Friday 13 December 2013

cerpen: HANYA NURUL AUNI




HANYA NURUL AUNI.

“Tapi walid , Fariz hanya mahu Nurul Auni” gumam Fariz Izham tatkala Imam Hussein cuba melarangnya daripada bermain cinta. Imam Hussein senyum lucu.

“Iya... walid pun sukakan Auni tapi masih tingkatan lima bukan?. Masih awal sangat” jawan Imam Hussein. Bukan dia tidak faham tuntutan rasa cinta yang mahu dipenuhi oleh Fariz Izham.

“Dah besar pun boleh kahwin. Belajar dahulu” sambung Imam Hussein. Serban di betulkan sebelum mahu melangkah keluar untuk mengimamkan solat maghrib di surau.

“Fariz tak mahu Auni terlepaslah Fariz mahu ikat dia awal – awal” Fariz Izham mengekori Imam Hussein hingga ke anak tangga. Terhenti langkah orang tua itu ketika mendengar kata – kata Fariz Izham. Imam Hussein berpaling.

“Ingat kambing ke nak ikat – ikat. Ikat jiwa kamu dengan dulu baru fikir pasal Auni” langkah Imam Husein sedikit deras. Bibir Fariz Izham tidak mampu bergerak lagi. Walid tidak senang dengan sikap aku..... fikirnya.

“Cepat!.. dah nak maghrib” suara Imam Hussein sedikit kuat lontarannya. Kelam kabut Fariz Izham menyarung selipar jepun  ke kakinya.
Sampai sahaja di perkarangan surau, Fariz Izham bagai magnet yang melekat di besi apabila terpandangkan Nurul Auni yang turut sama ada di situ. Sangat berseri wajahnya. Bagaikan bulan....... Fariz Izham senyum.

“Allahu Akbar!” jerit Abang Lan ke telinga Fariz Izham. Bukannya abang iparnya itu tidak tahu akan rasa hatinya terhadap Nurul Auni. Imam Hussein banyak kali bercerita mengenai rasa angau yang telah singgah ke jiwa anak bongsunya itu.

“Auni!!” panggil Abang Lan. Kelam kabut Fariz Izham mencari kopiahnya untuk dipakai ke kepala. Nurul Auni tersenyum. Aduh makkkkkkkkkkkk.......... longlai rasa kaki ni!.

Setelah mendengar azan maghrib berkumandang, terus Fariz Izham beristighfar. Abang Lan ketawa kecil. Dia berbisik ke telinga Fariz Izham.

“Lari pun syaitonirrajim tu bila dengar azan. Tak adalah kamu ni angau”

Fariz  menelan air liur. Abang Lan ni... nasib kakak akulah dapat suami macam ni. Sakut hati!

                             *************

“Nurul Auni...” Panggil  Fariz Izham apabila bertembung dengan dara pujaan di kedai Pak Yan. Nurul Auni seperti biasa tersenyum malu. Itu yang membuatkan hati Fariz Izham mencair. Kalau Intan, pelajar paling cantik kat sekolah tu cuba mengurat pun langsung tak dilayannya.

“Buat apa kat kedai?” soal Fariz Izham.. Nurul Auni tergelak kecil. Takkan nak main roller coaster kot kat kedai runcit macam ni?

“Beli baju” gurau Nurul Auni dan ada ketikanya cuba melarikan pandangan.

“Eh.. Abang Yan dah ada jual baju ya?. Ingatkan dia jual ikan dan barang runcit je” senyum Fariz izham.

“beli baju kurung ke jubah?” soal Fariz Izham. Nampak sangat dia tidak perasan akan gurauan Nurul Auni.

“Hmm.. tak. Saya nak beli tepung beras. Maaf saya bergurau tadi” senyuman Nurul Auni membuatkan pandangan Fariz Izham bagai berpinar.

“Ooo.... hmmm... hmm.” Fariz Izham cuba mencungkil sebarang ayat dari dalam kepalanya.

“saya pergi dulu.. Assalamualaikum” Nurul Auni melangkah pergi.

“Ala....” Fariz Izham menumbuk betik di hadapannya. Lambat betul aku nak cari ayat!.

“RM2.50” Abang Yan menghulurkan telapak tangannya.

“apa?. Fariz belum beli apa – apa pun” berkerut dahi Fariz Izham. Abang Yan mengambil betik yang sedikit lebam akibat ditumbuk kuat oleh uthman sebentar tadi.

“Ala............”

“tak ada ala ala...” Abang yan mengangkat keningnya. Siapa suruh gatal – gatal nak tumbuk betik tu?. Dengan rasa terpaksa Fariz Izham membayar wang tersebut dan terus membawa pulang sebiji betik sedangkan terdapat hampir 4 batang pokok betik di rumahnya.

Buah betik di letak ke atas meja makan. Umi Sarah mengerutkan dahinya.

“Ni buat apa Fariz?” soal Umi Sarah sambil membelek – belek betik yang masuk ranum itu.

“Buat makanlah umi” jawab Fariz Izham. Air sejuk yang baru dituang ke dalam gelas diteguk laju. Umi menudingkan jarinya ke dalam bakul atas kotak di hujung dapur.

Terdapat sebakul kecil buah betik yang disusun kemas.

“Ni mesti Auni kan?” Umi dapat mengagak. Fariz Izham berpura – pura batuk dan terus masuk ke dalam biliknya.

Umi sarah memandang betik yang tidak sebesar mana itu dengan senyuman. Hai la..... parah anak aku ni!.

                                                *********

Fariz panjat pokok kelapa???. Imam Hussein menggaru – garu kepalanya. Banyak betul hal budak ni!. Kalau jatuh macam hari tu nanti? Siapa yang susah?..

“Ala... walid , Auni suka minum air kepala” jeritnya dari atas. Nurul Auni yang kebetulan baru turun dari rumahnya menggeleng kepala sewaktu kedua – dua ibu bapa mereka memandangnya.

“Masalahnya kamu panjat pokok kelapa jiran si Auni..... mencuri namanya tu. Hish... baik kamu turun” suara Imam Hussein mula memetir. Fariz Izham turun semula dan yang ralatnya, tiada sebiji kelapa pun yang dapat dipetiknya.

Nenek nurr Bayu dan rakan segengnya, nenek Ina tersengih dari bawah sambil menyentil sireh pinang ke gigi mereka. Anak muda zaman sekarang...

Nurul Auni sebenarnya sedikit terharu dengan kesanggupan Fariz Izham  melakukan semua itu untuknya.....

                                 *********************

Fariz Izhm  sedikit kecewa apabila Nurul Auni sudah pun melanjutkan pelajarannya ke Jordan dan dia pula tidak lama lagi akan ke Univeriti Al- azhar, Kaherah. Timbul juga rungutan mengapa walidnya tidak mengikat mereka dengan tali pertunangan.

“Nak ke dia dengan Fariz?” soalan Kak Uzaifah membuatkan hatinya sakit. Dia tahu, walaupun cinta mereka tidak pernah termeterai dengan janji – janji cinta untuk setia bersama, dia bukanlah calon yang buruk untuk Nurul Auni.

Akhirnya hubungan mereka itu terpisah di situ buat sementara waktu di saat Fariz Izham meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya.

 Empat tahun kemudian....

“Hmmm.. suka hati umi lah. Hati Fariz Izham dah tak teruja nak kahwin dengan sesiapa. Siapa pun calon pilihan umi, Fariz terima”  mendatar sahaja bunyinya.

“Aik... macam kecewa sahaja” usik Umi Sarah. Dah siap – siap, nanti calon isteri kamu tu nak datang sini. Beraya” sengih Umi Sarah. Mujurlah waktu itu musim hari raya aidilfitri. Mendengar cerita yang Nurul Auni sudah pun bekerja di Kuala Lumpur, hati Fariz Izham sudah tawar. Mungkin Ani bukannya utntukku!. Dia memujuk hatinya sendiri.

                                 ************

Salam yang di beri di jawab dengan lemah. Muka  Fariz Izham tidak menunjukkan sebarang reaksi gembira. Seorang wanita yang kecil molel bersalaman dengan Umi Sarah. Kepala wanita itu di gosok perlahan. Fariz Izham hanya senyum tawar.

Mereka berdua lebih banyak membisu daripada berbual. Hanya sesekali Fariz Izham mencuri pandnag akan wajahnya. Dia cuba meneliti mata di sebalik kain yang menutupi sebahagian daripada wajahnya.

Mata Fariz Izham membulat.

“Auni?... ini Auni?” Fariz Izham terus menegakkan tubuhnya.

Perlahan – lahan Nurul Auni mengangguk.

Bagaikan tanah yang gersang dek kemarau disimbahi hujan sahaja rasanya. Bibir yang tadi tidak mampu mengukir senyum kini tidah mampu pula menghilangkan ukiran itu.

“Tapi ini buka keluarga Auni” Fariz Izham sedikit pelik.

“Haish... inikan pak sedara dia. Ayah dia sekejap lagi datanglah” senyum Umi Sarah.

“Auni?.. Auni?” ariz Izham ketawa lagi. Abang Lan menggeleng kepala sambil memandang Uzaifah.

“Dah angau balik dah”

Uzaifah ketawa. Terlihat bagaimana malunya Nurul Auni ketika itu. masih seperti dahulu.

Allah dengar doaku untuk memperisterikan Nurul Auni,... hanya Nurul Auni. Akan kujaga dia sebaik mungkin Ya Allah.... cintaku hanya milik dia... milik Nurul Auni. Kali ini Fariz Izham menggosok wajahnya. Bersyukur kerana Allah menganugerahkan Nurul Auni buatnya.



1 comment:

  1. nenek nurrbayu dan nenek ina menyentil???hehehe...lawak...tapi seyes awak mmg banyak sungguh idea ye...suka baca karya2 santai camni...

    ReplyDelete