Wednesday 23 October 2013

CERPEN: AKULAH TIPAH.... SI KODOK CUN!

AKULAH TIPAH..SI KODOK CUN!!

Terperangkap berdua dalam pejabat dengan budak baru bernama Azwan pada mulanya tidak menjadi hal padaku. Sementara menunggu Anisah membawa kunci pulang ke pejabat membuatkan dia dan aku saling berpandangan. Rasanya aku kenal lelaki ini. senyuman itu seperti pernah aku lihat berbelas tahun yang lalu... lantaklah!.

Aku ke pantry untuk membancuh air milo. Tak kusangka – sangka dia di belakangku secara tiba – tiba dengan senyuman berlesung pipitnya itu.

Aku tak banyak bercakap melainkan mendengar sahaja mulutnya yang lancar bercerita dari mana asalnya. Kampung Indah?. Aku tersenyum. Ya.... memang dia lelaki itu. hilang rasa rindu aku pada lelaki yang pernah mencuit hatiku dulu. Hanya mencuit tetapi kubiarkan sahaja kerana pelajaran lebih penting bagi ku. Lagipun masa tu aku pun baru darjah enam. Itulah tahun terakhir sebelum papa dan mama mengajakku pindah ke Kuala Lumpur.

Berdesing telinga aku mendengar umpatan Azwan mengenai budak kampungnya yang bernama Tipah. Eh.... itu aku tau!!!!! Rasa macam mahu menjerit sahaja ketika itu tetapi aku  biarkan sahaja....Siap ditambah ‘kodok cun’ dibelakang nama itu. sesedap mulut dia sahaja mengata aku. Ingat muka dia tu tak berapa nak katak ke?. Budak lelaki ni memang mulut macam longkang yang belum diselenggarakan!.

“Budak tu entah – entah dah cun sekarang ni, Azwan oi” aku mencelah. Azwan bantai gelak. Amboi mak aih! Lawak sangat ke?.

“Aku berani kerat kukulah kalau tipah tu cantik sekarang ni”

“Kenapa ye kau kata dia kodok cun?”

“Dia lawa gak tau tapi suka membebel.... setiap kali dia membebel, aku bayangkan dia tengah ‘ong gedek gedek ..ong gedek gedek. Lagi satu kalau kau nak tahu, dia pun ada tahi lalat bawah mata macam kau. Dia punya dagu pun macam kau, Amy” gelak Azwan lagi.  Aku senyum simpul.

“kau tu handsome ke masa sekolah rendah dulu?” aku pula menyoal. Dia mengangkat kolar baju dan tersengih.

“Mahu tidak! Si kodok tu siap peluk – peluk aku kalau jumpa. Apa orang kata..... histeria!!!” dia gelak besar lagi. Hello!!!.... bila masa pula aku ni histeria bila nampak dia?. Tak apa... aku ikutkan dulu, lepas ni memang siap dia!.

“Kau tahu lagi satu rahsia....” Azwan menoleh kiri dan kanan.

“Dia suka pakai bunga – bunga merah yang bahagian dalam tu” ujarnya. Terkejut betul aku mendengarnya. Memang ibu selalu beli seluar dalam corak bunga – bunga tapi rasanya aku tak pernah pun tunjuk pada sesiapa. Muka aku yang semakin panas itu kusembunyikan dengan meneguk air kopi yang panas... tak membantu untuk menyejukkan hatiku langsung.

“Mana kau tahu?” aku cuba mengawal intonasi suara agar tidak kedengaran janggal.

“Aku dan Vincent keluarkan cermin kat sharpener bulat. Lepas tu gam kat hujung kasut kikikikiki. Siapa suruh dia pakai skirt!. Bila belakang dia, aku kedepankan sikit kaki aku tu” Azwan gelak lagi.

Rasa nak aje aku bagi free penumbuk berapi kat kepala dia!. Biar hangus rambutnya yang tercacak – cacak tu.

“Kau jahat” jelingku.

“Ala... kitorang suka – suka. Tak ada nafsu pun. Lagipun punggung dia leper sangatlah!” Azwan berdiri untuk membasuh mug yang baru sahaja digunakannya tadi.

Aku menyentuh punggungku. Leper sangat ke!!!!. Rasanya kenyataan ini yang paling membuatkan hati aku panas..

Aku mengibas – ngibas wajahku dengan kerats suratkhabar. Dia ketawa lucu.

“Yang kau ketawa ni kenapa?” agak tinggi nadaku ketika itu. mana tidaknya?.... kodoklah, punggung leper lah, seluar bunga – bungalah!. Melampau betul Si Azwan ni..

“Aku ada pakai suratkhabar kau ke?” aku membalas kembali.

“Memang pun” jawabnya selamba. Sesuka hati limpa dia saja mengaku suratkhabar yang aku beli pagi tadi ni suratkhabar dia. Memang dia masih tidak berubah. Tak apa...

“Kau sekelas ke dengan dia?. Mana kau rapat lak dengan dia?” soalku lagi. Ada sesuatu yang aku kenakan.

“Masa darjah empat dan lima aku pengawas dan dia pun sama tapi darjah enam aku tak berapa jumpa dah sebab aku bukan pengawas. Aku tak sekelas.” sengihnya.

“kiranya kau jumpa bila time mesyuarat pengawas lah ye?”

Dia mengangguk. Amboi... bukan main lembut kau menangguk ye!

“kenapa kau tak jadi pengawas masa darjah enam?” nah! .. jawab Azwan..jawab!!!

Dia terkedu. Tiba – tiba pula dia berdehem seperti sakit kerongkong bunyinya. Aku sabar menunggu untuk mendengar peristiwa yang aku sendiri sudah sedia maklum.

“Long story bebeh” sengihnya.

Bebeh ?!!!!!. kau tak nak beritahu ke yang kau mengurat Linda, anak Cikgu Habsah?.  Kau bagi surat cinta bubuh bedak jenama Zaitun sampai nak penuh sampul surat sampai orang panggi kau Azwan bedak?! Aku tersengih sendiri.

“Kenapa kau sengih?” soalnya.

“Tak ada apa. Bukan.... ada sesetangah orang, keaiban sendiri tutup tapi kalau mengumpat...” aku tidak meneruskan ayatku.

Dia duduk kembali. Kali ini dia membuka balang berisi kerepek kentang. Satu persatu kerepek itu masuk ke dalam mulutnya.

“Tapi kan...” dia bersuara lagi. Aku menunggu!. Lambatlah pulak si kawan aku nak bawa kunci......

“Aku sebenarnya suka dengan tipah kodok tu!” Azwan menggeleng kepala sambil tersenyum. Aku terkejut. wajahku menjadi merah. Aku tahu dia menyedarinya.

“Yang kau ni kenapa?. Tadi panas, kali ni merah pula muka kau tu. Macamlah aku cerita pasal kau” jeling Azwan. Aku membisu.

“aku ada gambar dia tau. Aku curi – curi tangkap masa kem kat sekolah. Lagi pun masa darjah enam tu, aku undi dia untuk jadi ketua pengawas. Dia jual coklat tau. kalau aku beli sendiri nanti dia kata aku syok dia. Malas aku! dia suka membebel!.aku bagi duit pada Luqman suruh beli. Hari – hari aku beli coklat tu. Bila nak bunyi loceng, yang tak habis tu aku akan borong. Kalau 12, 12 lah aku beli. Kesian adik aku kena sakit gigi sebab aku paksa dia makan coklaat Tipah Kodok.Tiba – tiba orang gossip dia dengan Luqman pula tu!. Ish..... menyesal aku. Luqman kata si Kodok tu suka kat dia. Hancur hati aku walaupun hati aku masih 12 tahun usianya” wajahnya serius berbicara.

Banyak sekali kejutan yang aku terima. Semua persoalan dulu sudah terjawab dalam masa beberapa jam sahaja. rupanya dia yang membantu aku selama ini.coklat itu aku jual untuk membantu ibu yang mencari duit sampingan. Tak dinafikan yang dia anak orang berada. Wang sakunya sahaja sudah mampu untuk menampung jumlah wang sakuku untuk tempoh seminggu.

“kenapa tak terangkan?” soalku.

“Malaslah. Aku ikhlas. Lagipun aku tak mahu kodok tu ingat aku suka dia”

“Tapi kau suka dia kan?” pintasku.

“Itu dulu”

“Sekarang?...” aku memandang matanya tepat – tepat. Dia nampak sedikit terkejut.

“Kau kenapa Amy?’ soalnya kembali. Aku mula tersedar yang aku pula yang melebih – lebih lalu aku tutupinya dengan tawa yang sedikit kuat.

“ Ha.... kau ceritalah pasal cinta pertama kau. Kau mesti gatalkan..entah – entah tadika dah ada boyfriend” dia kutuk aku lagi!.  Aku tersenyum. Cuba mengambil nafas yang cukup untuk bersuara.

“Aku sukakan seorang budak yang .....” aku memandangnya.

Dia menunggu bicaraku yang seterusnya.

“Digelar .... tak apa!. Aku ceritakan dulu. Dia memang jahat. Aku pun tak faham kenapa dia boleh jadi pengawas. Aku Cuma agak sebab dia kaya. Tapi masa aku darjah lima aku dah tak nak dia sebab aku baru tahu yang dia cintakan anak cikgu kami. Dia bagi surat cinta yang penuh dengan bedak zaitun”

Dia duduk sedikit tegak dan mula mengusap wajahnya yang tampan itu.

“satu sekolah panggil dia Azwan bedak.” Aku senyum memandangnya.

“Aku tak tahu pula yang dia panggil aku Tipah Kodok cun. Ya.... aku benci perkataan kodok tu bila aku dengar tapi hati aku benar – benar  terharu bila tahu siapa yang bantu aku selama ini.”


Kali ini Azwan pula yang merah wajahnya. Dia melangkah ke peti sejuk untuk mengambil botol air mineral. Tidak lama kemudian Anisah datang mendapatkan kami. Aku mengambil tas tanganku dan sempat memandangnya. Azwan senyum dan menghampiriku pula.

“Esok aku potong kuku aku dan..... surat tu bukan untuk dia tapi untuk kau, tipah kodok!!” dia mencuit hidungku yang masih tergamam. Satu lagi kejutan. Padanlah Linda tak benarkan aku menyentuh apa tah lagi membaca kandungan surat itu....

“Azwan!” aku memanggilnya.

“kenapa?” soalnya

“Aku tak pernah suka Luqman” jelasku dan dia tersenyum manis.

Azwan keluar dari pejabat dan aku masih berdiri di situ. Mengimbau kembali memori silamku bersama dia ..Azwan bedak!.



3 comments:

  1. Tipah sikodok cun,vs azwan sibedak zaitun...hahahahahaha terbaek!!!!!

    ReplyDelete
  2. terimbau plk kisah cinta monyet ku...hihihi
    tipah kodok <3 azwan bedak....sweet

    ReplyDelete