Tuesday 22 October 2013

ROMANTIKA KITA - BAB 15

BAB 15



Belaian yang diberi oleh Akma tidak mampu untuk membuatkan Izzat menjadi cair hatinya. Ada tusukan juga di setiap perjumpaan. Setiap kali nama Iman disebut, hati Izzat semakin curiga. Jujur atau tidak Akma... Izzat tidak tahu.

Iman memeluk bahu Izzat yang baru sahaja sampai di rumah. wajahnya yang sedikit muram itu membuatkan mulut Iman pantas mengajukan soalan.

"Kenapa muka comel anak mama ni masam?"...
"Betul ke mama ni dulu jahat?" soal Izzat. telinga Iman bagai hangus dipanah petir. saat itu dia sedar, air mata Akma itu hanya air mata palsu. Iman senyum sambil menggeleng kesal. kau memang sengaja mencetuskan peperangan yang sudah aku damaikan Akma.......
Izzat masih memandangnya. Iman mengucup pipi Izzat.
"Izzat rasa?"
"Tak! mama baik"
"Ok.... dah. masuk rehat" arah Iman. Yuli yang sedang nyenyak tidur direnung seketika. mama tidak akan sesekali menyerahkan papa kalian pada manusia hina seperti Akma. dia berlakon untuk mencuri ruang di hati Budi Irsyad tetapi dia tak sedar yang pesaingnya ini juga hebat dalam memainkan peranannya. malah, mama pun bukannya manusia yang terlalu naif untuk dia permainkan. Akma... aku isytiharkan perang antara kita..... be

“Betul ke yang mama ni dulu jahat?” telinga Iman bagai hangus di panah petir. Sakit hatinya apabila mendengar perkataan ‘jahat’ itu keluar dari mulut izzat. Siapa yang jahat? Aku atau dia?.. Iman memejam sebentar matanya. Izzat tidak boleh diracun dengan situasi yang boleh mengelirukan dia. Umurnya tidak melayakkan dia untuk memahami segala onak duri mereka sekeluarga. Iman Cuma mahu izzat menjadi kanak – kanak yang ceria seperti dulu.

“Izzat rasa?” soal Iman kembali. Senyuman terpaksa diukir demi izzat.  Kau memang sengaja mencetuskan peperangan yang sudah aku damaikan Akma.... baik! Jika itu yang kau mahu... aku sudah sedia untuk berperang.

“tak! Mama baik” senyum Izzat.

Alhamdulillah... walaupun dia bukan darah dagingku tetapi dia dapat menyerap segala rasa kasih yang aku berikan untuknya selama ini.. Iman bersyukur.

“Dah.. pergi masuk rehat ya sayang” Iman mengucup dahi izzat. Iman gusar mengenai Akma. Dia seperti ular! Kalau tidak membelit dia pasti mematuk... dan Iman sesekali tidak akan izinkan mereka menjadi mangsa Akma sekali lagi.

Iman memandang Yuli yang sedang nyenyak terbaring di sisinya.

Mama sesekali tidak akan menyerahkan papa pada manusia hina seperti Akma!. Dia mencuri ruang untuk berkuasa di hati papa tetapi dia lupa yang mama juga pesaing yang hebat. Dia mengalirkan air mata bisanya untuk meraih simpati papa tetapi mama juga mampu mengalirkan air mata mama.... air mata yang datangnya dari  rasa kasih yang tulus.


                                          *****************

“Budi.... kereta i break down” Akma mengurut – ngurut kakinya. Iman mencebik sambil berjalan ke dapur untuk membuat air. kalau break down sekalipun kenapa perlu datang ke rumahnya. bukannya Budi Irsyad pandai membaiki kereta.

“tapi i nak keluar makan dengan Iman dan anak – anak ni” Budi Irsyad berdalih. Suka Iman mendengarnya.

“Anak you anak i juga kan?” Akma mula memancing.

“Awak kata kereta yang break down?” soal Iman. Akma mengangguk dan senyum manis. Iman mengutuk di dalam hati...

Hmmm... manis sangatlah senyum kau tu!

“Hmmm.. sayang, nak Iman telefon Abang Hassan? Boleh dia betulkan kereta Akma tu” cadangan Iman diterima baik oleh Budi Irsyad. Lagi menyirap hati Akma apabila Budi Irsyad menggosok lembut kepala Iman dan dengan longlainya Iman meletakkan kepalanya di bahu Budi Irsyad.

Ha... tengoklah!!! Kau ada????

“I lapar. Boleh i ikut sekali?. Boleh tak Izzat kalau ibu ikut sekali?” soal Akma. Hanya Izzat harapan terakhirnya.  Malangnya Izzat hanya menjungkitkan bahunya.

“Lapar sangat ke?” soal Iman.

“mestilah. Dah nak menggigil badan i” jawab Akma. Iman sengih. Dia menoleh ke arah Budi Irsyad.

“Sayang.. sayang booking restoren tu pukul berapa?” soal Iman dengan nada yang manja.

“Lapan setengah” jawab Budi Irsyad yang sedang asyik melayan Yuli.

“Ok... Iman bawa dia makan dekat mamak dulu. Lepas tu kita keluar”

Akma membulatkan matanya. Mamak? Memang sengaja nak kenakan aku Iman ni!.

“Ha... bagus juga tu. Pergilah Akma” sengaja Budi Irsyad mendesaknya pergi.

Iman menghidupkan enjin keretanya. Akma yang baru sahaja masuk kedalam kereta menutup pintu kereta Iman dengan kuat.

“Marah nampak?” sengih Iman.

“kau memang sengaja kan?” Akma menghentak cemin kereta.

“Pandai!” jawab Iman dan terus memecut. Akma yang belum sempat memakai tali pinggang keledar terhoyong hayang badannya ke kiri dan ke kanan.

“Kau gila ke!!!”

“Ops!” Iman gelak besar. Sampai sahaja di restoran mamak, Akma cepat – cepat keluar.dia menunggu Iman   keluar di tepi pokok tetapi tiada tanda – tanda yang Iman mahu membuka pintu apatah lagi keluar. Iman hanya membuka tingkap sambil tersenyum,


“Selamat menjamu selera. Aku Cuma hantar kau. Tak ada package untuk belanja perempuan yang dah menghabiskan harta bapak aku!” Iman terus mengundurkan kereta dan pergi dari situ.  Akma menendang batu!.

“Beg tangan aku dalam kereta kaulah!!!!!” jerit Akma. Semua direstoran itu memandangnya kehairanan. Pekerja bangladesh datang menghampiri Akma..

“ini beg adik ka?”. Beg prada limited edition yang baru dibelinya dua bulan lepas rupa – rupanya dicampak keluar oleh Iman dari keretanya dan yang lebih menyakitkan hati... beg itu tekena lecak yang berlumpur!.


5 comments:

  1. wow!!!! go go iman....brutel...ahaha nasiblahhh ulat bulu akma tuhhhh

    ReplyDelete
  2. dlm dilema...suka tp mcm x pttut je nk like...sbb....jeng, jeng, jeng!!! pendekkkkkkkkkk....

    ReplyDelete
  3. Aik...selalu n3 pjg... Skali.... Tp ....tu dia iman mainkan buah catur dia

    ReplyDelete
  4. hahahaaa...bru buku bertemu ruas....kat kedai mamak jer ke Akma...
    sajer cari nahas...awat pendek benor...

    ReplyDelete
  5. padan muka ingat dah insaf akma ni rupa hanya pura-2.

    ReplyDelete