Wednesday 11 December 2013

CERPEN : BARU KAU TAHU SIAPA BIEY ?


** esok den edit... mata tak leh tengok perkataan dan ni k..
Baru kau tahu siapa Biey!!

Laaaaa...... mamat ni lagi!. Aku ni dah banyak kali beritahu dia yang aku ni tak bersedia lagi mahu menerima lelaki untuk dijadikan kekasih dalam hidup aku. dengan sengih yang melebar lebih dua inci Qairul mendekatiku. Bunga lagi!!!

“Berapa banyak bunga aunty Ah Mei yang kau dah beli ha?. Daripada kau mengkayakan aunty tu baik kau sedekah dekat budak – budak sekolah tu” aku memuncungkan mulutku seraya mata ini memandang sekumpulan budak sekolah rendah yang sedang berbual dan ketawa gembira. Mestilah gembira... ada ke ketawa sedih!.

“Ala... berdosa tolak rezeki” Qairul kenyit mata. Perghhhhh berani dia kenyit mata pada anak Pak Imam. Kalaulah walid aku nampak, biji mata dia confirm jadi guli.

“Kau ni... rezeki ke kalau kau bagi bunga ni?. Nak makan pun tak boleh” suaraku sedikit rendah berbanding tadi. Kasihan pula memandang wajah kucing malu – malu kucing tu... hmmm.... NB, Pena di jari  jangan marah!. Kahkhakhakha...

Aku mengambil juga jambangan bunga yang diberikan tetapi malangnya, walid yang kebetulan datang untuk menghantar dompetku yang tertinggal tadi terus memandang aksi aku menerima bunga daripada Qairul. Jambangan bunga tadi terus terjatuh. Sambil membetulkan kopiah di kepala Walid berdehem.

“Dah banyak sangat duit ke... nak mengurat anak orang ni?” soal Walid dengan serius.

“Saya akan pinang dia dengan Bismillah dan menjaga dia mengikut apa yang Allah perintahkan” jawab Qairul. Perghhhhh... yakin gila!. Memang ada peluang nak kena cepuk dua tiga kali dengan walid kejap lagi. Aku lihat walid sengih.

“Pinang dengan Bismillah ye... cuba eja Bismillah dalam bahasa arab. nak gak dengar “

Aku lihat dengan jelas halkum Qairul naik turun. Ha... aku dah kata dah!.

“Cepatlah....” Walid duduk di sebelahku.

“Ba Sim em el pi lam ar e mar,,,, ehemmm ehemmm.,.... terbatuk lak. Kena pergi klinik cepat ni Pak Haji Darus” sepantas kilat Qairul berlari meninggalkan motornya. Aku hanya memejam mata. Walid menjeling dan terus membawa pulang motor Qairul dengan  selambanya. Boleh tak!!!!!

                                   **********************


“kau ni apalah Biey... Qairul tu walaupun sengal tapi  jadi pujaan hati minah – minah kat sini tau!” Nurr Bayu meneguk neskefe setelah dua minggu tidak merasainya. Maklumlah.. pencuri masuk rumah dan terus mencuri neskefenya terlebih dahulu. Itu yang sampai demam – demam seminggu.

“lantaklah....” aku mencebik. Ada aku kisah? Tak pernah kisah pon!.

Nurr Bayu mengambil cekedis dari atas mejaku. Dengan selamba dia membuka bungkusan cekedis dan memberikannya kepada Abang Halim, eksekutif pujaannya sejak dari dulu lagi.

“Aku pinjam... esok aku ganti” bisik Nurr bayu. Aku senyap. Rasa nak tempeleng pun ada. Bukan kali ini sahaja!. minggu lepas dia ambil choki – choki aku bagi pada Abang Halim. Minggu sebelumnya pula dia ambil gula – gula nano nano dan diberikannya pada Abang Halim. Kenyang perut Abang Halim dengan belanja Nurr Bayu.... walhal duit aku.

Terkenang pula bagaimana lajunya Qairul berlari tadi. Walid pun satu, yang dibawa balik motor Qairul buat apa!. Tak pasal – pasal dia datang rumah nanti.

                                   ****************

“Aduhai... kenapa kau ikut aku balik ni?” gumamku. Qairul menjeling. Aik! Pandai pula menjeling. Kalau tidak menyengih 24 jam.

“Bapak kau tu kejam betul!” rungutnya.

“Apahal pula?’

“Eleh.. bukan kau tak nampak dia bawa baik motor aku. datang jalan kaki pandai pula balik nak naik motor”

“Amboi sedapnya mengata walid aku” bentakku. Angin pula mendengar umpatan dari mulutnya. Nasib baik lesung pipit dia comel.

“Kau nak minta balik lah ni?” aku membuka payung. Agak panas petang itu. mungkin kerana bumi sudah lama tidak disimbahi hujan. Kasihan pula aku lihat dia berjalan dibelakang aku dengan mulut yang masih membebel.

“Nak tumpang payung?” pelawaku. Dia sengih. Hmm.. comel!.

“Boleh ke?” keningnya diangkat dua tiga kali seraya kakinya sudah pun bergerak hingga dia sudah pun jalan beriringan di sebelahku.

“Cam romantik kan?” senyum Qairul.aku senyum. aishhhh.... kalaulah walid nampak....

“Biey!”

Suara Walid. Mampus!.

“Yang nak payung – payungkan dia kenapa?. Dah bersunat pun takut panas” cebik Walid. Sengaja mencetuskan pergaduhan. Aku nampak Qairul tenang.

“Ala... tak kisahlah Walid. Walid dah makan?” soalnya selamba. Muka walid sudah merah padam.

“Bila pula aku ni jadi walid kamu. Bapak kamu mana nak sibuk – sibuk jadikan aku bapak kamu?” tegasnya walid hari itu.

“Bapak dah meninggal sejak saya darjah dua walid”

Terdiam Walid saat itu. muka walid berubah. Confirm tersentuh!. Aku tahu siapa Imam haji darus. Berlagak garang sahaja yang lebih tapi hati tu, jangan kata ada taman... hutan belantara pun ada!

“Maafkan pakcik. Pakcik tak tahu ayah kamu dah meninggal. Pakcik baru pindah sini. Maafkan pakcik” suara walid sedikit tenggelam.

“eh... ayah saya hidup lagi. Pakcik kenal Haji Mansur?. Itulah ayah saya!” Qairul senyum manis. Muka walid berkerut – kerut.

“Tadi kamu kata bapak kamu dah meninggal?”

“ohh... tu bapak ayam togel peliharaan saya. Saya panggil ayam tu bapak!” sengih Qairul. Aku bantai gelak. Mata walid yang memandang tajam membuatkan aku terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Ambik motor kamu tu... betulkan tongkat. Tadi aku terpatahkan” Walid terus masuk ke dalam rumah. Qairul tercengang – cengang di halaman rumah. Kepalanya di garu berkali – kali. Dalam pada dia dok membelek tongkat motornya, aku mula jatuh hati. Dalam sengal dia tu, nampak akan kesabarannya. Kalaulah Walid tahu aku dah jatuh hati..... jatuh tanggalah aku jawabnya nanti.

                     *******************************

“Alahai... bukannya dia nakkan kau!.” Jelingan Rafina membuatkan aku naik menyampah. Tiba – tiba sahaja nak tahan aku balik dari kerja.

“Kau cakap pasal siapa?” soalku

“Qairul. Tolonglah.... kau baru pindah dah nak menggatal dengan tunang orang” Rafina memberi amaran. Terkejut!. aku tak sangka rupanya Qairul ni tunangan orang. Yang dia gatal – gatal nak mengurat aku tu kenapa!!!!.

“Oohh... ok..” itu sahaja jawapan yang mampu aku beri. Aku sedar aku siapa.

“Perempuan tak tahu malu macam kau ni je yang perasan Qairul gilakan kau” aik.... menambah minyak nampak!. Aku kata ok...oklah. apa masalah perempuan ni?.

“Kau ni .. fius otak ada yang terbakar ke?” soalku.

“hei... dah. Sedar diri. Itu sahaja yang aku nak kata”

“Sedar diri apanya?”

“kalau kau melutut pun, si Qairul tu takkan nak kat kaulah. Dia cuma main – main sahaja” Rafina  makin celupar mulutnya. Ya... walid seorang imam.... tapi aku bukan imam!. Kesabaranku pula bukannya tebal. Nipis macam kulit bawang sahaja.

“kau ni lebih – lebih kenapa. Perut aku dahlah tengah lapar. Nanti aku rampas betul – betul karang...” aku mula mencabar.

“hei... nak rampas?. Boleh ke??” Rafina berpeluk tubuh. Ekor matanya itu membuatkan aku ingin sekali menendang punggungnya agar jauh daripada aku yang sedang kepenatan.

“Kalau kau tak takut, kenapa nak sound aku tadi?. Apa?. Tak yakin diri?” Aku terus berjalan selaju yang boleh. Muncul pula Qairul dengan keretanya.

“Biey!” panggilnya.

“Kau diamlah!. Pergi kat tunang kau tu. Jangan nak mainkan aku”

“Apa halnya pula ni” Qairul keluar dari keretanya dan terus mengejar aku yang masih berjalan selaju yang boleh.

“Hei,. Biey.. bila masa pula aku bertunang ni?”

Qairul menarik lembut tanganku. Mukanya nampak keliru. Entah kenapa air mata ini terus mengalir keluar. Aku tunduk. Tak mampu menentang wajahnya yang kini mampu menyuntik debar di dalam jantungku. Daguku disentuh.

“Aku punyalah susah – susah nak mengurat kau, kau cakap macam tu. Kalau aku dah bertunang buat apa aku terkejar – kejarkan anak Pak Imam Darus ni?”

“Sayang..”

Panggilnya. Macam kena renjatan elektrik sahaja saat perkataan ‘sayang’ itu di lontarkan dengan lembut padaku.

Aku menoleh ke belakang. Memandang Rafina yang sedang mengetap bibir. Nampak marah benar dia pada tindakan Qairul yang agak menjatuhkan air mukanya. Dari kecil lagi dia sudah sukakan Qairul. Walaupun Qairul agak nakal tetapi hatinya baik kerana selalu menolong orang kampung.

Senyuman di bibirku membuatkan hati qairul lega dan terus menghantar aku pulang ke rumah. Wah.. gentleman sungguh!. Walaupun selalu kena marah dengan walid tapi masih berani nak hantar aku ke rumah. Ok... satu markah untuk dia!
Umi senyum dari jauh. Suka pula dia dengan Qairul walaupun walid selalu sahaja bertelagah dengan Qairul.

“Mak Haji Rina sihat?” sapa Qairul.

Umi mengangguk.Dari senyuman Umi aku tahu dia sukakan Qairul.

“Qairul dah makan?. Mari kita makan sama – sama? Mak haji masak bihun tom yam ni” senyum Umi. Tiba – tiba Walid keluar dari biliknya dan terus mengintai kami.

“Ala... dia bukan suka makan tom yam” usik Walid. Amboi... macam tahu – tahu pula bakal menantu dia tu tak suka makan tom yam walhal tak nak beri izin untuk Qairul naik ke atas.

Qairul senyum. dia memandangku. Sebelum menjawab Qairul berpura – pura batuk.

“Tak apalah mak Haji, esok bila Qairul dah jadi menantu, jangan kata sepinggan, satu periuk tom yam saya makan” gelaknya. Walid masuk semula ke dalam biliknya. Tersenyum dan menggeleng kepala.

                                 ***********************

Nurr Bayu mencangkung di sebelah tempat dudukku. Sesekali dia mengintai majikan kami yang sangat tegas itu. siapa yang tak marah kalau bersembang waktu kerja.

“Kau nak tak beli rambutan ni?” pinggang aku dicucuk – cucuk.

“bayu.... rumah aku pun banyak rambutan” aku sengih sendiri. Nurr Bayu gelak. Eleh,.,,, bukan aku tak tahu yang dia sebenarnya nak tahu cerita. Pandai!.

Belum sempat aku memulakan cerita, pintu pejabat dibuka. Rafina masuk dengan wajah yang masamnya mengalahkan jeruk limau. Yang aku keliru mengapa dia masuk bersama – sama Encik Akil.

“Ini dia abang... pecat!” pinta Rafina terus terang. Aku terkejut. rupa – rupanya Encik Akil adalah sepupu pada Rafina dan pejabat yang aku bekerja sekarang ialah milik Encik Akil dan keluarganya.

“Tapi.. Biey rajin fina” Encik Akil cuba mempertahankan aku yang nyata – nyata di aniaya. Siapa dia untuk buat aku terjerat?. Aku berdiri. Aku juga punya harta lain untuk aku usahakan. Aku bekerja di syarikat ini pun hanya sementara. Tak ingin aku hadap muka Rafina ni bila aku tahu siapa dia didalam syarikat ni.

“Saya yang baru bekerja tiga minggu ni tak mahu dipecat sebab saya sendiri yang akan letak jawatan” aku mengemas beg dan bersalaman dengan Nurr Bayu sebelum pergi., aku lihat ada kekesalan pada wajah Encik Akil. Kesal atau tidak.... tak menjadi kudis buatku.

                       ********************************

“kau kahwin dengan aku sajalah. Aku tanggung kau makan” sengih Qairul. Aku menjeling. Biar pun aku belajar tidak sampai ke menara gading tetapi aku juga punya cita – cita. Tak ingin rentak hidupku lurus begitu sahaja.

“Aku tak nak kahwin selagi tak berjaya” jawabku. Hayunan kakiku masih seperti tadi. Tidak terlalu laju atau pun perlahan.

“Kita buat bisnes nak?” Qairul masih mengunyah buah rambutan yang dipetik dari atas pohon yang menunduk di sebelahnya.

“bisnes apa?” soalku,

“Kita ternak ikan air tawar” cadang Qairul. Aku sengih sendiri. Tak ada kerja lain ke selain daripada tu?

“kita cuba.. selain daripada tu kita akan sentiasa bersama heheheh” dari cara dia tersengih aku tahu dia benar – benar maksudkannya. Aku tidak mahu memberi sebarang jawapan tanpa persetujuan walid terlebih dahulu.

                          *********************************

“Ternak ikan air tawar?” soal Walid. Amboi... terkejut benar nampaknya!.

“Dengan Qairul tu?” Walid masih menyoal. Aku angguk sekali lagi.

“Tadi Kamsah, mak Rafina datang. Katanya kamu rampas tunangan anak dia. Walid tak tahu pula dia dah bertunang. Tak baik Biey, ganggu tunang orang” walid cuba menasihati. Aku gelak. Aku yang tahu semuanya terpaksa memberitahu Walid agar tidak dipersalahkan.

“Walid... dia bertunang masa kecil. Opah dia dengan Nenek Qairullah punya cerita. Mak bapak Qairul tak pernah setuju pun. Sekarang dua – dua dah meninggal. Mereka tu saja yang nak teruskan pertunangan tu”

Umi gelak besar.

“Zaman sekarang pun ada” Walid menjeling Umi yang tawanya sedikt kuat. Memang walid tak suka kami ketawa kuat begitu. Umi menutup mulutnya.

“Jadi, walid bagi tak Biey berkawan dengan Qairul?” soalku. Pandangan mata sengaja aku kecilkan. Kening ku kerut lebih dalam untuk memohon simpati daripada Walid.

“Tapi Walid tak suka kamu berdua ke hulu hilir bersama. Timbul fitnah nanti”

Aku tahu maksud walid.
              
                                                           **********************


Qairul menyedut milo ais kedalam mulutnya. Sesekali dia memandang wajahku yang sedikit berkerut.

“Kita kahwinlah...” pujuknya dengan kenyitan mata.

“Aku tak mahu” jawabku tegas.

“kata nak usahasama....kenalah kahwin” pujuk Qairul. Hek eleh.. aku kata tak nak.. tak naklah!. Dah hampir dua puluh kali dia mengajakku mendirikan rumahtangga secepat mungkin tetapi aku tolak. Aku masih belum sedia... sungguh!.

“tak pun... cakaplah i love you kat aku.  kau tak pernah pun luahkan perasaan cinta tu”

“Sebab aku tak cinta... Cuma suka” jawabku selamba. Semua yang berada di restoran itu nampaknya tidak mempedulikan kami berdua biarpun suara rayuan Qairul tadi kedengaran sedikit kuat.

Pertemuan itu berakhir dengan riak kehampaan pada wajah Qairul...

                                       ******************

Rafina nampaknya masih tidak berpuas hati apabila cuba mengganggu ketenanganku. Ada sahaja cerita yang tidak enak disebarkan untuk menjatuhkan maruahku tetapi jangan dia ingat aku gentar!. Tak akan sekali...

Sedang aku berbincang dengan Nurr bayu yang ingin turut serta dengan projek kami itu, Rafina datang.

Dengan kereta baru yang dibelinya dua mminggu lepas, dia datang menghampiri aku dan Nurr bayu.

“stop atau aku hancurkan semua ni”
 
Ugutan itu terlalu berani buatku. Nurr bayu getap gigi. Dah macam nak gigit kacang tanah sahaja rupanya.

“Stop apa?” soalku. Topi besar ku tanggalkan dari kepala. Tanah yang sudah dikorek dengan jentera aku pandang sebentar.

“Stop dari nak tunjuk pada keluarga Qairul yang kau tu pandai berdikari. Kau jangan ingat keluarga dia  pandang sangat usaha kau ni”

Aku gelak sendiri. Apa masalah perempuan ni pun aku tak tahu. Aku tak kacau pun dia yang dia nak terhegeh – hegeh datang dan beri amaran yang langsung tak menakutkan tu kenapa?.

“La... sudahlah Fina...  dia pun bukannya nak kat aku. tak payah nak ugut – ugut segala” ternyata Qairul sedikit kecewa.  Aku berdiam diri . biarah rajuk Qairul itu dipujuk oleh perasaannya sendiri. Tak kuasa untuk aku bazirkan masa memujuk lelaki yang sedikit sensitive sejak akhir – akhir ini.

Rafina senyum.

Senyumannya ternyata hodoh pada pandangan mataku biar pun dia secantik ratu cantik!.

                                                  ********************

Memang mengejutkan apabila aku mendapat berita yangQairul akan bertunang dua bulan lagi melalui Nurr bayu. Tak disangka – sangka air mataku tumpah ketika mendengar berita itu.

Sewaktu Qairul muncul, aku kesat air mataku agar tidak kelihatan. Rafina masih membakar hati aku dengan sentiasa mengunjungi Qairul. Setiap hari dia akan membawa bekal makanan buat Qairul. Aku dan Qairul hanya berbincang mengenai bisnes. Selain daripada itu hariku dihabiskan bersama Nurr Bayu.

AKu yang sedang memberi ikan  makanan di rapati Rafina.

“Kau tak dengar berita gembira tu?” soal Rafina dengan senyuman yang penuh rasa bongkak.

“Ada aku kisah... lantaklah korang nak kahwin ke apa” ku kira perkataanku jelas untuk dia fahami. Rafina gelak sombong sekali lagi.

“selamat menderita” bisiknya sebelum pergi. Dengan hati yang panas, tanganku sempat menggenggam pergelangan tangannya. Ku tarik sedikit kasar tubuh kurus melidi itu ke hadapanku.

“Selamat berkelah dengan ikan. Jangan kau kena sengat sudah!” terus tubuh itu kutolak masuk ke dalam kolam. Nurr Bayu dan Qairul yang sedang berbincang terus berlari ke arah kami berdua.

“Biey...” Qairul menggeleng kepala.
Dia terus terjun untuk mendapatkan Rafina yang langsung tidak tahu berenang itu. setelah tubuh itu dibawa naik, terus Qairul membawa Rafina ke klinik.

“Ganas wei” Nurr Bayu gelak.

Aku puas walaupun hati sakit apabila Qairul sedikt meninggikan suara sebentar tadi.

                                            ******************

“Kau tak suka dengan aku tapi kenapa kau nak marah – marah?” soalan Qairul aku jawab dengan renungan tajam.

Suasana tapak kolam air tawar sedikit redup. Nurr bayu mengipas – ngipas lehernya sambil duduk di atas kerusi. Aku tahu dia tidak mahu masuk campur.

“Bukan kau tak tahu isi hati aku!” jari telunjuk ku letak ke dada.  Qairul senyum sinis. Bagai terbakar hati aku apabila melihat dia senyum begitu.

“Kalau kau cintakan aku, kau dah akui semua itu dan kini kau dah pun jadi isteri aku, Biey” nampaknya Qairul mula mempersoalkannya.

Air mataku jatuh. Tanpa memandangnya aku hanya mampu bersuara dengan nada perlahan.

“Aku cintakan kau dan kau tahu itu. aku cuma perlu masa untuk orang lain nampak betapa layaknya aku di sisi kau”

Qairul terus berlalu pergi. Ya.. aku tahu dia kecewa dan keliru. Aku juga begitu tetapi untuk memadam dia dari papan rindu cintaku... semua itu mustahil!. Sebelum dia melangkah lebih jauh aku pelu bersuara.

“Aku cintakan kau. Sudi tak kau jadi suami aku, Qairul!!!!!!!!!” jeritku dengan kuat. Kaki yang sedang kemas menuju pergi itu terus terhenti langkahnya. Dia  masih belum berpaling ke belakang. Aku tahu dia cuma mahu mendengar....

“Kaulah lelaki yang zalim kalau kau pisahkan aku daripada sebahagian hatiku yang ada pada kau, Qairul! Apalah yang aku ada kalau kau rampas itu....”

Qairul berpaling ke belakang dan memandang wajahku.

“Aku sudi menjadi suami pada seorang wanita sehebat kau........” senyumnya. Nurr Bayu ketawa besar. Nampaknya dia memang suka benar!. Qairul terus pergi tanpa mendapatkan aku semula. Biarlah.. yang penting aku sudah luahkan segalanya.

                                ***************************

Selepas kami bertiga berjaya mengusahakan peternakan ikan air tawar itu, Qairul tidak mahu aku memberi alasan lagi. Kami bernikah dengan restu kedua – dua ibu bapa. Walid sudah tidak marahkan Qairul lagi malah Qairullah yang menjadi geng untuknya menonton perlawanan bola sepak di kedai kopi.

Rafina bagai naik hantu di majlis pernikahan kami. Dia menjerit nama Qairul sehingga tidak mampu lagi ditenangkan oleh ibunya. Mujurlah aku sudah sah menjadi isteri Qairul pada waktu itu.

Dengan langkah yakin aku menghampirinya. Tangannya yang cepat mahu menampar wajahku kutahan dengan genggaman yang lebih kuat.

“kau pernah tanya... siapa aku untuk berkahwin dengan lelaki seperti Qairul bukan?”

Rafina memandang tajam dengan tangannya masih kuat dicengkamanku.

“Hei  Rafina..... baru kau tahu siapa BIEY ELLYANA!. Setakat ugutan kau tu macam kuman yang boleh aku pijak – pijak. Dan sekarang kau tahu siapa aku yang degan sekelip mata boleh merentap harapan kau untuk menjadi isteri pada Qairul yang sekarang dah pun jadi suami aku..... dah tahu kan siapa aku!” tangannya aku lepaskan dan Qairul terus merangkul pinggangku dengan kemas,.

Rafina terus pergi dengan bebelan yang tenggelam biji butirnya. Qairul memandangku dengan penuh kasih..

“Ya... baru abang tahu siapa sayang sebenarnya. Hebat!”

Dia mengucup kepalaku sedikit lama dan pada waktu itu aku tahu dialah pelengkap hidupku dan betapa ruginya aku kerana lewat mendakap tubuhnya untuk melengkapi kekurangan hidupku.

2 comments:

  1. jdt: Nurr Bayu? Nama tuh ahli group awakkan..? (Y) nice story

    ReplyDelete
  2. Nurr Bayu...Hilang neskepe...hehehe...haila....semua jadi bahan ye....... ;-)

    ReplyDelete