SJ OH SJ
Siapa pula wanita cantik
bernama SJ ini?. hanya dua huruf untuk merungkai segala yang tersembunyi di
sebalik sebatang tubuh indah. Senyuman menawan dan gelak tawa mesra.
“Takkan tak tahu nama dia
siapa?” soal Zax. Matanya memandang tepat ke anak mata Norma Yusof. Kak Nitasha
hanya gelak panjang. Aryssa Najwa yang tahu segalanya mengambil keputusan untuk
membisu. Hanya dia dan Weeda sahaja yang tahu siapa Sj. Bagai mahu gila Zax mencari
siapa SJ sebenarnya.
“Nak tahu namaa sebenar
pun susah!. Siti jenab ke seri Junaidah ke?.. korang tak baik buat aku macam ni
tau” pen diselitkan di celah telinga. Weeda gelak besar. Untuk mengelak
daripada terus di desak, dia, Aryssa dan Norma angkat punggung meninggalkan Zax
yang hanya bertemankan kakak angkat paling sporting di dunia... kak Nitasha.
“Zax tahu diorang tau
tapi tak mau bagitau walaupun tau” cebik Zax.
“Ayat dah tunggang
langgang... hati apatah lagi” sengih Kak Nitasha. Dia terus mengangkat gelas di
meja. Kafenya memang menjadi tumpuan mereka yang bekerja dan belajar di sekitar
kawasan itu.
Termenung...... tindakan
biasa buat Zax yang tergilakan SJ.
**********
“Hei.. Sj!” jerit Zax sambil memintas langkah Sj.
“One two three... i love
u” matanya dikenyit sebelah. Sj hanya tersenyum. Zax orang ke sepuluh
barangkali yang meluahkan rasa cinta di tepi jalan.
“Hei.. Zax... one two
three....... sesenang ini cinta dilafazkan?. Tepi jalan?. kalau lafaz cinta tu
kena langgar lori..... pecepek... penyek!” Sj kenyit mata semula dan terus
pergi.
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh......
menawan sungguh!” jerit Zax. SJ menoleh ke belakang dan hanya gelak manja.
Kenyit mata pun menawan?.
Memang sah gila bayang. Norma yang memandang darijauh turut sama ketawa.
Sahabat baik kekasihnya itu memang dari dulu gilakan SJ. Siap pura – pura telefon pejabat sebab nak
tahu siapa Sj. Bila ditanya siapa...tergamam!.
Keterujaan Zax terbantut
apabila melihat seorang lelaki berkereta mewah turun dari kereta dan terus
menyentuh mesra tangan SJ. Dokumen yang perlu di hantar secepat mungkin
terlepas dari tangan. Hatinya remuk bagai baru di rempuh kontena. Di ambil
semula dokumen di atas jalan raya dan kakinya terus menapak ke motosikalnya.
Dia memandang motornya dan kereta lelaki kacak tadi tadi bersilih ganti. Timbul
rasa kekurangan di dalam dirinya.
Pergi cepat Zax.........
pujuknya sendiri.
********
“Ala Weeda aku ni pipit.
Orang tu enggang” suaranya mendatar. Seperti orang hilang semangat. Weeda yang
dari tadi menyuap Maggie asam laksa terbehenti sebentar dari menikmati hidangan
tengharinya.
“Burung kau pipit je ke?”
Hassan meyampuk dari belakang. Muka Zax merah padam. Ada ke patut tanya soalan
menjerat maruah sebegitu di depan weeda?. Tahulah weeda tu sporting tapi agak –
agaklah!. Hassan gelak dan terus keluar dari pantry.
“Jadilah enggang...” itu
sahaja yang keluar dari mulut Weeda.
“Siapa aku nak jadi
enggang” jarinya menguis – nguis nasi campur di hadapan mata.
“Kau yang tak mahu jadi”
“Dahlah.... “ Zax muram.
Nasi bungkus diletak ke tepi. Tiada selera hari itu untuk menjamah sebarang
makanan. tak mengapa.... esok masih ada...
Haha haha haha...sj tu sayalah....😍😈
ReplyDeletehahaha.... pandai pun..
ReplyDeletememang sj sempena nama awak.. :)
Feel amazed......
ReplyDeleteHikhikhikhikhik.....😁😁😁😁😁😁
feel jangan x feel.... hihiiihi <3
DeleteX sabar nak tunggu apa nama penuh sj.....😆
Delete