BAB 4
“Abang apanya!” sergah
Dina. Penat betul menanti jawapan yang dia yakin amat ringan tetapi sengaja
diberatkan oleh Hisham.
“Uishhh.. garangnya!”
Hisham mengurut – ngurut dada. Nasib baik tiada lemah jantung, kalau tidak
memang pengsan dia di situ juga saat Dina memetir pada telinganya tadi. Dina
menutup mulutnya. Malu konon!
“Abang tengok Dina dah
macam syok kat abang jer. Syok ke?” keningnya yang sedikit lebat itu dijungkit
berkali – kali. Siapa yang syok siapa sebenarnya ni?. Dina mengecilkan
matanyaa. Hidungnya digonyoh beberapa kali. Hisham menyeluk poketnya dan masih
menanti jawapan dari mulut Dina.
Abang Si Yin ni lebih
kurang sengal macam adik dia gak!. Nak jawab ke tidak?. Tapi memang ada syok
sikit..sikit je pun. Dalam 56 peratus tapi kalau kata aku syok sikit dia akan
fikir aku syok banyak. Ha... tengoklah kening dia tu terjungkit – jungkit..dah
macam papan jungkit dah! . kalau aku letak semut satu kat hujung dan satu lagi
kat hujung sana dah boleh jadi papan jongket....tapi yang ini kening jongketlah
kiranya..hahahhahahaa...
“Yang gelak sendiri ni
kenapa? La... Dina! Abang tak sangka Dina sampai dapat ketidakseimbangan mental
hanya kerana syok kat abang.. ish ..ish” Hisham makin suka mengusik.
Melampau betul! Dia ni
peguam betul ke tidak ni?. Entah – entah dia kata je peguam tapi sebenarnya
tukang jual kacang je...
“la... melayang lagi! Abang
tanya Dina asyik kerutkan hidung tu je. Tahulah tak mancung... abang tak kisah.
Jomlah. Penat tanya... jawapan masih tak dapat. Tapi kata orang tua kan... orang
tua yang kata bukan abang sebab abang muda bergetah lagi... kalau diam tandanya
perempuan tu syok gila – gila kat kita. Tak gitu Dina?” Hisham melangkah
terlebih dahulu.
“Suka hatilah! Kalau dah
memang perasan nak explain macam mana pun tak guna Encik Hisham oiiii” Dina
terus berjalan lebih cepat agar dapat berjalan seiring dengan Hisham.
“cara awak sebut oiiiii
tu seksi”
“Sudahlah abang!!!!”
jerit Dina.
“Petir lagi!” gelak
Hisham.
Akhirnya Dina
membatukan diri. Makin dilayan makin kuat perasannya. Tak tahu pula abang Si
Yin ni berbeza benar sikapnya berbanding dulu yang sedikit pemalu. Huh! Pemalu konon!.
***************
Yin ketawa berdekah –
dekah sebaik sahaja Dina dan dia menamatkan perbualan di telefon bimbit. Hisham
yang baru pulang dari pejabat terus duduk di sisi Yin sambil tersengih –
sengih.
“Gelak apa?”
“Sibuklah abang ni!. Dah
lah tinggalkan Yin sendiri kat pawagam. Kejam betul” jelingan Yin benar – benar
tajam hingga membuatkan Hisham tidak berani untuk menyoal lagi. Kasihan pula
apabila Hisham bermuka ‘itik’ seperti itu. senjata wajib jika mahu mencairkan
hati Yin.
“tak... si Dina tu. Semalam
dia dah siapkan manuskrip untuk di hantar tapi kebetulan pula Puan Hajar tu
rajin sangat semak depan Dina. Berkerut – kerut dahi Puan Hajar bila ada hero
dalam novel tu yang sebenarnya bernama Darwin bertukar jadi Hisham” Yin gelak
lagi.
“Hisham? Macam nama
abang je?” Hisham mengetuk – ngetuk dagunya dengan jari telunjuk.
“Dah... toksah propa
melampau sangatlah abang!” Yin menampar kuar belakang badan abangnya.
“kan dalam blog pun 45
bab nama Darwin?”
“Itulah... Puan hajar
terbuka tiga bab terakhir. Malu gila dia. Siap suruh Yin janji jangan cerita
kat abang tu!”
“Yin janji ke?” soal
Hisham yang cuba memerangkap Yin yang sedang mengangguk.
“yin dah janji?”
“Dah! Berapa kali nak
cakap ni?” berkerut – kerut dahi Yin. Hisaham berdiri dan menggeleng kepala.
“Adik abang tak boleh
simpan janji. Jangan harap abang nak buat janji” Hisham terus menaiki tangga
dan Hany yang kebetulan turun dari biliknya ditahan oleh Hisham sebaik sahaja berselisih
dengannya.
“Kak Hany.. jangan beritahu
rahsia kat Yin.. nanti dia bocorkan” gelak Hisham. Bantal empat segi yang sedikit besar itu dilempar
oleh Yin dan mujurlah tidak mengenainya. Rasakan!
**********************
Jujur pada cinta....
itu aku
Percaya pada kesetiaan
... itu aku
Pasrah pada ketentun...
itu aku...
Hisham tersenyum
memandang beberapa bait puisi yang tertera dalam blog milik Dina. Tangan yang gatal itu terus klik pada ruangan
chatbox disebelah kanan blog. Dia tahu Dina sedang online. Menukar namanya
menjadi bedah jendul membuatkannya sedikit selesa mengenakan Dina.
Percayakah
awak pada cinta puan writer?
Kening Dina berkerut. Dia
membalasnya.
Saya
bukan puan dan masih cik lagi hihihi
Hisham menggeleng
kepala dan tersenyum. Dia menaip lagi... sehingga ruangan chatbox itu menjadi
ruang soal menyoal antara mereka berdua. Pembaca blog pada mulanya turut sama
berbual telah berhenti kerana asyik membaca komen silih berganti antara mereka
berdua. Perang!
Bedah jendol: saya ingatkan puan sebab muka tu dah berkedut
sikit
Dina : mana awak tahu berkedut?. Jumpa pun
tak pernah kan? Pandai awak bergurau ye !
Bedah jendol : terima
kasih. Tapi awak tak pandai bergurau. Teruk!
Dina : saya teruk ke awak teruk?
Beedah jendol; aik... marah ke?. Awak marah ke saya kata
awak tua. Takut dimamah usia rupanya awak ni hmmmm sedih betul!
Dina : maaf kalau saya
teruk tapi saya mengalu – alukan mereka yang hanya mahu membaca karya saya,
bukannya mengutuk saya seperti ini.
Bedah jendol : awak
sensitive. Sorry
Dina : tak ada manusia
yang batu hatinya
Bedah jendol : i love you sayang..... Hisham
Dina mematungkan diri
secara tiba – tiba. Mataanya asyik merenung perkataan ‘love’ itu tanpa henti. Jantungnya berdegup kencang dan telapak
tangannya mula sejuk dan menggigil.
Hisham senyum dan terus
menutup komputer ribanya. Setelah mengemas meja kerjanya, Hisham terus baring
di atas katil dan kali ini dia senyum lebih lebar.
Dina akhirnya tersenyum
namun masih tidak mahu menutup komputer ribanya. Dia mahu merenung perkataan
itu selama yang boleh.
ala...baru nk layan perasaan dh habis pulak...huhu
ReplyDeletei <3 u too....
ReplyDeleteperang siber plk...tp sajer jer Bedah Jendol menyondolkn nm benornye...
blushing ai....
best...
ReplyDeleteLuv it...
ReplyDeleteNak tanya, cik writer dah pernah kluarkan printed novel ke?
coming soon....tunggu!!!suspen??? hahaha...jgn marah ye..sy jawabkan o/b pn writer...
DeleteOo...bermakna x pernah ada lah yek... Saya tau ada cerita yg tgh dinilaikan... Dah marathon semua cerita dlm blog.... Bertanya sbb takut ada yg saya ter'miss'...
Delete