Irsyad
walaupun dia terpaksa mendengar segala yang mampu merobek hatinya.
Yatie
memandang Budi Irsyad yang duduk di sebelah Dato Hijaz dan kemudiannya berlalu
dua tapak ke hadapan.
“
undang – undang menetapkan bahawa jika mengambil anak angkat secara sendiri
perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak
lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan
jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua
tahun penjara atau kedua-duanya sekali!. Saya dapat tahu Encik Budi Irsyad
hanya memaklumkan kepada pihak JKM selepas sebulan menjaga Muhammad Izzat. Jadi
saya nak panggill seorang saksi dari JKM. Puan Munirah agar memberikan penjelasan”
Yatie memandang Puan Munirah yang berhati – hati duduk di kandang saksi kerana
kakinya yang tempang. Senyuman yang puas mula terukir.
“sila
beri keterangan siapa Puan Munirah berkaitan kes ini?” soal yatie. Puan Munirah
memandang satu persatu wajah yang merenungnya. Lebih – lebih lagi Budi Irsyad.
“Saya
Munirah Binti kassim yang bekerja sebagai pengurus di Jabatan Kebajikan
Masyarakat”
“Adakah
Encik Budi Irsyad mendaftarkan Muhammad
Izzat bin Abdaullah kurang dari seminggu sepertti tempoh yang ditetapkan?” Yatie memandang seketika wajah Dato HIjaz.
“Tidak!”
jawab Puan Munirah.
“Itu
sahaja yang arif” Yatie duduk kembali di tempat duduknya.
Dato
Hijaz pula mengambil tempat. Dia tersenyum menghampiri Puan Munirah.
“puan
Munirah.... jika anak yang Puan Munirah mahu jadikan anak angkat itu diserang
demam panas yang teruk hingga dimasukka ke wad icu selama tiga hari dan
kebetulan anak Puan Munirah itu tidak mahu berenggang di saat dia sakit begitu,
adakah Puan Munirah akan meninggalkannya untuk mendaftar ke Jabatan kebajikan
masyarakat?”
Terdiam....
“bantahan!”
Dato
HIjaz meoleh . matanya tepat merenung Yatie. Sangkaan yatie meleset..fikirnya
Dato Hijaz akan melenting tetapi lelaki berusia 51 tahun itu tetap tenang
seperti biasa..
“pihak
defenden... teruskan sahaja kepada fakta” Dato Suraya membongkokkan sedikit
badannya. Penat!.
“Baik
yang arif”. Dato Hijaz mmengambil laporan kesihatan daripada hospital swasta di
mana Izzat menerima rawatan demam panas yang kritikal selepas sehari dia
diselamatkan oleh Budi Irsyad.
“Ini
laporan kesihatan yang ditulis oleh Doktor pedreatik hospital berkenaan.
Izinkan saya memanggilnya ke kandang saksi”
Dato
Suraya mengangguk. Keizinan diberikan. Iman yang berada sedikit jauh dari Budi
Irsyad dapat merasakan pilu di hati suaminya. Setiap kali budi Irsyad bercerita
mengenai bagaimana dia hampir kehilangan Izzat, air matanya akan mengalir.
Kini..... semuanya itu akan diungkit malah dikorek lebih dalam lagi....
Ya
Allah.... kuatkan dia!!!!! .. Iman menutup matanya. Saat ini hanya kuasa Allah
yang mampu memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Doktor
Nicole Nair sedikit gementar. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia duduk di
dalam kandang saksi yang selama ini di tonton di kaca televisyen sahaja.
“Saya
Doktor Nicole Nair yang bekerja sebagai pakar pedriatik di hospital Mesra medical centre cawangan bangsar. Saya menjadi
doktor yang merawat Muhammad Izzat yang ketika itu mengalami Hyperpyrexia iaitu
demam yang suhunya dalam dan melebihi 41.5
darjah celcius. Di dalam keadaan tersebut, Muhammad Izzat lebih selesa berada
di dalam penjagaan Budi Irsyad malah saya yang mencadangkan agar Encik Budi
Irsyad mengutamakan kesihatan Muhammad Izzat dahulu berbanding proses
pengambilan anak angkatnya. Muhammad Izzat kritikal dan keadaanya sewaktu itu
boleh mengancam nyawanya” terang Doktor Nicole Nair.
“Mungkin...
tidak perlu untuk saya nyatakan di nahkamah mengenai perkara ini tetapi saya
ingin juga nyatakan. Izinkan saya ya yang arif?” pinta Doktor Nicole Nair. Dato
Suraya memberi keizinan.
“Saya
telah merawat lebih daripada 200 kanak – kanak sepanjang saya bergelar doktor
pada waktu itu tetapi itulah kali pertama saya melihat sendiri bangaimana
seorang ayah angkat sanggup melepaskan segalanya demi anak angkatnya. Muhammad
Izzat sentiasa dipangkuannya kerana dia akan menangis jika berjauhan dengan
encik Budi Irsyad. Yang Arif, bayi yang masih belum tahu apa – apa itu,
menggenggam jari telunjuk Encik Budi Irsyad dengan kuat sehingga dia tertidur
setiap kali berjaga. Matanya memandang Encik Budi Irsyad seolah – olah itu
sahaja ayah dan ibunya di dunia ini. saya dapat tahu, syarikat Encik Budi
Irsyad mengalami masalah kerana kegagalan Encik Budi Irsyad menghadiri
mesyuarat untuk membentangkan proposal. Yang arif, dia seorang ayah yang baik
malah lebih baik daripada ayah – ayah kandung yang lain” ada genangan air mata
di kelopak mata Doktor Nair. Dato Suraya mengangguk dan perbicaraan ditunda
lagi.
Dato
Suraya terus masuk ke dalam tandas. Dia duduk di atas mangkuk tandas yang
tertutup dan menahan sesuatu yang tersimpan selama ini. dadanya dipagang lama.
“Reen....
Izzat seperti Reen. Begitu payah untuk mama pertahankan Reen dari ibu Reen yang
hanya mahukan harta papa Reen. Sakit Reen.... mama sakit! Hati mama pedih!.....”
ujarnya perlahan. Tangisannya menjadi sedikit kuat.
Reen
adalah anak angkatnya. Dato Suraya tidak berkahwin sehingga kini kerana terlalu
menyayangi anak yang bukan lahir dari dalam rahimnya sendiri itu. Reen adalah
anak arwah teman rapatnya dahulu yang hanya mempergunakan Reen yang
ditinggalkan itu untuk menuntut harta yang dimiliki oleh bekas suaminya. Kerana
terlau tamak, ibu kandung reen
kemalangan dan meninggal dunia saat dia tersenyum kerana mahkamah
menyebelahinya. Sewaktu dia mahu mengambil Reen dari Dato Suraya, dia
kemalangan jalan raya dan menghembuskan nafasnya waktu itu juga. Reen tiada
siapa lagi. Neneknya yang dari dahulu bencikan ibu kandung Reen tidak pernah
menganggap Reen itu cucu kandungnya.
********************
Akma
terdiam dan duduk sendirian di bangku luar mahkamah. Dia memandang Budi Irsyad
dan Iman yang baru sahaja keluar. Perlahan
– lahan dia mengatur langkah menghampiri mereka berdua.
“Budi...”
ada sisa tangisan pada wajah Akma. Iman hanya merenungnya,
“Betul
apa doktor tu kata?” soal Akma. Budi Irsyad menentang mata Akma.
“Aku tak
perlu jawab soalan itu. aku lakukannya demi izzat bukannya kau, Akma!. Dia memang
hak kau tapi saat kau meninggalkan dia begitu sahaja..hak kau sebagai ibu pada
aku.... sudah lebur!”
Dato
Suraya dan Dato Hijaz yang baru sahaja keluar dari bangunan itu terpampan
apabila melihat tubuh Akma perlahan – lahan terduduk menyentuh lantai. Iman
memandang Budi Irsyad yang masih tenang. Kaki Budi Irsyad di sentuh.
“Kau selamatkan
dia.... kau hampir hancurkan syarikat yang kau bina dari mula itu demmi
izzat... aku kejamkan?” tersedu sedan Akma menangis di kaki Budi Irsyad, tidak
sampai hati pula Budi Irsyad melihat ibu kepada Izzat itu duduk sambil menangis
memegang lututnya. Bagu AKma disentuh dan Akma bangun tanpa memandang wajah Budi Irsyad.
Dato
Suraya tersenyum. Dato HIjaz juga begitu tetapi dia harus lekas...
“Aku akan
tarik balik semuanya. Aku akan pergi dari sini, Budi! Demi kamu berdua, orang
yang paling aku sayang”
Iman
tersentak.
Budi Irsyad
memandang seketika dan terus memimpin tangan Iman berlalu dari situ. Akma
memandang mereka dengan tangisan yang masih belum reda.
****************
Mengejutikan!
Akma
menarik balik tuntutan mahkamahnya untuk merampas Izzat dari Budi Irsyad. Hari ini
adalah hari terakhirnya di Malaysia., dia mahu menetap terus di luar negara. Apa
lagi yang ada di sini?....
Beg yang
sedang dikemas dibiar seketika. Loceng pintu rumahnya berbunyi. Akma membuka
pintu.
“Izzat!!!!!!”
AKma terus memeluk Izzat. Budi Irsyad dan Iman yang berada di belakang
memandang tenang wajah Akma yang sedikit pucat itu.
“Tak usah
pergi.... ibu”
Akma
terkejut! disentuhnya pipi Izzat.
“Kau nak
buat silap lagi?. Kau nak dia tuntut kau kat akhirat pula?” soal Budi Irsyad.
Akma bangun memandang Budi Irsyad.
“Kau
benarkan aku jumpa dia?” soal Akma.
“Kita gilir
seminggu sekali. Dia berhak menyayangi ibu kandungnya, Akma. Tapi kau perlu
jujur. Jangan kau bawa dia pergi dari aku” pinta Budi Irsyad dan Akma memandang
Izzat. Senyuman Izzat menenangkan hatinya., Iman tersenyum.
“Tapi
hanya Izzat?. Kau?. Kau memang mahu aku di sini juga kan?” soal Akma...
Iman
bagai dihempap batu besar. Dia tahu bakal ada sesuatu yang merobek hatinya
nanti. Ya... Akma sudah berubah! Baik dengan anaknya... tetapi dia juga ingin berbaik
dengan lelaki yang dipanggil ayah oleh anaknya!.
Oh tidak...budi jgn balik semula dgn skma.jgn...berkecailah hati iman...
ReplyDeleteif budi cair dgn akma, malas nk minat ngan budi irsyad lg!!! x suka10x
ReplyDeleteinaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Deletebudi kata... sampai hatimuuuuuuuuuuuuu
S.ET.U.J.U
ReplyDeleteBEST....
ReplyDelete